Novel Bidadari Cinta Romeo 1-akhir


.


BAB 1
“ Wei Ad. Gempak ak?. MU kalah ke menang? ” tangan Razlan menerkam kasar bahu Ahmad dari arah belakang badan lelaki itu.

Kalau ikutkan rasa hati, memang aku siku kepala Razlan. Nasib baik tak gugur jantung. Ada ke patut tiba-tiba sergah aku dari belakang! Huh... malang nasib aku hari ini. Kali pertama peristiwa ni berlaku dalam sejarah Mr Romeo. Aku kena tolak ngan pompuan. Hukhuk…
 Gadis tu dah buat aku cair di “tahap dewa”. Aku yang memang kedekut taik hidung masin ni,  murah hati kot nak belanja dia makan. Dia reject!. Dia tolak!.  Huh.. aku tak akan putus asa. Erti kalah tak pernah wujud  dalam kamus hidup Ahmad Muhammad. Pelik.  Nape aku leh jadi cam ni erk?. Bukan ke aku ni romeo?.
 Kat makmal sains, datang plak bala. Satu kelas dok gelak sakan ngan lawak bodoh aku.  Drama realiti. Pelakon dia ialah aku yang terlebih pandai sangat. Malam tadi aku tak dapat tidur. Memang rutin kebiasaan pelajar “cemerlang” cam Ahmad Muhammad, kalau tidur tak cukup sampai 5 jam.  Study?. Hehe..  Memang study bermati-matian untuk pasukan Manchester United. Game besar kot malam tadi. Mata pelajaran yang paling aku minat giler beb. First ranking.
Nak dipendekkan cerita, pagi tadi tiba-tiba mata aku berat sangat. Cam ada jer orang letak batu kat mata aku.  tapi..perasaan aku jer tu. Kengkawan aku yang lain dok fokus belajar. Mana plak diaorang nak cari batu atau benda-benda keras yang sama waktu dengannya, pas tu, hentak kat mata aku. Huish.. Kerja gila!.
 Apa yang pasti kepala aku memang dok berputar.  Otak pon fikir kat bantal busuk jer. Kalau ada tilam lagi best. Heee
Pas tu sekeliling aku pon gelap. Aku dibuai mimpi nan syahdu. Ngah syok khayal baik punya,  abah muncul tiba-tiba dalam mimpi indah aku. Muka bengis dia bertambah cun kut cam singa. Hai, dalam mimpi pun dia nak ceramah aku?. Potong stim daa… otak aku cam goyang. Bergegar cam nak meletop.  Ada ke patut abah baling senduk kat pale aku!.  Mana lak dia dapat senduk tu?. Pakat ngan mak ker nak hentam aku?. Aku pon tak sedar yang aku dok jerit sampai keluar suara “jantan”.  Aku pon buka mata….
Rupa-rupanya, cikgu Amer baling rotan bulu ayam daa. Adush…….
Adoi…malu seh. Aku jadi tontonan umum. Ada yang gelak tak ingat dunia. Nasib baik tak terburai isi perut diorang. Gelak sampai pecah anak tekak tu kan! Paling hampeh, si Bob. Suara dia mengalahkan yang lain. Macam gempa bumi kot bila gergasi perut boroi tu gelak.  Tak guna punya kawan!!!

“ Wei, senyap je. Lu kena sampuk ke, bai? ” Razlan menepuk bahu Ahmad.
 “ Kau pernah dengar tak orang mati kena telan bulu ketiak! ” bentak Ahmad kasar. Darah mendidih. Dia memang begitu. Pantang kena usik, cepat datang baran dan anginnya.
Hahaha..rileks ar beb. Tak kan itu pun lu nak angin. Hak ala pemende ar lu. Jiwa kacau tol  
Ahmad mendengus. “ Rileks kepala lutut kau. Aku ngah berasap ni. Timing kau tak betul nak kacau aku. Silap haribulan kau tak beraya tahun ni. Beraya kat kubur. Kau nak? ”
Razlan senyum kambing. Dia lekas susun kedua-dua tapak tangan. Kemudian, mencantumkannya. “ Sori abang long..sori k. Aku gurau jer
“ Abang long. Abang long. Kau ingat aku nak kawen ngan kakak kau.” Suaranya mendatar. Baju putih yang agak senget, selepas berubah kedudukannya ketika berlaga dengan tangan kasar Azlan, dibetulkan semula  ke posisi asal.
Kerek lah plak ayat lu. Gua pun tak kempunan ada abang ipar kepala syaitan macam lu ler. Haru hidup beb ”
Ahmad jeling tajam. “ Amboi, terlebih puji nampak! ” kena setepek kat batang hidung dia dengan sindiran itu.
Razlan menyeringai macam kerang busuk.
“ Wei, kau pehal. Angin kau mengalahkan pompuan datang bulan. Haa, Aku tau pesal kau jadi cam ni. Awek mana plak kali ini yang bagi cop merah kat muka kau? ” Razlan kenal dengan Ahmad Muhammad.
Pencinta wanita ala-ala playboy berjaya. Nak kata Ahmad Muhammad hensem. Hehehe.. Dia lagi kacak bergaya. Package ada nur kat wajah lagi. Muka hitam berkilat macam dia memang bercahaya memanjang. Biasa lah syok sendiri. Perasan diri macho. Geli pula dada dengan “perasantan” sendiri. Hihihi…..Agaknya “mulut longkangAhmad, serta- merta  bertukar kepada wangian semerbak bunga mawar kalau kalimat suaranya dihembuskan buat sang gadis.  Ramai juga yang tangkap cintan dengan sahabatnya itu.

 Nasib badan kau lah Ad….   Bicara hatinya.

“ Amer cun baling rotan bulu ayam kat aku tadi dowh ” spontan Ahmad bersuara. Aku tak akan buka pekung aku. Lelaki beb. Ego mesti dipertahankan. Bisik hati kecilnya.
Razlan mahupun rakan-rakannya yang lain tidak pernah tahu apa yang ada disebalik hati batu itu. Hanya dia yang tahu kelemahan diri. Ya, kelemahan lelakinya terletak pada seseorang. Eira Nursyazzira. Nama yang cukup indah seindah ciptaanNYA, buat gadis manis bertudung litup itu. Fikiran Ahmad terganggu seketika. Layan blues….
“Wah, garang gak mamat jambu tu. Aku ingat ala adik-adik…” Selamba sahaja Razlan mengutuk guru sains yang baru tamat praktikal itu. Walaupun dia tidak sama kelas dengan Ahmad, dia cukup kenal perwatakan Cikgu Amer. Jadi isu pelik juga, kalau guru yang terkenal dengan sifat lemah- gemalai itu mengamuk.
“ Apa yang kau dah wat ? “ soalnya teruja.
“ Aku tido ”  jawabnya malas.
“ Oooooo…..patut pon  “ Mulut Razlan berbentuk bulat. Mengejek.
Pas tu?. Kau tak balas pape? ” Razlan kembali serius.
Ahmad menoleh. Kemudian, pandangannya difokuskan ke hadapan semula. Mereka menghampiri garaj yang menempatkan pelbagai jenama motor di ruang belakang sekolah.
            “ Jahat aku kat luar jer. Perangai busuk aku ni pon, aku tak tunjuk kat sekolah. Record clean ma…
Razlan ketawa terbahak-bahak.
Ada yang makan kasut aku ni kang….
Razlan bersuara setelah kembali tenang “ Aku bukan apa beb. Ayat kau tu cam tak sesuai dowh. Clean lar sangat. Padahal dalam record fail sekolah, nama kau yang paling atas dari aku ngan Bob. Geli kut aku dengar. Sejak bila lak kau berubah jadi pak lebai ni? ” sindirnya.
“ Manusia memang perlukan perubahan. Suatu hari nanti kita akan jadi pemimpin keluarga. Tunjuk perangai yang elok kat anak. Mereka akan jadikan kita ikon. Kalau kita bagi contoh teladan yang baik,  diorang pun boleh jadi orang yang berguna ”  bidas Ahmad bersahaja.

Razlan melopong. Fulamak…. Masuk angin kepala aku kot dengar ayat setan ni.

Ahmad kerut kening. “ Kau kenapa? ”
Razlan terkebil-kebil. “ Apa dah jadi kat kau ni, Ad?. Tak kan kena baling bulu ayam tadi kepala kau tambah senget. Kau wat aku seram sejuk beb ” Riak wajahnya masih kalut.
Ahmad memuntahkan tawanya. “ Tul gak apa yang kau cakap tu. Otak aku ni dah tukar tempat kut. From devil to Angel. Hahahahahaha….”
Mata Razlan masih terpaku.
“ Aku o.k. ler. Aku still Ahmad Muhammad yang kau kenal.” ujarnya.
Musykil aku ngok keadaan kau sejak kebelakangan ni. Kau pun da jarang race kan?  “
Pertanyaan itu terbiar sahaja. Ekor mata Ahmad sedang terpaku dengan kelibat seseorang. Lenggok tubuh itu mencuri tumpuannya. Dia leka seketika.
Wei bro
Tiada respon.
Sweetnya awak… Bisik hati lelaki Ahmad.
            “ Sayang!!! ”
            Bulu roma Ahmad tiba-tiba tegak. Dia kembali sedar.

            Hahahaha….

            “ Aku cepuk kau ni kang. Geli tengkuk aku wei! ” Ahmad genggam buku lima. Geramnya kian bertambah dengan gelak tawa Razlan terhadapnya.
Hahahaha..lu ni memang romeo beb. Panggil sayang baru nak respon. Kalau dasar play tu tak boleh nak sangkal. Jangan kau jadi gay plak. Kes naye tu ”
“ Apa yang kau merepek ni, samdol ” memek muka Ahmad berubah.




Bab 2

Nape sekolah mesti ada buku?. Nape kalau nak tuntut ilmu mesti dari pembacaan buku?. Why?.  Kan best kalau kat sekolah ada “mata pelajaran tido”. Dapat gak aku rehatkan minda dari menghadap tulisan yang agak membosankan. Adoi…serabut otak. Kalau ada “mata pelajaran sukan bola” ok gak. Hehehe.. Tiap-tiap hari aku datang sekolah. Itu kalau lah kan. One more thing….aku tak suka kalau………

“ Kalau awak tak siapkan karangan ni. Jangan mimpi awak boleh balik rumah sekarang ” Suara tegas Cikgu Aimi, bagai halilintar yang mencairkan tahi telinga Ahmad.
“ Saya bukan tak nak buat cikgu. Cikgu tahu kan saya tak reti nak tulis karangan. Idea mati lah cikgu. Apa kata saya bawa balik rumah. Confirm idea saya nanti datang melambung. Cikgu akan bangga dengan saya kerana berjaya cipta karangan yang paling best dalam sejarah para pelajar cikgu. ” Selamba sahaja Ahmad berceloteh.
Buntang mata Cikgu Aimi. “ Tak payah awak nak berdalih. Kenapa time exam hari tu awak tak nak buat karangan yang bagus? ” tempelaknya.
            “ Kira ok pe cikgu. Saya ada buat karangan gak. Saya tak hantar kertas kosong cam sebelum ini ”  Riak wajah Ahmad kendur, sengaja memancing simpati Cikgu Aimi.
            Cikgu Aimi panas hati. Guru yang terkenal dengan sikap ketegasannya itu tambah geram dengan Ahmad. “ Sepatah saya kata, berjela-jela pula yang awak jawab. Kalau karangan tu awak tulis dengan jawapan yang panjang berjela-jela sejuk juga hati saya ni, Ahmad. Sebaliknya karangan awak tu pendek. Lepas tu awak merepek yang bukan-bukan.  Itu yang tambah naik darah saya ni kat awak. Nasib baik saya tak ada sakit lemah jantung. Hish..apa nak jadi dengan awak ni?. Nama punyalah sedap, cantik dan ada nilai islam tapi attitude awak tak mencerminkan langsung keindahan nama tu ” bebel Cikgu Aimi.
            “ Errr..maaf cikgu. Lain kali saya tak ulangi kesilapan yang sama ”
Lembut tutur-kata Ahmad. Sengaja nak ambil hati. Pandangannya dihala ke arah kertas diatas meja. Hampir kematu juga jari-jemarinya yang setia memegang batang pensil. Kedudukan tulisan yang terlakar,  masih perlahan berganjak. Dia buntu mencari idea bagi melengkapkan kertas yang masih ada ruang bersih itu. Perut pula dok bergendang irama dangdut minta isi.

Idea, come sayang!!! …huhuhu..

            Sesekali matanya melilau-lilau. Cikgu Aimi sedang leka menyelak satu-persatu kertas peperiksaan yang bertingkat-tingkat.  Dia tidak senang duduk. Rasa panas dan bahang. Sedangkan perpustakaan dilengkapi penyejuk hawa dingin. Kepalanya kosong. Kertas putih itu masih tetap cantik. Ke mana menghilangnya idea?. Dia membaca coretan karangan asal yang telah membangkitkan api kemarahan Cikgu Aimi. Ayatnya berbunyi seperti berikut….

            Apakah sebab-sebab berlakunya peningkatan kes buang bayi di negara ini?.
            Assalamualaikum w.b.t. salam pembuka bicara. Bayi merupakan anugerah yang akan mengembirakan hati kita. Kenapa ada yang sanggup buang bayi?. Kasihanilah mereka. Mereka masih kecil. Cuba kita bayangkan kalau mak budak atau bapak budak, kita buang di sampah. Di lorong-lorong hitam. Paling teruk di jamban. Tentu anda sedih bukan??. Jadi berfikirlah dua tiga kali kalau anda ingin buang bayi. Tak takut kah anda kalau roh bayi itu datang mengganggu mimpi anda di malam hari. Ingatlah roh bayi yang dibunuh itu tidak akan tenteram. Justeru, saya menyeru janganlah kita buang bayi yang akan mencacatkan pemandangan persekitaran kita. Sekian.
                                                            JUMPA SAYA!!!!!!!!
           
Hatinya tercuit. Mengeletek tawanya. Sebenarnya time exam bahasa melayu penulisan hari itu, dia mengantuk. Pukul 12.00 tengah hari ada exam kot. Macam mana tak melalut. Otak akan kurang berfungsi ketika mata kurang aktif (Falsampah yang direka sendiri). Kalau bab berfikir dia bukan lembab tapi lebih kepada M.A.L.A.S.

Aku sedang berada di kawasan yang penuh dengan buku-buku. Library. Huh, tempat yang memang boleh wat aku menghidap sakit mental. Arghhh..tension. Pandang kiri buku. Pandang kanan buku. Pandang depan……
Eira Nursyazzira!!!

Ahmad seperti orang yang baru sedar dari lena yang panjang. Tangannya ligat menulis setiap baris kata. Idea mengarang tiba-tiba mencurah-curah bak titisan hujan yang membasahi bumi. Agaknya semangat lelaki itu berkobar-kobar tika “sang bunga” berada di hadapan mata.
Nun di sana, seorang gadis sedang leka menyusun buku-buku. Gadis itu khusyuk melakukan tugasannya tanpa menyedari ada mata yang memerhati tindak-tanduknya itu.
“ Siap!! ” Ahmad bersuara dengan tiba-tiba.
Cikgu Aimi tersentak. Terpaku. Wow….
“ Nah cikgu ” Ahmad menghulurkan kertas peperiksaan berwarna putih itu kepada Cikgu Aimi. Senyuman tidak lekang dibibirnya. Kehadiran Eira Nursyazzira benar-benar merasuk jiwanya. “Pelik bin ajaib”.
Cikgu Aimi berhenti dari kerjanya seketika. Matanya fokus membaca isi kandungan karangan yang dihasilkan oleh pelajarnya itu. Agak tergamam juga kerana pelajarnya itu berjaya menghasilkan sebuah karangan dalam masa yang singkat. Sungguh tidak terduga. Karangan Ahmad juga. A++
“ Ahmad Muhammad Bin Haji Jazli ” Cikgu Aimi bersuara setelah habis membaca rangkap terakhir karangan tersebut. Nada suara guru itu rendah. Berbeza seperti kebiasaannya. Matanya tepat merenung anak mata pelajarnya itu.

Glupppp….  

Lembut semacam jer suara cikgu ni. Nama penuh aku pula dia sebut. Kenapa erk?. Entah-entah dia dok tahan geram kat aku. Aku salah tulis lagi ker? Please.. jangan marah saya cikgu!!.  Awek ada tu. Huhuhu…. Ahmad sedikit cuak.
“ Awak pandai sebenarnya..” senyuman Cikgu Aimi menghiasi bibir.

Wuuuuuuu….cikgu puji aku tuuu!!..   

Sambung guru yang berusia dalam lingkungan 30-an itu lagi. “ tapi…awak ni malas! ” spontan guru wanita itu menyindirnya.

Huhuhu….. Ada sindiran gak. Dua dalam satu daa…

Ahmad menyeringai macam kerang busuk.
“ Lain kali kalau ada peperiksaan melibatkan karangan, saya mahu awak kekalkan cara penulisan awak seperti ini, boleh?. Saya suka karangan awak kali ini. Awak perlu dibimbing. Ada bakat positif yang terpendam dalam diri awak ” suara Cikgu Aimi masih tenang. Ke mana menghilang suara garang guru itu terhadap pelajar favouritenya ini?.
Kembang-kuncup hati Ahmad dengan pujian itu. Inilah kali pertama ada guru yang memujinya. Kalau tak hampeh
“ Baiklah. Saya pun ada kerja kat rumah nak diuruskan. Terima kasih sudi meluangkan masa dengan saya ”  Cikgu Aimi senyum sinis.
Ahmad membalas senyuman itu dengan senyum yang dibuat-buat. “ Sama-sama cikgu. Saya pon memang suka lepak kat library ni cikgu. Tenang jer  ” mulutnya menyeringai.
Cikgu Aimi menjeling tajam. Suara garangnya datang kembali. “ Ha, kalau awak rindu nak berdua-duaan dengan saya lagi, buatlah kesilapan yang sama, ya Ahmad ” Memek muka guru itu manis. Senyuman dalam sindiran.
Hehehehe… Assalamualaikum cikgu. Baik-baik jalan ” Ahmad menarik nafas lega selepas terkeluar dari bala.

Bye, Bye cikgu!. Saya tak teringin pon nak jumpa cikgu kat sini lagi. Huh…  dia mengumpat dalam hati.

Renungan mata Ahmad terpaku di satu sudut. Matanya tidak jemu memandang keindahan di hadapan mata.
Tiba-tiba…
Bukk…
Ahmad berlari ke arah gadis itu. Tangan Ahmad pantas mengutip buku-buku yang bertaburan di atas lantai.
Eira tergamam dengan kehadiran lelaki itu.
Gadis itu sekadar menjadi pemerhati. Kaku. Matanya terdiam dengan kehadiran lelaki itu secara tidak dirancang. Ahmad sedang menolongnya menyusun semula buku-buku yang jatuh bertaburan di atas rak buku.
“ Terima kasih awak.” Suara gadis itu kedengaran janggal.
Ahmad senyum. “ Sama-sama. Saya ikhlas tolong awak. Eh, saya cam muka awak. Kita pernah jumpa kat mana-mana ke? “ lelaki itu pura-pura berlakon.
Eira kerut kening. Terdiam seketika. Berfikir agaknya.

Aku pernah jumpa dia ke sebelum ni?

“ Awak ni Eira Nursyazzira kan? ”

Awak ni bertambah cute bila buat muka bingung cam tu. Hehehehe…I’m fall in love again with u….budget jer tu cakap orang puteh.

Siapa dia ni. Cam ner le tau nama aku erk?.  Eira semakin bingung.

Bagai mengerti maksud dari renungan gadis itu, Ahmad menceritakan detik pertemuan mereka dahulu.
Raut wajah Eira kembali tenang. Senyumannya meleret. “ Oh, awak rupanya..” raut wajah gadis itu kembali ceria.
Kotak memori gadis itu melayang. Mereka bertemu dalam situasi yang tidak dirancang. Waktu itu dia sedang menghantar surat cuti sakit kepada guru kelasnya. Semasa berada di dalam bilik guru, seorang lelaki menarik tumpuannya. Lelaki itu sedang dimarahi kerana tiada pen. Dia membuat andaian pasti lelaki itu sedang menjalani ujian bertulis. Terbit pula simpatinya. Lantas, dia menyedok poket kecil di sisi baju kurungnya. Sebatang pen yang memang sentiasa ada di dalam poket mini itu dikeluarkan. Dia memang selalu menyimpan sebatang pen dan sebuah buku diari kecil di poket mininya untuk dibawa ke mana-mana. Dia menyerahkan pen miliknya kepada lelaki itu. Selang beberapa hari lelaki itu datang berjumpanya. Pen berwarna biru itu bertukar tangan. Lelaki itu ada menyatakan hasrat membalas budinya. Lelaki itu mahu belanjanya makan sabagai balasan atas pertolongannya tempoh hari. Namun, ditolaknya secara lembut. Selepas itu mereka tidak lagi berjumpa, sehinggalah hari ini…
“ Terima kasih tolong saya, awak.” Senyuman manis tidak lekang dibibir gadis itu.
Ahmad membalas senyuman itu. “ Benda kecik je wak. Awak pun pernah tolong saya juga kan
Gadis itu senyum lebar
“ Saya pelik gak awak leh tau nama saya. Nama awak pun saya tak tahu. Kita tak pernah berkenalan dulu kan? ” riak wajahnya berubah secara tiba-tiba.

Adush…sampai hati awak tak tahu nama saya. Tapi tul gak. Macam mana dia nak tahu kalau dulu aku tak pernah nak introduce diri. Hehehehe.. lagipun aku yang mengintip dia secara rahsia. Nama dia pun aku dapat tahu dari kawan baik dia. Apa nak wat, saya dah tangkap cintan kat awak. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cewahhhh…..

Eishhh…tak kan aku nak cakap, saya dapat tahu nama awak dari Fatin Najwa, kawan baik awak. Pas tu saya suh dia rahsiakan tentang saya kat awak. Nope..tak boleh!.  Jatuh ego seorang lelaki. Nampak sangat yang aku ni peminat misteri dia.
Yes, idea…..

Awak lupa kut. Dulu awak ada bagitau nama awak kat saya. Saya pun ada bagitahu nama saya gak. Agaknya pertemuan kita singkat sangat. Sebab itu awak tak ingat kot. Lagipun kita tak kenal rapat ” pandai lelaki itu  mencari helah.
Mata gadis itu terkebil-kebil. Tapi…ermmm…  lupakan lah. Kau lupa tu Eira.
Terbit rasa bersalah terhadap lelaki itu. “ Emm…sori awak. Saya memang susah nak ingat nama orang. Lainlah kalau saya dah lama kenal dengan orang tu. Sori erk..”
Hatinya menggeletek kelucuan. Bohong sunat. Tak pe..hehe..
“Tak pe. Kita perkenalkan diri semula yer. Nama saya Ahmad Muhammad. Panggil Am jer  ” tidak semena-mena dia menghulurkan tangan untuk bersalaman.
“ Saya tak salam tangan lelaki  bukan muhrim. Maaf sangat-sangat awak.”  riak bersalah jelas kelihatan di wajah manis gadis yang bertudung itu.

Opsss…pesal kau mengelabah ni!. Mangkuk tingkat tul. Kau tak pernah nak salam perempuan pun sebelum ni. Harap dia tak piki bukan-bukan. Cam ner tangan aku ni boleh gerak sendiri nak salam dia ni?. Kau ni memang sick Ad. Gila. Huh malu…

Ahmad tersengih-sengih. “Err….hehe.. sebenarnya saya pun tak pernah salam tangan perempuan kecuali orang tu mak saya dan yang muhrim. Tah macam mana tangan saya ni gerak sendiri awak. Agaknya jadi excited pandang wajah awak yang comel tu kot. Hahahahaha..” Ahmad cover line semula.
Wajah Eira berubah kemerahan. Ishhh..dia ni..
“ Awak tak balik lagi. Dah habis waktu sekolah kan? ” Eira ubah topik.
Ha’ah. Saya memang nak balik tapi tiba-tiba teringin nak singgah kat perpustakaan jap. Saya suka datang sini. Cuma..tak ada masa jer. Dulu rajin gak datang ” panjang lebar Ahmad mereka-reka cerita. Mahu naikkan saham diri.

Ceh..geli kut ayat aku ni. Nasib baik tak terserempak dengan budak-budak kepala penyangak tu. Kalau tak free-free jer aku kena kutuk.

“ Jarang saya nampak pelajar lelaki datang perpustakaan. Awak memang minat baca buku ek? ” gadis itu kian ramah. Pada pendangan mata kasarnya, Ahmad lelaki yang sopan.
            Ahmad menggangguk-anggukkan kepalanya. Bertimbun-timbun dosa aku…Buku?? No!!. Elergik kut.
            “ Awak ni pustakawan kan? Kenapa tak pakai baju pustakawan? ”
            Eira senyum. “ Awak salah faham. Saya sebenarnya tunggu kawan baik saya, Fatin najwa. Dia pustakawan. Kami nak ke bandar jap gi tapi dia kena gantikan kawan dia kemaskan perpustakaan. Saya just tolong sikit-sikit. Cepat siap tugas dia ” ramah mulut gadis itu berbicara.

            Comel. Lemah-lembut. Sopan. Baik-hati. Heee…ini yang wat saya lagi suka kat awak tau.. Hati lelaki itu kembang berbunga.
Nampak gayanya the next sasaran is Najwa. Hehehehe…nak dapat bunga harus berbaik dengan daunnya. Apa punya peribahasa da….

“ Kesian kat awak. Ha, kebetulan. Saya tengah free. Kalau balik rumah pun saya tak ada benda nak buat. Biar saya tolong awak.” Ahmad memaniskan wajah. Mampos..kemas library??? Hari yang indah……

Wah…baiknya hati dia….so sweet…

“ Betul ke ni. Terima kasih  awak ” ceria wajah itu.
Ahmad menyapu lantai. Tatkala Eira sedang memunggah buku-buku untuk dibawa ke tempat rak buku, dia bergegas menolong Eira. Selepas itu dia menyambung kerjanya semula. Selesai menyapu lantai. Dia ambil bulu ayam. Terkenang peristiwa dahulu. Sakit hati juga mengenangkan kembali “sejarah bulu ayam” itu. Ahmad tetap bersabar. Biarpun hatinya sedang menjerit kebosanan.
Arghhh….gile penat beb. Ahmad control macho. Wajah tensionnya langsung tidak kelihatan sebaliknya, raut wajah lelaki itu tampak sejuk mata yang memandang. Dia tahu sang bunga sedang mengintai kumbang dalam diam-diam. Tidak keruan hati romeo itu.

Kalau kak Zura nampak aku ngah  jalankan ibadah ni, masak aku.

Wajah bengis kak Zura bermain di wajah. Kakaknya menyambung pelajaran form 6 di sekolahnya. Kalau di rumah, kak Zura yang rajin tulang mengambil tugasan rumah. Ayahnya sudah lama pencen dari askar. Duduk rumah terima duit dari pencennya dan duit dari tanah felda peninggalan arwah neneknya. Ibunya suri rumah tangga. Berumur dalam lingkungan 60-an. Nasib baik ada kak Zura. Ringan beban ibunya. Kak Zura memang anak yang baik. Dengar cakap orang tua. Cuma, kakak yang garang dan merimaskan. walaupun rumah itu dikediami oleh empat orang, rumah itu tetap hiruk-pikuk dengan suara seseorang. Bingit dengan suara bak buluh perindu merangkap kakak yang tercinta. Dalam satu hari, rumahnya akan riuh dengan rungutan kak Zura memarahinya. Maklumlah, kak Zura seorang yang pembersih tapi dia pula pengotor.
Ala setakat buang sampah merata-rata tu dikira pengotor ker?. Plus suka perap baju yang kotor dalam almari. Tak basuh kasut. Stoking bau hapak. Korek hidung pas tu calit kat tudung dia. Tak ada lah pengotor mana. Ramai lagi teruk dari aku. Kihkihkih…

“Eira, sori aku baru balik dari meeting peraduan penulisan kreatif. Aku kenalkan kak zura. Kak, ni Eira Syazzira kawan baik saya” Fatin Najwa datang bersama seorang gadis yang diperkenalkan sebagai kak Zura itu.
Tangan bertaut.
“Sedapnya nama. Tuannya pun boleh tahan” Kak Zura memuji gadis di hadapannya itu. Gadis itu punyai kecantikan sendiri. Biarpun kulit badannya tidak seputih mana, namun dia akui ada tarikan pada raut wajah itu. Orangnya pun tak lokek dengan senyuman. Sejuk mata memandang.
“Kak Zura lagi cantik dari saya” Eira Syazzira beramah mesra dengan gadis yang baru sahaja dikenalinya itu.
Zura gelak kecil. Senang dengan gurauan itu. “Cantik itu kan subjektif. Lain orang lain pandangannya”
Eira Syazzira membalas kata-kata itu dengan senyuman.
“Eira maafkan aku. Kau kena kemas sorang. Aku nak balik cepat tapi cikgu Anuar tu tak lepaskan kiteorang. Dia nak kiteorang settle kan masalah tu hari ni. Nasib baik kak Zura kata nak sambung perbincangan kat library. Padahal kiteorang nak ngelat. Cikgu Anuar dah balik lepas kiteorang gerak pegi sini” Fatin Najwa rasa bersalah terhadap sahabatnya itu.

Alamak… masin mulut.

Perlahan-lahan kaki Ahmad melangkah meninggalkan kumpulan itu. Dia berjalan arah songsang dari mereka. Dia cuba meloloskan diri bergerak ke arah pintu belakang library.

Ala, cam ner lak si kak Zura ni leh kenal dengan Fatin Najwa. Aduh..Mati aku!.

Dia cuba sedaya-upaya berjalan tanpa mengeluarkan bunyi bising agar tidak menarik tumpuan kumpulan itu.
“ Saya tak kisah. Lagipun ada orang tolong saya tau. Tu dia ”
Eira menunding jari ke sudut belakang.
Masing-masing menoleh ke arah tersebut. Wajah lelaki itu tidak kelihatan. Hanya belakangnya sahaja yang mereka nampak.
“ Am, Awak nak pergi mana tu? ” Eira memanggil Ahmad yang semakin menjauhi
Mereka.

Ad cepat lari selamatkan nyawa kau… Ahmad pura-pura tidak mendengar panggilan itu.

“ Ahmad Muhammad!! ”
“ Hah..” mulut Zura sedikit terlopong.
Dush…
Ahmad terlanggar meja di hadapannya. Hatinya mengerang kesakitan.

Mampos aku……

Ahmad menoleh. Berpatah arah.
Dia berjalan semula merapati kumpulan itu. Dari jauh muka sinis kak Zura jelas di penglihatan.
“ Hai kak.” Ahmad tersengih-sengih. Huh…dari wajah kelat tu pon,  aku dah tau pe yang akan jadi. Padan muka kau Ad. Masuk mulut naga..
“Hai..” Zura senyum sinis. Jaga kau. Siap lah kau Ad. Tahu lah nasib kau. Tunggu kita balik rumah yer..muahhaha….
Mata bertentang mata. Ahmad gerun dengan renungan itu.
“ Akak kenal Am? ” soal Eira ingin tahu.
Kening Fatin Najwa terangkat. “ Akak kenal dengan Ahmad? ” mengulangi pertanyaan sahabatnya itu.
Senyuman kak zura kian meleret…

Bab 3

Aku merangkap Mr Romeo dengan rasa bangganya telah diarahkan mengemas rumah bagi pihak kak Zura. Hari minggu yang sangat mencabar kewibawaanku. Ikutkan hati nak jer aku cabut lari tapi……

“Habis sapu lantai, kau pergi kutip semua baju kau, campak kat mesin basuh. Kau basuh bersih-bersih. Pas tu, bilas. Sidai sekali dengan kain baju yang lain. Lepas ni kau lipat baju yang dah bertimbun-timbun dalam raga tu…
Suara lantang kak Zura tergiang-giang di cuping telinganya.
“ Baik kak ” Ahmad terpaksa mengikut arahan itu. Hilang sikap keras hatinya. Sabar Ad..sabar..
“ Lepas tu…” sambung Zura lagi.
“ Wah, ini boleh mendatangkan marah, kak. Amboi, aku bagi betis kau nak peha plak. Ingat Ad ni robot! ” Ahmad hilang sabar. Suaranya keras. Dadanya menyimpan geram.
Zura senyum penuh makna.
“Oooo… kau nak protes aku yer. Kalau kau still nak lawan cakap akak gak..” Senyumannya menyenget.
Bicaranya terhenti. Senyuman penuh sindiran tidak lekang menghiasi bibir. Bestnya dapat kenakan kau Ad..

Huh..aku benci bila dia senyum cam tu..

“ Akak akan bagitahu abah dengan mak, anak lelaki kesayangan mereka ni dah pandai nak bercinta time sekolah ” tenungan Zura mengambarkan senyuman mata yang menakutkan.

Huh…. ( muka bengang).

“Ad tak gentar pun ngan ugutan akak tu. Ala setakat abah. Abah memang bekas askar tapi dengan anak-anak takde ler garang mana kut. Kalau tali pinggang tu Ad dah tak heran. Badan Ad ni kebal. Ad tak takut ler. Kalau mak lagi Ad tak cuak. Paling teruk pon Ad kena bebel jer” Ahmad sengaja menyiram api kemarahan kakaknya. Dia menjuih bibir. Puas hatinya dapat cari  point  sakitkan hati kak Zura.
Ohhh….tak takut..” Zura angkat kening sambil mengganguk-angguk kepalanya mengikut rentak percakapannya. Senyuman sinisnya kian melebar.
Ahmad mencebik.
“ Kalau Eira Nuryazzira? ” kak Zura kenyit mata

Ala, bab tu yang wat aku lemah. (Muka tension)

“ Aku boleh jumpa dia. Cerita kat Eira, perangai sebenar adik kesayangan aku yang sorang ni. Seorang lelaki yang baik. Adik yang bertanggungjawab. Tak pernah keluar malam. Tak hisap rokok. Fuh…banyak lagi lah kan..”
Ahmad ketap bibir.
O.k.lah. apa lagi yang akak nak Ad wat ” Ahmad bersuara acuh tak acuh.
“Hahahahaha….”

Kesabaran amat diperlukan. Sabar.  Cool. Huh…

Kejap lagi akak kasi tau kau ek. Tak sampai hati pula akak nak bagi tekanan kat dak jiwang macam kau ni. Buat kerja elok-elok tau. Jangan dok berangan kat Eira kau tu jer. O.k lah mata akak ni mengantuk. See u later ” Kak Zura berlalu pergi dengan hilai tawa yang dibuat-buat. Sengaja menambahkan lagi tekanan kepada adiknya itu.

Terima kasih wahai kakak  yang amat disayangi. Huh..

Rajin semacam kamu Ad. Buang tebiat ke kamu ni? ” Puan Junaidah, ibu kandung Ahmad bersuara.
Haji Jazli yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tiba-tiba menyampuk. “ Dia dapat hidayah tu, eda.” Perli sang ayah.

Adoi..hari ni jer berdozen-dozen telinga aku disumbatkan dengan kata-kata sumbang seisi rumah ni. Sakit hati. Sakit jiwa oiii…

Ahmad membatukan diri. Pura-pura tidak mendengar sindiran demi sindiran yang diterima. Lelaki itu sengaja pekakkan telinga. Badannya lenguh-lenguh. First time buat senaman di rumah. Nasib baik time makan boleh rehatkan badan. Kak Zura tak lekang dengan jelingan mautnya. Ahmad buat endah tak endah. Selesai makan, kak Zura menyuruhnya kemas meja makan dan basuh pinggan pula.

Arggghhhhh..                                 

Semua yang ada sedang leka menghadap televisyen. Baru sahaja kakinya ingin melangkah ke kamar tidur,  kak Zura menjerit memanggil-manggilnya. Dia tidak jadi meneruskan langkah.

Aduh..apa lagi lah minah ni nak.. rungutnya di dalam hati.

“ Tolong kemaskan bilik akak Ad. Bersepah akak tengok. Terima Kasih” Kak Zura memaniskan muka. Berlakon baik di hadapan ibu bapa mereka.
Pandangan mata Ahmad tajam.
“ Kenapa mak tengok sejak pagi tadi lagi Zura suruh Ad buat itu ini?. Ha, kamu Ad, dah tak ada mulut nak bangkang?. Mana perginya mulut becok kamu tu?. Apa yang jadi pada kamu berdua? ” bebel sang ibu melihat kelakuan pelik kedua-dua anaknya itu.
Ayahnya sekadar menjadi pemerhati. Mata lelaki itu masih tidak berganjak menghadap kaca tv.

Ahmad berwajah muram. Keletihan menyelubungi diri. “ Kak Zura…..” bicaranya tergantung ketika matanya berlaga dengan pandangan tajam itu.

Anak mata Zura buntang merenung Ahmad.
Ahmad tidak jadi meneruskan kata-katanya. Niat hati ingin mengadu tapi terbayang pula ugutan kakaknya.  Mulutnya terkunci rapat.
“ Kak Zura apa?. Hish..apa kena dengan kamu ni Ad. Diam macam tunggul. Memang lah sikap kamu sekarang ni jauh bezanya dengan perangai kamu yang dulu. Bagus sangat. Tak membantah. Tapi..tak ada angin, tak ada rebut tiba-tiba kamu rajin. Tak ke pelik ” bebel ibunya lagi.
Ala mak. Mood rajin dia datang hari ni. Sebab tu lah Zura ambil peluang suruh dia buat macam-macam. Karang kalau datang malas dia tu, bosan kita mak. Tak gitu Ad? ” Zura senyum sinis.
 “ Betul mak. Hari ni hari rajin Ad. Key lar mak. Ad tolong kemaskan bilik kak Zura dulu yer ” Ahmad bersuara malas.
Ibunya terkebil-kebil.

Hahahahahaha…. Zura memuntahkan tawanya di dalam hati.









BAb 4

Wakahkahkah..adeh… geli ketiak aku!. Heeeee…

Sampul surat yang berwarna biru digenggam kemas. Ahmad ketawa menggekek-ngekek setelah membaca isi kandungan surat yang penuh dengan ayat jiwang itu. Satu-persatu sampul surat yang berwarna biru dibacanya. Sesekali dia berguling-guling di atas katil kakaknya. Perutnya bergegar seiring tawa. Bergoyang-goyang katil itu dengan aksi lasak Ahmad. Pucuk dicita ulam mendatang.

            Kak Zura, I’m coming!!!!! Muahhhahaha……

“Kak Zura, sampah dalam bakul ni nak buang ke tak? ” Ahmad cuba berlagak tenang.
Kak Zura yang sedang leka menonton cerita hindustan, mendengus kecil. Geram. Ada saja orang yang mengganggu tumpuannya menonton cerita kegemarannya itu. Mann. Cerita itu memang sudah lama. Malah dia sendiri hafal jalan cerita itu. Apa yang agak kelakar, kalau hero dan heroin menangis, airmatanya juga akan turut merembes keluar. Tiap kali menonton cerita yang sama, tiap kali itu juga gugur manik-manik mutiara. Apa nak buat, luaran gadis itu agak kasar namun hati gadis itu terlalu lembut.
            Kak Zura mengerling Ahmad seketika. Kemudian, matanya dikalih ke kaca tv. “ La kalau namanya pon sampah, kau kena buang tak kan kau nak telan lak. Apa punya cerdik soalan kau tu Ad. Otak kau pon da mereng sama macam perangai kau tu ker. Huh, tah pape kau ni! ” dengusnya.
Ahmad senyum sumbing. Ngehngehngeh….
Otak syaitannya berfungsi semula.
“ Kak, tak kan nak buang buku-buku ni. Aku rasa elok lagi ” Ahmad cuba bermain dengan bola. Mahu beramah-tamah sebelum kebenaran terbongkar. Sengaja menaikkan kemarahan kakaknya itu.
Kak Zura memicit-micit kepalanya yang tidak pening. Sakit hati. Ada saja yang mengacau.  Ishh…
Gadis itu menoleh ke belakang. Matanya fokus memandang Ahmad atas bawah. “ Ad, kalau semua tu dah terlonggok dalam bakul sampah, itu bermakna dah jadi sampah. S.A.M.P.A.H! “ Zura ketap bibir. Dia mengeja ayat yang terakhir itu. Tajam renungannya.
Ahmad gelak kecil. “ Oppss..sori..”  dia tekup mulut dengan tangan.
“ Huh..” Zura menghembus nafas dengan kasar. Naik darahnya dengan lawak bodoh Ahmad.
Dia kembali ke posisi asal. Badannya kembali tegak menghadap televisyen di hadapan. Hilang fokusnya seketika.
“ Kalau yang ni kak. Nak Ad buang juga ker? ” Ahmad senyum kambing. Kedua-dua tangannya memegang beberapa sampul surat yang telah dibacanya tadi. Sampul-sampul surat itu bergoyang mengikut rentak kedua-dua tangannya.
Zura bingkas bangun. Anginnya naik. Niat hati, mahu menyiat-nyiat kulit badan adiknya itu. “ Kau ni memang nak kena deng…” badannya ditoleh menghadap Ahmad.
Matanya yang kecil, dibesarkan. Buntang. Dia tersentak.  Alamak!!!

Lalalalala…… (Hati melonjak kegirangan).

“Mann..na kau dap..at ….” tergagap-gapap gadis itu menutur bicara.
“Hahahahahaha…..” Ahmad menghampiri kakaknya yang sedang tegak berdiri tidak berganjak dari tempatnya.
“ Kakanda…. jangan  marah adinda. Adinda cuma bercanda. Malam ini terasa sunyi sekali. Apakah bintang turut menyepi kerana sama-sama menangisi kerinduan ini…..” Ahmad sengaja membaca sebaris ayat di dalam sampul surat itu.
“ Hahahahaha…” macam nak pecah perut Ahmad dengan tawanya. Dia ketawa terbahak-bahak, tambahan lagi dengan reaksi pucat wajah kakaknya itu.
Tak guna.. Zura ketap bibir. Darahnya mendidih.
“ Adoi jiwangnya kau kak. Luaran nampak macam bini singa tapi dalaman…”
Hahahahaha… bicara Ahmad terhenti. Dia menyambung kembali selepas tawanya reda. “ Dalam hati ada taman daa..” Ahmad masih melayan sisa tawanya. Sesekali dia menyeka airmatanya yang keluar dek terlalu banyak ketawa.
Zura menjeling. “ Kau nak akak tempah batu nisan tak? Ada yang buat kenduri tahlil malam ni kang..” Suaranya terketar-ketar menahan marah. Namun Zura masih kaku berdiri. Gadis itu masih terkejut dengan apa yang dilihatnya.
“ Apa yang kecoh-kecoh ni?. Tak khusyuk mak nak solat.  Baru angkat takbir dah  tergangu dengar riuh-rendah korang berdua. Kamu ni Ad. Tadi bukan main masam muka tu. Sekarang mengilai sana. Mengilai sini. Gelak macam orang tak siuman.”  Puan junaidah keluar dari biliknya tergesa-gesa. Suaminya pula entah lesap ke mana. Batang hidung pun tak nampak. Bertenggek di kedai kopi ler tu. Lelaki pun ada group mengumpat. Mengalahkan orang perempuan.  Rungutnya di dalam hati.
Ahmad tersengih-sengih. “ Tak ada apa-apa mak. Ad gelak tadi sebab suka sangat.     Saham Ad naik sakarang ni. Saham akak pula turun mendadak..” kih..kih…
“ Ya Allah, Apa yang kamu merepek ni Ad? ” suara ibunya sedikit meninggi.

Zura kaget. Aduh…kalau si mereng ni pecah rahsia, haru aku dibuatnya.  Rosak reputasi baik aku depan mak ngan abah. Tak boleh dibiarkan.

Zura memintas. “ Ad baca buku ujang tadi mak. Gelak sakan lah dia. Err..maafkan kitaorang mak. Mak sambung solat yer. Ad jom! ” serta-merta Zura mengheret lengan Ahmad mengikutnya masuk ke dalam bilik.
Puan Junaidah geleng kepala. Dia masuk ke dalam biliknya semula. Anak yang dijaga hanya dua orang tetapi mengalahkan sepuluh orang. Terlalu tak terkawal. Ahmad dengan kenakalannya. Zura pula garang tak bertempat. Dah besar panjang masih lagi bercakaran dengan si adik. Bapanya pula selalu sangat menghadap kedai kopi di hujung taman. Pernah satu hari dia sediakan kopi. Sengaja perli si suami. Lega juga tengok suaminya habiskan minuman yang dia sediakan. Puan Junaidah fikir dengan tindakannya itu, suaminya akan lupa dengan kedai kopi. Suaminya berlalu pergi tapi sempat pula beritahu, dia mahu ke kedai kopi jumpa kawan lama. Sekadar bersembang. Tak perlu minum kopi lagi. Sakit hati Puan Junaidah dengan kata-kata itu. Akhirnya dia biarkan sahaja si suami minum di kedai kopi. Malas mahu menyediakan hidangan itu di petang hari. Suaminya tetap tidak melekat di rumah. Jimat sikit serbuk kopi cap ketam di rumahnya. Puan Junaidah hanya menghidangkan minuman itu tiap-tiap pagi untuk suaminya.
Zura menutup pintu bilik. Badannya dikalih ke belakang.
Eker matanya merenung Ahmad yang sedang berdiri menghadapnya.
Ahmad senyum sinis.
Kedua-dua tangan Zura bersilang memeluk tubuh. Keningnya terangkat menunjukkan riak tidak puas hati terhadap adik lelakinya itu. “ So, Apa kau nak?” keras nada suara itu.
Ahmad ketawa kecil. “ rileks lar kak. Aku tak kejam pon. Setakat jadi orang suruhan best gak atau bahasa kasarnya balaci. Hahahaha..” Ahmad sengaja menyiram minyak panas ke tubuh Zura.
Zura hilang sabar. Tangan kanannya terangkat ke atas. Mahu disikunya kepala Ahmad.
Ahmad bergerak ke belakang. Tangannya melayang-layangkan kertas berwarna biru.  “ Akak memang nak surat-surat ni sampai ke tangan mak ngan abah ek. Apa reaksi diorang bila baca kata-kata dramatis, romantis, mancis ni yerk? ” Ahmad menempelak kakaknya.

Arghhhhhh………   Jiwa Zura memberontak

Zura memaniskan wajah. Senyum terpaksa. “ Wahai Ad adikku yang kacak lagi bergaya, kakakmu ini akan menuruti perintahmu, asalkan tidak melanggari hukum syarak agama ” hatinya terasa ingin terbakar melihat senyuman sinis Ahmad.

Hai senangnya dalam hati, kalau menjadi raja..seperti..dunia..ana yang empunya! Hohohoho… (gelak syaitan).

“ Bak sini surat-surat tu ” Zura bersuara lantang.
Ahmad mencebik. “ Selagi akak tak tolong Ad, jangan mimpi akak nak cium bau surat-surat ni
Zura mendengus kasar. “  Fine!!!
“ Apa yang ada kat kepala otak kau tu?  ” marahnya.
Ahmad membisikkan sesuatu ke telinga Zura. Sejurus itu senyumannya meleret.
Zura menjeling adik lelakinya itu. Dasar buaya darat!. Otak mereng!. Huh…
Ahmad menerangkan segala rencana yang telah dirancang. 
Aku pecah gak pale babun ni….     Zura tertekan dengan permintaan adiknya itu.
Bab 5
“ Saya nak jumpa Ad! ” seorang gadis yang lengkap beruniform sekolah, membentak.
Zura panik. Si mereng ni memang tak betul. Dia suruh aku jumpa semua girlfriend dia!. Penakut tul babun sekor tu....huh.. aku yang jadi mangsa. Tension…
“ Dik percayalah, si Ad tu memang tiga suku. Janganlah percaya dengan apa yang dia katakan. Dia memang nak tinggalkan adik. “ Zura terpaksa bermain dengan permainan yang dicipta adik lelakinya yang bertuah itu.
Budak perempuan itu terus berlalu tanpa sepatah kata. Zura sempat melihat ada takungan air di hujung matanya. Zura mengeluh. Kasihan pula dengan semua perempuan-perempuan yang menjadi mangsa si mereng itu. Masuk kali ini sudah empat perempuan yang patah hati dengan Ad. Tinggal seorang lagi. Nak tak nak, dia terpaksa teruskan. Cuma, lagi sorang ni….
“ Tolong sampaikan pesanan kat si pengecut tu, aku tak akan biarkan orang permainkan hidup aku. Jangan ingat semudah itu dia nak putuskan hubungan. Hanya Zeti yang boleh tinggalkan lelaki. Faham! ” perempuan yang bergelar Zeti itu selamba sahaja berkata-kata.
Kerek tul budak ni. Hello aku form 6 o.k !. kau tu baru form 5. Wah,  datang gak angin aku nih. Hatinya sakit dengan kelakuan sombong gadis dihadapannya itu.
“ Cantiknya bahasa kau. Aku ni tua dari kau, tahu tak. Tak reti nak hormat orang ke hah? ” Zura meninggi suara.
Kawasan belakang tembok sekolah itu sunyi sepi. Hanya ada mereka berdua.
Gadis itu gelak kecil.
“ Kau ingat, kau tu sape nak suruh orang respect. Anak raja? ” sinisnya.
Hek eleh minah ni. Padan ler adik aku reject perempuan yang tak tahu adab sopan macam kau. Aku pun geli gak nak ada adik ipar bodoh sombong macam ni. Minta dijauhkan ” Zura mencebik.  
Zeti senyum sinis.” A.A.K.  Ada aku kesah. Whatever !! ” tingkahnya sombong.
Belum sempat Zura membalas kata-kata biadab Zeti, gadis itu meninggalkannya.
Hoi..!! Aku belum habis cakap lagi, Hoi! ” Jeritannya sia-sia.

Macam ler muka kau tu cantik sangat. Cun lagi muka aku. Werkkkk… Zura mencebir lidahnya.

BAb 6
            “ Beres  ” nada suara Zura mendatar tatkala adik lelakinya itu bertanya perihal siang tadi.
            Ahmad menarik nafas lega. Dia duduk menjuntaikan kakinya di birai katil kakaknya itu.
            “  Trimas kak. Kau ler kakak aku dunia dan akhirat…….. ” suara Ahmad ceria. Hilang satu beban masalah.
            “ Memang aku sorang jer kakak kau kan ” perli Zura. Wajahnya masih masam mencuka. Tangannya sibuk melakarkan sesuatu di dalam buku.
            “ Hai, orang nak berbaik pun still jual mahal. Nape kak. Datang bulan ker? ” guraunya.
            “ Aku ngah tension dengan awek kau, si Zeti tu. Tergedik-gedik. Kurang ajar sangat. Rosak mood aku. Huh..”
            Hehehehe…mulut Ahmad menyeringai.
            “ Jangan suka sangat. Zeti tu tak nak lepaskan kau. Lantak lah kau dik. Aku malas nak ambil tahu.” Zura bersuara malas.

            Huh, Gaya minah tu pun lain macam. Aduh spoil…

            “ Dah agak ” Ahmad bersuara lemah.
            Zura tutup buku.  Sambil bersila di atas tilamnya, dia menghadap Ahmad.
            “ Si Zeti tu pesal. Bongkak semacam. Anak menteri ker? ” soalnya ingin tahu.
            “ Tak. Anak ahli perniagaan. Tak sure lak bapak dia buat bisness apa ” jawab Ahmad bersahaja.
            Muncung Zura ke atas. Dia mengganguk-anggukkan kepalanya.  Aku tak heran pon…..
            “ Kenapa kau boleh terima dia dulu ek. Aku tengok, tak de le lawa mane pon ” kutuknya.
            “ Dia yang minta couple. ” Jawab Ahmad acuh tak acuh.
            “ Kau ni tak de taste langsung. Rembat aje awek kat depan mata. Minah senget tu gak yang kau pilih. Sendiri buat, sendiri tanggung ” selamba sahaja Zura mengutuk adiknya.

            Hurmmmmmmmm…..

            “ Aku nak berubah kak ”  sayu nada suara itu.
            Zura ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata itu.

            Gelak. Gelak puas-puas!. Pelik sangat ke apa yang aku cakap tadi tu?. Huh..

            Zura berhenti ketawa tika melihat wajah serius adiknya. Ish..biar betul. Adik aku ni dah nak mampos ker?. Huishhhhh..  menakutkan!.
            Zura terdiam. Matanya terpaku memandang Ahmad.
“ Aku tau kak, perangai Ad yang dulu sebijik macam anak jin. Tapi baik sikit lah dari anak jin.  Suka kuar malam. Mat moto. Lawan cakap mak. Abah. Terutamanya akak. Hobi Ad cari pasal dengan cikgu. Kaki gaduh. Kiranya Ad ni ketua penyangak kat sekolah tu. pendek kata boleh dibilang dengan jari jer kebaikan aku, kan kak nada suara itu rendah. Ahmad menahan sebak.

Sentimental tul. Ermmm..semuanya sebab….

Entah kenapa hati Zura tersentuh dengan luahan jujur adiknya itu. Kalau benar Ahmad telah berubah. Dia gembira. Biarpun mereka selalu bertekak tapi hubungan mereka tetap akrab. Sama seperti pepatah melayu, air yang dicincang tak akan putus. Dia dapat melihat sinar keikhlasan dari renungan mata Ahmad. Alhamdulillah… Hatinya tersenyum.
“ Ad dah mula sedar kak. Bila fikir balik. Betapa ruginya cara hidup Ad. Ad betul-betul nak berubah ”  air muka Ad jadi tenang.
Suara Zura kendur. “ Aku macam tak percaya apa yang kau cakap ni. Perubahan kau ni ada sangkut-paut dengan Eira Nuryazzira ker?. Kau memang betul-betul jatuh cinta? ” mata Zura buntang. Mulutnya terlopong.
“ Nak Ad sumbat lipas kat mulut akak ea. Besar lubang ”. Ahmad sempat lagi mengusik. Dia ketawa kecil. Pertanyaan kakaknya dibiarkan tidak berjawab.
Zura mencubit peha Ahmad. Rasakan. Susah betul nak cakap dengan orang yang tiga suku ni. Geram tul.
Aduh. Apa ni. Cubit-cubit orang. Ad bukan budak kecik lagi lah ” Ahmad merungut sambil menggosok-gosok pehanya. Pedih.
“Padan muka kau.  Akak tengah serius giler nak mati ni,  kau boleh plak merepek ”
“ O.k.”  Ahmad kembali serius.
“ Memang Ad suka kat Eira. Cinta pandang pertama. Ntah kak. Dia memang lain dari yang lain. Seorang yang sangat unik di mata Ad. Bagai sehelai rambut di timbunan tepung. Susah nak jumpa. Pendek kata orang macam dia, antara satu dalam jutaan manusia ” bersemangat Ahmad meluahkan isi hatinya.
Tiba-tiba berderau tawa Zura.
Ahmad mengerling. Nape ler aku boleh cerita benda ni kat dia. Dia ketap bibir.
Oppssss…Zura menekup mulut.
Hehehehe..sori. Akak bukan pe Ad. Cuma aku janggal borak tentang ni. Lagipun kau tak boleh salahkan akak. Yelah. Kau tu mana nak pernah sius selama ni. Otak tiga suku. Terlebih suku kut. Memang lucu lau otak mereng cam kau ni cakap tentang cinta. Siap guna ayat sastera lak tu. Setahu aku, kau tu bengap dalam subjek bm, kan? ” lancang sahaja mulut Zura mengutuk adiknya. Mukanya bersahaja langsung tiada rasa bersalah.

            Wah, macam nak isytihar perang jer……

            “ Bagusnya ayat kau kak. Dalam dok bercerita sempat lagi kau kutuk.”
            Zura senyum sumbing.
            “ Ala dak jiwang karat ni. Touching la pulak. O.k. kita serius ” 
Sambungnya.“ Camni lah ek. Aku rasa dalam bab ni, kau perlukan doktor pakar cinta merangkap kakak kesayangan kau iaitu aku ”
Ahmad tidak membantah. Bersedia mendengar kata-kata Zura yang seterusnya,.
“ Sebelum tu. Pulang kan barang aku ”  riak wajah Zura serius.

Hehehe…..

“ Aku pon tak hingin nak simpan buat pekasam kak. Jap lagi Ad bagi.” Mimik muka Ahmad kelat mengejek.
Zura berlagak tenang. Fuhh.. lega. Sib bek separuh skru dalam pale dia ni masih elok. Zura menahan kelucuan dalam hati.
“ Aku akan ajar kau langkah demi langkah demi mendapatkan bunga yang berada di atas pokok ” suara itu kedengaran tegas.
Hah..” Ahmad pura-pura tak mengerti maksud Zura.
“Lembab tol kau ni. Bunga tu Eira Nuryazzira tuan puteri kesayangan kau tu ler, sengal! ”
“ Sila ambil perhatian. Dalam penggunaan bahasa melayu, saya rasa takde peribahasa tu cik. Dari mana cik kutip yer ” Ahmad suka sakat kakaknya. Mereka memang terbiasa dalam keadaan begini. Dua-dua kepala tak betul. Agak sukar kalau mereka boleh kekalkan mood serius yang berpanjangan. Pasti ada timing gile-gile muncul.
“ Huh..” Zura menjeling.
“ O.K. Serius ” wajah Ahmad kembali tegang, Cuak kalau kena cubit lagi. Tangan sasa kakaknya itu agak berbisa.
Zura sekadar mampu mengucap dalam hati. Agaknya dia ni dah mereng sejak dalam perut mak lagi  kut.
            “ Apa langkah yang pertama wahai doktorr cinta Zura ”
Zura kembali fokus. “ Pertama kau kena….”







Bab 7
Langkah Eira tangkas menuju ke ruang dapur, sebaik sahaja dia mendengar bunyi kaca pecah, diiringi suara lantang seseorang yang membingitkan halwa telinga.

YA Allah, ibu…

             Seorang wanita dalam lingkungan 50-an sedang mencangkung di satu sudut.
            “ Kau kutip. Kutip!. Aku tak nak ada serpihan walau sebesar kuman kat atas lantai ni ” nada suara itu nyaring.
            Hati kecil Eira menangis. Pilu dirinya melihat ibunya dimarahi sedemikian rupa.
            “Ibu, biar Eira yang kemaskan. Ibu bangun ya, bu ” Eira menarik lembut tangan ibunya yang sedang mengutip serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai dapur.
            “ Korang ingat pinggan mangkuk kat rumah ni murah ker?. Hei, gaji kau pun tak mampu nak beli tau. Edisi terhad. From china. Kalau dah nama pun menumpang, buat cara menumpang. Jaga sikit barang dalam rumah ni. jangan nak ambil kesempatan. Mentang-mentang papa tu baik. Korang nak menjahanamkan harta-benda dalam rumah ini. Dasar miskin. Gayat! ” tingkah seorang gadis dalam nada sombong.
            Puan Emelda kesat airmata yang mengalir dengan lengan bajunya. Penghinaan itu sangat mengusik jiwanya.
            Eira ketap bibir. Dia berhenti dari mengutip serpihan kaca itu. Dia bingkas bangun. Menyamai ketinggian dengan gadis yang seusia dengannya itu.
            “ Kalau awak nak kutuk saya silakan.  Saya tak benarkan awak hina ibu saya, faham! ” suara gadis itu lantang. Ekor matanya tepat berlaga dengan pandangan yang penuh kebencian itu.
Zeti mengecilkan ekor matanya. Kebenciannya meluap-luap terhadap anak-beranak itu.
“ Berani kau tinggikan suara kat aku. Hei, sedar diri tu sikit. Kau tu just anak kuli. Hormat lah orang yang dah kasi hidup kat kau. Kalau tak, kau dengan mak kau dah lama mati kebulur kat tengah jalan macam kucing terbiar tau! ” Zeti menyindir. Senyumannya terlakar.
Eira ingin menampar tuan empunya pipi gebu itu tetapi dihalang Puan Emelda.
“ Jangan Eira. Betul apa yang Zeti kata tu Eira. Kalau ayah man tak tolong ibu dulu, kita hidup mengemis nak.” Suara Puan Emelda terketar-ketar dalam sendu.
Zeti senyum sinis. Matanya dikerling ke arah lain. Tau pon…

Sombong. Bongkak. Harap muka lawa tapi perangai….. Eira sekadar melepaskan geram dalam hati.

Dadanya bertakung sebak. Hatinya pilu melihat tangisan ibunya.
Suasana suram itu tiba-tiba dibingitkan dengan deringan nada telefon milik anak majikan mereka itu.
“ Hello Jefry. Yes dear. At the same place. Tunggu I tau ” suara kasar itu bertukar lembut serta-merta.
Gedik. Menyampah… Eira mengutuk dalam hati. Hatinya sekian lama memendam rasa terhadap kesombongan Zeti, anak Dato’ Herman. Perangai Zeti amat berbeza dengan ayahnya. Dato’ Herman seorang yang merendah diri. Tidak suka membezakan taraf seseorang.  Dia paling benci kalau Zeti meninggikan suara kepada ibunya. Dadanya turun naik. Tahan amarah.
Bicara Zeti terhenti. Dia menekap gegendang telefon menjauhi mulutnya.“ Malam ni aku overnight. Kalau papa tanya especially kat kau Eira, jangan report apa-apa. Aku tahu papa percaya sangat kat kau. Kalau kau mengadu….. Siap! ” Zeti menunding jari telunjuknya hampir ke muka Eira. Kemudian, dia menyambung perbualannya kembali. Kakinya melangkah ke ruang kamar tidurnya.
Eira menghantar lenggok gadis itu dengan pandangan tajam.  Huh..
Dia meneruskan semula perbuatannya yang terbengkalai tadi. Selesai membersihkan lantai, dia menarik kerusi menghadap ibunya.
Eira sebak melihat sisa airmata ibunya. Ibunya sedang mengupas bawang. Sesekali airmata menitis. Dia tidak pasti. Apakah airmata itu akibat kepedihan kulit bawang atau sindiran Zeti terhadap mereka?.  Dada Eira bergetaran sendu.
“  Ibu sedih ” suara gadis itu memecah kebisuan di ruang dapur.
Puan Emelda menoleh ke arah anaknya sekilas. Dia masih tetap meneruskan kerjanya.
 “ Jangan risau nak. Ibu dah biasa dengar sindiran Zeti. Mata ibu ni pedih. Ibu kan kupas bawang ni ” Puan Emelda berdalih. Bibirnya menguntum senyuman.
Eira tahu senyuman itu amat pahit untuk dilakarkan. “ Ermm…kita keluar dari rumah ni, nak bu?” soal gadis itu.
Riak wajah Puan Emelda berubah.
“ Kita nak tinggal kat mana Eira. Rumah yang dibelikan arwah ayah Eira, jadi hak milik bank.  Nak langsaikan hutang-hutangnya. Lagipun Eira membesar di rumah ini sejak kecil. Eira tak sayang ayah man? ” sebak suara wanita itu.
Airmuka Eira muram. “ Eira sayang, bu.  Eira dah anggap ayah man macam ayah Eira. Tapi..”  Eira berhenti dari kata-katanya.
Puan Emelda memaku diri. Dia sendiri sebak melihat nasib mereka.
            “ Dia bukan ayah kandung Eira. Dia adik arwah ayah. Kita tak ada hak nak tinggal dalam rumah ni, bu. Eira tak sanggup lagi dengar Zeti maki- hamun ibu. Bertahun-tahun ibu menderita sejak kita tinggal dalam rumah ni. Dulu masa arwah makcik su masih hidup, dia benci kat ibu. Biarpun Eira kecil lagi tapi Eira tahu ibu makan hati dengan tohmahannya. Eira tahu dia suka tuduh ibu ada hubungan dengan ayah man ” luah gadis itu.
            Puan Emelda terdiam.
“ Sekarang Zeti. Perangainya saling tak tumpah seperti arwah makcik su ” Eira menahan geram.
“ Ishh, tak baik Eira cakap tentang orang yang sudah meninggal dunia. Tak aman rohnya.” Larang wanita itu. Ton suara itu lembut.
Eira melepaskan keluhan berat.
“ Eira ingat nak kerja lepas tamat sekolah. Eira tak nak sambung belajar. Eira nak cari duit banyak-banyak biar kita keluar dari rumah ni. Kita tinggal kat tempat lain. Kita bina hidup kita berdua ” Eira senyum lebar.
Sebak dada Puan Emelda. “ Eira mesti sambung belajar. Fikirkan masa depan Eira. Jangan macam tu nak  ” risau ibunya.
Eira muncungkan bibirnya. “ Ala, ibu nak halau Eira yer ” aju suara manjanya.
Puan Emelda geleng kepala. “ Ibu mana yang sanggup berjauhan dengan anaknya. Eira kan boleh jenguk ibu bila cuti semester ” pujuk sang ibu.
“ Ermm..Eira risau keadaan ibu. Eira tak sanggup biarkan ibu seorang diri dalam rumah ni. Ayah man selalu tak ada. Zeti pula sakitkan hati ibu. Eira tak mahu berpisah dengan ibu. Eira nak jaga ibu ” Wajah gadis itu muram. Sayu nada suara itu. Tolonglah jangan paksa Eira bu…ermmm..
“ Ibu masih sihat lagi Eira. Tak perlu Eira nak risau, ya nak. Janji dengan ibu. Eira belajar bersungguh-sungguh kemudian sambung belajar. ”
Eira ketap bibr bukan kerana marah tapi cuba bertahan dari menitiskan airmata. “ Insya’Allah bu ”
“ Hai untie, Hai sweetheart! ”
            Seorang lelaki tiba-tiba muncul, menyapa anak-beranak itu.
            Eira menjeling meluat.  Huh,, si poyo ni. Zeti dengan perangai sombongnya. Dia pulak…..
Puan Emelda berbual mesra dengan Farid, Anak kedua Dato’ Herman. Adik arwah suaminya itu mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinannya dengan wanita yang bernama Surihani. Anak sulung Dato’ Herman sudah mendirikan rumah tangga. Jarang sekali pulang ke rumah. Anak sulung yang bernama Farizi itu menetap di luar negara bersama isterinya yang berdarah british. Hanya Farid dan Zeti penghuni tetap di rumah banglo mewah dua tingkat itu.
Farid berusia 21 tahun. Bekerja di syarikat ayahnya sendiri. Dia tahu lelaki itu menyukai anaknya. Eira pula tidak suka dengan sikapnya yang bertukar-tukar perempuan seperti menukar baju. Eira hanya rapat dengan Farizi kerana layanan lelaki itu terhadap Eira seperti abang kandung. Puan Emelda bersimpati dengan Eira kerana tiada lagi tempat untuk dia bermanja semenjak Farizi membawa diri ke luar negara. Puan Emelda bimbang dengan keselamatan anak gadisnya itu kerana sikap Farid hari demi hari semakin melampau. Lelaki itu suka mengusik anaknya. Mungkin cuba menarik perhatian Eira. Dia risau kalau Farid bertindak di luar jangkaan andai Eira tidak membalas cintanya.
“ Wah bau masakan untie ni buat airliur Farid meleleh ” ramah lelaki itu. Sesekali dia mengerling ke arah Eira, gadis yang sering mengocak naluri lelakinya.
Puan Emelda ketawa kecil. Farid lebih mesra dengan mereka berbanding Zeti. Cuma. dia tidak tahu apakah kemesraan itu sekadar lakonan untuk memikat hati anak gadisnya?. Puan Emelda sering tertanya-tanya.
“ Tak sabar Farid nak makan. Jom Untie. Kita makan ” Farid mengerling sekilas diraut wajah Eira. Dia menarik kerusi yang bersebelahan dengan gadis itu.
Eira mendengus kasar. Dia bingkas bangun meninggalkan kawasan itu.  “ Eira masuk bilik dulu, bu ” Eira sempat menegur ibunya. Benci pula melihat kegatalan lelaki itu.
            Farid meyumpah dalam hati. Makin kau sombong makin kuat keinginan aku untuk milikimu, sayang. Kau tak akan terlepas dari genggaman Farid… lelaki itu senyum sinis.

Bab 8

“ Pertama kau kena buang tabiat  keluar malam. Second, Tukar motor rxz kau dengan motor biasa! ”

Ahmad meletakkan helmet berwarna putihnya ke sisi motor. Kemudian, mengunci motor barunya itu. Hanya itu harta yang dia ada. Dia suka kerja part-time sejak di tingkatan 2. Kadang-kadang di sebelah malam. Setelah langsai hutang beli motor, dia berhenti dari  bekerja part-time. Ibunya tidak gemar Ahmad keluar malam. Bingit juga telinganya mendengar leteran ibunya itu dahulu. Gaji yang didapati dari pekerjaan sebagai bonquet di sebuah hotel dapat digunakan membeli sebuah motor. Ayahnya hanya membantu sekadar mampu.
“ Ayoyo..ama.. apa sudah jadi ini orang! ” Bob yang baru sahaja sampai ke sekolah menghampiri Ahmad. Razlan yang menjadi pembonceng di belakang turun dari tempat duduk. Bob mencari parking untuk motornya.
“ Wei, mana pergi rxz kau” Razlan segera betanya setelah penglihatannya tertumpu pada sebuah motor jenama 135 LC.
Sulah masuk itu longkang ka? ” Bob yang terkenal dengan perangai gila-gilanya itu tiba-tiba menghampiri mereka.
Airmuka Ahmad masih tenang.
“ Aku Ahmad Mohammad bin Haji Jazli dengan ini mengumumkan bersih dari gejala rempit. ” Ahmad meluruskan kelima-lima jari-jemarinya ke atas.. Berikrar di hadapan kedua-dua orang sahabatnya itu.
Bob dan Razlan merenung di antara satu sama lain.
Selepas itu, ketawa mereka terburai.
Ahmad tidak menghiraukan keadaan mereka. Langkahnya diatur mengikuti laluan ke kelasnya. Jarum jam di tangannya menunjukkan pukul 7.15 a.m. Loceng sekolah akan berbunyi dalam masa lima belas minit sahaja lagi, menandakan bermulanya perhimpunan pada pagi itu.
Pehal lak mamat ni. Mimpi ngeri ker  ” Razlan memandang Bob.
Bob jungkit bahu.
Mereka berlari mendapatkan Ahmad yang jauh meninggalkan mereka. Mereka berjalan beriringan.
“ Wei, kau nak kuar dari group kite ker? tak nak lumba lagi?. Kau dah lama tak datang lepak, pe cer? ” Bob bersuara
.           “ Aku nak berubah. Lagipun SPM dah nak dekat. Aku malas nak involve dengan benda-benda yang mengarut ni.
            Razlan kerut kening. “ Mengarut?. Wei brader, bukan kau ker yang ajar kiteorang semua ni. Sekarang kepala geng pula yang tarik diri ”  keras nada Razlan.
            Bob mengoyang-goyangkan jari telunjuknya tanda bersetuju dengan hujah Razlan.
            “ Kalau cam tu, aku ajar korang berhenti. Follow me ” nada suaranya tenang.
            “ Wooo..aku masih belum giler cam kau key. Aku tetap teruskan ” Bob angkat tangan. Tidak setuju dengan Ahmad.
            Razlan terdiam.
            “ Aku tak paksa ” tingkah Ahmad.
            “ Perangai kau ni aku tengok len macam. Apa yang dah buat kau berubah?. Mendadak kut  ” soal Razlan.
            “ Ah’ah. Aku pun confius gak. Nape beb ” Bob kerut kening. Perbualan mereka menjadi serius.

            Busybody tol la beruk-beruk ni. Aku nak jadi lelaki budiman. Bukan romeo and no playboy anymore. Understand!!!! Ceh..poyo lak aii..speaking... ngeeee..


            “ Adat ar tu. Sedangkan pantai berubah, inikan pula hati manusia ” selamba sahaja riak muka Ahmad.
            Bob dan Razlan terkebil-kebil;
            “ Apo kono ekau ni jang, dah kemaruk nak kawen ko?. Ayat bukan men jiwang mawang lak ai..” Bob tergelak.
            Razlan menurutinya.
            “ Pelik sangat ke kalau aku berubah? ” soal Ahmad. Geram dengan respon kedua-dua sahabatnya.
            “ Tak pelik kalau orang lain yang berubah tapi kalau setan kepala biul cam kau jadi lelaki sejati,  confirm  pelik ”
Huh…” Ahmad tahan geram.
            Bob dan Razlan menghamburkan tawa.

            Diorang memang bergelar syaitan berkepala manusia. Mangkuk hayun dua ekor ni agaknya teringin nak kena pelangkung dengan aku.  Ada gak yang patah tengkuk karang. Hish…..nak belasah tak sampai hati. Kawan sebulu lak kan. Sabar jela Ad.

            “ Wei budak ri tu ar. Korang nampak tak, kuli batak cikgu tu. Per gi brader. Kita usha sama dia ” Razlan menunding jari ke arah seorang lelaki yang berpakaian lengkap dengan uniform warna biru.
            “ Assalamualaikum bang ” Razlan terlebih dahulu menghampiri pengawas sekolah itu.
            “ Apa macam macha, semalam lu dapat wang ka sama itu cikgu. Lu kan balaci dia ”.  Sinis suara Bob.
            Lelaki yang dikerumuni tiga orang sahabat itu sedikit cuak. Siapa tak kenal dengan samseng sekolah.  

            Ahmad gelisah. Aku dah janji….

             “Ke-3 jangan bergaduh atau istilah lainnya jangan jadi samseng!

Kata-kata kak Zura bermain di gegendang telinganya.
“ Wei lari. Pocong datang..” Ahmad membisikkan suaranya ke telinga kedua-dua sahabatnya itu.
Bob dan Razlan, menyusun langkah seribu. Ada satu kelemahan mereka. Cikgu Yap Ah Chong atau nama famous ialah “pocong”. Keganasan mereka hanya akan tergugat apabila cikgu chong datang bersama failnya. Iaitu fail yang tersimpan borang buang sekolah. Itulah kelebihan cikgu yang digelar pocong oleh mereka dek kerana kejutan yang akan dilakukannya dengan membuang pelajar yang paling banyak menyimpan rekod “jenayah” sekolah iaitu mereka. Ketiga-tiga sahabat karib itu dalam pemerhatian cikgu Chong.

Hahahaha.. sengal. Samseng taik kucing kepala tengkorak korang lah. Dengar nama pocong jer,  mengelabah. Lari tak cukup tanah!!!.

Ahmad turut membontoti langkah mereka sambil menahan kelucuan dengan gelagat rakan-rakannya.
Lelaki yang terpaku dihadapan mereka memandang sekeliling. Matanya melilau-lilau mencari kelibat cikgu chong yang berbadan gempal itu.

Biar betul. Aku tak nampak pun batang idung cikgu chong. Rabun ker mamat tu!















Bab 9

Langkah  yang terakhir dari doktor cinta,  aku rasa agak cuak sikit. Sebab melibatkan…

Subjek sejarah buat aku susah nak patuhi arahan doktor pakar cinta aku. Sebab sekarang ni mata aku ….
            “ Kenapa sejarah penting dalam hidup kita?  ” Cikgu Maya mengajukan soalannya.
            Salah seorang rakan kelas Ahmad, selamba sahaja menjawab. “ Sejarah mungkin berulang cikgu ”
            “ Good point. Lain? ”
            Kelas itu riuh dengan suara para pelajar yang mahu menyumbang pendapat mereka. Berkali-kali mata Ahmad berkedip. Sesekali mulutnya menguap.  Kepalanya tersengguk-sengguk saat matanya kian kuyu.

            “Ingat. Buang tabiat setan kau tu time kat sekolah. Mulai saat ni kau mesti rajin belajar!. Orang perempuan suka lelaki yang ada wawasan…

            Ahmad tersentak. Suara Kak Zura seperti panahan petir yang menyambar anak telinganya. Matanya tiba-tiba segar.

            Boleh ke aku belajar?. Pegang pensel pun malas…. Pandangan Ahmad kejap terang, Kejap kabur. Silap haribulan rebah terus.

            Dia cuba membesarkan anak matanya. Penat berbuat demikian, kelopak matanya dikelip-kelip berulang-kali. Ad fokus. Study!!!       
Kepala bob yang duduk di sebelahnya, menghadap Ahmad. Bertentangan kedudukannya dengan mata cikgu Maya. Cerdik tul dia ni…...
            Tangan kiri Bob memangku kepalanya. Siott.. syok kau tido yer bob. Tergugat tul iman aku. Ni yang tambah nak follow. Huhuhu… tak leh tido. Study! Study! Ngerrrrr.. Hatinya geram.
            Dia yang berada di sebelah tingkap bilik darjah itu, memandang ke luar. Cuba mencuci mata. Mana  tahu dengan cara itu rasa mengantuknya akan hilang.
            Pandangannya bulat memandang susuk tubuh seseorang yang sedang melintasi luar koridor bilik kelasnya.

            Eira!!!

            Dummmmmm…

            “Omakkkk…gempa bumi!!” Bob serta-merta berdiri tegak. Suaranya meninggi.
            Ahmad tergamam. Bongok kau Bob. Memalukan kaum lelaki. Kahkahkah…
            Seisi kelas ketawa dengan aksi bob yang tiba-tiba melatah itu. Cikgu Maya hempas buku teks sejarah di atas meja Bob. Wanita itu sengaja menyergah kedua-dua pelajarnya itu. Dia sudah lama perhati kelakuan mereka berdua. Bob sedang lena dibuai mimpi. Ahmad pula leka menghadap tingkap. Entah apa yang dipandangnya. Kesabaran cikgu Maya mulai kendur dengan perangai kedua-dua pelajar yang sering mengganggu tumpuan sesi pengajarannya.

            Merah padam muka Bob. Dia ingat ada gempa bumi yang sedang melanda bangunan yang menempatkan kelasnya itu. Dia tersengih-sengih macam kerang busuk.
            Cikgu Maya meyilangkan kedua-dua tangannya ke tubuh. Anak matanya tepat merenung Ahmad. Kemudian, Bob. Mulutnya tidak mengeluarkan sepatah kata.
            Dah tau dah cikgu….. rungut hati Ahmad.
            Ahmad dan Bob serentak berdiri di atas kerusi. Mereka sudah lali dengan hukuman itu. Tanpa diberitahu apa-apa, mereka menyilangkan tangan dan memegang telinga masing-masing.
           
            Orang kata kalau nak jadi baik, susah giler kut… kalau jahat. Huh.. aku juara!.. hatinya bersuara.  Azam nak rajin belajar,  gagal tuk kali ni.    K.O.!!!


Bab 10

 “ Hai, wak ” seorang lelaki duduk bertentangan dengan meja Eira. Gadis itu mendongakkan kepalanya ke atas. Penulisannya terbantut dengan sapaan itu.
“ Assalamualaikum ” peril gadis itu. Nada suaranya lembut.
Ahmad tersengih-sengih. “ Waalaikummussalam,,,,”
“ Heee..Sori ler lupa bagi salam ” Ahmad memaniskan wajah. Malu beb, kena tegur dengan bini..opsss.. hehehehe..bakal bini.
Sorang jer ” Ahmad tersenyum sumbing.
Eh, awak tak nampak kawan saya yang kat sebelah ni? ” Eira sengaja mengusik Ahmad. Riak wajahnya pura-pura tenang.
“ Garangnya awak ni.
Eira tergelak kecil. Dia menekup mulutnya dengan tangan.
“ Saya gurau jer la. Macam mana awak tau saya tak balik rumah lagi dan study kat perpustakaan ni? ” air muka gadis itu berubah.
Ahmad jungkit bahu. “ Saya ada ilmu ”
Eira angkat kening.
“ Nujum…”
Kening Eira berkerut seribu.
“ Saya dapat tahu dari kamus bergerak.”
“ Haa..”
“ Kembar awak. Fatin Najwa ”
Senyuman Eira melebar. “ Ada-ada aje awak ni. Nak baca buku ker ? ” soal gadis itu. Dia tidak kekok  lagi berbual dengan Ahmad seperti kali pertama mereka terserempak dahulu.
Huiss…buku?. Tak der makna. Nak memancing awak ler. Hehehehe…
“ Yup.”
Tul ker ni? ” kening Eira terangkat sedikit.
Ahmad binggung. Lain macam jer.
“ Atau awak nak minta tolong? ”
Lagi berkerut kening Ahmad.  Aik..
Eira senyum simpul.  “ Kak Zura dah bagitahu saya ”

Hah… musuh dalam selimut punya kakak!. Kenapa dia tak cakap “plan negaradia tu kat aku. Cis..

Saya tahu kenapa awak cari saya
“ Awak nak masuk pertandingan penulisan kreatif kan? ” sambung Eira.

Mulut Ahmad terbuka luas. Pesal lak aku nak masuk menatang tu?. Lahabau kak Zura. Benda  ni pun dalam senarai “step pikat hati wanita dia tu ker?.

“ Kak Zura cakap awak nak minta tolong saya. Tunjuk ajar bagaimana cara-cara penulisan kreatif.  Dia cakap awak suka baca penulisan saya dalam buku mercu sekolah. Kenapa awak tak cakap sendiri?. Saya tak makan orang pun. Macam mana awak tahu setiap tahun saya akan hantar karya saya ek? Saya rasa ramai lagi yang hantar karya. Betul ke awak pun nak masuk pertandingan penulisan kreatif tu? ” ramah gadis itu bertanya.

Penulisan kreatif ?. Mercu sekolah?. Karya?. Sumpah aku confius…

memek muka Ahmad seperti orang bingung.
“Am” sapa gadis itu tika Ahmad masih diam terpaku. Fikiran lelaki itu seperti melayang.

Wait!!… tadi dia cakap aku minta tolong ajar aku cara-cara penulisan kreatif. Oooo…hehehe. Cerdik tul kau kak. Nasib baik otak aku yang ngah serabut leh tangkap idea bergeliga tu. That mean.. Aku ada reason nak dekat dengan Eira. Hohohoho..(gelak penuh muslihat). . Hatinya melonjak kesukaan.

“ Awak ” Eira menyapa lagi lelaki itu setelah tiada respon darinya.
Ahmad kembali ke alam nyata. “Yup, tul tu. Jadi awak sudi? ” senyuman Ahmad melebar. Ya beda bedu..hurayyyyyyy….
Eira angguk kepala. “ tapi ada dua syarat….”
“ Aik dua jer. Nape tak sepuluh..” Ahmad loyar buruk.
“ Awak perli saya yer
“ Gurau je. Saya tak kisah. Sejuta syarat pun saya akan tunaikan..”
“ manisnya mulut awak. ” Eira senyum sinis.
“ Orang lelaki ni memang pandai berkata-kata kan” sambungnya.
Ahmad berseloroh. “ Lorh, perempuan bisu ker?. Tak pandai nak cakap ea? ”
Eira buntang mata. “ Awak!!! ” nada suara itu menahan geram.
Ahmad ketawa.
“ Saya ingat awak ni sopan. Tapi ringan mulut jugak. Suka bergurau”
“ Kata orang, tak kenal maka tak cinta
Senyuman terukir dibibir gadis itu.
Ahmad merenung keindahan di hadapan matanya.

Opsss…nape ayat cinta tu buatkan aku berdebar-debar yerk. Sensitif  kut. Huhuhu…

Aku selesa berbual dengan dia. Padahal aku tak suka sangat nak borak ngan lelaki..ermmm…Hati Eira berdetik.

Empat pasang mata bertemu.
Eira tersentak.  Eh…
Errr..syarat pertama saya. Kita akan berbincang hanya kat library selepas waktu sekolah. Itupun kalau masing-masing tak busy ” Eira memintas suasana yang tiba-tiba menjadi hening itu. Entah kenapa dadanya berdebar-debar.
“ O.K.”
“ Kedua. Kita mesti jujur antara satu sama lain. Saya dan awak sama-sama akan masuk pertandingan ini. Saya tak percaya awak tak teringin nak menang. Tak seorang pun antara kita boleh meniru hasil tulisan yang lain. Kalau tak..”
“ Apa? ” Ahmad khusyuk mendengar suara insan yang dipujanya itu.
“ Putus kawan  ”
“ Jadi selama ni kita kawan lah ek? ”
Eira gelak kecil. “ Apa lah awak ni. Kalau saya anggap awak musuh, saya tak akan layan awak sebaik ini tau.”

Saya tak angap pon awak kawan…. Saya angap awak ….

“ Awak setuju tak syarat tu, Am? ” soal Eira.
Ahmad angguk kepala.
                                               

           






Bab 11

Sejak pertemuan romantika aku dengan Eira Nursyazzira tempoh hari, rutin hidup aku mula bertukar secara berperingkat. Aku dah bebas dari istilah “mat rempit”. Aku tak keluar malam lagi. Kalau dulu aku paling liat sekali nak solat, sekarang tak cam tu dah.  Aku rajin solat jumaat jer ikut abah. Kalau citer bab solat lima waktu. Memang tak cukup pun sampai lima. Terkandas kut. Ada jer yang kelompong. Betapa jahilnya Ahmad Muhammad yang lama.
Kehadiran Eira banyak pengaruh cara aku berfikir. Aku berubah kepada Ahmad yang baru.  Gile-gile aku jer still de gi. Hehehehe…
Mak ngan abah dah jarang bebel kat aku. Nasib baik diorang tak ada sakit jantung. Yelah, masing-masing terperanjat beruk kut tengok aku yang rajin solat. Ceh..tahu ler aku ni haprak dulu. Aku pun makin kamcing ngan bakal bini singa tu. Siapa lagi kalau bukan Kak Zura merangkap penasihat kanan doktor cinta aku.
Aku dah single sekarang. Single but not available. Hehehe.. Tak ada skandal. Zeti jer yang dok kacau aku. Sewel tul lah minah tu. Muka tembok. Perigi cari timba. Adoiii..rimas. Aku rajin pergi sekolah sebab nak lepak dengan Eira. Lebih dua minggu gak kiteorang dok lepak sama. Aku rasa secara logiknya, mana ada orang yang bertungkus-lumus berbincang tentang sesebuah pertandingan.
Aku tak nampak pun kepentingan pertandingan penulisan tu. Kalau menang, dapat sijil peyertaan atau hadiah. Bukan dapat hadiah mahal jer pon. Setakat puluh-puluh ringgit tu, adoiii takde la aku terliur. Mungkin pada Eira bende tu amat bernilai. Pada aku yang bukan ulat buku, aku rasa tak berbaloi pon. Apa yang penting disebabkan pertandingan ni ler hubungan kiteorang makin akrab. Hehehe.. nasib baik aku ada seorang kakak yang prihatin walaupun garang dia tahap dewa.  Aku tak tau cam ner nak luah perasaan aku ni kat Eira. Aku jadi lemah beb bila pandang mata dia. Sesungguhnya bekas mat romeo ni akan “cair-mair” kalau bersamanya.  Aku  tahu apa erti cinta yang sebenar  sejak aku bertemu…….

“ Haaa, saya dah jumpa ” Eira menyelak helaian muka surat buku. Dia berhenti dari berbuat demikian, setelah tiba ditajuk yang tercatat ayat “perkataan-perkataan yang boleh menghasilkan penulisan lebih bermutu dan menarik. Dia menolak buku tersebut berdekatan dengan Ahmad. Lelaki itu duduk di hadapannya.

Mata Ahmad terpaku memandang buku tersebut. Adoiii..pecah anak mata aku nak hadap tulisan ni. Nak muntah pon ada gak. Huhuhu

Best kan. Saya selalu guna buku ni untuk rujukan. Awak pun jangan lupa tips dalam buku ni tau. Mesti bertambah idea awak nak mengarang  nanti ” Eira bersuara ramah.

Huhuhu..best sangat.

Kedua-dua pergelangan tangan Eira, menyokong dagunya. Renungan mata gadis itu tepat memerhati Ahmad yang masih leka mentelaah isi kandungan dalam buku itu. Tanpa sedar bibirnya menguntum senyuman.
Ahmad mengerling Eira.
Eira tersentak. Sedar dari lamunan.
Tangannya dijatuhkan semula ke atas meja perpustakaan itu.

Oh curi pandang ea!. Takpe…. jangan lupa jatuh cinta erk... ngeeeee…

Muka Eira merah menahan malu. Daa kurang sedar ketika anak matanya menjamah seraut wajah di hadapannya itu.   Kenapa ni….
“ Am, awak suka mata pelajaran apa erk? ” Eira berlagak tenang. Menutup gelisah yang sedang bertamu di dasar hati.
“ Ahmad membalas pandangan Eira. Mata pelajaran tido. Hohohoho…
“ Seni ”
“ Awak mesti pandai  lukis kan? ” Eira teruja.
Fikiran Ahmad menerewang. Dia memang minat melukis. Dia boleh melukis di mana-mana sahaja tempat yang diingininya. Tandas. Tembok. Malah gara-gara minat fanatik itu, dia mendapat musibah. Suatu hari, dia pernah conteng di dinding bilik tidur ibunya. Waktu itu usianya baru mencecah 6 tahun. Dia lukis gambar kakaknya yang sedang dalam keadaan marah. Gambar ibunya pula berbadan gempal. Gambar ayah, dia tak berani nak lukis. Orang tua tu garang sikit. Hihihi…..
Akhir sekali sang ibu mengamuk. Telinga Ahmad dipulas dengan kasar. Ibunya mengurung Ahmad di dalam bilik air semalaman. Sejak peristiwa itu, dia bertekad ingin buktikan kepada semua, dia ada bakat dalam bidang seni lukisan. Ramai juga guru yang mengajar kelasnya geram dengan Ahmad. Dia malas dalam mata pelajaran yang lain kecuali pendidikan seni. Cikgu Aimi memang anti dengannya. Ahmad suka conteng kertas peperiksaan dengan pelbagai lukisan kecil. Sebab itu ramai guru pening kepala melayan kerenah anak muda itu..
Yup…
“  Wah tak sangka.  Nanti lukis gambar Eira tau ”  bicara Eira penuh minat.
“  No problem ”   saya sanggup buat apa sahaja untuk awak….

Senyum Eira meleret. Ada bunga yang sedang tumbuh di hati, namun tidak disedari oleh gadis itu.















Bab 12
            Hidup aku eppy sekarang ni. Aku pon makin rajin datang sekolah. Rasa cam ada suatu aura yang bagi semangat supaya malas aku hilang. Jarang kut aku ponteng. Boleh dibilang dengan jari kadar jenayah yang aku wat kat sekolah. Si pocong tu pon kalau nampak aku, dia senyum jer. Agaknya dia rindu kat aku kut. Lama dia tak panggil aku masuk bilik disiplin. Heeee………
 Eira makin mesra dengan aku. Aku tak tahu apa yang ada kat hati dia. kalau aku. Confirm ar hati aku makin tertawan kat dia. Eira????
Wei Ad, jom ar ikut kiteorang lepak lek kang. Bosan dowh kau tak der ”  Bob berbisik.
Cikgu Ayuni, guru yang mengajar matematik di kelas mereka, sedang melakarkan formula matematiknya di whiteboard.
“ Malas ar.  Aku de hal  ”. Ahmad kembali sedar.  Sapaan Bob mencabul kotak khayalan Ahmad.

Aku nak dating ar,  jangan kacau. …..

 Kau busy memanjang skung. Apa kes?  ”
“  Aku dah janji kat mak aku. Aku nak lek umah awal. ” Bohongnya.  Padahal…Weee .lalala…. (menari-nari dalam hati).

Hai, rindu ler kiteorang kat Ad yang dulu. Aku rasa kau tukar gelaran Amad je la. ” tingkah Bob bersahaja. Dia tahan gelak.
Ahmad pura-pura tak dengar lawak minta penyepak  Bob itu. Kepala setan gondol tul kau Bob.  Sumpahnya di dalam hati.
“ Buka muka surat 142. Saya mahu kamu buat latihan pelajaran kita hari ni. Jangan bising. Lepas ni, cikgu akan edarkan kertas peperiksaan kamu yang lepas ”  Cikgu Maya tiba-tiba bersuara setelah menyumbang tulisannya di whiteboard itu. Dia duduk semula di meja guru.
            Suasana kelas sunyi sepi. Masing-masing tekun dengan kerja sekolah yang diarahkan oleh guru mereka itu. Sesekali Bob menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia pandang Ahmad. Agak terkejut bukan kepalang Bob. Ahmad tidak menghiraukan keadaan sekeliling. Sahabatnya itu fokus menghadap buku di atas meja.  

            Fuyooooo…. Bob kelip mata. Giler kentang!!!

            “ Wei, bagus ar lu skung. Gua tengok lu ni…. muka ada suci. Hati manyak baik. Lu mau mati ka? ” Bob bercanda. Nak hilangkan mood boringnya. Di samping, ingin mengorek rahsia pelik si malaun anak jin itu.
            Ahmad tersentak. Bob dikerlingnya. Nadanya perlahan agar tidak didengari Cikgu Maya. “ T ak sayang mulut nampak. Dah lama hidup ker bai! ” tempelak Ahmad.
            Bob menyeringai. Menampakkan giginya.
            “ Hehehe..sori ler. Mulut gua manyak busuk. Slupa itu longkang juga. Tapi..hati manyak baik ma.. ”

            Jadi anak jin gak aku ni kang, kalau dok layan  jin toceng ni.  Ad jangan terpengaruh. Itu semua dunia….Dunia woi..!!!
            Ahmad kembali menatap buku. Tangan kanannya digerak-gerakkan. Buku garis petak itu dicontengnya dengan penggiraan matematik.
            “ Ayoyo. Lu tarak dengar ka?. Langsuir punya olang ” Bob merengus. Kebosanan melanda diri. Dia akhirnya pegang pensel. Berbekalkan kemalasan yang melampau, dia cuba buat kerja sekolah itu.
“ Sebelum cikgu pulangkan kertas peperiksaan kamu cikgu nak buat satu pengumuman…”  Cikgu Maya tiba-tiba memecah suasana harmoni di kelas itu.
            Semua mata tertumpu pada cikgu Maya. Tidak sabar menunggu butir-bicara guru itu lagi.
            “ Ahmad Muhammad bin Haji Jazli. Sila bangun  ”

            Ahmad tercenggang. Dia bingkas bangun. Bala apa lak ni!!!!

            Semua mata mengerling Ahmad pula. Ada yang senyum sinis. Ada yang mengutuk. Siapa yang tidak kenal dengan perangai setan si Ahmad. Pasti ada sahaja guru yang tidak menyenangi sikapnya.

            Get ready untuk diceramah…adoiiiiii…

            Bob dari tadi senyum mengejek. Ado yang tak kono lah tu…..
            “ Pertama kalinya saya rasa bangga dengan kamu Ahmad..”

            Haaaaaaaa….

            Riuh satu kelas.
            “Ahmad mendapat markah sebanyak 60 peratus dari markah penuh ”

            Wow…..

            Kelas itu semakin riuh. Ada yang berbisik. Ada yang mencebik tidak percaya. Ada pula yang terpana. Bob pula tercengang. Selalunya Ahmad akan dapat 20 markah. Itu pun gred yang paling tinggi. Kali ini naik mendadak. Jin jenis apa yang dibela Ahmad, sampai otak sewel sahabatnya itu menjadi normal?. Hati Bob tidak keruan.

            Ahmad pula seperti terbang. Waaaaa..Aku pun tak cayer beb!!!

             “ Cikgu rasa bangga dengan kamu Ahmad. Tak sangka budak yang paling nakal sekali di sekolah ini boleh berubah. Saya mahu kamu semua mencontohi Ahmad. Ini menunjukkan setiap manusia dianugerahkan akal yang bijak. Hanya usaha dan kesungguhan sahaja dapat kita perolehi apa jua yang kita impikan. Cikgu rasa gembira dengan perubahan kamu ini Ahmad. Tahniah! ” Cikgu Maya menghadiahkan senyuman mahalnya buat Ahmad. Pelajar yang amat dibencinya dahulu.

            Tamatlah riwayat lagenda anak jin….. Bisik hati kecil Bob. Tercalit juga rasa bangga dengan kejayaan Ahmad. Namun hidayah untuk berubah seperti sahabatnya itu, masih belum mengetuk pintu  hatinya lagi.
                                                ………………………………….
“  Awak dah prepare karya awak untuk pertandingan minggu depan? ”
“ Settle.  Eira pulak? ”

Hahaha..satu hapak pon belum tulis. Aku hantar karya cincai jer. Lingkup. Tak ada feel nak masuk pertandingan tu.  Feel saya kat awak jer…..

            “ Sama lah kita. Saya baru jer siap kan ”  balas gadis itu.

            Ermmmm… minggu depan pertandingan tu da berakhir. Jadi .. hubungan ni pun akan sampai the end!!. Oh no….Aku belum luah perasaan lagi. Aku tak nak cerita ni tamat. Hukhuk(hati yang sedang frust menonggeng).

            “ Lepas ni, kita tak jumpa lagi erk ” nada itu perlahan.    Ermm….nape kau emo sangat ni Eira. Tah pape……..
            “ Nape cakap camtu. Sekolah kita ni tak besar mana pon. Kat mana-mana jer kita le terserempak ”  nada suara Ahmad tidak menunjukkan reaksi sedih. Ego seorang lelaki..huh…
            Eira senyum kelat.    Dia tenang jer. Kau pula yang semacam. Why Eira???
            Eira bingkas bangun dari kerusi. “ O.k. lah. Eira nak balik. Sori yer. Saya rasa macam tak berapa nak sihat. Semoga Am dapat capai apa yang Am inginkan selama ni. Bye ” suara itu kedengaran tegang.
            “ Eira! ”
            Eira tergesa-gesa meninggalkan lelaki itu. Tiba-tiba ada cecair yang keluar dari kelopak matanya. Eira kesat dengan jari telunjuk kanan. Dia menoleh ke belakang. Tangan kanannya melambai-lambai lelaki  itu, sambil bibirnya menguntum senyuman tawar. Dia berjalan pantas seperti lipas kudung. 

            Saya nak sangat terus-terang kat awak. Perasaan ni makin parah. Saya tak sanggup hilang awak.  Tapi…..saya takut awak benci!. Arghhhhhhh …………….. Batin Ahmad menjerit.

            Eira baring di atas katil. Kejap dia kalih ke kanan. Kejap ke kiri. Dia bangun. Penat berbuat demikian, dia berteleku pula. Dia rasa tak sedap badan. Sebenarnya bukan badan. Lebih tepat penyakitnya ini ada kaitan dengan hati. Dia geram dengan lelaki itu. Datang hanya untuk mengambil kesempatan di atas kebaikannya. Ahmad sekadar menjadikan dirinya sebagai batu loncatan untuk mengetahui kelebihan yang dia ada dalam dunia penulisan. Agaknya lelaki itu kemaruk sangat dengan ganjaran yang akan diperolehi dari pertandingan itu. Wang tunai sebanyak RM 100. Ahmad memang pentingkan diri sendiri. Kenapa dia tidak minta bantuan kak Zura, selaku pengerusi sekaligus, penasihat dalam pertandingan itu?. Kenapa perlu dirinya yang dipilih Ahmad agar dapat mencapai impiannya?. Fikirannya dirasuk tuduhan.
            Hatinya sakit. Pedih. Kenapa dia benci dengan apa yang lelaki itu lakukan?. Sedangkan dia sendiri dengan rela hati membantu lelaki itu. Sebab apa pula dia perlu bersedih kalau hubungan mereka akan jadi renggang?. Ahmad Muhammad bukan orang yang istimewa dalam hidupnya. Sekadar kawan.

            “ Cantiknya awak lukis. Nampak real sangat. Boleh saya simpan lukisan ni? ”
            Kotak mindanya ditujah kenangan ketika bersama dengan lelaki itu.
            “ Memang saya nak hadiahkan kat awak. Lagipun saya nak tunaikan janji. Dulu kan awak pernah minta saya lukis gambar awak.” Suara itu mesra disulami senyuman.
            “ Tq Am. Awak ni baik sangat ”
            “ Sama-sama. Small matter jer tu.
           
            Eira bingkas turun dari katil. Dia mencari sesuatu di rak meja belajar. Kertas putih yang terlakar wajahnya itu ditatap. Dia duduk kembali di birai katil. Satu. Dua. Setitik demi setitik cecair, menitik di kertas itu. Eira menyeka airmatanya yang tumpas. Dia tidak mahu kertas itu basah dengan hujan airmata.
           
            Kenapa???
            Cinta
            Hah..
            Kau sukakan dia. Kau dilamun cinta.
            Tak. Tak mungkin. Kami baru kenal. Aku benci dia!!!!
            Benci kat mulut. Hati kau pula sayang. Jangan nak tutup pintu hati. Jangan nak tipu diri sendiri.
            Aku keliru…   
            Cinta yang buat kau jadi tak menentu. Ikut kata hati kau!!!!
            Aku…aku cintakan Am?
            Tapi…..aku tak percaya pada cinta. Semua lelaki sama. Jahat!!!!!
            Ahmad Muhammad tak begitu. Dia lain.
            Ermmmmmmm…. Aku bertepuk sebelah tangan. Dia?. Huh..dia kejam…dia permainkan aku. Aku benci dia !!!! Aku tak cintakan dia. Tak!!!!
            Hahahaha..kau kalah. Kau sudah ditawan…….
            Tak!!!!!!!!!!!!!!
            Eira berperang dengan kata hatinya. Kertas di tangannya dicampak ke dinding bilik. Airmatanya mengalir lagi.

Saya benci awak!!!!!!!!








Bab 13
“ Zura, pergi panggil adik bertuah kamu tu makan. Apa yang dia buat. Terperap dalam bilik. Tidur mati agaknya. Kejutkan dia. Tak elok  tidur selepas waktu asar.” Puan Junaidah membebel sambil menghidangkan juadah makan malam mereka.
            Keluarga mereka akan makan santapan malam seawal jam 6.00 petang. Paling lambat pukul 8.00 malam. Itu peraturan yang telah ditetapkan oleh sang ayah. Kalau bab disiplin ayahnya yang ambil alih. Akhirnya mereka terbiasa dengan peraturan bekas anggota askar itu.
            Tuk. Tuk. Tuk…..
            Tangan Zura mengetuk pintu bilik Ahmad. Dia bersikap acuh tak acuh. Malas.
            “ Wei, bukak ler pintu. Mak panggil kau makan. Ishdah besar macam anak gajah pon nak manja-manja. Kena bentang karpet merah pulak jemput kau makan. Wei…dengar tak!!! ”
            Tuk. Tuk.

            Elok-elok makan nasi. Aku makan kepala orang karang ni. Ish…geram tul.

            “ Wei!!!! ” suara itu nyaring. Zura hilang sabar. Perut pula meragam. Menjerit-jerit minta diisi. Mana tak hilang tahap kesabarannya.  Bak kata pepatah melayu, Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.
            Tukk.tuk. “ Wei, kau dengar tak!!!! ” Akibat tiada respon dari adiknya itu, suara Zura makin kuat. Mendidih darahnya terhadap Ahmad.  Gendang gendut pakai kapak.. sakit perut, aku bagi kau penyepak !!!  Huh……..
            “ Aku kenyang!!! ”
            Satu suara kedengaran dari arah dalam.
            “ Ada pun suara emas kau. Aku ingat kau pengsan. Buang tenaga aku jer ketuk. Huh… ” marah Zura.   
            Dia beredar.



                                                                        Bab 14
            “ Wei per cerita terbaru kau dengan Eira. Ada perkembangan tak? ” Zura masuk ke bilik adiknya.  Bilik itu terngangga. Baru dia ada kesempatan menjenguk keadaan adiknya itu.
            “ Kau ni kak. Bagi ler salam kalau nak masuk bilik orang bujang.” Ahmad mendengus. Dia baring di atas tilam. Kakinya bersilang lurus. Kedua-dua tangan Ahmad pula memangku belakang kepalanya. Lamunan lelaki itu terencat dengan suara lantang kak Zura.
            Zura mencebik. “ Mana aku tau. Hai, Sebelum ni tak ada pon kau bising kalau aku menonong terjah bilik kau. Moody ker ” Zura mencebik.
            Ahmad mendengus nafasnya dengan kasar.
            “ Sawan apa yang melanda kau ni
            “ Tak ada pape. ..”
            Zura senyum sinis. “ Orang macam kau ni bukan betul sangat. Kalau tak ada pape tu, maknanya ada pape kan? ” teka Zura.

            Sejak bila pula bakal bini singa ni boleh baca apa yang ada kat pale aku?. Tak boleh nak sorok pape. Tau jer minah ni…… 

            “ Yer ” Ahmad bersuara malas.
            “ Eira tolak cinta kau ker? ” soal gadis itu tidak sabar ingin tahu. Lagaknya seperti wartawan.
            “ Tak cakap pon lagi ”
            “ Lorh ” mulut Zura muncung bulat..
            “ Pe la kau ni Ad. Wat pecah pale aku jer piki jalan nak rapatkan korang. Nape kau tak luah? ” soal Zura.
            Ahmad terdiam. “ Aku pon manusia kak. Ada gak kelemahan. Ad memang tak takut pape pon kecuali tuhan. Tapi..bab cinta ni Aku jadi lembik ” sayu suara itu.

            Ermmmmmmm….

            “ Kita guna plan baru ”

            Ahmad angkat kening. Pakar cinta tul kakak aku ni…….
            “ Cinta. Tajuk karangan kau mengenai cinta! ” suara Zura kedenganran teruja. Matanya bulat merenung Ahmad.
            “ Mana aku nak ciplak ayat jiwang kak?. Aku dah la bengap bab sastera ni.” Ahmad membangkang.
            “ Eira kan dah ajar seba sedikit tentang sastera.” Soalnya pelik. Berkerut keningnya.
            Ahmad tersengih-sengih “ Masuk telinga kanan keluar telinga kiri kak ”
            Zura geleng kepala.
            “ Ala kau ciplak lah kat mana-mana. Zaman sekarang makin canggih. Senang-senang ko search je kat goggle. Aku pon ada gak buku sastera. Kau bantai lah curi ayat ”
            “ Ah, aku bantai ayat selamba aku jer lar ” spontan bicaranya.
            Sambungnya dengan nada perlahan “ Tapi kan..malu lar Ad kak, antar ayat jiwang tu. Ada plak yang muntah darah bacer karangan tu nanti. Wuishhh..tak ker pelik bekas anak jin cam Aku wat sume tu. mane aku nak sorok muka kak. Jatuh reputasi aku ” Ahmad berceloteh.
            “ Pe ler bebal kau ni. Ini lakonan ler. Hanya Eira jer yang baca karangan kau. Aku tau lah kau tak minat nak masuk pertandingan tu. Lagipun wat malu aku jer nanti kalau kau masuk. BM kau pon dapat cacing. Eeee…memang tak layak nak masuk ” Zura mencebik
            “ Terima kasih atas pujian itu ”
            Zura menjelir lidahnya.
  





                                                                        Bab 15
“ Tahniah dik. Eira memang berbakat ” Zura menyalami tangan Eira. Dia sendiri tidak menduga gadis itu akan memenangi pertandingan penulisan kreatif.  
“ Ramai lagi yang lebih bagus daripada saya kak. Rezeki saya murah kat pertandingan ni“ lembut tutut kata gadis itu.

Patut ler adik aku yang mereng tu makin tak betul. Eira memang baik. Merendah diri, hormat orang, pandai dan banyak lagi lah kelebihan dia. Dia dapat terima tak si beruk tu?. Jauh beza kut perangai dia. Huhuhu..risau lak adik aku tu frust kalau cinta separuh mati dia kena tolak. Tak pasal-pasal masuk wad giler. Huuuuuwaaa….kes berat ni !!!

            “  Nah ” Zura menyerahkan kertas yang telah dilipat kepada empat bahagian.
            Eira mencapai kertas A4 yang telah dilipat itu.
            “ Apa ni kak? ”
            “ Ini hasil tulisan Ahmad dalam pertandingan tu. Sajer akak nak bagi Eira bace. Mungkin ada sesuatu yang Eira patut tahu..” Zura tersenyum penuh makna.
            Eira ketap bibir menahan sebak. Nama itu cukup mengganggu naluri wanitanya.
            “ Akak nak pergi bilik kaunseling. Bye Eira ” Zura melambaikan tangan. Gadis itu meninnggalkan Eira yang sedang terpingga-pingga.
                                                            ……………………………..
            “ Bu, ni untuk ibu “
            Eira menyerahkan sampul berwarna coklat yang terisi wang tunai sebanyak RM 100. Memang tidak banyak. Namun cukup bererti buat Eira. Sebab itu dia bersungguh-sungguh ingin memenangi pertandingan itu. Dia mahu mengembirakan hati ibunya. Selama ini mereka menyara hidup berpandukan wang bulanan dari Dato’ Herman kerana upah buat ibunya yang menyediakan keperluan rumah itu. Zeti selalu mengejek ibunya seperti orang gaji. Sedangkan Dato’ Herman tidak pernah menganggap ibunya orang suruhan keluarga mereka. Hanya dengan itu satu-satunya cara, agar dia dapat membantu mereka disebabkan Puan Emelda tidak mahu menerima bantuannya secara percuma.
            “  Siapa yang bagi Eira duit sebanyak ni? ” Puan Emelda kaget.
            Eira tersenyum lebar. Matanya bersinar. “ Eira menang pertandingan penulisan kreatif. Hadiah untuk ibu ”  gadis itu kenyit mata.
            Puan Emelda memeluk tubuh Eira. Eira sentiasa membahagiakan hidupnya. Anaknya itu tidak pernah merungut dengan cara hidup mereka. Tidak pernah minta itu. Ini.  Eira seorang anak yang baik. Dia bersyukur kerana masih ada harta yang paling bernilai di dunia ini..
            Eira nak naik atas. Nak tukar baju. Mandi. Nanti kita makan sama-sama ya bu”
            Puan Emelda menghantar pemergian anaknya itu dengan airmata keharuan. Dia mengesat airmata yang menitis.
            “Hai sayang. Baru balik.” Renungan mata Farid tajam ke arah susuk tubuh itu. Dari atas ke bawah.
            Eira mendongak kepalanya sedikit. Dia menjeling susuk tubuh yang sedang menuruni anak tangga. Ish..ada jer dia ni. Tak gi keje ker..huh.
            Dia tetap meneruskan pendakiannya. Tidak menghiraukan teguran lelaki yang semakin menghampirinya itu.
            Lelaki itu mendepa tangan. Laluan Eira dihalang.
            Langkah mereka berdua terhenti di tengah-tengah anak tangga.
            “ Saya nak naik. Jangan halang saya boleh tak? ” tegur gadis itu agak kasar.
            Farid tergelak. Dia menghadiahkan senyuman sinis.
            “ Amboi sombongnya. Kalau nak lalu. Tolak lah tangan ni ” ugut lelaki itu..
            Eira merenung tajam. Benci sungguh gadis itu terhadap Farid.
            Eira tiada pilihan. Berbekalkan tenaga wanita, dia cuba menepis tangan sasa itu dari menyekat perjalanannya.
            “T epi lah.!! ” bentak Eira.
            Lelaki itu cuba mengambil kesempatan dengan memeluk Eira.
            Eira tergamam. Dia menggunakan sekuat tenaga menolak lelaki itu.
            Imbangan badan Farid tidak stabil. Dia terdorong ke tepi dinding tangga itu.
            Eira ambil peluang itu dengan melarikan diri. Sampai di bilik. Dia mengunci pintu. Takut juga kalau Farid naik gila masuk ke biliknya.

            Ya Allah..selamatkan aku dari Farid.  Bisiknya cemas.

Dia terkejut dengan keberanian lelaki itu terhadapnya. Dia bimbang Farid akan bertindak lebih ganas pada masa akan datang. Eira menitiskan airmata. Mengenangkan nasib dirinya yang seperti berada di kandang harimau. Tunggu masa untuk diterkam.




















Bab 16
            Ya Rabbi..kau ampunilah dosa arwah ayah. Dosa ibuku. Dosaku. KAU berilah nikmat dan rahmatMU kepada junjunganku nabi Muhammad S.A.W. sahabat-sahabat baginda dan keturunan baginda. Ampunilah dosa umat-umatMu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. peliharalah kami umatMU dari fitnah kubur. Hasutan syaitan dan fitnah terbesar dajjal.
            Ya Allah..kau selamatkan lah aku dan ibu dari segala apa yang membelenggu hidup kami. Sesungguhnya hanya kepadaMU tempat kami berlindung. KAU jauhkan kami dari penganiayaan menusia yang ingin berlaku kejam terhadap kami.  Limpahkan kasih sayang dan rahmatMU buat ibuku. Bahagiakannya di dunia dan akhirat….Amin..  panjang doa Eira kali ini. Hatinya sebak. Fikirannya terganggu dengan kelakuan Farid sebentar tadi.

            Usai solat, Eira duduk berteleku di katilnya. Dia membuka bungkusan petak yang diterimanya bersama sampul wang tunai itu tadi sebagai hadiah. Bungkusan itu ialah sebuah buku bukan fiksyen tentang penulisan kreatif bahasa melayu. Eira menyelak helaian demi helaian muka surat buku itu. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia mencari sesuatu. Dia membaca kertas yang diserahkan kak Zura kepadanya.
           
                                                                          “ Cinta”
Aku Ahmad Muhammad bin Haji Jazli. Orang gelar aku Ad. Kadang-kadang ada yang panggil Am. Am untuk special person jer. Jeng..Jeng.Jeng.  Aku nak kongsi tentang pengertian cinta dalam kamus dewan edisi otak aku. ……

Eira senyum simpul. Lucu juga dengan bahasa yang digunakan Ahmad.. Apa yang dia merepek ni..  
Eira meneruskan pembacaan lagi. Rindu pula dengan lelaki itu. Dia terbayangkan wajah lelaki yang sering menceriakan hari-harinya itu. Ahmad seorang yang happy go lucky.

Apa itu cinta?. Mengikut kamus otak aku edisi jilid baru, cinta merupakan suatu anugerah yang tidak ternilai. Kita tidak boleh pegang, sentuh atau nampak dengan mata kasar. Cinta juga tidak boleh didapati di kedai-kedai buku yang berhampiran, pasar tani atau di mana-mana tempat sekalipun. Kediaman cinta adalah dalam hati. Sebab itu orang selalu kata cinta tidak dapat dilihat, disentuh dan dipandang. Cinta hanya mampu untuk dirasa. Aku sokong.
Eira ketawa kecil. Terhibur dengan isi kandungan karangan itu. Dia menyambung pembacaanya lagi.
Dulu, aku ingat cinta itu buang masa. Tak berbaloi. Tak sedap macam aku makan ayam Tak best macam aku suka tengok bola. Aku juga pelik kalau dengar orang kata cinta itu buta. Puas juga aku fikir macam mana orang tahu cinta itu buta?. Sedangkan cinta tak ada mata?. Pelik. Aku disogokkan pula dengan kata-kata yang semua berubah kalau sudah terkena penangan cinta. hati aku makin kuat nak cari apa itu cinta. Sampai ada orang cakap mandi tak basah, tidur tak lena dan makan tak lalu. Hebat sangat ke kuasa cinta.  Ada juga yang cakap kalau suka seseorang, kentut bau wangi, muka macam pecah rumah nampak macam putera dan puteri raja. Pendek kata orang gila pun boleh jadi waras balik kalau cinta datang dalam hidup diaorang.
            Dalam kelucuan, hati Eira juga disagat kesayuan. Dia sedih bila cinta yang dibahaskan lelaki itu. Apakah cinta satu gurauan dalam hidup lelaki itu?
Satu hari aku dapat jawapan dari segala persoalan yang jadikan aku tidak keruan tentang cinta. Aku bertemu sang bidadari. Baru aku tahu kesempurnaan itu ada padanya. Mata bidadari itu berkilauan. Lebih terang dari lampu-lampu di jalanan. Lebih bersinar dari bintag-bintang di langit. Suara sang bidadari itu merdu. Alunan suaranya bak deruan air sungai yang mengalir. Sangat menenangkan jiwa aku yang memang kacau-bilau ni. Senyuman bidadari itu pula mengalahkan senyuman Dato’ Siti Nurhaliza. Ala penyanyi nombor satu negara tu. Sebab dia peminat aku. Eh silap..hehehe..aku peminat misteri dia.
Baru aku tahu apa itu cinta. tiap hari wajah bidadari itu muncul. Kalau mimpi ada saja wajah dia datang ganggu tidur aku. Tengah mimpi hantu pun dia boleh muncul. Tak ke pelik. Kalau aku bangun memang tak payah nak cerita. Lagi lah aku angau teringat bidadari yang aku mimpi tu. aku berubah kepada negatif ke positif. Satu perkembangan yang memeranjatkan orang sekeliling termasuk aku. Semuanya sebab aku terpana dengan panah asmara sang bidadari. Tiada kata dapat aku luahkan. Aku pun lakarkan semua isi hati aku dalam satu lukisan. Lukisan cinta untuk bidadari itu.
                        Oleh Ahmad Muhammad (nama glamour Ad)
            Mata Eira terpana di bahagian ayat yang terakhir. Rasa-rasanya………………….
                                                                       




Bab 17
“ Eira sampaikan pesanan tadi. Dia nak jumpa kau. Lepas habis sekolah ”  Fatin Najwa melintasi kawasan kelas Ahmad pada waktu rehat. Seorang gadis yang tidak dikenali Ahmad, menemani pelajar pustakawan itu.

Yes, peluang. Tunjukkan keberanian kau Ad. Apapun jadi lepas ni belakang cerita…

            “ Cakap kat dia, nanti aku jumpa. Kat library
            Fatin Najwa angguk.
            Sebelum pergi gadis itu sempat mengusik. “ Korang bercinta ea ” senyumnya lebar.
Ahamd berlagak tenang. Hatinya berdebar-debar. Cover line.
                                                            ………………………
            Suasana sunyi sepi. Entah kenapa masing-masing jadi kekok. Eira diam seribu bahasa. Ahmad diam kerana…
           
            Aduhhh.. cam ner nak cakap ni.. Jantung ni pulak, asal kau tak nak degup perlahan?. Dup.dap.dup.dap.. laju nak mampos. Huishhhh… macam ada kat medan perang. Giler nak mati aku cuak kut….

            Awak tahu kan saya menang. Maaflah kalau awak kecewa tak dapat duit tu suara gadis itu tidak mesra seperti kebiasaanya.
            Ahmad tercengang. Hilang gugup dia seketika. “ Duit? ”
            “ Hadiah wang tunai sebanyak seratus ringgit yang ditawarkan dalam pertandingan penulisan kreatif  ”  balas gadis itu. Ahmad yang sedang duduk di hadapannya masih bingung.
            “ Wow, banyak juga. Saya ingat puluh-puluh ringgit jer ” tingkah Ahmad agak terkejut. Barulah dia tahu apa yang sedang ingin disampaikan Eira.
            “ Tak kan awak tak tahu. Itukan tujuan awak ” Suara itu masih dingin.
            “ Hah?.”

            Buat tak tahu pulak. Huh,.benci..  bisik hati kecil Eira.

            “ Saya rasa macam ada tak kena. Cuba awak terangkan lebih detail. Saya tak berapa nak tangkap maksud awak ” riak wajah Ahmad berubah.
            Eira mendengus kasar. “ Awak rapat dengan saya, sebab nak belajar dari saya tentang penulisan. Awak tak ikhlas nak kawan ngan saya. Betul tak? ” keras nada itu.

            Ahmad gelak kecil. Lah ke situ pulak. Hai, itulah orang perempuan. Suka serkap jarang. Ayooo..

            Eira menjeling. Geram dengan Ahmad. Dia rasa kata-kata itu tidak lucu.
            Ahmad senyum simpul. “ Awak salah faham ler.
            Eira terdiam
            “ Saya ikhlas tau nak kawan ngan awak ”
            Empat pasang mata sedang memerhati mereka di sebalik rak buku.
            “ Hoi, sakit lah ” suara seorang lelaki separuh berbisik, mengadu kesakitan.
            “ Apa kes kau ni. Kacau daun lah. Kita ngah mengintip lah ngok. Jangan bising. ” marah kawan disebelahnya itu separuh berbisik juga. Mereka berdiri di sebalik rak yang berhampiran dengan tempat Ahmad dan Eira sedang duduk.
            “ Wei badigol. Kau pijak kasut aku lah dowh. Huh
            “ Opss..sori aku tak sengaja ler. Heee ” lelaki itu menyeringai.
            “ Huh, ikhlas. Tapi..awak nak duit tu kan. kenapa minta tolong saya?. Kenapa tak minta kak Zura supaya bagi awak menang. Tak payah awak nak buang masa pura-pura kawan dengan saya ”  tempelak gadis itu. Hilang kemesraannya.
            “ Ermmm… awak memang salah faham. Pertama, saya memang tak tahu pasal duit tu. Kedua, saya tak harap pun nak menang. Ketiga, saya sebenarnya jadikan pertandingan itu untuk capai impian saya ”
            Airmuka Eira berubah. Renungannya tepat pada Ahmad. Mencari kejujuran dari sinar mata itu.
            “ Apa maksud awak? “
            “ Apa yang terpendam dalam hati saya selama ini ada dalam karangan yang saya hantar hari tu
            Eira terpana. Hah…. Apa yang ditulis tu benar?
            “ Bidadari saya.”
            Merah padam muka Eira. Mungkin dia sukakan orang lain. Ermmm..jangan perasan Eira. Stop it!!!!   Hati Eira berdetik. Atau….orang yang disukanya..Fatin Najwa!!.  Hati Eira tergamam.
            “ Saya ada baca karangan awak. Kak Zura yang bagi “ balas suara itu lemah.

            Hati Ahmad berbunga kembang. Saya tau ler. Ermm.. Tapi..nape dia macam tak suka. Aku dah luah perasaan kat karangan tu.

            “ Jadi awak tau bidadari tu ialah…….. ” suara lelaki itu kurang bermaya. Bersedia menghadapi cinta yang tak kesampaian.
            “ Fatin Najwa!!! ”
            “ Awak!! ”
            Kedua-dua suara itu, serentak bersuara.
            Eira tergamam.
            Ahmad angkat kening. Buntang matanya.  Opsss….terluah tanpa dirancang. Aik, naper dia pegi cakap Fatin Najwa!!… aku malu ni, rupa-rupanya dia tak tahu…huhuhu…
            Masing-masing diam membisu.

            Renungan mata seorang gadis yang duduk tidak jauh dari mereka tajam,  memerhati dua pasang merpati yang sedang asyik berbual.
           
            Alang-alang kau dah terlepas cakap, apa kata kau luah jer. Haiss..apa punya penakut kau ni. Dulu bukan main gangster. Depan awek pijak semut pon tak mati. Now!!! Cakap!!
           
            “  Saya suka awak ”. Opsss…..terlanjur sudah.. 
            Eira yang sedang tertunduk malu spontan mendongak kepalanya. Pucat lesu wajah gadis itu.  Ada bunga yang sedang melingkari pintu kamar hatinya.
            “ Saya tahu lepas apa yang saya cakap ni, awak mesti benci kat saya. Tak nak tengok saya lagi. Saya tak peduli. Apa yang saya nak bagitahu. Saya tak pernah rasa macam ni. Saya betul-betul cintakan awak.  Awak cinta saya yang pertama dan terakhir. ”
            Kelu lidah Eira mendengar bicara manis itu.
            Ahmad kaget. Dia kecewa tiada respon yang diterima dari gadis itu. Dia menyambung kata-katanya.
            “ Saya tak marah kalau awak takde perasaan yang sama. Saya tau. Saya teruk. Tapi…sejak saya jumpa awak. Saya dah berubah. Saya nak jujur kat awak. Perangai sebenar saya bukan macam awak tengok sekarang.”
            Eira tidak kisah siapa Ahmad. Apa yang dia tahu dia mencintai lelaki itu. Perasaan itu bukan mainan. Dia seperti bermimpi. Dia amat terkejut dengan luahan Ahmad. Ingin sekali bibirnya mengucapkan kata-kata cinta. Ahmad pula masih tidak berhenti berbicara. Dia juga cuba mencari kekuatan untuk berterus-terang.
            “ Dulu saya suka mainkan perasaan perempuan tapi saya tak suka pun mereka, saya ni suka kuar malam, main motor, suka cari gaduh, langgar peraturan sekolah, saya malas belajar, saya…”
            “ Saya suka kat awak ” Eira menyampuk. Ada getaran dalam nada itu.
            “ Ha betul tu. Apa yang saya tau… saya suka kat..”  Ahmad berhenti bercerita
            Buntang matanya.
“ Apa awak cakap tadi? ” Ahmad teruja. Keningnya terangkat.
Eira tersenyum malu-malu. “ Saya pun suka kat awak ” ekor matanya jatuh menghadap meja. Kalah melawan anak mata lelaki di hadapannya. Wajahnya seperti cacing kepanasan. Merah padam.          
            Ahmad senyum melebar. Yahoooooooooooooooooooo!!!!! (Hati sedang melompat-lompat)
            Kedebukkkkk…bukkk..
            Mereka menoleh ke arah bunyi bising di sebelah kanan mereka.
            Ahmad tercengang.  Hampeh punya kawan!!!!!.
            Bob dan Razlan secara tidak sengaja terjatuhkan beberapa buku dari rak itu. Kedua-dua mereka tersengih-sengih menghampiri Ahmad yang sedang merenung tajam. Macam nak baham. Mereka keluar dari tempat persembunyian.
            “ Hehehe.. hai wak ” Bob tersengih-sengih. Sambil menggangkat tangan kanannya pada Eira.
            Eira membalas dengan senyuman.
            Razlan sedang berdiri di belakang Bob. Cuak juga melihat renungan Ahmad. Anak mata sahabatnya itu seperti mahu terkeluar. Buntang.
            “  Hai ” dia turut menyapa Eira.
            Senyuman Eira tidak lekang. Sambil tersenyum, keningnya juga berkerut. Pelik dengan kemunculan tiba-tiba mereka.
            “ Kiteorang kawan Ahmad ” Bob takut-takut bersuara. Tidak berani bertentang mata dengan Ahmad.
            “ Owh patutlah. Saya Eira ”
            Ahmad berwajah tegang. “  Apa yang malaun sekalian buat kat sini? ” suaranya keras menahan geram. Nasib baik buah hatinya ada. Kalau tak, memang dia benamkan kepala kedua-dua jin itu ke dalam tanah.
            Bob dan Razlan memandang Ahmad. Senyuman mereka melebar.
            “ Aku ngan Lan cari buku tentang penyiasatan. Kisah misteri ” sindir Bob. Dia kenyit mata pada Razlan.
            Razlan masih takut-takut dengan Ahmad. Masih tersengih-sengih seperti tadi.
            Ahmad senyum dalam bengang.
            “ Couple ker? ” Razlan kenyit mata pada Eira. Sambil matanya menunjuk Ahmad dan kedua-dua jari telunjuknya dilagakan antara satu sama lain.
            Eira membalas pertanyaan itu dengan senyuman malu. Pipinya merona kemerahan.
            “ Oiii..ape gi. Tak reti-reti… ” Ahmad menyindir keras.
            “ Hehehehe.. bye Eira. Jaga Ahmad elok-elok. Jahat dia ni ”  gurau Razlan.
            Bob gelak. Tatkala Ahmad menoleh ke arahnya. Dia menekup mulut.
            Mereka berdua melambaikan tangan pada Eira.
            Bibir Eira tidak lekang dengan senyuman.
            Suasana sepi semula.
            Ahmad merenung Eira dengan pandangan yang lembut.
            Eira membalas renungan itu dengan senyuman.  Dia masih kekok dengan keadaan mereka.
            Gadis yang memerhatikan peristiwa itu, ketap bibir. Dia menghentak tangannya ke meja. Huh..
            Gadis itu beredar keluar meninggalkan rakan-rakannya yang sedang rancak berbincang tentang kerja folio.
Rakan-rakannya saling berpandangan
Per kena ngan minah tu? ” salah seorang rakannya meyampuk.
Rakan yang lain jungkit bahu.

            Patut lah kau nak break ngan aku. Kau suka minah tu yer. Musuh aku pulak tu. Aku tak akan biarkan korang berdua hidup aman!!!.

            Hati gadis itu penuh hasad dengki.
           



                       


Bab 18
“ Aku bukan apa bang. Aku kesian tengok kau. Kau dok usha minah tu tapi dia layan jantan lain. Aku bagitahu ni, tak nak kau diperbodohkan “ Zeti cuba mencucuk jaram pada abangnya, Farid.
Farid menggenggam buku lima. Sial….
“ Kalau kau tak ambil tindakan dari sekarang. Aku rasa tak mustahil hubungan diorang sampai ketahap serius. Nanti kau yang  putih mata  “  hasutnya lagi.
“ Habis tu kau nak aku buat apa. Dia tak layan aku.” Bentak lelaki itu.
Zeti senyum sinis.
“ Ala setakat budak hingusan tu kacang goreng jer kita nak lawan. Kau guna cara kasar. Paksa dia.” Senyuman itu makin melebar.
Farid berfikir sejenak.
“ Aku ada cadangan “
Zeti membisikkan sesuatu ke gegendang telinga Farid.
Farid senyum sinis.

                                                ………………………….
Dato’ Herman mengajak Puan Emelda dan Eira bersama-sama berkumpul di ruang tamu. Katanya Farid ingin mengumumkan sesuatu. Eira yang berada di sebelah ibunya tidak senang duduk. Farid tidak habis-habis merenungnya. Dia tak suka dengan renungan itu.
Zeti senyum sinis. Padan muka kau!!!!
“ Farid apa lagi. Cakap lah. Semua orang ada kat sini. Berita baik apa yang kamu nak cakap tu? ” suara Dato’ Herman memecah suasana sepi.
Farid senyum lebar. “ Farid dah berubah papa. Farid dah jumpa apa yang Farid inginkan dalam hidup ni.
Dato’ Herman menyoal anaknya. “ Maksud kamu? ”
“ Farid nak kawen ” ringkas jawapan itu.
Eira tersentak. Hatinya menarik nafas lega. Kalau benar lelaki itu ingin mendirikan rumahtangga. Lelaki itu pasti tidak akan mengganggunya lagi.
Dato’ Herman ketawa riang.” Oh my son. Bagus lah. Tak ada lah kamu ni liar lagi. Siapa girl yang bertuah itu Farid. Jangan kata orang putih. Nanti kamu jadi macam Farizi. Susah nak balik sini.”
Farid gelak kecil. “ No,  orang Malaysia. Hari-hari papa boleh jumpa dia ”
Dato’ Herman tersenyum riang.
“ Apa nama dia Farid. Tak sabar papa nak jumpa bakal menantu yang kedua itu ” suara lelaki itu mesra.
“ Orangnya dekat dengan kita. Eira. Kami saling mencintai, pa ”
Dato’ Herman terkejut “ Betul ke ni. Wah, tak sangka ”
Puan Emelda tergamam. Ya Allah…
Eira terpaku. Bibirnya ingin berkata-kata. Dia menahan takungan airmata dari tumpas. Apa semua ni…
“ Papa sangat happy dengan berita ini. Tak sangka kamu bercinta dengan Eira secara rahsia. Kalau Eira calonnya,  papa dengan besar hati mahu langsungkan perkahwinan itu secepat mungkin. Kita tunggu Eira habis belajar dulu ”
 “ Thank pa ” Farid memeluk papanya.
“ Tapii…” baru sahaja Eira ingin berterus-terang, Zeti menahannya.
“ Eira buat ayah man gembira. Hahahaha..” Dato’ Herman memandang Eira dengan gelak tawanya. Eira membalas dengan senyuman kelat. Dadanya sebak menahan tangis.
Puan Emelda menahan sebak. Apa akan jadi pada Eira kalau kahwin dengan buaya darat macam Farid. Ya Allah kasihan Eira..….  Bisik naluri ibunya.





                                                            Bab 19
Eira menangis tersedu-sedan. Dia teringat Ahmad. Hatinya pilu. Hampa. Perasaannya seperti sedang dirobek-robek dengan belati tajam. Farid memang kejam. Pandai sungguh lelaki itu mereka-reka cerita. Dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki itu. Dia benci.
Pilu hati sang ibu melihat kesedihan anaknya. Namun apakan daya dia juga tersepit. Hendak memutuskan perkahwinan itu, dia tidak sampai hati hampakan harapan Dato’ Herman, iparnya itu. Kalau perkahwinan ini terus berjalan, Eira akan merana. Sesungguhnya dia berada di persimpangan.
“ Bu, please..tolonglah pujuk ayah man. Eira tak cintakan Farid. Eira tak sanggup hidup dengan dia. Ibu kasihanilah Eira ” Eira merayu ibunya.
“ Maafkan Ibu. Ibu tak tahu nak buat apa Eira. Sabar ya nak. ”
“  Kita keluar dari rumah ni bu, please.
Puan Emelda mengesat airmatanya. “ Tak boleh Eira. Kita tiada tempat nak dituju ”
Semakin kuat esak tangisan Eira. “ Eira benci dia. Eira benci!! “  keras nada itu.
                       
                                    ………………………
Eira menjeling Farid dengan pandangan yang penuh kebencian.
“ Saya tak nak kahwin ” bentak Eira suatu petang.
Farid memuntahkan tawanya.
“ Saya tak cintakan awak. Hati saya milik orang lain. Awak ingat hati dan perasaan boleh dibeli dengan kemewahan. Saya benci awak!! ” Eira meluat.
“ Sayang,  dengan duit kita boleh dapat apa saja yang kita nak dalam hidup ni. Termasuk cinta. Hahaha..”
Eira ketap bibr.
“ Awak tak boleh beli cinta. Awak tak boleh miliki saya dengan harta yang ada pada awak tu sebab saya tak pandang semua tu. Saya akan bagitahu ayah man. Saya akan putuskan perkahwinan tak masuk akal ni. Awak tak boleh paksa saya ikut kemahuan awak, faham!!! ” Eira memberanikan diri menentang lelaki itu.
Farid senyum sinis.
“ Kalau kau nak ibu kau selamat, kahwin jer la dengan abang Farid. Aku tahu kau pun teringin nak hidup mewah kan” Zeti yang datang mencelah, bernada sinis.
“ Semua ni rancangan korang kan? ” tengking Eira.
Zeti ketawa.
Kesian, Kau terpaksa hidup dengan abang Farid. Tak lama lagi banyak lah madu kau. Abang Farid ni kan kaki perempuan. “ Zeti ketawa mengejek.
Eira berlari meninggalkan mereka berdua. Pintu bilik dihempas sekuat hati. Dia menangisi nasib diri. Punah harapannya untuk bersama Ahmad. Lelaki yang mencuri hatinya. Dia mahu putuskan perkahwinan yang meragut  kebahagiaannya itu. Bila mengenangkan nyawa ibunya yang dijadikan taruhan, dia terpaksa. Dia harus berkorban demi ibu yang sangat dicintainya itu.

Maafkan Eira, Am   ..maafkan Eira….

Eira menangisi nasib dirinya. Harapan dan impiannya musnah dalam sekelip mata.
………………………….

            Dato’ Herman mengadakan majlis pertunangan besar-besaran untuk Farid dan bakal menantunya itu. Dia gembira kerana Farid memilih Eira sebagai suri dalam hidupnya. Hanya Eira yang layak untuk membawa anaknya itu ke jalan yang benar. Dia tahu Farid terlalu leka dengan segala apa yang dikecapinya selama ini. Moga kehadiran Eira dapat membimbing anak lelakinya itu menjadi insan yang baik.
            Usai majlis selesai, Eira mengunci diri di dalam bilik. Tangisan dihemburkan sepuas hati. Dia redha. Dia tidak menyalahkan takdir. Biarpun tadir tidak menyebelahinya, namun dia tetap bersyukur. Sesungguhnya hanya DIA yang mengaturkan segala-galanya. ingatannya sentiasa untuk Ahmad. Dia dapat melihat tangisan di mata lelaki itu andai impiannya tidak kesampaian.

            Saya cintakan awak. Biar jasad ini untuk insan lain. Hati dan jiwa ini hanya milik awak. MIlik awak Am……….
            Tangisan Eira kian deras. Hujan yang mencurah-curah membasahi bumi, seakan-akan turut menangisi nasib diri gadis itu.
Bab 20
Aku dan Eira. Hanya kami. Dunia aku rasakan amat indah selagi aku bersama dengan kekasih pujaan. Bob dan Razlan selalu jer usik aku. Aku peduli apa. Lantak lah kalau diorang nak panggil aku “ mat bunga”. “Mat jiwang”. Segala mat lah yang ada. Asalkan diaorang tak kacau awek aku. Kalau nak kacau gak…. Haa..buta mata, patah kaki dan tangan mahupun tengkorak. Berani lah kan diorang nak usha awek aku. Langkah mayat aku dulu. Ngeeee…kata-kata ini berdasarkan cemburu buta. Biase ar sape tak sayang bini oii!. Hikhik…
Diorang pon aku ngok cam  dah dapat hidayah. Si Razlan dok usha sorang minah ni. Hai, dia pon dah kena penangan jiwang aku ker?. Si Bob lak aku ngok da slow sikit perangai setan dia tu. Cume, malaun sorang tu dia jenis tak layan pompuan. Doakan terbaik tuk dia jer ler.

Apa yang paling best sekali. Sekarang ni aku dah ada pemangkin nak belajar iaitu my lurve…..my ayang. Heeeee…….

 “ Assalamualaikum Am..baru sampai ker? ” sapaan Eira mematikan lamunan Ahmad.
“ waalaikumussalam…dari semalam lagi Am dah tunggu Eira tau ” usiknya.
Eira senyum. Dia terpaksa memaniskan wajah sedangkan setiap kali menatap wajah lelaki itu, ketika itu jua lah hatinya bagai dicarik-carik. Dia menyorokkan kesedihan.
“  Ngada-ngada ” Eira gelak kecil. Masalahnya terbang tika bersama dengan Ahmad. 
Hahahaha… Ahmad ketawa riang.

Ermm.. cinta Eira untuk Am..apa yang harus Eira buat?….Eira terpaksa tinggalkan Am. Apakah suatu hari nanti Am dapat maafkan Eira?.

“ Am gurau jer la sayang. Saja nak mengusik buah hati pengarang jantung Am ni ” Ahmad merenung anak mata Eira.
Eira kalah dengan renungan itu. Matanya dikalih ke tempat lain. Tidak mahu airmatanya tumpas kalau menjamah sinar mata yang selalu membahagiakannya itu.
“ Malu yer ” Ahmad tersenyum simpul. Dia gelak kecil.
Eira menjeling Ahmad
“  O.k. jom study. Tak lama lagi nak exam kan.
“ Baik tuan puteri ” tangan kiri Ahmad dirapat ke tepi kening kirinya. Tanda tabik hormat. Senyuman sang kumbang itu kian melebar.
Eira berubah serius. Dia tidak akan bocorkan rahsia yang disimpannya. Dia tidak mahu fikiran Ahmad terganggu. Mereka akan hadapi peperiksaan spm. Dia bertekad hanya akan menceritakan segala-galanya pada hari akhir persekolahan nanti. Hati Eira sebak.
Ahmad merenung Eira yang sedang khusyuk mentelaah buku.

Hehehe…nak cuci mata jap. Gatal ngan awek sendiri jer pon…tak lama lagi title tu jadi bini. Hikhik…nanti aku cadang nak anak, tiap tahun kembar jer..ngehngeh… ( mula berangan )                                                           

        “ Tengok buku ker, tengok Eira? ” bentak Eira dalam gurauan. Dia mengetap bibir menahan malu
Ahmad tersengih-sengih. “ Dua-dua. Baru adil dan saksama ” Ahmad menghadiahkan senyuman menggoda.
Eira menjeling manja. “ Elok lah,  amalkan selalu tau. Bila tulis jawapan kat paper ti, celit nama Eira gak “ Eira bergurau dalam sindiran.
Ahmad gelak kecil.
Eira menjeling sambil tersenyum mesra. Anak mata gadis itu hambar. Ermm…. Am.
“ Eira, Am ingat nak serius dalam bidang seni. Am nak jadi pelukis yang disegani. Am nak buat duit banyak-banyak. Lepas tu kan. Hehehe..Am nak masuk meminang bunga yang sentiasa buatkan Am tak sabar-sabar nak berumahtangga “ suara lelaki itu berubah serius. Ada senyuman mesra yang terlakar.
Hati Eira sebak. Am…maafkan Eira. Impianmu itu akan hancurkan kebahagiaan dalam hidupmu..jangan menaruh harapan yang tinggi pada Eira..maafkan Eira…. Hatinya menangis. Luahan itu tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.



Bab 21
Buekk..buekkkk…
Tangan Zeti memegang perutnya yang sakit. Sudah banyak kali dia keluar masuk tandas. Nak kata salah makan. Tak mungkin. Malam tadi dia sihat. Bangun pagi ni perutnya memulas. Beberapa kali dia muntah di dalam sinki tandas.
Zeti cemas. Kebetulan periodnya tidak datang.  Wajahnya pucat.

Aku..akk.. aku mengandung ker?

Fikirannya meracau. Dia mengimbas kembali sejarah hidupnya. Dia seorang gadis yang liar. Bebas ke sana ke mari. Keluar masuk kelab malam. Bertukar-tukar pasangan. Melakukan seks bebas. Tiba-tiba dia ketakutan. Kalau papa tahu dirinya mengandung anak luar nikah, tentu dia kena usir. Terbit kesedaran dalam hatinya. Kali ini dia benar-benar ketakutan.

Positive..

Memang dia da agak. Alat untuk menguji kehamilan itu menunjukkan respon yang sama dengan telahannya selama ini. Dia buntu. Dunia terasa malap. Mungkin ini lah hukuman tuhan pada orang yang berhati jahat dan busuk sepertinya. Dia menyesal. Dia ingin bertaubat.
Banyak kali juga dia menekan nombor. Call orang ini. Call kawan sana. Semua menjauhkan diri darinya. Mereka tidak mahu terbabit dengan masalah yang ditanggungnya. Ada yang menyuruhnya gugurkan kandungan. Dia tak berani. Macam mana kalau dia mati. Dia tak sempat bertaubat. Dia tidak mahu masuk neraka.

Argghhhhh……

Laungan suara gadis itu bergema di seluruh ruang bilik. Selama ini, dia sudah jauh tersesat. Papanya tidak pernah menitik-beratkan soal agama. Tatkala Puan Emelda ingin memberi pendidikan agama, dia herdik. Dia marah. Jijik sungguh dia pada wanita yang dianggap kelas bawahan itu. Wanita miskin itu tidak layak menjadi pembimbing. Nasi sudah menjadi bubur. Dia tidak tahu anak siapa dalam kandungan ini. Dia tidak ingat berapa ramai orang yang pernah tidur dengan dirinya itu.
Zeti menjerit lagi. Dia menaangis sekuat hati. Sesungguhnya hidayah Allah mengetuk pintu hati. Penyesalan menyirami hati yang suatu ketika dahulu penuh kegelapan.
                                    .……………………………
Tuk..tuk..
Eira mengetuk pintu bilik gadis itu. Dia risau dengan keadaan Zeti. Biarpun gadis itu menyakiti hatinya, dia masih ada perikemanusiaan. Hatinya bukan untuk dikotori dengan sifat-sifat keji. Dia tidak suka berdendam. Hatinya terlalu lembut. Mungkin kerana itu dirnya sering disakiti.
“ Jangan kacau aku!!! ”
Dia terdengar jeritan dari dalam,  diiringi tangisan.
“  Zeti buka pintu. Saya risau keadaan awak. Awak ok tak ni. Saya dengar awak jerit tadi. Please buka pintu ni!! ” Eira mengetuk pintu berulang kali sambil memujuk.
Pintu terbuka.
Eira tergamam.
Zeti hampir mahu rebah tetapi sempat dihalang gadis itu. Mereka beriringan ke katil Zeti.
            “ Awak rehat lah yer. Badan awak lemah. Nanti saya suruh pak mail hantar awak pergi klinik ” Eira menyebut nama Pak Mail, pemandu dalam rumah itu.
            Belum sempat Eira bangkit dari birai katil Zeti, tangannya ditarik gadis itu.
            Manik-manik mutiara bertakungan di mata Zeti.
            Eira tersentak. Tidak jadi melangkah. Dia duduk kembali menemani Zeti.
            “ Maafkan aku ..Eira….maafkan..aku ” suara itu tenggelam dalam tangisan.
            Eira kerut kening.
            “ Aku terlalu jahat dengan kau tapi…kau…” nada suara itu terhenti. Zeti menangis tersedu-sedan.
            “ Ini balasan yang aku dapat sebab aniaya orang yang berhati mulia seperti kau..” sambung suara itu lagi.
Eira menahan sebak. “ Tak Zeti. saya tak pernah berdendam dengan sesiapa pun. Pintu kemaafan saya sentiasa terbuka buat awak. Saya  redha dengan apa yang berlaku ”
“Maafkan aku..”
Airmata Eira menitis.

Alhamdulillah…. Hatinya sayu melihat perubahan Zeti.



















Bab 22
            “ Eira, pergi tukar baju. Tak payah makan kat rumah. Teman I makan kat luar hari ni. Pukul dua nanti I nak masuk office ” Farid menyapa lembut gadis itu, selepas Eira menjejakkan kaki memasuki ruang rumah. Lama juga dia tunggu kepulangan gadis itu di ruang tamu. Dia terkilan kerana Eira tidak termakan pujuk rayunya. Kalau perempuan lain sanggup rebah menyerahkan segala-gala milik mereka buat kaki perempuan itu. Biarpun tidak lama lagi mereka akan disatukan, Eira tidak mahu merapatinya. Sentiasa menjauhkan diri. Farid menyimpan rasa tidak puas hati.
            Wajah gadis itu masam mencuka. Huh..da lar tak pegi solat jumaat. Tak hormat langsung hari jumaat. Cam ni nak jadi pemimpin..  Omelnya dalam hati.
            “ Saya penat. Malas “ Eira jawab acuh tak acuh.
            Farid bangun dari sofa. Ditariknya tangan Eira ke ruang tamu. Gadis itu baru sahaja hendak mendekati tangga.
            “ Apa ni ” Eira cuba merentap pergelangan tangannya dari pegangan kasar lelaki itu.
            Muka Farid bengis. Dia melepaskan pegangannya.
            Eira mengusap pergelangan tangannya. Sakit.
            “ Kenapa kau suka mengelak dengan aku. Kalau jantan lain bukan main baik kau lagi. Ingat sikit kau tu hak aku! ” Farid mula meninggikan suara. Kesabarannya teruji dengan sikap sombong gadis itu.
            “ Jasad saya awak boleh miliki. Tapi..hati dan perasaan saya awak tak akan dapat. Sampai bila-bila pun awak tak boleh beli cinta saya.” Keras suara Eira.
            Darah Farid mendidih.
“ Aku tak mahu kau rapat dengan budak lelaki tu! ” Farid menengking  Eira.
Eira tinggikan suara. “ Awak tak ada hak nak halang dengan siapa saya berkawan. Kita belum kahwin. Awak bukan suami saya. Saya tak perlu patuhi perintah awak!! ”
Farid tampar Eira sekuat hatinya.
Eira jatuh di atas sofa.
Puan Emelda berlari mendapatkan mereka.
“ Jangan masuk campur. Ni urusan saya dengan bakal isteri saya. ” Farid menghalang Puan Emelda dari meneruskan langkahnya.
 Puan Emelda terpaku. Dia terkejut melihat Farid yang tidak pernah mengamuk sedemikian rupa.
“Itu yang kau nak kan?. Aku cakap elok-elok kau tak nak dengar. Kalau kau nak rasa lagi. Lawanlah cakap aku….” Farid menarik rambut Eira.
Eira mengerang kesakitan. Dia menangis. Ada darah yang mengalir di hujung bibir akibat pukulan kuat dari tangan sasa itu.
“ Lepaskan . Sakitlah…” Eira meronta-ronta sekuat hati.
“ Abang!!!!! ”
Zeti menerkam abangnya dari arah belakang.
Farid menolak Zeti. Gadis itu rebah di sebelah Eira.
Zeti peluk tubuh Eira. Pilu hatinya mendengar tangisan gadis itu.
“ Sejak bila pula kau sebelahkan dia?. Apa dah jadi dengan kau ni hah? ” tengking Farid.
“ Zeti dah insaf. Abang pun patut bertaubat. Perangai abang yang teruk cam ni memang tak layak memperisterikan perempuan yang baik seperti Eira. Batalkan niat abang tu.” Zeti meninggikan suara.
Farid ketawa
Hei, kau nak bertaubat ker. Nak mampos atau nak terbalik sekalipun, tu kau punya pasal. Jangan nak sibuk hal aku. Uruskan diri kau tu ” tempelak Farid. Dia keluar daripada rumah itu. Dia hilang sabar kerana Eira langsung tidak pernah ingin berbaik dengannya. Dia benci kalau gadis itu mencintai lelaki lain. Tercalar ego lelakinya.
Zeti memeluk tubuh Eira merapatinya.
“ Maafkan aku Eira. Kalau aku tak rancang perkahwinaan tu, kau tak akan jadi begini ” luahnya kesal.
Eira senyum tawar. Dalam sendu dia bersuara. “ Saya tak salah kan awak. Semua ni suratan takdir ”
Zeti menitiskan airmata.



Bab 23
“ Aku menyesal Eira. Aku jahat. Aku nak berubah. Tolong bimbing aku...” nada suara itu kedengaran sayu.
            Eira menghadiahkan senyuman. “ Alhamdulillah. Syukur awak kembali kepangkal jalan. Pintu taubat sentiasa terbuka. Saya akan bantu awak sedaya-upaya saya ”
            Zeti membalas senyuman itu.
            “  Aku pregnant. Dah masuk 4 minggu ”
            Eira tergamam. “ Ya Allah ”
            Zeti memuntahkan tangisannya. “ Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku risau dengan reaksi papa. Papa akan bunuh aku. Aku tak nak buat dosa lagi. Aku tak sanggup gugurkan kandungan ni. Aku takut Eira “ Zeti menggenggam erat jari-jemari Eira. Mereka duduk bertentangan di birai katil Zeti.
            Eira cemas. Dia juga terperanjat dengan berita yang baru sahaja diketahuinya itu.
            “ Jangan takut Zeti. ayah man tak kan biarkan anaknya menderita. Kita sama-sama hadapinya. Saya akan tolong awak berdepan dengan ayah man. ”  Eira simpati dengan nasib Zeti.
            Zeti memeluk Eira. Murni sunggub hati kau, Eira…..
                                    ……………………………………………………..
“ Anak yang tak tahu diuntung. Aku limpahkan kau dengan kemewahan. Bagi apa saja yang kau mahukan. Bagi kebebasan. Ini balasan kau!!  ” herdik Dato’ Herman.
            Zeti sedang menangis tersedu-sedu.
            Eira memeluk bahu gadis itu.
            Dato’ Herman bercekak pinggang. Dia merenung tajam anak gadisnya yang duduk di sofa.
            “ Ayah man. Semuanya dah terlambat. Kasihanilah Zeti. Dia perlukan sokongan. Dia mahu berubah. Beri peluang pada Zeti, ayah man. ” Eira bersuara dengan nada rendah.
            “  Budak ni dah menconteng arang. Mana ayah man nak sorok muka ni kalau orang lain tahu.” Tinggi suara itu.
            “ Tak ada sesiapa yang akan tahu. Hanya kita ” Eira memujuk lembut.
            “  Huh, aku tak nak ambil tahu. Pandai-pandai lah kau nak buat apa lepas ni.” Ayah man berlalu pergi.
            Zeti menangis teresak-esak.
            Pelukan Eira terhadap gadis itu makin erat.





















Bab 24
“ Najwa, mana Eira? “ Ahmad yang sedang menunggu di luar gerbang pintu sekolah, menyapa kawan baik buah hatinya itu.  Dia berdiri di samping motornya.  Mencari kelibat Eira.
Hari ini paper akhir mereka. Berakhirnya persekolahan. Tamatlah kisah mereka sebagai pelajar sekolah. Sebelum balik, dia mahu jumpa Eira buat kali terakhir. Mungkin mereka akan jarang bertemu selepas ini. Dia mahu melafazkan kata-kata cintanya pada hari ini. Dia mahu mengikrarkan janjinya. Cintanya pada Eira bukan mainan. Dia mahu jaga gadis yang amat dicintainya itu hingga nafas terakhirnya.

Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan….
Intai kami antara nampak…esok jangan rindu-rinduan……
Ungkapan itu tiba-tiba datang menujah hati Ahmad. Chewah….Jiwang tul….hehehe…

“ Ermm..dia dah balik. Ada orang datang jemput tadi. Dia pesan kat aku bagi surat ni kat kau ” luah suara yang tidak bermaya itu. Fatin Najwa tidak sampai hati melihat keadaan Ahmad dan Eira. Dia tahu kenapa Eira mengelak bertemu dengan lelaki itu. Dia tahu segala-galanya. Apakah Ahmad dapat menerima takdir hubungan cinta mereka?.

Ahmad kecewa. Hampa. Sampai hati awak tak tunggu saya….

Fatin meninggalkan lelaki itu keseorangan.
Eira….  Sebak hati lelaki itu. Dia teringin menatap wajah gadis yang sering mencuri ketenangannya. Apakan daya, takdir tidak mengizinkan.
                                                ………………………..
Airmata keramat Ahmad gugur pada hari ini. Detik ini. Waktu ini. Sungguh. Dia tidak mampu menahan kepahitan. Segala pandangannya terasa gelap. Kenapa Eira?. Kenapa awak buat saya macam ni?.  Surat yang disampaikan Fatin Najwa itu benar-benar menikam kalbunya. Dunianya seakan-akan malap. Degupan jantungnya seperti ingin terhenti.


                                                Assalamualaikum…….
Terlebih dahulu Eira ingin menyusun sepuluh jari kerana tidak sempat bertemu Am untuk kali yang terakhir. Bukan Eira mahu mengelak. Eira…tidak mampu berhadapan dengan Am. Sesungguhnya Eira lemah berhadapan dengan insan yang istimewa di hati Eira. Eira tak mampu menahan airmata ini dari mengalir saat menatap sinar mata lelaki yang amat Eira cintai. Maafkan Eira.. hanya kata-kata itu yang mampu Eira ucap. Eira tahu Am tak akan maafkan Eira.
Mungkin sudah suratan takdir kita terpaksa berpisah. Keadaan tidak mengizinkan untuk kita bersatu. Menyemai kasih sayang dan cinta kita yang suci ini. Maafkan Eira Am. Lupakan Eira. Eira telah dijodohkan dengan seseorang. Hanya membilang hari untuk dinikahkan. Eira tidak mampu melawan takdir. Eira terpaksa. Eira tidak pernah mencintainya. Am..percayalah cinta Eira tetap pada Am. Sukar untuk Eira lupakan Am. Terlalu banyak kenaangan yang melakar sejarah cinta kita. Eira tak akan lupakan sekolah ini. Tempat di mana tuhan meniupkan kebahagiaan buat Eira biarpun ia hanya untuk seketika. Terima kasih Am. Cinta Am sentiasa memberikan Eira kekuatan untuk harungi liku-liku di dunia ini. Ampunkan Eira. Jaga diri Am baik-baik. Eira sayang Am. Eira cintakan Am. Tapi sayang..takdir berlaku kejam pada kita. Lupakan Eira, Am. Demi kebahagiaan Am. Moga ada nada seseorang yang lebih baik menbahagiakan hidupmu. Eira doakan Am dirahmati ALLAH di dunia dan akhirat. Ampunkan Eira untuk kesekian kalinya…..
                                    Yang amat mencintaimu…Eira……











Bab 25
Dua bulan kemudian………………
            “  Qasidah..cakkkk  ” Eira leka bermain dengan anak Zeti.
            Bibir Zeti memuntahkan senyuman melihat layanan mesra Eira terhadap anak perempuannya itu. Hatinya sayu. Biarpun tiada sesiapa yang  ambil berat dengan Qasidah, namun Eira dan Puan Emelda sebaliknya. Mereka menjaga Qasidah bagai menatang minyak yang penuh selama dia dalam tempoh berpantang. Dia sudah kembali sihat.
            Eira begitu asyik melayan keletah Qasidah yang terbaring di tilam ruang bilik Zeti.
            “ Eira….”
            Eira menoleh ke arah Zeti yang sedang duduk berteleku menghadap anaknya.
            “  Boleh tak kau janji dengan aku?  ” nada suara itu kedengaran sayu.
            Eira kerut kening. “ Janji apa? “ ujarnya ingin tahu.
            Zeti senyum hambar. “ Kalau aku dah tak ada..boleh tak kau jaga Qasidah untuk aku? “
            “ Ish, apa yang awak melalut ni Zeti…”  Eira tidak senang dengan kata-kata gadis itu.
            Wajah Zeti muram. “ Please..Hanya kau yang layak jaga Qasidah. Kau boleh bimbingnya jadi orang yang berguna “ desaknya lagi.
            Mimik muka Eira berubah tegang. “ Jangan cakap macam tu. Saya tak suka awak merepek yang bukan-bukan. Qasidah akan sentiasa ada dengan awak. Awak ibunya. Awak akan bersamanya sehingga dia meningkat dewasa. ”
            Zeti merenung anaknya sekilas. Kemudian pandangannya tertumpah pada Eira. Dia memegang tangan kanan Eira.
            Renungan matanya sayu.
            “ Jangan fikir bukan-bukan tau. Ajal dan maut tu ditangan tuhan.”  Eira turut sebak.
            “ Selagi aku tak dengar janji kau Eira. Hati aku tak akan tenteram. Tolong Eira, janjilah yang kau tak akan sia-sia kan Qasidah, biarpun kau dah berumahtangga nanti. “ airmata Zeti menitik.
            Eira menyeka airmata itu. “ Ermm..saya janji awak. Awak jangan risau. Saya sayang Qasidah. Saya janji saya akan jaga  Qasidah macam anak saya. ”  Lembut tutur katanya.

Bab 26
Farid yang sedang dibawah pengaruh alkohal menarik Eira masuk ke biliknya yang berada di tingkat bawah ruang baglo itu.
Eira meronta-ronta untuk dilepaskan. Dato’ Herman berada di luar negara atas urusan bisnes selama sebulan. Mungkin kerana itu Farid berani bertindak di luar batasan. Gadis itu gigit tangan Farid. Gengaman terlepas. Eira berlari menyelamatkan dirinya.
Farid memeluk Eira dari arah belakang. Eira terjatuh. Badannya lemah.
Lelaki kejam itu mengendong Eira di bahunya.
Eira meronta-ronta sambil menangis.
Puan Emelda cuba menghalang tindakan Farid. Lelaki itu menolak kasar wanita yang sudah berumur itu. Tanpa diduga, Puan Emelda jatuh di bucu meja. Darah mengalir tidak henti-henti. Akibat hentakan kuat itu, Puan Emelda tidak sedarkan diri.
Farid menendang pintu bilik sehingga terbuka luas.  Eira dicampak kasar ke atas katil.
Eira ketakutan. Tangisannya masih bergema. “ Tolong..tolong Farid. Jangan buat macam ni. Kita belum kahwin lagi. Tolongg..” dalam esak tangis dia merayu.
Farid ketawa terbahak-bahak. Bangga benar mendengar rayuan gadis itu. Sudah lama dia mengidam tubuh itu. Dia tidak boleh menunggu di hari perkahwinan. Mereka akan dinikahkan selepas ayah dan abangnya pulang ke Malaysia. Tempoh sebulan itu bagai setahun. Dia tidak sabar untuk menjamah tubuh yang sering mengelak darinya. Eira seperti jinak-jinak merpati, semakin dekat semakin ia lari.
Farid membuka baju. Dia menghampiri Eira. Lelaki itu menindih badan Eira.
Pergelutan berlaku.
Eira meronta-ronta.
“ Ya Allah….ya Allah.. ” ayat itu tidak lekang di bibirnya.
Farid menampar gadis itu berulang kali. Mahu melemahkan mangsa.
Keadaan tubuh Eira semakin lemah. Suaranya juga kian perlahan.
Bukk..
Belum sempat Farid buka zip seluarnya, kepala lelaki itu dihentak dengan satu objek keras. Warna merah mengalir membasahi wajahnya. Farid rebah di sebelah Eira. Mengerang kesakitan.
Zeti menarik tangan Eira. Mereka mengambil peluang itu untuk menyelamatkan diri.
“ Eira pergi lari. Call polis. Tolong bawa Qasidah. Aku akan halang abang…”  suara itu cemas.
Tangisan bayi makin membingitkan suasana. Bayi itu terdampar di atas sofa tidak jauh dari tempat Puan Emelda tidak sedarkan diri.
Eira teresak-esak. Dia mengeleng kepala. “ Saya..tak boleh tinggalkan mak. Awak. Kita lari sama-sama..”
Zeti menangis. “ Pergi selamatkan diri kau. Lekas. Masa suntuk Eira. Jangan sampai dia datang. Go!!!” Zeti menjerit sambil mengoncang-goncang tubuh itu.
Eira tidak berkata sepatah apa. Fikirannya tidak menentu.
Suara seseorang mengerang kedengaran dari dalam. Deruan tapak kaki itu mengejutkan kedua-dua gadis itu.
Zeti terketar-ketar “ Lari Eira. Cepat!!! ” 
Eira tidak mampu melawan. Dalam keterpaksaan dia memangku Qasidah dalam pelukannya. Sebelum meninggalkan rumah itu, matanya mengerling Zeti.
Gadis itu senyum dalam linangan airmata.
Eira toleh pada Puan Emelda. Airmatanya tidak berhenti mengalir. Dia mengetap bibir. Pilu memandang darah yang banyak mengalir dari dahi ibunya. Dia berlari meninggalkan rumah itu dengan hati yang berat.

Ya Allah selamatkan ibuku. Selamatkan Zeti. Jangan biarkan binatang itu apa-apakan mereka………

Gadis itu berlari sekuat mungkin. Sesekali dia cuba memujuk Qasidah. Tangisan bayi itu semakin kuat. Sebuah kenderaan berhenti tiba-tiba kerana gadis itu berada di tengah-tengah jalan raya.
“ Tolong saya. Tolong panggil polis. Rumah saya..”  dalam getaran, suara yang lemah itu meminta tolong sebaik sepasang suami isteri keluar dari kenderaan.

Mata Farid melilau-lilau mencari kelibat Eira. Jiwanya berkeladak kerana orang yang dicari tiada di rumah itu. Farid merenung tajam susuk tubuh di sebelah kanannya.

“ Kau memang nak mampos ke hah!!! ”

Farid hampiri Zeti. Pukulan itu masih tidak mampu untuk merebahkannya. Darah pekat mengalir di seluruh wajah lelaki itu.
Tubuh Zeti terketar-ketar. Dia berlari ke ruang dapur. Pisau sayur yang terletak di satu sudut dicapainya.
Farid sudah di depan mata gadis itu. Lelaki itu hilang pertimbangan. Fikirannya separuh sedar akibat dari pengaruh alkohol.
Pergelutan berlaku.
Zeti cuba sekuat tenaganya menghunuskan pisau ke tubuh lelaki itu. Farid mencengkam tangan Zeti. Dia ingin rampas pisau dari gengaman tangan adik perempuannya itu.
Zapppp…
Darah membuak-buak mengalir.
Tangan Farid terketar-ketar.
Tubuh Zeti rebah ke atas lantai.
Lelaki itu cemas. Bagai tersedar dari mimpi, dia menjerit sekuat hati. Tubuh longlai adiknya itu dipangkunya.
20 minit kemudian,  beberapa orang lelaki meluru masuk menangkap Farid. Polis tiba beberapa minit kemudian. Penyesalan menyelubungi hati yang hitam itu.
Farid diberkas dan dibawa masuk ke dalam kereta polis yang bertugas.
Ambulan yang datang selepas kehadiran anggota polis, membawa Puan Emelda dan Zeti ke hospital.
Eira terpaku melihat dua jasad sedang terbaring di atas troli yang disediakan pihak ambulan. Paling memeranjatkannya tika sekujur tubuh yang dilimpahi darah itu merupakan ibu kandung Qasidah. Zeti!!!!  Dia hanya mampu menjerit di dalam hati. keadaan Eira sangat lemah. Dia tiada tenanga untuk berkata-kata.
Bab 27
3 tahun kemudian……..
Kelompok manusia memenuhi perkarangan pameran lukisan yang tergantung di setiap sudut. Ruang itu penuh sesak. Ada yang sibuk ingin membeli beberapa hasil seni itu. Ada pula yang tidak lekang memuji setiap lukisan yang dipamerkan.
            “ Tahniah Ad! ”
            Ahmad menghadiahkan senyuman kepada Razlan. Pandangannya dihala ke gadis yang sedang memegang jari-jemari Razlan. Gadis itu tersenyum malu-malu. Seakan-akan mengerti maksud renungan itu.
            “ Macam kenal awek kat sebelah kau ni ” dahi Ahmad berkerut, cuba mengingat sesuatu.
            Razlan tersengih-sengih. “ Memang kau kenal pon. Ni aku perkenalkan my futute wife. Fatin Najwa. Ala kawan Eira…auuu ” satu cubitan hinggap di pinggangnya.
            Renungan mata Fatin Najwa tajam memandang Razlan.
            Razlan terkedu. Opss…mulut ni tak reti nak cover huhu…..
            Wajah itu berubah muram. “ Korang tak payah jaga perasaan aku. Aku dah biasa.” suara itu kedengaran matang. Ahmad Muhammad yang dahulu berbeza dari sekarang.
            Razlan kesal kerana terlepas cakap. Dia tahu sahabatnya itu benar-benar terpukul dengan peristiwa dahulu. Rasa simpati menular di hati.
            “ Tahniah Ad. Wah, tak sangka kau dah dikenali. Ramai orang datang kat pameran lukisan kau ni. Bangga aku ” Razlan cuba menceriakan suasana. Ahmad di hadapannya ini benar-benar berlainan. Wajahnya yang bermisai dan ada sedikit janggut itu seperti tidak ceria. Senyuman itu tidak sampai ke mata. Razlan tahu Ahmad masih tidak dapat melupakan kenangan cinta pertamanya. Tiba-tiba Ahmad yang sentiasa gila-gila dahulu menerjah di kotak memori. Rindu mengamit kalbunya seketika.  Kau tak macam dulu Ad…
            Ahmad sekadar tersenyum. Senyuman itu seperti terpaksa.
            “ Aku lagi terkejut. Bertahun-tahun kita berpisah. Bertahun-tahun gak kita susah nak jumpa. Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Bertanya khabar pun melalui fb. Tak pun telefon. Tup.tup..kau datang bawa awek. Couple dengan budak sekolah kita dulu pulak tu. Tak sangka “  suara itu mengusik ceria.
            “ Jodoh aku Ad. Cari punya cari. Rupanya jodoh aku memang dekat jer. Time tu tak perasan lagi. “ Razlan gelak kecil.
            Fatin Najwa malu-malu.
            “ Kau bila nak cari pengganti? “ sambungnya. Alamak…
            Ahmad tidak menjawab pertanyaan itu. Selama ini dia sentiasa sibukkan diri dengan kariernya. Tidak terlintas dibenaknya berfikir ke arah itu. Kak Zura sudah mendirikan rumahtangga. Setahun yang lepas. Dia tak pernah terfikir untuk berumahtangga. Sukar baginya melupakan seraut wajah itu. Eira Nuryazzira. Cinta pertamanya. Mungkin juga akan menjadi cinta terakhir biarpun cinta itu putus di tengah jalan. Dia sentiasa mendoakan kebahagiaan akan sentiasa melingkari hidup gadis itu.
            “ Ermmm..maafkan kiteorang kalau dah rosakkan mood kau. Aku tahu kau mesti teringat hal dulu ” nada suara Fatin Najwa rendah.
            Razlan turut rasa bersalah. “ Maafkan aku ”
            Ahmad terdiam. “ Past is past “ suara itu bersahaja.
            Suasana sepi menghuni ruang bicara.
            “ Tak mau lar sedih-sedih. Sekarang aku tak sabar nak tengok hasil lukisan dari bekas anak jin suatu masa dahulu. Hahahaha..” Razlan cuba menceriakan suasana.
            Fatin Najwa dan Ahmad gelak kecil. Teringat memori dahulu.
            “ I terlepas apa-apa ker ni? “ suara seorang lelaki menghentikan tawa mereka.
            Mereka bertiga menoleh ke arah susuk tubuh yang berotot lagak seperti seorang ahli bina badan. Tubuh itu kurus tinggi.
            Ahmad cuba cam wajah itu. Seorang gadis di sebelahnya juga menarik perhatian Ahmad. Siapa lelaki itu?. Gadis disebelahnya sangat menawan. Tinggi lampai. Potongan badannya seperti seorang model.
            Tiba-tiba mulutnya melopong.
            Dia Dan Razlan saling berpandangan.
            “ Hahaha..aku Bob ler.
            Ahmad terperanjat bukan kepalang. Di antara mereka bertiga, Bob yang sering menghilangkan diri. Susah nak bertanya khabar.
            Mulut Razlan ternganga luas.
            Ketiga-tiga sahabat karib itu berjabat tangan. Mereka berpelukan seketika.
            “ Aku ingat pelakon lelaki mana lah yang datang ke pameran kau ni Ad. Rupa-rupanya si gendut Bob ni. Hahaha..lain benar kau sekarang. Gendut da hilang. Otot lak timbul “ Razlan berceloteh setelah mereka kembali tenang.
            Ahmad tergelak.
            “Hahaha…gendut tu zaman hingusan. Sekarang zaman dewasa. Zaman macho. Zaman nak buat anak “ Bob berseloroh sambil ketawa.
            “ Elok lah kita semua dah berkumpul balik kat sini. Aku pun senang nak jemput korang “ suara Bob kembali.
            “ Lu nak kawen ker bai..? ” keluar bahasa kasar mereka. Razlan teruja.
            Anggukkan Bob membuatkan Razlan mahupun Ahmad terpingga-pingga.
            “ Wah orang yang tak pernah nak rapat dengan perempuan tapi dia dulu yang nak kawen dari kita, Lan.  Lagi Advance..”  usik Ahmad.
            Razlan ketawa riang. “ Tak sangka aku dowh
            Mereka ketawa riang. Selepas itu Ahmad membawa mereka semua mengelilingi kawasan pameran itu. Dia membiarkan masing-masing berdua-duaan dengan pasangan mereka.
            Ahmad berjalan berseorangan. Sesekali dia menerangkan tema yang ada pada setiap lukisan itu tatkala ada yang bertanya.
            Seorang kanak-kanak perempuan yang masih kecil melanggar Ahmad. Budak perempuan itu terjatuh.  Kemudian menangis.
            “ Qasih!! ” seorang perempuan dalam lingkungan 20-an bergegas mendapatkan anak kecil yang sedang ditenangkan seorang lelaki.
            Mata bertentang mata.
            “ Eira ” lelaki itu tergamam.
            Mereka berdua berdiri semula. Eira mendukung kanak-kanak kecil itu.
            Eira tidak mampu berkata apa-apa. Sejak tadi dia memandang lelaki itu dari jauh. Dia juga dapat melihat beberapa rakan yang dikenalinya sedang mengerumuni Ahmad. Dia ingin sekali menegur kumpulan itu tetapi memikirkan kesalahan lalu. Dia segan. Dia datang ke pameran ini pun kerana atas desakan abang Farizi dan kakak ipar barunya. Mereka mengatakan kejayaan Ahmad terlakar di suratkhabar. Pameran seni itu akan dilancarkan pada hari ini. Sebab itu mereka datang. Eira juga mahu menatap insan yang tidak pernah luput diingatannya. Sesungguhnya kerinduan itu terubat.
Abang Farizi mahu Eira mengejar kebahagiaan yang telah ditinggalkannya dahulu. Lelaki itu  mengetahui sejarah hidupnya sehinggalah berakhir dengan episod duka dahulu. Eira tahu abang saudaranya itu tidak mahu dia berduka lagi. Abang Farizi telah menetap di Malaysia semenjak bekas isterinya meninggalkan lelaki itu mengikut kekasih senegaranya. Hasil perkahwiannnya yang pertama, lelaki itu tidak mempunyai cahayamata. Perkahwian kali yang kedua ini, dia bakal menimang zuriat yang pertama. Isteri barunya itu disahkan mengandung. Kandungannya mencecah 4 bulan.
“ Sakit ya Qasih. Tak mau nangis tau. Mama ada  “  Eira tidak menjawab pertanyaan itu. Dia cuba berpura-pura tenang. Hatinya sedang bergetaran hebat. Kehadirannya diketahui lelaki itu setelah Qasidah memusnahkan rahsia itu. Dia tidak menyangka anak kecil itu berlari ke kawasan yang berhampiran lelaki itu. Mungkin takdir sengaja ingin menemukan mereka.

            Comel. Awak dah ada anak, Eira. Ermmm….tahu tak bahagia sudah lama jauh dalam kamus hidup saya. Sejak impian itu musnah. Orang yang memusnahkannya jugalah orang yang amat saya cintai. Hidup awak mesti bahagia kan. tapi saya…..

            “ Am, apa khabar…” lidah Eira berat untuk menuturkan kata-katanya. Wajah itu amat berlainan dengan Ahmad yang pernah dikenalinya dahulu. Wajah itu seperti menyimpan duka yang amat dalam. Tiada sinaran dari renungan itu. Maafkan Eira….
            Ahmad sekadar tersenyum hambar. Tiada jawapan dari pertanyaan itu. “ Saya tak sangka kita akan bertemu dalam keadaan begini. Mana suami awak? “ Ahmad cuba mengawal emosi. Ikutkan hati mahu sahaja dia memeluk gadis itu. Mahu sahaja dia melamar. Luahkan perasaan yang terbuku. Semuanya untuk gadis itu tetapi…..
            Eira mahu berterus-terang. Dia mahu Ahmad tahu dirinya masih belum dimiliki. Dia berharap sangat lelaki itu juga masih menunggu dirinya. Berharap tiada gadis yang mencuri hati lelaki itu selain dirinya seorang.  “ Sebenarnya…”
            “ Ad..congratulation! ” senyuman manis seorang gadis yang berambut panjang melepasi bahu membantutkan Eira untuk berkata-kata.

            Awak dah ada somebody rupanya. Cantik.  Saya silap. Semudah itu awak lupakan saya Am. I hate u…I hate u!!!!

            “ Err..sori ganggu. Bye ”  Eira bergegas meninggalkan mereka berdua. Hatinya bernanah.
            Ahmad tidak mampu menghalang pemergian gadis yang telah menjadi hak orang itu. Dia menghantar langkah Eira dengan hati yang berat. Parut lukanya berdarah kembali setelah wajah itu muncul dalam hidupnya.  Eira. ermm..
            Gadis di sebelah Ahmad terpingga-pingga. “ Siapa tu Ad?. ” Soalnya ingin tahu.
            Ahmad tidak bersemangat. “ Cinta aku yang dulu “
            Zurin Zawahir, sepupu Ahmad tergamam. “ Ini ke Eira yang kak Zura selalu sebut tu?
            Ahmad mengangguk-angguk kepalanya perlahan.
            “ yang tinggalkan kau dulu tu ker? “ mulut Zurin Zawahir terbuka sedikit.
            Ahmad terdiam.
            Zurin Zawahir masih tergamam. “  tapi dia dah…..”
            “  married  “ balas Ahmad meyambung kata-kata itu.
            Zurin Zawahir terdiam. Rasa simpatinya tumpah pada sepupunya itu.
            Eira mengajak Abang Farizi dan kakak iparnya segera keluar dari tempat itu. Semakin lama dia berada di dalam tempat itu, hatinya semakin dihambat kesakitan yang amat sangat. Dia mengesat airmata yang tidak disedari tumpah. Dia menceritakan apa yang terjadi kepada pasangan suami-isteri itu setelah memboloskan diri ke dalam kenderaan. Mereka sedih dengan luahan Eira. Takdir sekali lagi membuatkan hati gadis itu menangis. Terluka.
            Razlan, Bob mahupun Fatin Najwa terkejut. Fatin Najwa cam dengan susuk tubuh yang dilihatnya sekali imbas tadi. Seiras dengan Eira. Ahmad menerangkan apa yang mereka nampak itu benar. Memang Eira. Gadis yang telah meragut mimpi indahnya.
           







    Bab 28
            “ Bagi saya wafer satu. Saya nak perisa peanut butter campur coklat “ Eira menghadiahkan senyumannya kepada pekerja yang mengendalikan mesin pembuat wafer itu.
            Ahmad yang kebetulan lalu di shopping complex tiba-tiba terpandang seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan di sudut kiri tidak jauh tempatnya berada. Ahmad tidak dapat lari dari bayangan gadis itu. Biarpun gadis itu sudah berumahtangga, entah kenapa hatinya tetap berkeras ingin menegurnya. Sesungguhnya cinta itu amat membunuh insan yang suatu ketika dahulu berhati batu sepertinya.
            “ Assalamualaikum puan “ Ahmad tersenyum ramah. Lelaki itu menjamah raut wajah dihadapannya. Rindunya….
            Eira tersentak. Renungan itu dibalasnya. Am…
            “ Waalaikumussalam Am. kita jumpa lagi “ Eira membalas senyuman itu. Hatinya sedang disagat pilu.
            Ahmad tidak membalas kata-kata itu. Dia mendepakan tangannya pada anak kecil itu. Niat hati ingin mendukung anak gadis yang dicintai itu. Agaknya kalau mereka berumahtangga dahulu, sudah pasti mereka akan dikurniakan anak secomel ini. Hatinya terluka lagi.
            Ahmad mendukung anak kecil yang berdiri di sebelah gadis itu. “ Hai sayang”
            Anak kecil itu tidak kekok dengan Ahmad. Sesekali dia tergelak kerana Ahmad pandai melayan telatahnya. Begitu juga Ahmad. Lelaki itu ceria dengan kemanjaan kanak-kanak perempuan itu.
            Eira merenung lelaki itu. Angan-angan yang dia harapkan buat kali kedua musnah kerana lelaki itu yang menghancurkan cinta mereka. Lelaki itu telah berjumpa dengan penganti cintanya. Biarpun pahit untuk menerima suratan takdir untuk kedua kalinya, dia tetap pasrah. Mencintai tidak semestinya memiliki. Moga awak bahagia Am… doanya dalam hati.
            “Papa..pa..papa..” terdengar suara pelat dari anak kecil itu.
            Eira terperanjat. “ Maaflah Qasih memang begitu. Semua orang yang dijumpanya dipanggil papa. Hakhak. .” Eira menutup gelisah di hati. Bimbang juga kalau lelaki itu  tahu tentang status dirinya. Dia tidak mahu lelaki itu memutuskan hubungan dengan kekasihnya, gara-gara mengetahui dirinya masih belum berpunya.
            Ahamd turut ketawa kecil. “ Comel. Sama macam ibunya. Tetap cantik.malah lebih cantik berbanding dahulu .” puji Ahmad ikhlas.
            Eira gumam. Merah pipinya dengan pujian itu. Awak tak pernah berubah Am. Sentiasa memuji saya. Saya rindukan awak. Awak tahu tak….ermm…saya cintakan awak…
            “ Maaflah kalau saya puji lebih-lebih. Sepatutnya hanya suami awak yang layak cakap begitu. “ sayu suara itu.
            Eira terdiam. Panggilan pekerja wafer mematikan perbualan itu seketika.
            “ Biar saya bayar. Sesekali dapat jumpa awak”
            Eira tidak mampu bantah. Dia mengambil kembali Qasih dari pelukan lelaki itu supaya senang lelaki itu mengeluarkan dompetnya.
            “Terima kasih..” dia membiarkan Qasidah berdiri sendiri. Tangannya memaut jari-jemari kanak-kanak itu.
            Ahmad membalas ucapan itu dengan senyuman mesra.
            “ Papa dia mana. Tak nampak pun? “ soalnya. Dia ingin sekali melihat pesaing yang telah meragut kebahagiaannya selama ini. Bukan mhu bergaduh. Sekadar ingin tahu.
            Eira tergamam. Bungkam juga dia dengan pertanyaan itu.
            “ Dia ada urusan. Jadi tak dapat lah temankan kami “ Eira berdebar-debar. Kekok juga berbohong pada lelaki itu.
            “ Tak ada rezeki nak jumpa ” Ahamd cuba meyembunyian kesedihannya.
            Eira senyum terpaksa.
            “ Saya balik dulu Am. Kalau ada rezeki kita jumpa lagi “ Eira memaniskan wajah. Dia tidak mahu meninggalkan lelaki itu namun apakan daya lelaki itu bukan lagi Ahmad, kekasih hatinya dahulu.
            Baru sahaja setapak dua Eira melangkah, lelaki itu memanggilnya.
            “ Err..maaf. tapi boleh bagi alamat awak? “
            Berubah airmuka Eira.
            Ahmad tidak mahu Eira salah faham dengan permintaan itu. “ Sebenarnya saya mahu pulangkan hak milik awak “
            Dahi Eira berkerut. “ Hak milik saya? “
            “ Saya pernah lukis gambar awak. Saya tak pamerkan di khalayak umum kerana orang yang berhak memiliki lukisan itu adalah awak.”
            Eira tahan airmata.  Dia tidak menyangka lelaki itu masih mahu melukis wajahnya. Wajah gadis yang telah menghancurkan hati lelaki itu.
            “ Saya ingin awak milikinya. Saya janji lepas saya hantar lukisan itu ke rumah awak. Saya tak akan ganggu hidup awak dan suami. Percayalah. Anggaplah itu hadiah saya untuk perkahwinan awak. “
            Ahmad menekan punat butang telefon bimbitnya. Eira sedang memberi maklumat kedudukan rumahnya. Ahmad mendengar penuh teliti.




















Bab 29
Eira menanti kehadiran lelaki itu dengan perasaan tidak menentu. Seluruh isi rumah itu kecoh dengan lakonan yang akan dilakonkan gadis itu. Eira merayu pada dato’ Herman, ibunya, Farizi dan kak Aju, isteri abang sepupunya itu supaya mengunci mulut. Mereka terpaksa bersetuju dengan lakonan gila Eira.
Kedengaran bunyi deruan enjin kereta tiba dipagar luar rumah. Kereta itu terus memasuki perkarangan rumah kerana pagar telah sedia terbuka luas. Seakan-akan menanti kehadiran lelaki itu.
“ Hai Ad ” Eira terpacul di muka pintu meyambut kedatangan lelaki itu.
“ Hai. Saya bawa hadiah tu. “ Ad  yang terpacul di muka luar pintu memegang segiempat tepat yang berbalut dengan bungkusan coklat. Bungkusan itu sederhana besarnya.
“ Kejap ya. Saya panggilkan suami, tolong angkat bungkusan ni.” Eira masuk ke dalam rumah. Seketika kemudian dia kembali ke muka pintu dengan seorang lelaki.
Ahmad pandang lelaki itu dari atas hingga ke bawah. Tiba-tiba cemburu menujah masuk ke hati. Orang yang berada di hadapannya itu sangat menarik perwatakannya.

Dia lebih hebat dari saya kan Eira. Patutlah awak rela tinggalkan saya..  api rasukan mencemar ketenangan jiwanya.

“ Abang, Eira kenalkan. Ahmad Muhammad. Kawan sekolah Eira dulu “ Eira menjalankan lakonannya.
Farizi terpaksa mengikut rentak Eira. “ Oh orang yang berjaya dalam bidang seni lukisan tu yer. Hai, I’m Farizi. “ Farizi menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tangannya disambut.
“  Come in. Boleh kita berbual. Nanti saya suruh Eira sediakan air…” pelawanya.
Eira tergamam. Dia ketap bibir. Jangan. Ish..abang ni dah lari dari rancangan sebenar….
Ahmad menolak secara lembut. “ Sori. Bukan saya tak sudi. Saya ada urusan lain. Maaf “
“  It’s ok. Jumpa lagi ”
Ahmad meninggalkan perkarangan rumah itu dengan hati yang hancur berkecai.
 Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal untuk selamanya………
Bab 30
Eira mencium ubun-ubun kepala Qasidah selepas selesai berdoa. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Dia mengesat airmata yang tumpah membasahi tanah kubur di hadapannya itu. Qasidah sedang bermain dengan batu-batu kecil yang ada di tanah itu. Sebak dada Eira mengenangkan nasib Qasidah yang kehilangan ibu kandungnya sejak kecil lagi.

Zeti…Qasidah sudah boleh berkata-kata. Tapi masih ada loghat pelat lagi. Haha…comel sangat. Wajahnya saya rasa ikut awak, bila dia semakin membesar. dia anak yang baik. Baik sangat Zeti. Tidak pernah susahkan kami. Sentiasa buat kami rasa bahagia. Semua orang sayang Qasidah. Awak tahu Zeti…ermm..ayah man. Papa awak sayang sangat pada Qasidah. Dia mula menerima hakikat Qasidah adalah cucu kandungnya. Cucu dari anak kandungnya. Tapi sayang zeti…..awak tiada menyaksikan detik-detik bahagia ini. Ermm…tenanglah awak di sana ya. Jangan bimbang. Qasidah tidak pernah berenggang dengan saya. Saya sayang dia Zeti. Saya janji akan tunaikan permintaan awak. Saya tidak akan sia-sia kan hidup Qasidah. Dia lah pengarang jantung saya. Penawar kesdihan di hati ini. Dia jua lah kekuatan buat saya untuk harungi hari-hari yang mendatang. Damai lah awak disana. …..

Eira mendukung Qasidah merapati badannya. Mereka meninggalkan perkarangan perkuburan itu. Telatah manja Qasidah menambahkan lagi kesedihannya. Tumpah rasa kasihnya terhadap anak arwah sepupunya itu.

Qasih…mama janji. Mama  tak akan tinggalkan Qasih. Apapun yang berlaku…
Kita tak akan berpisah sayang…







Bab 31
Proton waja NBB 1005 meluncur laju di atas jalan raya. Sesekali kereta itu memecut dari had laju yang biasa. Ahmad sedang menuju ke klinik pakar sakit puan yang berhampiran kerana menemani kakaknya merangkap driver tidak berbayar. Abang iparnya menghadiri krusus di perak. Abang iparnya itu seorang guru geografi. Dia lah yang ambil alih tugas abang iparnya untuk menghantar kakaknya ke klinik.
 “ Wei, slow ler sikit. Kecut anak buah kau ni nanti. Ishh..kau ni “ Zura membebel
Ahmad tergelak. “ Haha..ape la kau kak. Kandungan kau tu baru dua minggu. Tengkorak pon belum timbul lagi ler. Kau ni mengelabah sangat “
Zura menjeling. Baru tahun lepas dia kahwin. Rezeki dia dan suami murah. Dia disahkan hamil anak yang sulung. Sebab itu dia sentiasa berhati-hati menjaga kandungannya. Maklumlah belum ada pengalaman mengandung.
“ Aku kan baru pertama kali pregnent. Mestilah nervous len macam sikit. Kau apa tahu. Kau tu lelaki.  Tau buat anak jer… “ bebel kakaknya tidak mahu mengalah.
Ahmad senyum sinis. “ Eh kau ni kak. Suami kau tu bukan laki ker?. Bukan men sedap lagi kau kutuk orang lelaki.. ”  tempelaknya.
Zura ketap bibr tahan marah. Sejak kecil hingga dewasa ada sahaja topik yang boleh buat mereka bercakaran. Itulah sikap kebudak-budakan yang adik-beradik itu tidak dapat kikis.
“  Aku tuju kat kau ler, ngok. Bukan laki aku. “ Zura mencebik.
Ahmad ketawa.
Zura pandang dengan pandangan pelik.
“ Kau pehal ni? “
Ahmad bersuara setelah menghabiskan sisa-sisa tawanya yang terakhir. “ Aku bukan per. Kelakar tengok perangai kau ni. Nak jadi mak orang pon garang kau tak pernah nak surut. Still macam dulu gak. Hai, kesian bakal anak buah aku tu kak. Kurus-kering lah dia kena makan dengan kau, kak “
Zura ketap bibir. Geram dengan adiknya itu. Ada sahaja modal Ahmad menyakat dirinya. Mereka memang tidak pernah berubah. Sejak kecil hingga dewasa pun masih bertekak..
“ Ala paksu dia pon apa kurangnya. lebih sudu dari kuah lak tu. suka cari gaduh dengan ibu dia “ Zura mencebir lidah.
Ahmad ketawa riang.
Tiba-tiba Zura teringat sesuatu. Dia kembali serius. Suaranya perlahan. “ Ermm..aku dengar Eira ada datang kat pameran kau ri tu…” ujarnya.
Kata-kata Zurin Zawahir, sepupunya menambahkan lagi rasa simpati wanita itu terhadap adiknya. Dia tidak dapat datang semasa pameran itu berlangsung kerana dia mengalami alahan yang teruk. Namun, apa yang didengarinya dari sepupunya itu sudah cukup mengambarkan kesedihan Ahmad. Adik lelakinya itu punyai hati yang sangat keras. Sehingga ke hari ini dia tidak pernah mencari pengganti Eira. Kehadiran gadis itu suatu masa dahulu telah menjadikan adiknya berubah kepada yang lebih baik. Eira satu-satu gadis yang memberi sinar baru dalam hidup Ahmad. Gadis yang sama juga mematahkan hati lelaki itu.
Ahmad menjadi muram. “ Betul lah tu..”
Tumpah rasa simpati terhadap adik lelakinya itu. “ Ermm..kau tak nak cari pengganti? “ soalnya dalam nada perlahan.
Ahmad tidak menjawab soalan yang menikam jantungnya itu. Dia fokus memandu.
Hilang moodnya jika topik itu yang diutarakan.
Zura menoleh Ahmad. Hanya sisi lelaki itu yang kelihatan. Dia memandang ke hadapan pula. Kesian kau dik….












Bab 32
Ahmad terperap di bilik sewanya sejak pulang dari menghantar kakaknya pagi tadi. Kejap dia mundar-mandir. Kejap dia duduk. Sesekali dia berdiri. Kejadian pagi tadi menggangu emosinya. Dia tidak dapat meneruskan kerjanya. Ideanya untuk melukis hilang gara-gara pertemuannya dengan seseorang tanpa diundang.
Ahmad mundar-mandir lagi.
Dia pasti. Wajah seseorang yang dilihatnya itu memang mirip dengan Farizi, suami Eira. Tidak mungkin dia salah pandang. Suara, gaya percakapannya dan susuk tubuhnya amat seiras dengan Farizi.
Ahmad gelisah. Hatinya tiba-tiba panas. Berbahang.
Kalau benar orang yang dia nampak di klinik itu memang Farizi, dia harus bertindak. Tidak tergamak dia biarkan lelaki itu menyakiti hati insan yang amat dicintainya itu. Lelaki itu sedang menemani seorang wanita yang berbadan dua. Pasangan itu cukup mesra. Lelaki itu tidak lekang memeluk gadis di sebelahnya. Apakah Farizi berlaku curang teerhadap Eira?. Mungkin juga lelaki itu telah berkahwin lain tanpa pengetahuan Eira.
Hati Ahmad makin terbakar. Dia tidak akan biarkan Farizi hidup dalam kepura-puraannyua. Dia harus bertanggungjawab melepaskan Eira ke tangan lelaki tak guna itu. Dia harus melakukan sesuatu demi Eira.

Arghhhh…..

Kedua-dua tangannya merentap ubun kepalanya dengan kasar. Dia genggam penumbuk. Kemudian, dia hentak dinding mengikut amarahnya.

Saya tak akan biarkan awak disakiti Eira. Saya akan ajar orang yang lukakan hati awak. Dia rampas awak dari saya. Lepas tu, dia mahu hancurkan hidup awak. Tidak..selagi Ahmad Muhammad masih bernafas, dia tak izinkan sesiapa pun sakiti Eira Nursyazzira!!!!!!



Bab 33
Hari minggu selalunya hari yang cukup bermakna buat Eira. Rumah banglo yang suram itu akan kembali ceria. Dato’ Herman selalunya akan berehat di rumah kalau hujung minggu begini. Office lelaki separuh abad itu akan tutup pada hari itu. Peluang untuk Eira dan Farizi merehatkan minda dari kesibukan di pelabat. Mereka membantu Dato’ Herman di syarikat.  Dato’ Herman merupakan ahli perniagaan yang tertumpu kepada projek perumahan dan hartanah. Kehadiran Eira dan Farizi semakin meringankan bebannya. Perniagaannya juga semakin dikenali ramai.
Biarpun kejadian hitam lalu sentiasa menjadi mimpi ngeri buat seisi rumah itu, namun dia tetap bersyukur. Takdir menyelamatkannya dari hidup bersama Farid, lelaki yang kejam itu. Puan Emelda, ibu Eira selamat dari kejadian malang itu. Zeti pula disahkan meninggal dunia ketika perjalanan ke hospital. Farid mendapat hukuman yang setimpal dengan kekejaman yang dilakukannya. Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Ingatan Eira pada Zeti tetap utuh hingga ke hari ini. Gara-gara tindakan murni Zeti menolongnya, dia masih hidup. Hanya Qasidah pengganti kerinduannya terhadap arwah. Dato’ Herman dan Farizi amat mengasihi Qasidah. Kerinduan mereka terhadap Zeti terubat jua dengan kehadiran kanak-kanak perempuan itu.
Eira tidak tahu kenapa hatinya berdebar-debar. Apa sahaja yang dilakukan pagi ini jadi serba tidak kena. Masa bancuh air milo, dia lupa bubuh susu. Wajah masing-masing kelat dek kerana air yang tawar itu. Nasi goreng pula terlebih garam.
Abang Farizi sentiasa mengusiknya. Mengatakan dia ingin kahwin. Masing-masing gemar menyakatnya.
Sebenarnya fikirannya tidak menentu. Pertemuan dengan Ahmad kembali membuatkan hatinya tidak tenteram. Dia amat merindui lelaki itu. Kadang-kala hatinya hancur saat memikirkan lelaki itu mencintai insan lain.
Ting..tongg…
Bunyi loceng di luar pagar mengembalikannya dari lamunan. Dato’ Herman sedang leka melayan telatah cucunya. Farizi dan isterinya sedang duduk berdua-duannya di taman perkarangan luar kawasan banglo itu. Agak jauh dari pintu pagar rumah.
Eira segera menekan punat alat kawalan jauh. Dia meninjau dari arah tingkap. Sebuah kereta di parking di luar pagar itu. Susuk tubuh lelaki sedang memasuki perkarangan rumah.

Eira cuba membesarkan anak matanya. Jantungnya berdegup dengan pantas.

Hah….

Wajah lelaki itu pada mulanya masam mencuka. Dia berbual dengan abang Farizi.
Hati Eira berdebar-debar.
Dia intip ke sebelah kiri tingkap pula Kawasan taman itu tidak jauh dari tirai yang berdekatan dengan Eira. Eira berdiri di tepi tingkap. Mengintai kumpulan yang sedang duduk di pangkin kawasan taman itu.
Wajah tegang lelaki itu tiba-tiba berubah. Abang Farizi dan lelaki itu ketawa. Entah apa yang melucukan mereka.
Tiba-tiba Eira teringat sesuatu. Matanya buntang.

            Ahmad ada dengan……Abang Farizi dan Kak Aju.. !!!

            Eira tergamam.

Habis aku. Kantoi… hati kecilnya berbisik. Debaran kian kencang.











Bab 34
Welcome back Ad..!!!! hahahaha….

Ahmad dari tadi tersenyum lebar. Semangat yang suatu ketika dahulu terbang melayang dek kerana kecewa kini bagai kembali bertiup di sangkar hati. Dia tidak menyangka sama sekali tuduhannya terhadap Farizi, membawanya pada jawapan yang tidak pernah terlintas di benak Ahmad. Wajahnya berseri-seri.

Ya Allah..sesungguhnya kau maha adil….Hati Ahmad berbisik kesyukuran. Dia masih menatap wajah yang amat dirinduinya itu.

Eira yang duduk di pangkin berhampiran kawasan taman itu, tidak senang duduk. Renungan Ahmad benar-benar menggugat ketenangan hati gadis itu. Senyuman lelaki itu juga mencuri tumpuannya. Apakah lelaki itu telah mengetahui kebenarannya?. Eira mengeluh di dalam hati. Biarpun seribu kebenaran dilontarkan ke gegendang telinga Ahmad, semua itu tetap tidak mengubah apa-apa. Ahmad milik orang lain. Dia tidak mahu menghancurkan hati wanita lain demi mencapai kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Dia juga wanita. Hanya wanita yang memahami perasaan wanita.
“ Awak tak nak cakap apa-apa? “ dalam senyuman mesra, lelaki itu mengajukan soalan. Berharap gadis itu berterus-terang. Sebenarnya dia sudah mengetahui segala-galanya yang pernah terjadi dahulu.
Nun di tirai tingkap tepi banglo itu tersembul beberapa kepala. Masing-masing tertunduk-tunduk mengintip tingkah-laku pasangan kekasih itu. Senyuman tidak lekang di bibir masing-masing.
Eira gumam.
“ Pandai awak berlakon “ sindir lelaki itu dalam senyuman.
Eira cuak. “ Apa lagi saya nak terangkan. Semuanya awak dah tahu kan..”
Ahmad tergelak kecil. “ Ada lagi saya nak tahu”
Eira kerut kening.
“ Kenapa awak tak nak cakap tine kat pameran tu?. Awak tak pernah berkahwin.  Tahu tak banyak masa kita terbuang tau. Dulu 3 tahun. Campur sekarang masuk 3 bulan. Awak tahu tak saya terseksa dalam jangka masa tu “ suara lelaki itu kembali serius.
Sayu hati Eira dengan butir bicara lelaki itu.
“ Awak..terima lah suratan takdir. Cinta kita tak kan bersatu “ lemah suara Eira.
Ahmad geleng kepala. “ Saya tak akan lepaskan awak. Ini peluang kedua saya selepas gagal untuk peluang yang pertama dulu.” Ahmad menghampiri gsdis itu.
Dia melutut sambil menggengam erat jari-jemari tangan gadis itu.
Eira terpana.
“ Sudikah awak menjadi suri dalam hidup saya. Menemani saya di kala susah dan senang. Sudikah awak berkahwin dengan saya? “
Suara lembut itu menusuk kalbu. Terleka Eira seketika.. “ Saya sudi..” tiba-tiba secara tidak sengaja jawapan itu terpacul keluar.
Ahmad tersenyum lebar. Dia mencium telapak tangan Eira.

Eira sedar dari khayalannya. Ohhhh noo….

No..kita tak boleh kawen!! ” suara cemas Eira mengejutkan Ahmad yang sedang leka melepaskan kerinduannya terhadap gadis itu.
Ahmad tersentak.
Eira menarik tangannya. Dia bingkas berdiri.
Ahmad juga menuruti langkah gadis itu.
Empat pasang mata bertemu.
“ Apa lagi ni sayang..” senyuman Ahmad mesra.
Eira memandang kearah lain. Dia menahan airmata dari menitis. “ Awak nak hancurkan hati dia. Hati insan yang mencintai awak demi untuk kepentingan kita. Dia akan terluka Am..” tegasnya.
Kening Ahmad berkerut. “ Dia? Dia mana pula ni, sayang? “
Eira ketap bibir. Geram kerana lelaki itu memanggilnya sayang. Tergugat kekuatannya untuk melepaskan lelaki itu kepangkuan gadis lain.
“ Kekasih awak ”
Ahmad tergelak kecil. “ Awak ni kan. selalu macam tu. Suka salah faham. Ha.. ni kekasih mana pula yang awak nampak ada dengan saya?. Setahu saya kekasih saya hanya  Eira Syazzira. Dari dulu, sekarang dan selamanya..” bibir itu manis berbicara. Ahmad Menghadiahkan renungan menggoda.
Eira tercenggang.
Senyuman lelaki itu kian melebar.
“ Kenapa awak tak cakap masa kat pameran tu? “ suara itu separuh merajuk.
Ahmad gelak kecil. “ Lorh mana saya tau. Tak kan saya nak cakap kat awak. Hai Eira, saya masih solo. Sedangkan masa tu hati saya ni sakit tau bila nampak awak dengan anak awak. Eh bukan. Anak arwah Zeti..” Dia teringat kata-kata Farizi. Qasidah adalah anak arwah Zeti.
Eira tidak puas hati dengan jawapan itu. “ Siapa perempuan cantik hari tu? “
Ahmad berfikir sejenak. Tiba-tiba dia gelak. “ Dia sepupu saya lah. Zurin Zawahir..” balasnya dalam sisa-sisa tawanya.
Pipi Eira merona kemerahan. Dia tertunduk saat renungan lelaki itu tidak henti-henti memandangnya.
Ha tengok,  kan da malu. Lain kali tanya dulu tau Hahaha…”
Eira ketap bibir.
“ Awak cemburu yer? ” usik Ahmad sambil kenyit mata.
Makin merah muka gadis itu. Dia menjeling manja.

Kumpulan yang dari tadi mengintai di tirai tingkap ketawa riang.




Bab 35
Majlis perkahwinan di antara Eira dan Ahmad semakin meriah dengan kehadiran beberapa rakan sekolah mereka. Ada juga guru-guru yang pernah mengajar mereka, turut hadir bagi meraikan majlis itu. Razlan dengan pasangannya Fatin Najwa. Bob pula dengan bakal isterinya. Mereka dijangka akan berkahwin pada tahun hadapan.
“ Nampak gayanya lan, Ad ni langkah bendul dari aku. Aku yang beria-ria jemput korang datang majlis aku tahun depan tiba-tiba dia pula yang naik pelamin. Hahaha..”
Gurauan Bob diiringi hilai tawa Razlan dan Fatin Najwa.
Eira tersipu-sipu malu.
Ahmad senyum simpul. Dia memeluk pinggang isterinya.
“ Bagi ler aku peluang. Korang berdua tu baru jer bercinta. Aku dan Eira sejak sekolah lagi tau. Lagipun, aku tak nak lagi tunggu lama-lama. Bahaya tu..”
Gurauan Ahmad memecah tawa mereka semua lagi.
“ Lekas-lekas buat anak yer “ usik Bob sambil kenyit mata.
Ahmad ketawa riang. Eira mencubit pinggang lelaki itu.
Ahmad berhenti ketawa. Dia menguatkan lagi pelukannya terhadap isteri yang dicintainya itu.
“ Ish kau Ni Bob. Eira dah malu tu… tapi tul gak…aku pun tak sabar nak tunggu anak Ad. Harap luaran dan dalaman ikut mak dia kalau ayah, huiii habislah. Ada lak generasi anak jin yang kedua..” seloroh Razlan disambut hilai tawa orang yang mengelilingi pasangan pengantin itu
“ Tak sayang mulut lar tu “ sinis Ahmad.
Merah padam muka Eira kala isu cahayamata dibuat gurauan mereka.





Bab 36
Aku tak tahu nak cakap per. Apa yang aku nak cakap. Cinta itu sentiasa ada kalau kita yakin dan percaya. Nampak gayanya….impian aku yang tergendala dulu dah boleh sambung balik. Apa lagi….hehehe…aku nak anak setiap setahun kembar jer memanjang. Tak payah ler isteri aku dok beranak banyak kali. Kesian aku tengok nanti. Haish…belum apa-apa aku dah berangan. Tapi kan aku cemburu kat sorang ni. Geram pon ada gak. Nak luku kepala dia tak boleh. Aku sayang pula kat dia. Sebab mata comel dia tu memang pandai lunturkan marah aku ni. Huh…tapi…. tak kan time-time cam ni dia nak wat gimik. Adoiii….

“ Nak titur..anan mama..” rengekkan kecil Qasidah menjadikan Ahmad geram.

Inilah problem nyer….haiya…

“ Qasih tido dengan mama ju yer malam ni.
            Kanak-kanak itu tetap berdegil. Dia meraung pula.
            Eira gelisah. Dipandangnya Ahmad. Wajah lelaki itu seperti dalam keadaan tertekan. Wajah manis itu seperti dibuat-buat.
            “ Ishh, tak boleh Qasih. Malam ni papa Izzi dengan mama ju tido dengan Qasih yer.
            Tangisan Qasidah makin kuat.
            “ O.k. jom..” Eira mendukung Qasidah. Tidak sampai hati pula dia melihat tangisan kanak-kanak itu. Eira merenung Ahmad minta simpati.
            Ahmad mengikut Eira memasuki ruang kamar mereka.
            Sebelum pergi, abang Farizi sempat berpesan akan bawa Qasih tidur di biliknya setelah kanak-kanak itu terlelap.

            Apa nak buat…nasib badan. Aku ada pesaing. Qasidah. Kekuatan Qasih memang boleh kalahkan aku. Dia merengek-rengek, isteri aku cepat jer layan. Kalau aku merengek-renggek macam dia…confirm aku kena cubit dengan isteri aku. Ngeeee..(tengah frust).  Apa –apa pun aku tetap anggap Qasidah macam anak aku. Agaknya manja Qasidah ni akan hilang kalau dapat adik tak??, Hahahaha…..Inilah kisah aku.  Lagenda anak jin…..huhuhuhu…..   - Tamat-
           

Post a Comment