Cerpen : Benci tapi rindu


.

 “ Ika, tolong aku ”  Khalisya berlari mengejar sahabat baiknya yang telah pun meloloskan diri ke dalam pintu tandas. Nada suara gadis itu kecemasan.
            Pintu tandas dikatup dengan pantas.
            Ika pula sedikit tergamam dengan kemunculan mengejut sahabatnya itu.
Wajah lesu Khalisya yang pucat bagai tiada darah itu menarik minatnya. Hatinya berdebar-debar.
            “ Kau ni kenapa?. Macam nampak hantu aku tengok. Kalut semacam.”  suara itu kaget.
            Khalisya telan saki-baki airliurnya. “ Faiz ”   pendek jawapannya yang keluar dari bibir gadis itu.
            Ika bungkam. Buntang matanya merenung sahabatnya itu.
            “ Faiz  tahu kau yang ..”
            “ Dia tahu kot. ” belum sempat Ika meyambung kata-katanya, Khalisya terlebih dahulu memintas.
            Ika tarik nafas sedalam-dalamnya.
“ Pening aku tengok korang ni. Dulu bukan main kamcing. Sekarang berperang. Tu lah ego sangat korang berdua ni. Masing-masing tak mahu nak beralah. ”  bebelnya.
“ Huh, dia yang cari pasal dulu kan ”  Khalisya mencebik. Kenangan lalu bertamu semula.
                                    ……………………………………………………….
“ Kehadapan Ainatul Khalisya yang amat diri ini sanjungi. Maafkan saya andai kiriman warkah ini mengganggu ketenteraman awak. Sebenarnya sudah lama saya ingin katakan. Terus-terang saya sudah jatuh cinta kat awak. Sudikah awak….”
Suara lelaki itu terbantut tatkala seorang gadis merentap sekeping nota yang sedang dibacanya.
Faiz toleh.
Renungan tajam Khalisya membatalkan niat Faiz meneruskan pembacaan.
Ruang bilik darjah riuh dengn gelak tawa para pelajar yang menyaksikan tayangan drama percuma itu.
Di satu sudut, seorang lelaki tertunduk malu. Bagai tercalit tahi diwajahnya, saat nota cinta yang terisi pengakuan berani matinya sedang dipertontonkan kepada umum.
“ Hahahaha…”
Satu tamparan hinggap di pipi lelaki yang sedang ketawa itu.
Khalisya menjeling tajam.
Suasana kelas sepi.
Lelaki itu menekup pipinya dengan tangan. Perit. Tamparan itu meninggalkan bekas.
Ah, malunya aku…. Bisik hati kecil lelaki itu.

“ Oi cik kak!!! ”
Khalisya terpana.
“ Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi? ” soal Ika.
Khalisya kerut kening. Dia anggukkan kepala. Tidak tahu apa sebenarnya butir-bicara sahabatnya itu. Dia mengiyakan sahaja. 
“ O.K. jom ”  spontan tangan Ika menarik tangan Khalisya keluar dari tandas.
Khalisya binggung. Merentap tangannya kembali. “  Eh, kita nak ke mana? ”  keningnya berkerut.
Ika berhenti melangkah.
“ Pergi jumpa Faiz. Kita settle problem ni. Aku kan dah bagitahu kau tadi ” balas Ika tenang.
Berderau darahnya.  Oh no way. No… hati kecil Khalisya memberontak.
Ika geleng kepala.
“ Kalau korang selalu nak mengelak. sampai bila-bila pun masalah ini akan berterusan tau.  Kita bukan budak-budak lagi, eisya. Cuba korang berbincang secara matang. Diplomatik lah sikit. ” tegas gadis kecil molek itu.
Geli hati pula Khalisya dengan kata-kata Ika.
“ Diplomatik. Hahaha..”
Ika merenung tajam.
Sambungnya “  Kau boleh buat aku nak muntah air lumut hijau lah Ika. Mamat sewel tu tak faham bahasa diplomatik. Bahasa yang digunakan orang gila memang kena kat dia tau. Aku lebih selesa cakap dengan kucing. Kucing ni tak ada perasaan tapi kalau kita cakap, kucing dengar. Tak pandai nak melawan kata-kata kita   selamba sahaja Khalisya mengutuk lelaki itu.
“ Ooo.. di sini rupanya Tuan Puteri Ainatul Khalisya sedang bercanda, bersuka ria yer
 Ika dan Khalisya serentak menoleh ke arah suara garau itu.
Alamak!!!! Jantung Khalisya berdegup dengan rancak sekali.
“ Puas aku cari kau. Merata tempat. Jumpa juga aku dengan tuan puteri ini akhirnya. Kenapa nak lari Cik Khalisya?. Takut dengan saya?  ” sindiran itu mencucuk-cucuk cuping telinga Khalisya.
“ Huh, aku tak takut lah dengan kau. Cuma aku malas nak terserempak dengan kau. Kalau aku tengok muka kau lama-lama, boleh kena demam terkejut aku tau. ”  Khalisya menempelak.
“ Wei, dah lah. Malu orang tengok. Korang berdua pengawas. Tak pasal-pasal nama korang naik ke pihak atasan ” Ika cuba meredakan ketegangan yang berlaku.
“ Aku peduli apa. Kau jangan masuk campur Ika. Hal ini antara aku dengan eisya ” tinggi nada suara itu.
Ika terkedu. Kecut perut dengan kemarahan lelaki itu.
Khalisya pula berlagak tenang. Sebenarnya dia cuak. Gelisah. Pelbagai rasa lagi saat lelaki itu muncul di hadapannya. Bertentangan mata dengan Faiz meragut ketenangannya.
Sepucuk surat lengkap dengan sampul warna merah jambu, dibaling ke lantai koridor. Hampir dengan tempat Ika dan Khalisya sedang berdiri.
Khalisya bongkok. Kutip sampul surat itu.
“ Aku cam tulisan kau. Kau yang tulis surat ni kan?. ”  renungan tajam lelaki itu sangat menggerunkan.
Khalisya senyum sinis.
“ Memang aku orangnya. Pandai pula kau nak melenting. Kau tak ingat apa yang kau buat pada aku. Kau pernah sakitkan hati aku. Ingat tak? ”  tempelak gadis itu. Sengaja menyiram air panas ke wajah lelaki itu.
Faiz makin geram. “ Kau..” tangan sasa lelaki itu hampir menjamah pipi gebu gadis dihadapannya.
Ada angin lembut yang dirasai Khalisya di pipi, namun ia tidak menyakitkan kulit wajahnya.
Empat pasang mata saling merenung antara satu sama lain.
Khalisya dapat merasakan senyuman di mata itu.
Faiz terdiam. Tangan kasarnya kembali ke posisi bawah. Dia tidak tergamak menyakiti tubuh gadis itu. Suara hati lelakinya berbisik.  Maafkan aku, Eisya. Kau tak faham..
Tanpa sepatah kata, Faiz melangkah pergi meninggalkan kedua-dua sahabat itu.
Pandangan sayu Khalisya menghantar longlai langkah lelaki itu. Maafkan aku Faiz.

Kedinginan malam menyejukkan hati Khalisya. Gadis itu berdiri mendekati tirai yang menyediakan hamparan langit. Kerdipan bintang-bintang sungguh menenangkan mata hatinya yang masih dalam keresahan. Panorama alam menemani malamnya yang dirasakan suram. Peristiwa siang tadi kian menggugat lamunannya. Raut wajah itu seringkali mencuri tumpuan kotak ingatan.
Faiz semakin jauh dalam hidupnya. Khalisya buntu. Persahabatannya dengan lelaki itu bagai retak menanti belah. Kenangan suatu ketika dahulu mengusik minda. Khalisya senyum kelat. Hatinya disagat sebak. Dia terbayang kenakalan Faiz ketika zaman kanak-kanak mereka.  Mereka bersahabat sejak di tadika. Ke mana Faiz pergi pasti ada Khalisya. Mereka bagaikan saudara kembar. Faiz tak suka sesiapa sahaja yang mengganggunya. Kalau ada yang buli Khalisya, Faiz akan bela. Dia sanggup bergaduh demi gadis itu. Faiz peramah. Berbanding dengannya yang agak pemalu. Faiz memang ramai kawan. Meningkat remaja juga, keramahan lelaki itu tidak pernah berubah. Kadang-kadang terbit juga rasa cemburu kalau ada gadis yang cuba menarik tumpuan lelaki itu untuk berkawan dengan mereka. Khalisya kenal Faiz. Faiz memang suka berkawan. Malah, populariti lelaki itu semakin teserlah setelah Faiz berjaya mengharumkan nama sekolah dalam sukan badminton.
Dia memang tidak mampu menandingi kehebatan Faiz. Semakin meningkat dewasa perasaannya terhadap lelaki itu, luar dari kebiasaan. Melebihi sayang seorang sahabat. Khalisya kian dihimpit resah. Mampukah ikatan persahabatan mereka kembali bertaut?. Apakah perasaan lelaki itu terhadapnya?. Personalan demi persoalan meracuni fikirannya. Keadaan jadi rumit gara-gara perbuatan Faiz yang memalukan dirinya tempoh hari. Disebabkan itu dia mahu balas perbuatan Faiz. Dia menulis surat layang. Surat itu sengaja diserahkan kepada botak. Khalisya tahu Faiz dan Botak bermusuhan. Perasaan bersalah menyelubunginya. Dia mengeluh kesal.

“ Mak Limah kirim salam. Dia singgah sini pagi tadi ” suara nenek memecah hawa dingin pagi.
Khalisya menggeliat. Salam dijawabnya. Sesekali mulutnya menguap. Dia menekup mulut.
Tangannya ringan mencapai piring yang menghiasi kuih seri muka. Kuih kegemarannya.
Yurmmmmm sedapnya nek. Mesti Mak Limah yang buat kan, nek ” riang suara gadis itu.
Neneknya tersenyum.
Mulut Khalisya penuh dengan kuih tersebut. Dia mengunyah perlahan-lahan. Beria-ria benar dia menghayati keenakan kuih seri muka dari airtangan orang yang sudah dianggapnya ibu sendiri.
“ Eisya tidur lambat malam tadi?. Mata tu bengkak semacam nenek tengok.”
Khalisya tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. “ Hari minggu nek. Sesekali nak rasa tidur lambat dan bangun lambat. Hehehe..”
“ Mak Limah ajak kamu datang rumahnya. Dia ada tanya nenek. Katanya kamu jarang ke sana sejak kebelakangan ini. Nenek tak tahu nak jawab apa. Kalau kamu ada masa, jangan lupa jenguk Mak Limah ya ”  lembut tutur kata wanita itu.
Sayu hati Khalisya.
“ Baik nek. Nanti lah erk. Eisya banyak kelas tambahan. SPM eisya kan nak dekat dah nek. Bukan Eisya tak nak jenguk Mak LImah. Ada masa terluang nanti eisya pergi sana tau ” gadis itu cuba berdalih.
“ Nenek pun dah tak nampak batang hidung Faiz. Kalau dulu muka dia yang nenek nampak hujung minggu begini.  Sekarang tak tunjuk muka dah.  Kamu berdua gaduh? ” wanita itu membuat telahan.
Jantung Khalisya berdegup kencang. “Eh, mana ada nek. Kiteorang o.k. Hari tu dia ada kirim salam kat nenek. Khalisya lupa nak sampaikan kat nenek. “ Khalisya berbohong.
“ Waalaikumussalam.. rindu nenek kat Faiz. Jangan lupa ajak dia datang makan. Nenek teringin nak jumpa dia..” sayu suara itu.
Khalisya senyum dalam keterpaksaan. “  mesti lah nek. Insya’Allah, nanti Eisya cakap kat dia.”
“ Mak Limah kamu sekeluarga nak pindah. Hujung tahun ini. Pak Ismail kamu ditugaskan kat Kuala Lumpur nun. Mereka tunggu Faiz habis belajar dulu. ” Suara itu kedengaran tidak bermaya.
Bagai halilintar pantas menyambar gegendang telinga Khalisya. Pindah!. Tapi…  Ada mendung di hati gadis itu.
Wanita separuh abad itu sugul. Faiz dan keluarganya sangat rapat dengan mereka. Limah dan Ismail juga sangat mengambil berat perihal Khalisya. Cucunya itu dilayan seperti anak mereka. Hanya mereka tempat cucunya itu menumpang kasih setelah anak dan menantunya terbabit dalam nahas jalanraya. Sejak itu Khalisya yatim piatu. Kehadiran Limah dan Ismail dapat mengubati kerinduan wanita tua itu terhadap kedua-dua arwah. Mereka kenalan rapat arwah ibubapa Khalisya. Sebab itu cucunya itu dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Terlalu banyak jasa yang dicurahkan Limah dan Ismail terhadap mereka berdua.
“ Eisya mandi dulu nek. Nak tukar baju. Badan lekit .”  suaranya tidak semangat. Kata-kata nenek membunuh jiwanya dalam diam.
                                    ………………………………………………….


“ Kau benci aku? ”
 Khalisya merenung ekor mata lelaki yang berdiri bersebelahan dengannya. Kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba, mencuri hatinya. Anak sungai yang mengalir deras tidak lagi dapat menarik minatnya. Khalisya gelisah. Kawasan belukar di belakang perkarangan rumah nenek inilah tempat permainan mereka suatu ketika dulu. Kawasan ini juga banyak melakar sejarah. Permulaan persahabatan mereka.

“ Nah,  aku baru beli patung ni. Maafkan aku dah rosakkan patung kau  hari tu ”
Budak perempuan yang berumur 9 tahun  itu mencebik.
“ Aku minta maaf. Aku beli guna duit belanja. Nasib baik jumpa sebijik cam patung kau. Kau kawan aku tak? ”
“ Tak ”
Bibir budak lelaki itu muncung ke atas. Hampa agaknya.
“ Hahaha…aku kawan kau ler. Eii, tak malu budak lelaki pun nak merajuk ”  budak perempuan itu mencebik.


“ Eisya. Kenapa kau senyap. Aku tanya kau. Kau benci sangat ke kat aku? ”  Faiz mengulangi soalannya memandangkan tiada respon yang diterima.
Lamunan Khalisya terhenti. Khalisya menjeling “  Maybe kot ” selamba sahaja jawapan itu terpacul keluar.
Faiz mengeluh. “ Kau tak macam dulu. Jauh berubah. Aku rasa Eisya yang dulu dah hilang. Dulu kau tak suka nak marah. Kalau kita gaduh besar sekalipun, kau tak akan merajuk panjang. Kenapa eisya?. Jahat sangat ke aku? ” luah lelaki itu.
“ Salah aku? ” bentak gadis itu.
“ Aku tak cakap pun salah kau. Aku katakan yang benar ” mendatar suara itu.
Hembusan nafas gadis itu kasar.
“ Salah aku juga bila kau malukan aku dan Zakuan?. Ada kau fikir semua itu. Ingat Faiz,  gara-gara perbuatan kau yang langsung tak hormat orang itu, dah lukakan orang. Bukan satu. Dua hati Faiz.” Tinggi nada suaranya.
Faiz terdiam. Terpukul dengan bicara Khalisya.
“ Apa alasan yang kau nak bagi, hah? ” tempelak gadis itu lagi.
“ Aku mengaku. Memang salah aku. Aku tak sengaja, eisya. Tak ada niat sikit pun nak malukan kau dengan Zakuan. Sebenarnya aku buat macam tu sebab…sebab..aku ”
“ Aku apa!! ” Khalisya hilang sabar. Lantang suaranya.
“ Aku minta maaf ” suara garau itu kedengaran lesu.
Khalisya menjamah wajah lelaki itu. “ Aku nak tahu sebab. Bukan maaf yang aku nak dengar. Kenapa kau malukan Zakuan. Kau penyebab aku malu nak datang sekolah bila surat Zakuan itu jadi isu. Disebabkan perbuatan bodoh kau juga Zakuan tukar sekolah. Kau tak ada rasa bersalah ke kat dia?. Aku yang tak buat salah apa-apa rasa bersalah sangat sampai Zakuan sanggup ambil tindakan nekad macam itu. Kenapa Faiz? Kenapa?”  Dada Khalisya turun naik menahan amarah.
“ Aku tak dapat jawab soalan kau. Aku tak tahu nak cakap apa. Maafkan aku ”
Khalisya naik berang. “ Aku benci kau!!! ”
Gadis itu berlari meninggalkan jasad  itu.
                                                ……………………………………………….

Hari ini keputusan SPM akan diumumkan. Khalisya dan Ika menunggu detik itu dengan perasaan yang tidak menentu.
Keputusan itu akan menentukan hala tuju mereka selepas tamat persekolahan kelak. Perkarangan sekolah dibanjiri dengan  bekas pelajar-pelajar tingkatan lima. Di satu sudut, Khalisya terpandang kelibat susuk tubuh seseorang yang sangat dikenalinya. Lelaki itu sedang leka bergurau senda dengan rakan-rakannya. Rindu Khalisya terubat. Sejak pertelingkahan mereka tempoh hari, Faiz sengaja mengelak darinya. Masing-masing tidak bertegur sapa kalau bertembung. Khalisya sedih dengan keadaan tersebut.
Ruang sekolah gamat dengan keriuhan suara manusia. Ada bunyi jeritan. Gelak tawa. Tidak terkecuali yang menangis. Semua itu ragam ketika mengambil keputusan peperiksaan. Ika cemerlang. Gadis itu beroleh 6A. Kurang 1A dari Khalisya. Faiz sempat menegurnya. Keputusan lelaki itu amat membanggakan. Faiz terpilih sebagai pelajar cemerlang SPM kerana berjaya membolot semua A dalam pelajaran. Sebelum lelaki itu meninggalkannya, sempat juga mengirim surat untuk Khalisya.
Assalamualaikum…
Eisya.. terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah kat kau. Aku yakin kau pasti berjaya dalam SPM ini. Aku tahu semangat kau kuat untuk berjaya. Ermmm.. maaf andai kehadiran surat ini mengganggu kau. Esok aku dan keluarga akan berangkat ke KL. Nenek mesti dah bagitahu kau kenapa kami pindah ke sana. Sebelum aku pergi. Aku nak jumpa kau. Aku janji lepas ini aku tak akan ganggu kau lagi. Aku nak jumpa kau untuk sekian kalinya. Kalau kau sudi. Aku tunggu kau di tempat yang pernah melakarkan kenangan kita dahulu. 5.30 p.m. jumpa kat sana o.k. wassalam…


“ Faiz ”
Faiz menoleh. Bibirnya memuntahkan senyuman.
“ Boleh aku duduk? ” Nada suara itu tenang berbicara.
Senyuman masih menghiasi bibir lelaki itu. Faiz senang dengan permintaan Khalisya. “  mesti lah boleh ” ramah suara itu.
Suasana suram menyelubungi kawasan belukar yang mempunyai tebing sungai itu. Mereka berdua duduk di atas tebing tersebut.  Di bawahnya terbentang anak sungai yang mengalir. Sesekali bunyi deruan air sungai memecah kebisuan di antara mereka.
Masing-masing masih diam seribu bahasa. Hilang bicara.
“ Tahniah ” Khalisya tiba-tiba bersuara. Berdua-duaan dengan lelaki itu lama-lama boleh menggugat keimanan juga. Kalau sepi masih mendominasi jiwa, khalisya takut dia tidak mampu bertahan. Dia takut kalah dengan hati. Rebah dalam aura cinta lelaki itu. Dia juga kekok dalam suasana yang bening begini. Hanya ada Faiz dan dirinya.
“ Terima kasih. Tahniah juga pada kau, eisya ”
Khalisya tahan sebak. “ Kau tak balik sini lagi? ” soalnya.
Faiz membisu.
“ Aku ingat tak jadi pindah ” sayu nada suara itu.
“ kalau aku lama-lama kat sini, bertambah rasa benci kau kat aku. Bagus juga kalau kita berjauhan.”
“ Jangan cakap macam tu. Kau tetap kawan aku ”  protes gadis itu. Sebak dengan kata-kata lelaki itu.
“ Kau kata kau benci aku ” spontan Faiz bersuara.
“ Tak ”
Faiz menarik nafas dalam-dalam.
“ Aku tipu. Aku nak sakitkan hati kau. Aku tak boleh nak benci kau ” ujar Khalisya bernada sayu.
Faiz menarik nafas lega. Kembang hatinya seketika. “ Ermm  Aku minta maaf kalau aku sakitkan hati kau. “ luahnya kesal.
“ Aku pun. Aku nak minta maaf aniaya kau. Mesti teruk kau kena dengan botak kan. Disebabkan aku, surat tu sampai ke tangan botak. Aku sengaja nak balas dendam ”  jujurnya.
Faiz terdiam seketika.
Khalisya tenung anak sungai di hadapannya. Hatinya pilu. Dia tidak boleh menangis. Dia tak nak tunjukkan kebodohannya. Kalau Faiz tahu perasaan sebenarnya, apakah lelaki itu akan menbencinya seumur hidup?. Dia tak sanggup kehilangan sahabatnya itu. Dia tak mahu Faiz menjauhkan diri kalau tahu yang perasaan ini lebih dari sekadar sahabat. Buntunya.
“ Rindu..”
“ Haa?? ” khalisya tersentak.
“ Aku rindu tempat ni kalau aku pindah nanti. Aku takut tak dapat kembali lagi ” ada getaran dalam nada suara itu.
“ Kau nak mohon universiti mana nanti Faiz? ” Khalisya berdebar-debar. Sengaja mengubah topik perbualan.
“ Universiti yang sama kau pohon” ringkas jawapannya.
Khalisya ketawa kecil. “ tak perlu lah kau nak ekori aku.” Gadis itu sembunyikan keresahan.
Faiz merenung anak mata gadis itu.
Khalisya bungkam. Matanya dikalih ke tempat lain.
“ Kau nak tahu sangat kenapa aku malukan kau dan Zakuan? ” tegasnya.
Airmuka Khalisya berubah. Khalisya memakukan diri , tetap tidak berganjak dari memandang ke arah anak sungai.
“ Dada aku sakit. Aku tak suka.  Meluat ..”
Degup jantung Khalisya deras berlari.
“ Aku tak suka orang lain kacau kau selain dari aku. Aku cemburu ” tegas nada itu.
“ Faiz ” sebak suara itu.
Empat pasang mata bertamu.
“ Aku benci kau tapi…aku rindu ” suara itu mendatar. Khalisya senyum tawar. Hatinya bertakung airmata.
“ Aku pun ” Faiz merenung sinar cahaya mata bundar itu.
Sambungnya “A ku rasa aku perlu balik semula ke tempat ini. Aku mesti ada satu sebab kenapa perlu pulang. Aku rasa…..ermm.. ..Aku nak cipta sebab itu. Kau boleh tolong aku? ” Faiz berteka-teki.
Khalisya tahan getar. “ Apa maksud kau? ”
“ Kau ”
Khalisya seperti berada di atas kayangan. Terleka di istana khayalan.
“ Aku?? ” soalan itu ditujukan semula.
“ Ya, Kau. Ainatul Khalisya ” lembut tutur-katanya.
Raut wajah gadis itu merona kemerahan.
“ Aina ”
Aku salah dengar ke?. Dia panggil Aina. Lemah urat saraf Khalisya saat sebaris ayat yang agak romantik itu disumbat ke kotak pendengarannya.
“ Aina mana? ” Khalisya bergurau. Sengaja mengusik.
Masing-masing senyum lebar.
“ Aku rasa nak panggil kau dengan panggilan yang lain dari kebiasaan. So, sudikah Aina tolong Iz ciptakan alasan itu? ”
Khalisya terpukau. Jadi kaku. Pertanyaan itu masih dibiarkan tiada jawapan. Renungan mata lelaki itu benar-benar buat dia cair. Aduhai… dia bagaikan terbang diawang-awangan.
            “ Aku cintakan kau, Ainatul Khalisya. Aku tak tahu bila. Di mana. Macam mana. Aku yakin dengan perasaan aku. Aku mahu kau ikat hati aku di sini.  Sudikah Aina terima Iz? ”
            “ Aku pun. Sebenarnya….Aku cintakan kau.” Nada suara itu  bergetar.
Khalisya mengesat airmata yang menitis. Tangisannya terhenti. Dia senyum semula.
            “ Ermm..so?? ” suara gadis itu kembali tenang.
            Faiz kerut kening. “ So ??? ”
            “ Er….tak ada apa-apa ” Khalisya senyum sumbing. Malu.
            “ Cakap lah. “ lembutnya nada itu.
            Er…nak guna panggilan Aina-Iz or Aku-Kau or apa erk?? ” gadis itu ragu-ragu menuturkan kata-kata.
            Faiz ketawa kecil.
            Khalisya ketap bibr. “ Ishh…apa ni. Aku serius lah” gadis itu menjeling. Masih kekok dengan keadaan mereka.
            “ Huhu..sori, nak panggil Aina-Iz pun boleh.” Tenungan lelaki itu sangat mengoda.
            “ O.k. juga kan ” khalisya kembali ceria.
            “ Kalau abang-sayang pun lagi aku suka ” Faiz kenyit mata.
            Buntang mata Khalisya. “ Faiz!! ” merah padam muka Khalisya.
            “ Iya,  sayang ” Faiz kenyit muka lagi.
            Khalisya bingkas bangun mengejar Faiz yang pantas berlari menjauhinya.
            “ Faiz!! ” Khalisya menjerit geram.
            Kedua-dua merpati dua sejoli itu berkejaran mengelilingi kawasan belukar yang banyak mencatat memori mereka. Di sini jua lah bermulanya detik pertemuan, persahabatan, suka, duka, rindu, benci dan terakhir sekali ialah sebuah ikatan percintaan.
           





















Post a Comment