Novel Angan-angan Cinta 1


.

Angan-angan cinta
Bab 1
“Tuan puteri Nur Aina Batrisya. Hidangan santapan tengah hari sudah siap.  Silakan makan tuan puteri”
Puteri  Nur Aina Batrisya sedang beradu di kamar tidur yang dilimpahi berlian. Intan. Permata. Kawasan itu penuh kilauan. Sungguh indah. Dia bingkas bangun dari peraduaannya.  Hidangan makanan yang disediakan dayang istana itu menarik tumpuannya. Dia tersenyum lebar.
Nafsu makan puteri muda itu naik secara mendadak. Kecut perutnya  hingga meleleh airliur. Dia kesat air yang keluar itu dengan jari-jemarinya. Ayam panggang, daging masak merah, ikan bakar, buah-buahan.

Wah…..  

berputar-putar matanya seketika melihat juadah itu. Dia ketawa. Bangga benar dengan segala kemewahan yang ada di hadapan mata. Matanya bersinar dengan kilauan barang-barang kemas yang mengaburi pandangan matanya.

Hahahahahaha….hahahahahaha….. ( ketawa berpanjangan sambil pandang sekeliling)

Kelepuk….

Nur Aina buka mata.  Adoi….

Dia pandang sekeliling. Mana menghilangnya hidangan yang lazat itu tadi?. Ke mana pula perginya istana yang berkilauan miliknya?. Dayang?. Ke mana semua pergi?.  Dia terpingga-pingga ketika melihat kawasan sekeliling.
“Kau ni kena sampuk ke long?. Gelak macam orang sewel. Ish… berangan jer yang kau tau.  Sakit-sakit pun, sempat lagi berangan. Apa nak jadi dengan anak aku yang sorang ni..” bebel Puan Aishah. Tapak tangan kanannya menepuk kuat bahu  anak gadisnya yang sedang berbaring di atas kerusi panjang di ruang tamu.

Kahkahkah…  

Aina jelling pada Ikram dan Iman.

Aku luku gak pale kembar dua ekor ni. Huh…. Nur Aina ketap bibir.

Mereka kacip mulut. Namun bahu, dada dan perut adik-beradik kembar itu, bergoncangan menahan tawa.
 Biarpun Puan Aisyah cepat angin, hatinya lembut. Garangnya bertempat. Ketegasannya terhadap anak gadisnya itu lebih ketara kerana Nur Aina seorang gadis yang luar dari kebiasaannya. perwatakan Nur Aina agak kasar. Kurang sikit kasar dari tomboy. Puan Aisyah tahu kenapa Nur Aina jadi begitu. Dia benci dengan lelaki. Kebencian itu timbul sejak bekas suaminya menceraikannya. Bekas suaminya itu meninggalkan Puan Aisyah hanya kerana salah faham yang berlaku. Lelaki itu sanggup meninggalkannya tanpa rasa bersalah. Terumbang-ambing juga kehidupan Puan Aisyah ketika ditingalkan suami. Selama ini bekas suaminya itu yang menyara hidupnya dan anak-anak. Dia merangkak dengan kepayahan demi menyara anak-anaknya yang masih kecil. Berkat usahanya, dia membuat pinjaman buat modal perniagaan runcitnya.  Dari situlah punca rezekinya. Dia membuka perniagaan runcitnya secara kecil-kecilan di kawasan pekan yang tidak jauh dari rumah mereka. Bekas suaminya hilang tanpa khabar berita Puan Aisyah diceraikan dengan talak satu ketika umur Nur Aina baru 7 tahun. Api kebencian anak perempuannya itu  semakin menjadi-jadi setelah meningkat dewasa.
Bibirnya sedikit muncung. “ Orang mimpi ler mak. Bukan berangan. Huhuhu. ” omel gadis itu. Nur Aina anak sulung dari  tiga adik-beradik. Ikram dan Iman kembar seiras.  Hubungan mereka sangat akrab. Bergaduh dan bergurau adalah rutin mereka bertiga. Jarak usia antara  Nur Aina dengan adik-beradik kembarnya itu lebih kurang 4 tahun. Namun, perangai Nur Aina seperti kebudak-budakan. Biarpun kehidupan mereka tidak semewah mana, dia tetap bahagia.
“Biasalah mak. Orang kuat berangan. Nak jadi puteri raja..” cebik Ikram.
Nur Aina baling bantal kecil yang menghiasi kerusi panjang di rumahnya.
Ikram sempat mengelak.
Iman pula mengekek-ngekek ketawa.
“Kau ni memang nak kena. Rindu cubitan maut kaklong ke?” Nur Aina ketap bibir.
Iman menyampuk “Ala  kalau kiteorang tak minta pun still dapat jugak”  Iman senyum sumbing.
Belum sempat Nur Aina menerjah adik-adiknya, suara sang ibu merencatkan rencana gadis itu.
Korang semua ni macam anjing dengan kucing. Ada saja modal nak bertekak”  bebel Puan Aisyah lagi.
Ikram Dan Iman tersengih-sengih.
Nur Aina menjeling kedua-dua adiknya itu.
“Kaki kau sakit lagi long?” soal ibunya.
Nur Aina kembali tenang. Lupa dengan ketegangan yang berlaku. “Ok mak. Bengkak pun dah susut. Cuma nak jalan terhinjut-hinjut sikit. Dua tiga hari nanti, elok lah mak”  lembut tutur kata gadis itu.
Puan Aisyah menarik nafas lega. Bimbang juga hati kecilnya kalau keadaan anaknya itu melarat. Tak berasap pula dapur mereka kalau kedai tidak dibuka. Nur Aina memang anak yang baik. Anak gadisnya itu mengambil alih menguruskan kedai sejak tamat persekolahan tingkatan 5 lagi. Nur Aina berkeras tidak mahu melanjutkan pelajaran biarpun result SPM anak gadisnya itu masih melayakkannya menyambung di peringkat yang lebih tinggi. Nur Aina mahu berkorban demi adik-adiknya. Mahu beri laluan kepada mereka. Kebelakangan ini Puan Aisyah sering sakit-sakit badan. Kehadiran Nur Aina sangat membantu dirinya. Selama dia berehat di rumah, anak gadisnya itu yang akan berniaga menggantikannya. Ikram dan Iman ada juga membantu kakaknya di hujung minggu atau semasa cuti persekolahan. Puan Aisyah bimbang juga dengan keselamatan anak gadisnya itu jika tiada sesiapa yang menemaninya. Namun apa dayanya. Hanya kedai runcit itu satu-satunya punca rezeki mereka.
“Kaklong tak akan  maafkan orang sombong tu mak. Huh..geram sangat” gadis itu ketap bibir.
“Dia tak sengaja long. Kau tu yang cuai sangat. Melintas tak pandang kiri kanan. Melulu terus. Nasib baik dia sempat break. Kalau tak. teruk kau dilanggarnya”
Nur Aina menahan geram.  Gara-gara seorang lelaki kedainya terpaksa tutup. Ikram dan Iman tidak dapat bantu. Mereka sibuk dengan kelas tambahan dan aktiviti sekolah.  Dia terpaksa juga menutup kedainya itu buat sementara waktu. Dia tidak akan sakit hati kalau lelaki yang hampir melanggarnya itu berbuat baik. Ini sebaliknya. Sudahlah tidak mahu minta maaf. Lelaki itu mengeluarkan kata-kata yang agak pedih juga. Lelaki itu meninggalkan Nur Aina tanpa cuba membantu. Kakinya bengkak akibat terhempap di atas permukaan jalan raya ketika cuba mengelak kereta di hadapannya. Boleh jadi terseliuh. Lelaki itu membiarkannya terduduk di atas jalan raya tanpa cuba memapahnya berdiri. Sombong. Bongkak. Nur Aina geram sangat dengan lelaki itu. Mujur ada Kak Leha. Wanita itu berniaga di kedai sebelahnya. Menjual produk kesihatan dan kecantikan.
“Kaklong mesti tengah berangan time nak melintas jalan tu mak” Iman sengaja mengusik.
“Mula lah tu nak cari pasal”  tempelak Nur Aina.
Ikram dan Iman gelak kecil.
“Haha…agaknya abang tu kacak macam putera raja kot. Sebab tulah kaklong tak dapat nak fokus” Ikram bersuara dalam kelucuan.
Nur Aina mengecilkan anak matanya. Geram dengan Ikram dan Iman.
Huh..sorry sikit. Macamlah hensem sangat mamat poyo tu. aku tak hingin pon nak pandang. Beruk lagi lawa dari muka badak sumbu kerek tu.. Nur Aina menyumpah dalam hati.
Susuk tubuh seorang lelaki berlegar di kantung mindanya. Badan lelaki itu agak tegap. Mungkin selalu pergi gim. Kulit badan lelaki itu putih. Kalah darinya. Nur Aina tak peduli semua itu. Kalau rupa paras seseorang itu sangat menawan tapi tidak bermakna juga kalau hatinya busuk. Dia tidak suka memandang luaran. Hati lebih mencerminkan segala-galanya. Kalau peribadi hati sangat baik maka luarannya juga akan dipandang elok.
Ha tu dok berangan kat abe lah tu. Hahaha”  dekahan tawa Ikram mematikan lamunan Nur Aina.
Merah padam mukanya.
“Opsss…baik kau diam bang. Nampak gayanya larva gunung berapi dah nak meletus,  apa lagi cau ar…” Iman tumpang sekaki menyakat kakaknya. Dia berlari keluar dari rumah.
Ikram berlari mengejar Iman.
Nur Aina tidak sempat mengejar kedua-dua adiknya yang berlari tak ubah seperti lipas kudung. Lagipun kakinya tidak mengizinkan dia berbuat demikian.
Dari muka pintu, kedengaran jeritan sang kakak. “ Balik nanti siap korang !!! ”
Iman dan Ikram berdekah-dekah ketawa.
Puan Aisyah geleng kepala dengan telatah anak-anaknya itu. Jauh di sudut hati, wanita itu sebak kerana mengenangkan nasib anak-anaknya yang kempunan kasih ayah. Bekas suaminya itu memang dasar lelaki yang tidak bertanggungjawab.
                                    ………………………..
“Sampai hati abang buat Sya dan anak-anak macam ni. Kenapa bang?. Kenapa abang berubah?. Mana perginya cinta abang pada Sya. Cinta dan kasih-sayang yang abang agung-agungkan dulu. Ke mana terbangnya. Abang janji tak akan tinggalkan Aisyah” tangisan Puan Aisyah kian mara.
Lelaki itu menolak kasar tangan yang sedang memegang lututnya. “ Ahh.. Kau tipu aku. Baru aku tahu siapa kau yang sebenar. Perempuan sundal!” makinya.
Puan Aisyah teresak-esak menangis. Nun di satu sudut kanak-kanak perempuan sedang menangis melihat suasana tegang itu.
“Abang tolonglah dengar dulu apa yang Sya nak cakap. Abang tak tahu perkara yang sebenar” suara itu merintih hiba.
“Bidin dah ceritakan pada aku. Aku tak sangka kau sanggup curang. Kau layan jantan lain waktu aku tiada di rumah. Isteri jenis apa kau ni hah. Entah-entah anak-anak kau pun dari benih dia!” sergahan lelaki itu membuatkan Puan Aisyah terkedu. Dia melepaskan tangannya dari memeluk kaki lelaki itu.
“Abang!”  Puan Aisyah menjerit dalam tangisan.
Lelaki itu terus melulu keluar setelah menjatuhkan talak satu terhadap isterinya itu.
“Sampai hati abang. Sampai hati tak mengaku mereka ni anak abang. Sya benci abang. Sampai hati abang buat Sya macam ni” rintih sang ibu sambil memeluk anak perempuannya yang berlari mendakapnya.
Hati seorang ibu itu menggigit tangis. Rahsia yang disimpannya itu adalah duri yang mencalar luka di hati. Rahsia itu juga menyebabkan suami yang dicintai sanggup menceraikannya. Hancur-luluh hati wanita itu. Sebab itu sehingga kini dia tidak pernah mencari pengganti suami. Kebencian dan cintanya bersatu terhadap lelaki itu. Bidin adalah punca keretakan rumah tangganya. Lelaki itu juga yang menghancurkan hidupnya. Bidin, kawan baik suaminya pernah datang ke rumah dan merogolnya tanpa kerelaan tidak lama dahulu. Disebabkan dia melaporkan perkara itu kepada polis, Bidin mereka-reka cerita kepada bekas suaminya. Dia difitnah. Polis gagal mengesan jejak Bidin kerana berjaya melarikan diri.


Bab 2
Fariz Haiqal termenung di balkoni biliknya. Rumah banglo dua tingkat itu tersergam indah di kawasan yang dikelililingi kehijauan alam. Dia leka dengan panorama yang indah mengaburi matanya. Fikirannya melayang. Hatinya masih berbelah-bagi. Mahu atau tak?. Soalan itu sentiasa menujah benaknya. Dia buntu.
            “Papa tak paksa Riz. Tiga bulan lagi Mimi akan pulang ke Malaysia. Papa harap dia akan terus menetap di sini. Kamu tahu lah perangai adik kamu yang ramah tu. Jangan dibawanya mat saleh pulang sekali. Papa dan mama tak berkenan. Kalau boleh biar orang Malaysia jodoh Mimi. Mat saleh ni bukan boleh percaya sangat. Silap haribulan Mimi dilarikannya ke luar negara”
            Suara itu berkumandang di halwa telinga. Fariz mengeluh.
            Kedua-dua orang tua itu berharap sangat agar dia menyunting Mimi sebagai isteri yang sah. Tiada cacat cela pada gadis yang putih gebu itu. Malah Mimi punyai kecantikan yang tiada tolok bandingannya. Dia tahu adik angkatnya itu tidak pernah melayannya seperti seorang abang. Sejak dia menghuni rumah keluarga angkatnya itu, layanan Mimi terhadapnya tidak ubah seperti seorang kawan. Dia tahu Mimi juga meyimpan rasa terhadapnya. Tidak mustahil juga cadangan papa dan mama akan mengembirakan hati gadis itu.
            Dia anak yatim piatu. Kesemua ahli keluarganya meninggal dunia dalam satu nahas jalan raya.  Kejadian itu masih segar di kotak ingatan. Waktu itu umurnya baru mencecah 12 tahun. Wajah abah, ibu, kakak dan abang jelas terpampang di kamar kenangan. Sejak itu dia kehilangan segala-galanya. Dia lupa pada senyuman bahagia. Alunan tawa kian hilang dalam diari perjalanannya. Dia juga tidak ingat bilakah hari terakhir dia ketawa dengan riang. Apa yang dia tahu wajah bengisnya sentiasa menghiasi peribadi luaran. Dia terhutang budi dengan keluarga ini. Mereka  memberinya sebuah penghidupan semula. Sejak itu lahirlah Fariz Haiqal yang baru. Seorang insan yang tidak mengenal eri kasih-sayang di hati. Masakan dia dapat memperisterikan Mimi, sedangkan dia langsung tiada perasaan cinta mahupun sayang. Apa yang terlintas hanya budi yang telah dihulurkan keluarga ini. Hanya itu yang menjadi penghalang untuk dia membuat keputusan. Seolah-olah takdir menyebelahi keluarga itu. Sedangkan dia seperti tunggul yang berhati batu. Seorang insan yang tenggelam dalam kekerasan hati tanpa dibaluti inti kasih sayang dan cinta kepada sang hawa.
Tiba-tiba bayangan seorang gadis melintas di kotak khayalannya.
            Pinnnnnnnnnnnnnnn……….
“Lain kali kalau nak mati awal, pergi terjun bangunan. Kau boleh mati kat situ. Jangan nak babitkan nyawa orang lain sekali. Nyawa aku pun hampir melayang”
Sergahannya itu memeranjatkan gadis yang terpingga-pingga memandangnya. Dia tahu gadis itu cedera. Ada juga niat mahu menolong gadis itu. Namun, terbantut dengan kekejaman hati batunya. Renungan sayu gadis di hadapannya itu seperti menggambarkan sesuatu. Sesuatu perasaan yang telah mrnceroboh benteng pertahanan hatinya yang dingin seperti ais. Siapakah gerangan gadis yang berjaya menerbitkan rasa kesal di hati lelaki itu?.
                                                ………………………………………
“Dah sembuh ke ni ?” sapaan lembut kak Leha memecah dingin pagi.
Nur Aina menoleh ke arah wanita yang berumur dalam likungan 30-an itu. Wajah wanita itu sentiasa manis. Tidak lokek dengan senyuman. Tangan kanannya masih tetap memegang serangkai kunci yang melekat di pintu luar  yang menutupi kedainya.
“Aina sihat walafiat kak. Tengok ni. Makin kembang.” Nur Aina berseloroh sambil menunjuk ke susuk tubuhnya. Tubuh itu tidak gemuk. Tidak pula terlalu kurus. Dalam ketegori sihat dan mencapai BMI yang normal.
Seloroh Nur Aina mengundang kelucuan pada kak Leha.
“Alhamdulillah. Hilang sunyi akak. Kawan gossip da mai” gelak kak Leha.
Nur Aina ketawa kecil. “Aina hilang tak sampai pun seminggu kak. Baru tiga hari. Rindu kat Aina ek”
Kak Leha mencebik. “Perasan. Akak rindu nak buat ketupat dengan Aina aje. Tak rindu pun kat tuannya”
“Eleh malu-malu kucing kakakku yang sorang ni. Kalau rindu cakap jer kak. Aina tahu. Aina kan adik kesayangan akak” Aina mencebir.
Kak Leha senyum. “Yelah intan payungku Aina. Kalau Aina tak ada. Sunyi tempat ni. Maklumlah bunga tak ada melingkari taman di sini”
Aina semakin galak mengusik. “Bukan bunga lah kak”
Kak Leha kerut kening. “Habih tu tak kan kumbang kot. Awak tu biaq pon kasaq tapi tetap anak dara sunti tau”  katanya dengan menyelitkan bahasa ibundanya.
“Tuan puteri ler kak” spontan saja Nur Aina membalas. Dia menahan kelucuan tika wajah Kak Leha merah padam. Geram agaknya.
“Hang ni Aina tak habih2 berangan. Kalau dah tuan puteri, mana bakal putera. Hang tu dah masuk 20 tahun. Kata orang dah layak berumahtangga. Market masih laris. Hang petik jari saja berduyun-duyun bakal putera hang mai isi borang tau. Jangan tunggu lama sangat. Kalau saham dah jatuh merudum, susah nak dapat laki nanti”  panjang lebar kak Leha berbicara.
Nur Aina gelak kecil.
“Apa yang akak melalut sampai masuk bab kawen ni. Amboi, akak teringin nak pasang dua ek. Jangan kak, kesian abang Man. Menangis airmata darah dia nanti. Jangan tinggalkan laki akak tu” usiknya.
Berubah riak wajah wanita itu.
Kedai ternganga luas. Sambil berbual Nur Aina menyusun atur barang-barang di kedai runcitnya.
Eh budak bertuah ni, kita dok piki kan dia. Dia pula kenakan kita”
Nur Aina ketawa riang.
“Aina gurau ler. Ala dah lama tak gurauan berkasih dengan akak. Macam tak biasa lak akak ni
Kak Leha geleng kepala. Bibirnya mengherot. “ Dah terlebih biasa. Akak dah paham sangat dengan perangai awak ni Aina. Tak pernah nak ambil serius kalau bab kawen. Ada saja jawapannya”
Aina membalas kata-kata kak Leha dengan senyuman yang meleret. Siap mengemas. Dia ambil penyapu pula. Dia membersihkan keliling kedainya yang agak berhabuk itu. Tiga hari sudah cukup buat sang hama dan habuk menyelinap masuk di lantai dan kawasan kedainya. Bulu ayam pula digunakan membuang habuk yang melekat di celah-celah barang-barang yang memenuhi ruang rak di kedai runcitnya itu.
Kak Leha berlalu pergi meninggalkan Nur Aina kerana ada seorang pelanggan wanita berhenti di ruang kedai miliknya.









Bab 3
“Dik bagi  topup maxis satu”  seorang pelanggan menujah masuk dan berdiri di depan meja kaunter pembayaran.
“Berapa?” soal Nur Aina.
“Sepuluh ringgit. Saya nak kad”
Nur Aina mengeluarkan satu longggokan kepingan kad yang diikat bersama getah sayur. Dia menyerahkan kepada pelanggannya itu. Dia memasukkan wang merah itu ke dalam laci kaunter bayaran yang terbuka luas setelah di key-in datanya.
Pelanggan itu meninggalkan Nur Aina sendirian.
“Excuse me. Kat sini ada jual topup?“
Nur Aina leka menulis cacatan jualannya di buku record kira-kira. Dia tidak menyedari sapaan suara garau itu.
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam”
Nur Aina mendongak kepalanya ke atas.
Empat pasang mata kaku seketika. Saling berbalas renungan.
Ish…dia!. Huh..Macam mana boleh sesat kat sini.
“Kau ni?” suara lelaki itu terhenti. Mungkin sedang berfikir sesuatu. Lama juga dia berkeadaan begitu.
Nur Aina menjeling tajam. “Tak kenal atau buat-buat lupa”  suara itu tegang. Meluat Nur Aina melihat raut wajah lelaki itu yang kebinggungan. Mahu saja dia tampar pipi lelaki itu sekuat hati. Meyampah.
“Oh kau rupanya. Ada jual topup tak?”  selamba sahaja mimik muka lelaki dihadapannya itu.
Nur Aina ketap bibir. Kalau dapat gigit kepala lelaki itu bagus juga. Hatinya sedang menggelegak pada suhu kepanasan yang agak melampau. Bila-bila masa api kepanasan itu akan dicurahkan keluar.
Kau boleh buat muka innocent tu kat aku. Banyak cantik muka kau. Hello…tak reti-reti nak minta maaf ke!!!

“Tak ada”  Nur Aina menahan getaran geram yang meledak.
Lelaki itu melangkah keluar dari kedai itu tanpa sepatah kata.
Orang pelik. Kau ni lahir dari planet mane hah !!!
“Kak, bagi saya celcom kad. Tiga puluh yer satu serbuan suara menyentap jantung Nur Aina.
Lelaki yang baru melangkah beberapa tapak berpusing kembali. Dia berdiri tegak sambil menyilangkan tangannya. Renungan tajam lelaki itu tidak diendahkan Nur Aina.

Werkkk..ingat aku takut.. Nur Aina mahu gelak. Hatinya sedang menahan ledakan tawa.

Nur Aina berlagak tenang.
Setelah urusan jual beli selesai. Dia pura-pura tidak menyedari sepasang mata sedang merenung tindak- tanduknya. Dia mencatat jumlah untung tadi di buku.
“Kenapa kau tipu aku?” sergahan lelaki itu menyebabkan pen yang dipegang Nur Aina terlepas dari genggaman. Terkejut dengan suara garau yang tinggi itu.
Nur Aina membalas renungan itu. Matanya tidak mahu mengalah berbalas panahan sinar bebola yang tidak berganjak dari meneliti wajahnya.
“Suka hati aku lah nak jual kat sesiapa pun” Nur Aina menempelak.
“Aku pun customer. Kau patut jual kat aku. Itu kan memang adat berniaga”  suara garau itu tidak mahu mengalah.
Nur Aina menjeling sekilas. “Aku tak suka jual pada orang yang perasan bagus macam kau. Aku rasa kau boleh pergi cari kat tempat lain. Kat sini orang macam kau… No Entry
Lelaki itu masih tidak mahu mengalah. Tercabar ego lelakinya dengan sikap keras kepala gadis di hadapannya itu.
“Aku tetap nak beli kat sini. Give me now!
“No”
“Yes”
“Kau tak faham bahasa ke beruk sarkas. Aku tak nak jual” Nur Aina masih mahu bertelagah.
“Kau panggil aku beruk sarkas. Wei minah senget. Bak sini”
“Aku tak nak”
“Aku nak” Lelaki itu sudah hampir ke meja kaunter.
“Kau ingat kau tu anak raja,  nak aku ikut cakap kau. Huh”  Nur Aina membentak.
Faris Haiqal ketap bibir.  Aku bom jugak tempat ni karang…
“Cik kepala batu, aku datang bukan nak cari gaduh. Aku cari topup. Apa kata kau bagi. Past ni aku tak akan kacau hidup kau”
“Apa ni main kepala-kepala. Kepala kau tu yang shot. Tak ada adab langsung. Dah langgar orang tak reti nak cakap maaf. Mahal sangat ke maaf tu pada kau. Kerek” selamba saja Nur Aina meluahkan rasa. Suaranya tinggi.
“Aku tak pernah jumpa minah senget macam kau ni. Kasar. Malang lah lelaki yang dapat kau ni. Macam singa” Lelaki itu menaikkan amarah Nur Aina.
“Kau ni.”
Belum sempat dia membidas kembali terjahan Faris Haiqal, suara seseorang mencelah di tengah kekusutan itu.
“Ya Allah. Kenapa korang berdua bertekak macam ada perang dunia ni. Apa sebenarnya yang berlaku?“ kak Leha segera mendapatkan mereka setelah suara-suara yang bising itu menyumbat masuk ke gegendang telinganya.
Nur Aina menjeling lelaki di hadapannya. kemudian matanya berlaga dengan mata kak Leha. “Akak tanya lah beruk sarkas ni”
“Siapa yang kau panggil beruk sarkas!!!” tinggi suara itu.
Nur Aina mencengkak pinggang. “Aku tak takut dengan kau lah. Beruk sarkas. Beruk sarkas” gadis itu sengaja menyakitkan hati lelaki itu. Padan muka kau. Terbalas gak dendam aku. Muahahaha….
“Kau ni memang minah senget. Skru kat kepala dah tercabut agaknya“
“Astagfirullahhalazim.” kak Leha geleng kepala. Matanya kejap berkalih pada Nur Aina. Kemudian ke lelaki itu.
“Muka kau tak hensem pun lah. Jangan berlagak sangat”
“Muka kau apa kurangnya. Lawa lagi nenek tua kat tepi jalan tu”  Faris Haiqal membalas serangan.
Nur Aina buntang mata. “Datuk tua yang kerepot tu lagi kacak dari kau. Muka dah ler macam beruk. Perangai pun tak ubah. Saling tak tumpah”
“Hei sudah. Sudah!” Jeritan kecil kak Leha menghentikan suara dua pasangan yang saling bercakaran itu.
Nur Aina mencebik.
Lelaki itu lantas meninggalkan mereka berdua. Pintu kereta proton perdana miliknya dihempas dengan kuat. Pintu itu tertutup. Bunyi deruan enjin kereta bagai memberi erti suhu kepanasan tuan empunya kereta melebihi kapasiti suhu enjin kereta itu.
Menggeledak tawa gadis itu.
Kak Leha kerut kening. Dia hampiri meja kaunter. “Siapa tu?. Kenapa korang gaduh?. bergegar kawasan ni dengan suara korang berdua tau. Akak ingat gempa bumi meletus kat kawasan ni bebel kak Leha.
Nur Aina tidak menjawab pertanyaan kak Leha. Dia masih leka dengan sisa tawanya.
“Kata orang dari benci  akan timbulnya sayang. Jaga-jaga Aina” sindir kak Leha. Geram juga melihat telatah anak muda itu.
Berubah airmuka gadis itu. Aku nak sayang mamat sewel tu?. Hahaha..jangan harap !!
                                    ……………………………………..
Fariz Haiqal tidak dapat tidur. Kantung matanya masih segar. Kenapa dia masih memikirkan gadis itu. Gadis yang telah merosakkan moodnya hari ini. Seumur hidupnya dia tidak pernah bertegang urat dengan wanita. Gadis itu benar-benar meragut kesabarannya. Agak terkejut juga saat mereka bersua muka dalam suasana yang tidak dirancang itu. Niat di hati ingin juga Faris Haiqal minta maaf. Entah kenapa dia boleh berubah kasar dengan gadis itu. Bagai magnet positif bertemu positif. Cas negatif bertemu negatif. Saling menolak





Bab 4
Nur Aina tersentak. Dia buka mata. Secara drastik tubuhnya ditegakkan. Dia duduk berteleku seketika. Laungan azan yang berkumandang mengamit kesunyian pagi yang dingin. Di luar embun pagi sedang memunculkan diri.
Raut wajahnya kelat. Mimpi yang dialami menguasai minda seketika. Geli. Lelaki yang dibencinya tiba-tiba mencuri masuk di alam khayalan. Paling menggerunkan mereka berdua bercinta. Lelaki itu menunggang kuda. Dia datang melamarnya. Mereka berbaik-baik.
Eiiiii…
Kepalanya menoleh ke kiri. Bibirnya membuat lekukan seperti ingin meludah. Cuma cecair itu tidak keluar. Dia membuat aksi itu sebanyak tiga kali . Kata orang kalau mimpi buruk kena lakukan seperti itu. Mengelakkan ia dari jadi kenyataan. Terbayang wajah bengis lelaki yang tidak pernah senyum itu di ruang mata. Nur Aina geleng kepala. Sekaligus seluruh tubuhnya geli-geleman.
Dia bingkas bangun. Tuala di pinggir sudut pintu dicapainya. Dia menuju ke arah bilik mandi. Bersiap-sedia untuk mengerjakan ibadah yang wajib. Kerinduan sang pencinta terhadap hambaNYA tidak pernah padam asalkan hati masih mahu membersihkan kotoran jiwa.
Usai solat dia bingkas keluar dari kamar tidur. Jam di dinding ruang tamu rumah menunjukkan pukul 6.30 pagi. Lampu di bilik bujang pula masih terpadam. Dia tahu Ikram dan Iman memang sekepala. Selepas solat pasti adik-beradik kembar itu akan terlelap semula. Menunggu mulut bisingnya mengejutkan mereka.
“Bangun!!” Nur Aina meninggi suara sambil tangannya mengetuk pintu bilik bujang. Bergegar juga pintu bilik itu.
Keadaan manusia di dalam bilik itu tetap seperti tadi. Suasana masih harmoni.
“Ikram. Iman.!!!!!” suara pekikan itu membingitkan ruang rumah. Ketukan itu berulang silih berganti dengan suara nyaring Nur Aina.
Terdengar suara malas dari dalam. Bunyi tapak kaki semakin kuat di pendengaran Nur Aina. Pintu terbuka. Ikram menuju ke katil semula.
“Kalau liat sangat simbah dengan air long. Berjenuh juga mak kejutkan diorang tadi” laungan suara sang ibu bergema dari arah dapur. Puan Aishah sedang menjerang air.
Nur Aina menyerbu masuk. Anak matanya tertumpu pada dua susuk tubuh yang masih bergelimpangan di atas katil berkembar itu. Geram dengan perangai adik-adiknya itu.
Bantal dicapai. Kedua-dua tangannya mengawal bantal. Berlakulah pergelutan di antara bantal dan tubuh dua anak bujang itu.
“Aduh..apa ni kaklong. Orang nak tidur. Kacau lah” Ikram mendengus malas. Badannya tersentak dengan pukulan kasar itu.
Nur Aina masih menyambung kekejamannya.
“Bangun. Tak puas lagi ke tidur. Pergi sekolah” suaranya masih kuat.
Iman bangkit. Menggeliat tubuhnya dengan kedua-dua tangan di angkat ke atas. Sesekali dia menguap.
“Man, cepat bangun. Mandi.. Kau ni pulak Iq, apa liat sangat nak bangun. Ada yang kena jirus air ni”  keras suara itu.
Yer Jap gi orang bangun. Man mandi dulu. Karang orang pulak”  Ikram bersuara malas. Matanya masih dipejamkan.
Iman sudah menyelinap masuk ke bilik mandi.
Nur Aina menghembus nafasnya agak kasar. “Tidur puas-puas adikku sayang. Sekarang dah pukul 7.15. Karang pukul 8 baru kau mandi yer” Nur Aina sengaja menakutkan Ikram.
“ Ha..”  mata Ikram spontan celik. Bergegas dia bangun.
Nur Aina memerhatikan gelagat Ikram. Kelam-kabut. Adiknya itu terkocoh-kocoh berlari ke arah pintu bilik mandi. Terdengar laungan Ikram menyuruh Iman menyudahkan mandiannya.
Nur Aina tekup mulut dengan tangan. Hahaha …
Dia sengaja menipu. Geram dengan Ikram. Adik-beradiknya itu memang susah nak dikejutkan dari tidur. Agaknya kalau gempa bumi pun mereka tak sedar. Apatah lagi bunyi bom yang meletus di dalam rumah. Tidur mati.
Nur Aina mengemas katil bujang yang seperti baru dilanda taufan. Berselerak. Beberapa bantal terdampar di bawah katil. Dia mencapai bantal-bantal itu. Setelah cadar katil dikemaskan. Dia menyusun pula bantal-bantal biar nampak kemas. Tingkap bilik tidur itu dibuka. Nur Aina menyelak sedikit langsir yang menutupi bilik dari cahaya luar. Biar udara segar dari luar menghuni ruang bilik tersebut. Selepas itu dia mengutip pula kesemua baju dan seluar yang tercampak di sana sini. Dia memang masak dengan perangai kembar dua orang itu. Tak pandai nak berkemas. Biarpun dia seorang kakak yang garang, namun dia tetap menolong mengemas kamar tidur mereka.
Dia menuju ke arah dapur sambil memeluk longgokan baju. Kemudian, dia menyatukan kesemua baju dalam mesin basuh.
“Susah betul nak kejut diorang mak. Makin besar,  liatnya menjadi-jadi“ bebel Nur Aina. Dia sedang menolong ibunya bancuh air. Puan Aishah pula menyendok nasi goreng lantas menghidangkannya di meja makan.
“Lelaki long. Tidur lambat. Entah apa yang seronok dengan bola tu, sanggup berjaga sampai ke pagi. Sudahnya, bangun pun lambat”  balas ibunya.
Nur Aina mengambil cawan. Selesai segala tugas di dapur, dia kembali menjengah kawasan bilik air. Di sebelah pintu bilik itu terletak mesin basuh. Dia memutarkan mesin itu pada kelajuan maksima. Matanya memandang sekilas pada Ikram. Ikram sedang setia mencangkung di depan pintu bilik air. Matanya terkatup rapat. Nur Aina geleng kepala. Lantas dia menepuk bahu Ikram.
“Omak kau “ latah adiknya. Ikram serta-merta celik mata. Badannya terumbing jatuh ke lantai.
 “Ish..kaklong ni. Tak boleh tengok orang senang sikit. Mula ar kacau” rungut Ikram. Dia berdiri. Segar matanya dengan sergahan kasar kakak sulungnya itu.
“Kau dah tak reti bezakan bilik air dengan bilik tidur ke Iq?” tinggi suaranya memarahi Ikram.
“Orang terlelap lah kaklong. Man kat dalam tu, kaklong tak bising pulak. Entah-entah pengsan kut. Lama sangat. Sampai tumbuh ekor Iq tunggu, tak gak keluar” rungutnya lagi.
Nur Aina lantas mengetuk pintu bilik air.
Man cepat sikit mandi. Apa kau buat kat dalam tu lama-lama. Bertukang ker!” lantang suara Nur Aina. Pintu bilik air diketuk berulang-ulang.
Sejurus kemudian terpacul Iman di muka pintu. “ Kaklong ni kecoh ar. Pagi-pagi lagi dah buat senaman mulut.. “ sakat Iman.
“Membebel macam nenek kebayan” Ikram ketawa. Pintu bilik air ditutup cepat-cepat. Mengelak dari mulut bisa kaklongnya itu.
“Kuram asam“ Nur Aina cuba mencubit lengan Iman namun gerakan pantas Iman berjaya mematahkan sasaran musuh.
Sambil berlari Iman mengekek-ngekek ketawa.

Perangai adik yang terlebih mesralah, salah satu faktor  kakak mereka boleh menghidap darah tinggi. Huh..
Bab 5
Fariz Haiqal masuk ke bilik yang tercatat nama Dato’ Haji Syarman pemilik syarikat Mizac Holding. Langkah kaki terasa berat. Berdebar-debar juga dadanya. Dia tahu bapa angkatnya itu pasti akan bertanya tentang hal yang amat memeningkan kepalanya. Kalau urusan perniagaan dia tidak ambil pusing. Dia juga bertanggungjawab dalam urusan syarikat memandangkan dia merupakan penolong pengarah. Kalau tentang mimi….
“Apa yang kamu tercegat lagi tu. Duduk Riz” lelaki yang sibuk menyemak fail merah di atas mejanya mendongak memandang susuk tubuh yang berdiri tegak memerhati gelagatnya.
Tanpa ukiran senyuman di wajah, Fariz Haiqal lantas mengambil tempat di kerusi hadapan bapa angkatnya itu.
Dato’ Haji Syarman menyerahkan fail merah yang terkangkang luas kepada lelaki itu.
Fariz Haiqal meneliti isi kandungan yang memenuhi ruang kertas putih di fail itu.
“Syarikat Maju Jaya Sdn. Bhd”
Fariz Haiqal membalas renungan mata lelaki dihadapannya. Telinganya fokus mendengar butir-bicara yang akan diutarakan.
“Sebuah syarikat kecil yang baru nak menapak. Mungkin mereka masih kurang arif dalam selok-belok dalam dunia perniagaan.   Mereka mahu kita supply barang kita dengan harga yang tidak begitu rendah. Masih boleh caver modal. Untung yang kita dapat pun still tak merugikan”
Fariz Haiqal meneliti semula kandungan fail merah di atas meja. Agak lama dia mengkaji butiran syarikat yang disebut oleh bapa angkatnya.
“Papa nak bagi potongan discount berapa percent?” serius wajah itu.
“10 percent, kos penghantaran pun papa nak kurangkan”
Agak terkejut juga lelaki itu mendengar jumlah yang didengarinya. Fariz Haiqal hormat dengan pendirian Dato’ Haji Syarman. Lelaki itu sudah bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Syarikat itu dikenali dikalangan rakan niaga yang lain kerana bapa angkatnya itu seorang yang boleh berunding dalam soal harga. Banyak juga syarikat-syarikat yang tertarik dengan harga tawaran dari syarikat mereka. Syarikat itu menyediakan barang yang berkaitan dengan peralatan elektrik dan elektronik. Fariz Haiqal kagum dengan cara bapa angkatnya itu menguruskan perniagaan. Bijak merebut peluang. Biarpun akan berurusan dengan syarikat yang kecil. Income yang masuk juga tidak seuntung kalau nak dibandingkan bekerjasama dengan syarikat yang punyai empayar yang besar.
Dato’ Haji Syarman ukir senyuman. Dia tahu Fariz Haiqal agak risau dengan untung yang akan mereka perolehi. Memandangkan potongan harga yang ditawarkan tidak pernah lagi mereka buat sebelum ini.
“Dalam perniagaan ni Riz. Kita tak boleh bersikap tamak. Setinggi mana pun tahap kita berdiri. Kita kena ingat. Peluang yang datang biarpun ia tidak semegah mana tapi itulah yang akan terus mengukuhkan kedudukan kita seperti sekarang. Papa juga dulu bermula dari bawah. Selalu juga berurusan dengan syarikat-syrikat kecil. Disebabkan itulah papa boleh berdiri teguh dengan bantuan mereka. Kalau kita lepaskan peluang yang ada. Peluang yang lebih besar kita harapkan datang, belum tentu akan segera tiba. Kita akan bazirkan masa yang terluang tanpa ada apa-apa income yang masuk dalam proses menunggu itu. Kos perbelanjaan tetap berjalan. Masa itu emas bagi perniagaan seperti kita. Ingat without supply, no revenue, no income”  panjang lebar lelaki yang berambut nipis itu berbicara.
Fariz Haiqal angguk kepala.
“Bila papa nak Riz jumpa diorang”
            “Tomorrow”
            “O.k.”  pendek jawapan yang keluar dari bibir lelaki itu.
            Sambungnya “Emmm…kalau tak ada apa-apa lagi, boleh Riz sambung kerja?” Fariz Haiqal mahu segera keluar dari tempat itu.
            Dato’ Haji Syarman angguk kepala sambil menghadiahkan senyuman.
            Fariz Haiqal berjalan ke arah bonggol pintu.
            Dato’ Haji Syarman tiba-tiba teringat sesuatu. “Err..Riz”
            Fariz Haiqal tidak jadi membuka pintu. Badannya beralih ke arah lelaki itu.
            “How about our suggestion?” Soalnya.
            Aku dah agak….
            “I’m sorry pa. Riz masih fikirkan”  suara itu kedengaran malas.
            Bapa angkatnya sekadar tersenyum hambar. “It’s o.k. Riz. Kalau jawapannya no. Papa dan mama tak akan marah. Soal jodoh ni kami tak boleh nak interframe. Terpulang pada Riz. Papa dan mama hormat keputusan Riz”
            Fariz Haiqal membalas senyuman itu. Senyuman yang amat mahal keluar dari bibirnya. Itupun senyum terpaksa. Dia meninggalkan bilik
Bab 6
Fariz Haiqal melangkah bangunan kecil yang bergabung dengan kedai-kedai sederet dengan tempat itu. Dia megamati sekeliling. Macam pernah datang. Ni bukan ke tempat ….
Matanya tajam. Huh..
Tiba-tiba baju di sebelah kirinya basah dengan cairan berwarna merah. Seseorang sedang melanggarnya dari arah sisi. Orang itu berjalan dari arah belakangnya.

Opsss…alamak… seorang gadis cemas kerana secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki dihadapannya. Dia menyalahkan diri kerana leka menaip mesej di telefon bimbitnya. Tidak pula pandang ke hadapan.
“Err..Maaf encik. Errr…sori. Saya tak sengaja” terketar-ketar suara itu. Nur Aina cemas.
“Tak apa” suara itu kedengaran tenang. Fariz Haiqal menoleh ke arah suara yang menegurnya.
 Haa.. Nur Aina tersentak. Buntang matanya tika empat pasang mata bertemu.
Bara api tiba-tiba menyala di hati lelaki itu.
“Patut pun hari ni aku dapat bala. Rupa-rupanya minah senget yang aku jumpa. Wei kau dah buta ker. Kau ingat baju aku ni tempat kau buang air?”  matanya dikerling ke arah plastik yang berisi air berwarna merah yang sudah pun separuh kandungannya. Selebihnya memenuhi baju biru yang dipakainya. Mula-mula memang dia faham dengan kecuaian orang tapi bila pandang muka gadis di hadapannya, rasa marah membuak-buak secara tiba-tiba..
Perasaan cemas Nur Aina serta-merta tenggelam dengan keegoan lelaki yang berwajah bengis dihadapannya. Perasaan lain pula yang timbul.
“Kau ingat nasib aku bertuah ke kalau jumpa beruk sarkas cam kau ni. Huh..tadi kata tak apa. Lepas tu nak melenting pulak. Aku rasa kau ni memang ada penyakit mental. Baik kau check. Sebab tu otak kau tu asyik fikir nak marah orang je”  Nur Aina sengaja menyalakan bara yang sedang membakar hati lelaki itu.
Fariz Haiqal panas hati. “Kau tu yang mental. Aku rasa baik kau tukar jantina. Perangai macam lelaki. Orang nak pandang kau pun tak ada selera”  makian itu mengundang geram pada Nur Aina.
Hilang pertimbangan gadis yang bertudung itu. Secara spontan Nur Aina menggangkat tangan. Disuakannya ke pipi lelaki yang bukan muhrimnya itu. Namun tangan sasa lelaki itu membantutkan hayunan tangannya. Tangan kiri lelaki itu memegang kemas pergelangan tangan Nur Aina. Suasana bisu seketika.
Mungkin disebabkan sentuhan yang tidak dirancang itu mengundang getaran di seluruh urat saraf gadis itu. Hatinya berdebar-debar.
Fariz Haiqal merenung dalam-dalam anak mata gadis dihadapannya. Ada sesuatu tarikan pada sinar kaca mata itu. Entah kenapa dia begitu asyik menjamah renungan itu.
Nur Aina gelisah. Dia jadi binggung seketika.
Deringan telefon bimbit Fariz Haiqal menyedarkan mereka berdua. Tangan dilepaskan.
Nur Aina melulu berjalan pantas meninggalkan lelaki itu. Dia menuju ke kedainya.
Fariz Haiqal menghantar langkah gadis itu dengan perasaan yang bercampur-baur. Namun dia kembali tenang setelah satu suara kedengaran di hujung talian.
“I’m sorry Mr Lim. I dah ada kat sini. But I’ve to go now. Emergency case”
Suara itu membalas.
“I’m sorry. but everything is clear. Kami akan supply pada you. Yes..seperti apa yang you nak. Kami akan bagi the best price. Don’t worry.  I akan datang balik. We can proceed it furthermore”
Sambungnya. “O.k. thanks Mr Lim. See you later”
Fariz Haiqal menekan button untuk mematikan talian. Dia termenung memandang laluan ke kedai gadis yang dijumpainya tadi. Apa yang sedang berlaku?. Dia benar-benar binggung. Luaran memang dia benci tapi dalamannya jauh sama sekali. Gadis itu seperti sedang mengikis batu yang terukir di hatinya. Bagai ada lompongan yang sedang menguasai hati batunya. Dia meninggalkan tempat itu dengan seribu persoalan.







Bab 7
Nur Aina tidak tentu hala. Fikirannya masih terganggu. Banyak juga kesilapan yang dilakukannya.  Dia salah bagi duit pada pemborong roti gardenia. Dia juga salah beri maklumat pada salah-seorang pelanggan tentang harga barang dikedainya. Tadi dia silap kira wang. Sepatutnya dia pulangkan baki duit kepada pelanggan sebanyak dua puluh ringgit tetapi dia tersalah bagi lima ringgit. Mana tak berapi orang itu. Nasib baik pelanggannya itu tidak memanjangkan isu tersebut. Pening kepala dia fikirkan keadaanya.
Wajah seseorang sentiasa muncul di kala mata ingin melabuh tirai. Malah dalam mimpi wajah itu juga menjelmakan diri. Dia rimas. Rimas dengan perubahan yang berlaku dalam hidupnya. Sejak dia bertemu dengan wajah bengis itu, dia dapat rasakan perubahan. Fikirannya banyak menerewang. Wajah itu juga yang berputar-putar di kotak khayalan.
Baju yang tercampak di atas meja kaunternya secara tiba-tiba mematikan lamunan Nur Aina. Dia tergamam. Susuk tubuh tegap yang berdiri di hadapannya direnung. Terkebil-kebil Nur Aina.
Panjang betul  umur mamat ni. Tiba-tiba dah terpacak. Dia ni ada magik ker apa..
“Eh, kenapa ni?” soal gadis itu. Nada itu tetap tegang.
“Itu baju aku, minah senget” selamba saja riak wajah itu.
Patut lah darah aku mendidih tiap kali dia ni muncul. Panggil aku minah senget lak tu. perangai tak ubah…huh..
Nur Aina menghembus kasar nafasnya. “ Atuk tua. Aku tau lah ini baju..yang kau baling benda ni kat meja aku kenapa?. Kau ingat kedai aku ni kedai dobi. Kau ada nampak mesin basuh ker kat sini?. Lagi satu. Datang tempat orang tak reti nak bagi salam. Tak ada adab  “ Nur Aina mahu basuh otak lelaki itu.
“Assalamualaikum wahai minah senget” perli suara itu.
“Huh.” Nur Aina menjeling. “ Waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakatuh…”
Fariz Haiqal senyum sinis.
Nur Aina merenung tajam.
“Jangan lupa basuh bersih-bersih. Aku nak warna baju tu kembali sama macam bentuk asal dia. Faham”  suara garau itu bersuara. Wajah lelaki itu kembali serius.
“Apa?. Cuba kau ulang balik. Basuh?. Memang mereng otak kau ni“ Nur Aina kerut kening sambil geleng kepala. Bibirnya tersenyum mengejek.
“Apa-apa aje lah minah senget. Aku malas nak ulang banyak kali. Jangan lupa, kau yang jadikan baju tu ada warna merah. Nanti aku datang ambil balik. bye“ lelaki itu melulu meninggalkan Nur Aina.
Gila!!!! Otak tercicir kat mana tah.  Argghhhhh….. jerit hati kecilnya.
Senyuman terlakar di bibir lelaki itu. Entah kenapa dia masih memikirkan gadis yang baru saja hadir dalam hidupnya. Dia rasa gembira pula kalau dapat berbual dengan gadis itu. Biarpun mereka tidak pernah berbual mesra. Perasaan itu aneh. Pelik. Dia suka kalau mendengar makian gadis itu terhadapnya. Dia suka pandang jelingan tajam mata itu. Entah. Dia sendiri tiada jawapan kenapa dia mahu berterusan bertemu dengna gadis itu. Biarpun status hubungan mereka tidak jelas. Bukan kawan. Bukan adik-beradik. Mungkin musuh.
Faris Haiqal gelak kecil. Tanpa dia sedari perubahan ketara ialah dia sudah tahu cara untuk ketawa. Memang menakjubkan. Kereta proton perdana meluncur laju meninggalkan kawasan itu.
Nur Aina meramas-ramas baju biru yang bertompok merah di sebelah lengan bahu kiri. Darahnya mendidih.
            Kenapalah beruk sarkas tu muncul dalam hidup aku. Silap haribulan boleh sakit jiwa… bebelnya di dalam hati.
            Baju lelaki itu diletakkan di dalam laci. Nak tak nak  dia kena basuh juga. Memang salah dia. Dia akui.
            “Hai Aina“
            Satu suara menyapanya.
            Nur Aina membalas senyuman tuan empunya suara itu. Riak wajah yang masam mencuka berubah ceria.
            “Lamanya Aina tak jumpa pakcik. Sampai hati pakcik tak jenguk Aina tau“ suaranya begitu teruja tatkala pakcik salim datang melawatnya.
            Salim ketawa kecil. “ Pakcik balik kampung Aina. Dekat sebulan dah. Bapa saudara pakcik sakit. “
            “ Yeke pakcik. Patutlah tak nampak pakcik. Kalau tak pakcik mesti datang tegur Aina” ramah suara itu.
            “ Aina sihat? “
            Senyuman masih tidak lekang di bibir Aina. Dia senang dengan pakcik Salim. Lelaki itu sudah dianggapnya seperti ayah kandungnya sendiri. Dia masih ingat kali pertama berniaga menggantikan tempat ibunya dulu, pakcik salim yang secara tiba-tiba datang membantu mengemas kedainya. Sedangkan mereka tidak pernah kenal di antara satu sama lain. Pakcik Salim satu-satunya lelaki yang dia tidak benci. Kalau tidak, jangan harap dia nak bertegur-sapa. Contoh terdekat dengan beruk sarkas itu. Hati Aina geram bila wajah itu kembali menusuk benak fikiran.
            “Alhamdulillah sihat pakcik. Pakcik nak kemana ni?“ soal Aina. Adakalanya dia keliru juga dengan kehadiran lelaki ini. Dia sendiri tidak mengetahui latar belakang pakcik Salim. Biarlah dia malas nak menyibuk. Dia tak mahu jadi busybody. Tidak suka bertanya itu ini. Melainkan kalau tuan badan sendiri yang bercerita kepadanya.
            “Pakcik nak jumpa kawan. Maklumlah orang pencen macam pakcik ni Aina, memang tak boleh duduk diam. Kalau duduk saja kat rumah boleh sakit-sakit badan ni. Itu yang pakcik bawa badan berjalan. Orang tua Aina. Stamina dah kurang. Kena lah banyakkan exersice. Baru sihat“ panjang lebar Salim bercerita.
            “Ada-ada saja pakcik ni. Aina rasa pakcik tak ada lah tua mana pun.  Masih berotot lagi tau” usik gadis itu.
            Salim ketawa.
            “Nak bodek pakcik ke ni”
            Aina senyum riang “Kalau nak bagi hadiah pun boleh gak”
            Mereka berdua ketawa.
            “Pakcik pergi dulu ye Aina. Ada masa pakcik singgah sini“
            “ Jangan lupa datang rumah Aina. Boleh juga pakcik berkenalan dengan mak Aina“
            Salim masih tidak berganjak. “Bila masa yang sesuai nanti,  pakcik datang sana“ balasnya.
            Nur Aina ceria. “ Janji tau. Aina tak sabar nak kenalkan pakcik dengan mak. Mana tahu kalau ada yang berkenan. Dapat Aina tengok mak naik pelamin “ gurauan Aina mengundang tawa Salim.
            “Pakcik balik dulu Aina. Assalamualaikum“
            Aina membalas salam itu. Matanya leka memerhatikan gerak-geri pakcik salim. Senyuman tidak lekang di bibr


Bab 8
            Fariz Haiqal mundar-mandir. Bilik tidurnya itu terasa berbahang. Dia serba tidak kena. Fikirannya masih mencari jalan penyelesaian bagi membantu dirinya. Nasi dah jadi bubur. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata ……..

            “Maafkan Riz pa, mama. Errr..Riz sebenarnya dah ada teman wanita.  Hampir setahun juga hubungan kami. Riz tak nak sia-siakan hidup Mimi” Fariz Haiqal cuba mengawal emosinya. Degup jantung deras berlari. Entah kenapa ayat itu begitu mudah terpacul keluar. Alasan itu saja dia rasa amat sesuai untuk menolak permintaan mereka. Bohong demi menyelamatkan masa depannya.
            Dato’ Haji Syarman senyum. Dia mengerling ke arah isterinya, Datin Salmah.
            Wajah wanita itu berubah girang. “Anak mama ni dah ada calon rupanya. Kenapa susah sangat nak bagitahu. Kalau tak mama dan papa tak akan paksa Riz. Kan pa?” suara itu mesra. Dia mengerling suaminya yang duduk di sebelah.
            “Betul cakap mama kamu tu Riz. Kalau macam tu Riz kena lah cari calon untuk Mimi. Boleh kita buat majlis perkahwinan serentak” sampuk bapa angkatnya.
            Fariz Haiqal berdebar-debar. Dia teringat Hakim. Dia tahu Hakim sukakan Mimi sejak pertemuan kali pertama mereka. Semasa Mimi masih ada di rumah ini, selalu juga sahabat baiknya itu bertandang ke rumah. Fariz Haiqal tahu Hakim datang kerana mahu curi-curi pandang Mimi. Setelah Mimi melanjutkan pelajaran ke luar negara, bayang lelaki itu semakin kurang di rumah ini.  Dapatkah Mimi terima cinta Hakim. Dia buntu.
            “Mama bukan apa. Risau dengan Mimi. Kalau boleh mama harap perangai suaminya nanti saling tak tumpah macam kamu. Baru hati mama tenang Riz. Mama ni dah tua. Kalau ada seseorang yang boleh bimbing Mimi, tenang mama nak menghadap ilahi nanti”
            Fariz Haiqal rasa sayu.
            “Riz akan cuba ma. Mimi tu pun Riz dah anggap macam adik kandung Riz” suara itu mendatar.
            Datin Salmah terharu. “Jangan cakap macam tu sayang. Kami tak pernah anggap Riz orang asing. Riz anak papa. Anak mama. Bila Riz nak terima hak tu. Bila Riz dapat terima kami sebagai keluarga?” Datin Salmah menahan tangis. Dia sebak. Selama ini Fariz Haiqal sentiasa dingin dengan mereka sejak kali pertama menjejakkan kaki ke rumah ini. Apakah lelaki itu marah pada mereka?. Benci kerana mereka membawanya keluar dari rumah anak-anak yatim. Fariz Haiqal telah dianggapnya seperti anak kandung sendiri. Tidak pernah terlintas di hatinya membeza-bezakan taraf anak itu dengan Mimi.
            Suasana muram.
            Terbit kesal di hati Fariz Haiqal. Entah kenapa benteng batu di hatinya masih tidak pernah terhakis. Keras. Sukar untuk menunjukkan kasih-sayang. Biarpun layanannya dingin tetapi dia tidak pernah sesekali bersikap kurang ajar terhadap mereka.
            Dato’ Haji Syarman menyampuk. Tidak mahu suasana dingin menguasai mereka. “ Kalau macam tu. Jangan lupa bawa calon menantu sulung papa ke rumah ye Riz. Ajak dia makan kat sini”
           
            Glupp.. Fariz Haiqal menelan airliur.

            Datin Salmah kembali ceria. Terbang seketika perasaan sedihnya. “Mama pun tak sabar nak jumpa orang yang bertuah dapat miliki anak mama ni “ senyuman terukir. Hati itu masih memendam rasa pilu.
            “Nanti Riz ajak dia” gugup hati lelaki itu.

            Masalah. Big mistake. Itulah padah kalau berbohong. Pembohongan itu akan terus menghantui hidupnya. Teman wanita?. Kenalannya semuanya dikalangan lelaki. Dia bukan seorang gay. Itulah dirinya. Dia tidak selesa berhubung dengan perempuan. Selalunya ramai perempuan yang datang melayaninya mesra. Dia tidak gemar. Jiwanya memberontak. Dia tidak benci perempuan. Hati keras lelaki itu sentiasa mahu menolak kehadiran jantina yang berlainan dengannya. Sebab itu setiap kali ada yang ingin berkawan dia akan menolak. Berlari jauh dari mereka.
            Fariz Haiqal memegang bingkai gambar. Wajah arwah ibu, ayah, kak Dina dan abang Rudi diusap dengan jari-jemari. Dia hiba. Mungkinkah pintu hatinya tertutup untuk menerima kasih-sayang dan memberi kasih-sayang disebabkan kehilangan mereka. Kematian kesemua ahli keluarganya meninggalkan impak yang ketara dalam diri lelaki itu. Sebenarnya dia bukan kejam tetapi lebih kepada takut. Dia takut andai kasih-sayang ada di hatinya terhadap insan lain, dia takut takdir akan merampas mereka seperti apa yang berlaku terhadap keluarganya suatu ketika dahulu. Dia tidak sanggup mengalami keretakan hati. Dia tidak larat dibelengu bayangan kerinduan. Dia tidak pernah menyalahkan takdir. Cuma, dia takut untuk membuang benteng batu yang menghuni hati. Dia takut untuk merasai kekecewaan akibat ditinggalkan orang yang tersayang. Fariz Haiqal seorang yang dingin. Kurang mesra. Sentiasa serius. Jarang sekali kalau nak bergurau-senda. Semua kenalannya tahu akan hakikat itu. Sebab itu dia tidak ada ramai kawan. Hanya Hakim. Sahabat yang setia menemaninya hingga kini.
            Permintaan Dato’ Haji Syarman kembali menerjah masuk ke benaknya. Dia binggung. Mana dia nak cari seorang perempuan yang sanggup menyamar sebagai kekasihnya?. Kusut kepala lelaki itu. Mata Fariz Haiqal buntang. Dia!!!!….
                                                            ………………………….
            “ Akak balik dulu Aina” kak Leha datang menyapa Aina. Beg tangan berwarna merah pekat dikepit kemas.
            Aina kerut kening. Baru pukul  2.00 petang. Awalnya tutup.
            “Anak akak pengsan. Pengasuh dia telefon tadi. Risau juga akak ni. Abang man kau tak ada. Ada kursus kat Tanjung Malim. Akak nak pergi hospital sekarang juga. Jaga diri ye Aina“ suara itu cemas.
            Nur Aina juga risau. “Hati-hati kak. Harap anak akak tak teruk sangat”
            Kak Leha senyum hambar. Dia meninggalkan gadis itu.
            Nur Aina mahu juga pergi menemani kak Leha. Cuma tiada sesiapa yang akan menguruskan kedai runcitnya. Dia mengeluh kecil. Kasihan pada kak Leha. Hampir tiga tahun berkahwin baru sehaja dianugerahkan cahayamata yang pertama. Nur Aina berdoa semoga anak kecilnya yang berusia  3 tahun itu dalam keadaan selamat.
            Nur Aina mengeluarkan baju berwarna biru dari beg plastik di dalam laci. Akhirnya dia berjaya melunaskan hutang dengan lelaki itu. Selepas ini hidupnya akan kembali aman tanpa gangguan lelaki bongkak itu. Lama juga dia simpan baju itu. Kelibat lelaki yang dibencinya itu masih tidak kelihatan. Sudah dua minggu berlalu. Nur Aina harap sangat permainan ini akan segera tamat. Jadi dia akan kembali kepada rutin biasa. Tanpa bayangan lelaki itu. Mampukah dia menghalang bayangan itu dari menerjah masuk di alam angan-angan. Entah kenapa fikirannya ada ketika pasti akan terkenangkan wajah bengis itu. Bukan ke dia benci?.
Nur Aina membelek baju digenggamannya. Baju itu berubah warna. Tompokan merah itu memang sudah hilang. Tidak nampak kesan. Berkat pertolongan Clorox. Baju itu direndam selama seminggu. Pasti cukup bersih. Errr…..Cuma…
           




Bab 9
            “Ini apa?” suara garau itu serius. Anak matanya merenung tepat di mata Nur Aina.
            Nur Aina menghadiahkan senyuman terpaksa. “Orang panggil baju. Dalam bahasa inggeris. Cloth. Kalau nak eja pulak B.A.J.U. Faham beruk sarkas!“ tempelak Nur Aina.
            Fariz Haiqal campak kembali baju yang dipegangnya ke meja kaunter, hampir dengan tempat Nur Aina duduk.
            Nur Aina serta-merta berdiri. Kedua-dua tangannya bersilang memeluk tubuh.

            Beruk sarkas ni nak cari gaduh lagi ker…
           
            “Kau tak tahu macam mana nak ucap perkataan terima kasih. Atau kau memang tak pandai nak berkomunikasi. Gaya dah segak. Tang perangai. Fail” perli gadis itu.
            Empat pasang mata mertemu.
            “Cik minah senget. Aku rasa mata kau tu tak buta kan. Kau tak perasan warna baju yang aku bawa hari itu, tak sama dengan warna ni. Kau rasa siapa yang salah?”  bentak suara itu.

Hehehe..aku ler yang salah. Werkkk..padan muka kau beruk sarkas. Itulah kau nak sangat baju kau tu bersih. Ha ambik kau. Sekarang memang dah nampak bersih. Al,a setakat warna biru tu pudar pun nak kecoh. Kau yang nak warna merah tu hilang kan. So, dah hilang. Hikhik.. Nur Aina menahan kelucuan.

            Airmuka Nur Aina tenang. Di dalam hati mengekek-ngekek ketawa. “Mana aku tau. Aku buat macam yang kau suruh. Hilangkan warna merah. Aku guna Clorox. Bukan salah aku. Salahkanlah Clorox…” dia mencebik. Matanya menjeling.
            Fariz Haiqal mengecilkan matanya. Ada sahaja jawapan gadis itu.
            “Memandangkan kau buat baju aku makin teruk. Kau buat warna baju aku jadi luntur.  Itu kesalahan kau yang pertama. Kau tahu apa kesalahan kau yang kedua?” soal lelaki itu.
            “Tak tahu. Aku malas nak ambil tahu”  laju suara itu membantah.
            “Kesalahan kau yang kedua amat besar. Kau berhutang dengan aku“ tegas suara itu.
            Riak wajah Nur Aina berubah. Dia gelisah.
            Fariz Haiqal berbohong untuk menakutkan gadis itu.
            “Ap,,p..apa aku dah buat“ Nur Aina cemas. Namun dia cuba menyorokkan kerisauannya.
            “Disebabkan kau langgar aku. Tumpahkan air kat baju aku. Aku terpaksa batalkan mesyuarat penting untuk company aku. Syarikat kami mengalami kerugian yang besar“
            Nur Aina terkesima. Dia menatap anak mata lelaki itu. Betul ker.. terbit kesalan di hati.
            Gadis itu terdiam.
            “Kau penyebabnya”
            Nur Aina serba salah. Hilang garangnya. Riak kesalan terbit di wajahnya.
            “Maafkan aku“ nada itu rendah.
            Empat pasang mata bertemu.
            Fariz Haiqal terdiam. Dia menjamah wajah itu. Airmuka gadis dihadapannya kelihatan tenang. Berbeza ketika marah. Sangat mendamaikan. Fariz Haiqal terleka seketika. Renungan sinar mata itu lembut. Dia rasa bersalah juga kerana terpaksa mereka-reka cerita. Dia tidak kisah keadaan bajunya. Gadis itu satu-satunya harapan untuk menyelamatkannya. Dia terpaksa libatkan gadis itu.
            Suasana janggal itu meresahkan Nur Aina. “ Aku mengaku. Memang salah aku. “ lemah ton suaranya. Dia tunduk.
            Fariz Haiqal sedar dari khayalan. Dia berdehem. Cuba menyembunyikan kekacauan yang berlaku dalam hatinya.
            “Sebagai hukuman. Kau kena tolong aku“
            Nur Aina yang merenung baju di mejanya dari tadi, mendongak.
            “Tolong?“ Nur Aina memandang Fariz Haiqal.
            Fariz Haiqal angguk kepala.
            “Kau kena jadi girlfriend aku” serius suara itu.

            Hah…

            “Kenapa?“ suara garau itu masih tenang.
            Nur Aina menelan airliur.
            Fariz Haiqal senyum sinis. “Kau jangan perasan aku nak ngorat kau pulak. Maksud aku bukan secara rasmi. Menyamar“
            “Apa yang kau cakap ni. Kau nak aku berbohong?“ soal Nur Aina tidak percaya.
            “Kerja bodoh” sambungnya.
            “Aku tak paksa kau. Aku harap kau akan tenang dan aman, lepas apa kau dah buat dengan company papa aku. O.k. lah bye“ Fariz Haiqal melangkah keluar dari sempadan kedai itu. Dia berharap gadis itu menukar fikiran. Lambat-lambat kakinya bergerak.
            Nur Aina serba-salah. Dia kesal apa yang berlaku. Syarikat lelaki itu rugi disebabkan kecuaiannya. “ Er..nanti “
            Fariz Haiqal berhenti melangkah.
            Nur Aina membalas renungan lelaki yang menoleh ke arahnya.
            “Aku setuju“ ringkas jawapannya.
            Hati lelaki itu kembang berbunga. Fuh… dadanya terasa lapang.
            “Macam mana aku nak tolong kau?“ nada suara itu masih rendah.
            Fariz Haiqal kembali merapati Nur Aina. “First.. Kita tak boleh tunjuk kasar kita depan parent aku. kita kena berlakon jadi mesra. Apa nama kau?“ serius nada itu.
            Entah kenapa Nur Aina berebar-debar. “Nur Aina Batrisya“
            Best jugak nama minah senget ni.. hatinya tercuit.
            “Nama aku Fariz Haiqal“ lelaki itu masih tenang dalam ucapannya.
           
            Eh. Macam ada yang tak kena. Bukan ker secara tak langsung kiteorang berkenalan?. Ishh..apa kena dengan aku ni. Lakonan semata-mata Aina. Tapi…kenapa aku rasa…happy.. hatinya berdetik.

            “Depan orang lain kau kena panggil aku Iz“
Nur Aina angguk kepala. Tidak membantah. Dia masih tak percaya semua ini berlaku. Macam drama tv.
            “Aku pulak,  panggil kau Ina. Boleh?“ sambung suara itu.
            Nur Aina terkedu. Ina? Seumur hidup tidak pernah orang memanggil dirinya dengan gelaran itu.
            “Kau dengar tak ni?” soal lelaki itu setelah tiada respon dari Nur Aina.
            Nur Aina tersentak. Sedar dari lamunan. Dia angguk kepala.
            Fariz Haiqal ketawa.
            Nur Aina terpukau. Wah…. (matanya bersinar).
            “Kau ni dah bisu ke?. Selain angguk, tak ada apa lagi kau nak cakap. Bukan ke minah senget yang aku kenal becok orangnya“ lelaki itu berkata-kata sebaik sahaja menyudahkan tawanya.
            Suasana sepi. Hanya mata yang berbicara saat ini.
            Nur Aina kaget. “ Ermm.. lagi?” dia cuba keluar dari situasi itu.
            Fariz Haiqal kembali serius. “Kau cuti bila?“
            “Ahad. Tapi tak kisah bila-bila pun boleh. Sebab kedai sendiri”
            Fariz Haiqal senyum . “Kalau macam tu baguslah. Kau boleh ikut aku bila-bila masa. Nanti aku bawa kau jumpa parent aku“ nada suara itu tidak tinggi seperti sebelumnya.
            Parent?“ Nur Aina buntang mata.
            Yup..diorang nak kenal kau. Emm..I mean… nak kenal calon menantu mereka“
            Berpinar-pinar mata Nur Aina. “Kau tahu tak kita sedang bermain dengan api?. Ini dah melibatkan keluarga. Macam mana kalau”  bicaranya terhenti.
            “Kalau apa?“
            Nur Aina tarik nafas dalam-dalam. “Mereka nak kita kawen
            Fariz Haiqal gelak kecil.
            Nur Aina ketap bibir. Huh..
            Kawen aje lah. Apa yang susahnya“
            Nur Aina merenung tajam.
            Fariz Haiqal kembali serius. “Aku main-main aje lah, tak kan aku nak kawen dengan minah senget macam kau ni. Meletup bumbung rumah aku, kalau dengar kau memekak. Kalau mereka nak kita kawen, nanti aku fikirkan jalan lain. Kau tak payah risau”
            “Ringan mulut kau kutuk aku yer. Kau ingat aku nak kawen dengan kau. Huh.. beruk lagi baik dari kau tau” Nur Aina membidas.
            “O.k. aku malas nak bertekak dengan kau. Bak nombor tepon kau“
            Hati Nur Aina seperti melonjak gembira. Apa sudah jadi. Tak mungkin dia dah syok dengan beruk sarkas itu.  Toing.. (kepalanya seakan-akan berputar). Dia dah tak betul ke?.
            “Apa nombornya?” jari-jemari lelaki itu siap-sedia menekan nombor-nombor di telefon bimbitnya.
                                                ……………………………….

                                    Ahad ni aku nk bwa kau jmp prent aku…..
Berkali-kali mesej yang terpapar di skrin itu ditatapnya. Kenapa pula dia begitu teruja. Bukan ke semua ini lakonan. Antara dia dan lelaki itu tiada apa-apa ikatan. Ermmm…
            Nur Aina masih leka menatap ayat itu. Boleh jadi lakonan itu akan memerangkap jiwanya. Hatinya tiba-tiba sayu. Dia membayangkan kalau semua itu adalah kenyataan. Dia sendiri binggung dengan perubahan diri. Dia benci lelaki. Benci sangat. Seolah-oah dia dapat melihat wajah ayah kandungnya, berselindung disebalik wajah lelaki-lelaki di luar sana. Kenapa selain pakcik Salim, dia tidak membenci Fariz Haiqal?. Benci itu sekadar hiasan bibir. Hakikatnya hati kecil gadis itu sedang menulis setiap huruf nama itu. Apakah sudah sampai masanya pintu kamar yang tertutup sebelum ini sedang dibuka kuncinya. Apakah lelaki itu yang membuka jendela hati gadis itu?. Nur Aina masih merenung skrin telefon bimbitnya. Hati kecilnya masih terus berteka-teki. Jari-jemarinya ligat menekan punat telefon bimbit itu.
            Tit..tit..titt..titt.
            Satu mesej masuk. Fariz Haiqal buka inbox.
                                    O.k.nnti kita jumpa…
            Fariz Haiqal senyum lebar. Dia akui. Benteng hatinya telah dicerobohi. Biarpun dia cuba menidakkan. Rahsia hati tidak mampu berbohong. Minah senget itu tidak seteruk mana. Bibir lelaki itu kian galak mengukir senyuman. Akhirnya Fariz Haiqal terlelap di buai mimpi dengan bayangan wajah seseorang..
Bab 10
Ikram dan Puan Aishah merenung tetamu yang tidak pernah berkunjung di rumah mereka sebelum ini. Ikram senyum meleret.
            Fariz Haiqal tidak tentu arah. Panas punggungnya tika diri jadi tumpuan. Dia senyum sedikit. Senyum terpaksa.
            Iman berdiri di muka pintu. Fuiyooo..kereta mahal siot..
            Dia kembali duduk bersebelahan Ikram.
            “Bang, tumpang tanya boleh tak?” suara Iman bersungguh-sungguh. Bibirnya menyulam senyuman.
            “Berapa harga kereta kat luar tu?” wajahnya teruja. Suaranya ceria.
            Fariz Haiqal kerut kening.
            Ikram menyiku Iman. Dia tersengih-sengih. Iman menjeling Ikram.
            “Ish kamu ni Man. Ada ke tanya soalan tu. Maafkan anak makcik yer Fariz. Dia bergurau”
            Fariz Haiqal terpaksa memaniskan muka.
            “Anak makcik tak pernah cerita pasal Fariz sebelum ni. Makcik pun tak tahu dia sudah ada teman lelaki“  Puan Aishah ramah memulakan bicara.
            Fariz Haiqal sekadar tersenyum. Dia sendiri tidak selesa dengan keramahan ahli keluarga itu. Namun di sudut hati dia benar-benar rasa dihargai. Perasaan itu seperti berada dengan keluarga sendiri. Tiba-tiba hatinya sayu mengenangkan kenangan silam.
            Ikram menyampuk. “ Adalah mak. Akak kan selalau berangan dengan anak raja. Anak raja yang dia selalu dok teringat tu, abang Fariz lah mak. Kita jer tak perasan “ Ikram meyampuk.
            Iman gelak. “tapi..pelik gak Iq. Ada juga orang nak kat kaklong kita tu erk” Iman mengumpat kaklongnya. Agak lama juga Nur Aina bersiap di dalam bilik. Hampir setengah jam.
            “Hahaha… macam singa“ Ikram tumpang sekaki.
            Hati Fariz Haiqal menahan lucu.
            “Diorang berdua ni memang begitu Fariz. Suka menyakat kaklongnya. Kejap yer“ Puan Aisyah geleng kepala seraya bersuara pada Fariz Haiqal. Dia menuju ke ruang dapur. Cerek yang berisi air memuntahkan bunyi. Dia ingin menghidangkan minuman buat tetamu istimewa itu.
Lelaki itu senyum sahaja. Dia menggangguk-anggukkan kepalanya. Matanya memerhati langkah wanita itu.
“Bang.. Nak tau rahsia tak?” Ikram berubah serius.
Fariz Haiqal angkat kening. Dia menoleh ke arah Ikram “Rahsia apa?”
            “Abang kena jaga-jaga tau. Kaklong ni kengkadang kuat menggigau” Ikram separuh berbisik.
            Dada Iman turun naik menahan tawa. Mulutnya melengkung ke atas.
            Fariz Haiqal teruja untuk mendengar butir-bicara selanjutnya.
            “Pernah sekali tu dia ketawa sambil tidur. Mengilai-gilai. Dah serupa pontianak“ Ikram gelak.
            Iman tidak dapat menyekat tawanya dari keluar. Sudahnya dia ketawa berdekah-dekah.
            Fariz Haiqal gelak kecil.
            “Ada pesta ker ni. Gelak sakan nampak”
            Suara seseorang dari arah belakang merendahkan tawa mereka.
            Fulamak..kaklong aku ke ni!! Bisik hati Ikram.
            Iman melopong.
            Fariz Haiqal terpaku seketika. Penampilan gadis itu menarik minatnya. Baju kurung yang berwarna merah jambu menghiasi tubuh gadis itu. Sebelum ini dia selalu lihat gadis itu memakai t-shirt dan seluar jean. Kali ini berlainan. Gadis itu mengenakan solekan di wajah tetapi nipis. Sederhana sahaja. Ringkas tapi cukup  memukau mata.
            “Hari raya lambat lagi lah kaklong” perli Ikram. Kaklongnya itu jarang pakai baju kurung. Melainkan kalau ada kenduri dan di pagi hari raya.
            “ Siap mekup tuuu” muncung mulut Iman. Saja menyakat.
            Nur Aina menjeling “ Diamlah..” kasar suara itu.
            Tanpa sedar bibir lelaki itu melakar senyuman. Lirik matanya masih menatap raut wajah yang sedang duduk agak jauh dari mereka bertiga.
            Nur Aina tidak perasan sepasang mata kian galak memerhatinya.
            “Minum dulu Fariz” Puan Aisyah datang bersama dulang berisi air oren. Beberapa potong kek coklat turut disediakan. Kek itu kebetulan lebihan malam tadi. Nur Aina memang rajin membeli makanan buat cuci mulut. Dapat juga dia hidangkan buat tetamu yang agak mengejutkan itu.
            Fariz Haiqal tersentak. Dia menyambut cawan dan piring yang dihulur kepadanya.
            Ikram dan Iman berlalu pergi setelah minta izin dari ibu mereka. Adik-beradik kembar itu turut menyalami Fariz Haiqal. Hujung minggu selalunya mereka akan menghabiskan masa dengan aktivit luar. Kadang-kadang memancing. Ada ketika mereka ke rumah kawan. Pendek kata tak boleh duduk diam. Kalau hari sabtu mereka akan bantu Nur Aina di kedai. Itu pun ikut kerajinan masing-masing. Bila hari malas datang. Masing-masing mencari alasan mengelak jaga kedai.
            Nur Aina curi-curi pandang lelaki itu. Segak juga. Tanpa tali leher. Tanpa memakai pakaian rasmi pejabat. Dia suka gaya sederhana lelaki itu. Nur Aina suka penampilan yang ringkas. Sejuk mata yang memandang. Baru nampak smart. Dia meneliti pakaian lelaki itu. T-shirt berkolar warna hitam dan dipadankan dengan seluar jean biru pekat membaluti tubuh Fariz Haiqal. Amat padan. Sementelah warna kulit lelaki itu pula sesuai dengan warna hitam. Entah kenapa hati Nur Aina bergoncangan hebat. Memang sah. Dia sudah mabuk kepayang. Kata orang dari benci timbul sayang. Sayang pula akan timbul…
huhuhu…Dia sudah terperangkap.
                                                …………………………….
Kereta proton perdana meluncur laju. Lagu “Baik-baik sayang” dendangan kumpulan Wali Band yang berasal dari Indonesia bergema di corong radio.
            Nur Aina tidak keruan. Kenapa lagu jiwang juga yang dipasang deejay. Pasang lah lagu lain. Lagu berunsur ketuhanan kan berlambak-lambak. Lagu ibu. Tak pun lagu kemanusiaan. Dunia ini akan terbalik ke kalau tak ada lagu cinta?. Dia menyumpah di dalam hati.
            Fariz Haiqal sesekali mengerling ke arah gadis di sebelahnya. Suasana muram itu tidak langsung menarik minatnya. Dia rindu pula nak dengar suara itu. Namun gadis di sebelahnya hanya diam seribu bahasa. Kepala gadis itu masih tidak berkalih dari memandang luar tingkap. Entah apa yang dilihatnya. Fariz Haiqal sendiri tak selesa dengan kesunyian yang menghuni ruang keretanya.
            “Kenapa diam” lelaki itu cuba memulakan bicara.
            Nur Aina berkalih “Hah”
            “Hari ni dia cuti ke?”
            Nur Aina kerut kening. Masih merenung sisi wajah Fariz Haiqal. Lelaki itu masih fokus dengan pemanduaannya.
            “Dia?” pendek tujahannya.
            “Mulut kau. Hari ni mc ke. Senyap jer dari tadi”
            Entah kenapa Nur Aina tidak marah dengan bicara lelaki itu. Hatinya tercuit pula. Aku nervous lah ngok. Huuu..
            “Kawan dia pun cuti. Dia follow lah sekali” Nur Aina berseloroh. Namun suara itu masih tidak mesra.
            “Maksud kau?” soal lelaki itu. Dia menoleh ke arah gadis itu sekilas. Kemudian pandang ke depan pula.
            “Otak kau lah kawan dia. Selalu otak kau tu fikir nak marah orang jer kan. Tapi sekarang otak kau macam dah normal sikit. Sebab tu mulut aku pun cuti kot” selamba saja Nur Aina menyindir.
            Hahaha…
            Nur Aina tergamam. Kenapa dia ni?. Aku rasa ayat aku tu agak menyayat hati tapi dia boleh ketawa. Tak faham aku perangai dia ni..
            “ Kau tak penat ke marah orang”
            Nur Aina menjuih bibir. “Mulut aku. Suka hati lah nak penat ke tak” Nur Aina mencantas.
            “Mesti boyfriend kau tak tahan kan. Hari-hari dengar mulut bisa kau tu. Entah-entah dia pun nak tinggalkan kau tak lama lagi” sindir lelaki itu.
            Nur Aina menjeling. Dia malas mahu layan lelaki itu. Kepalanya dikalih ke tepi tingkap. Kalau layan lelaki itu sakit jantungnya nanti. Tak pernah nak jaga hati orang. Cakap main lepas.
            Fariz Haiqal senyum meleret. Hobi peliknya ialah menyakat gadis itu. Dia tidak pernah berbual lama dengan perempuan. Gadis itu yang memecah tradisi hidupnya. Dia suka kalau wajah itu masam mencuka. Lagipun dengan cara komunikasi kasar itu sahaja, dia dapat dengar nada suara itu.
           


Bab 11
Makcik sara, orang gaji rumah banglo yang tersergam indah itu membuka pintu. Kelibat Fariz Haiqal dengan seorang gadis manis bertudung litup mencuri tumpuan wanita itu.
“Riz bawa buah hati. Manis orangnya Tak nak kenalkan kat makcik?” Sara kenyit mata padanya. Senyuman tidak lekang di bibir.
            Fariz Haiqal memperkenalkan gadis itu kepada wanita yang telah menjaganya sejak kali pertama dia tinggal dengan keluarga itu. Dia tetap hormat wanita itu biarpun makcik Sara hanya orang gaji.
            Nur Aina menyalami tangan Sara tanpa diminta.
            Perbuatan gadis itu menarik tumpuannya. Dia tidak sangka gadis yang kasar di pandangan matanya menghormati orang tua. Lelaki itu dapat merasai kelembutan gadis itu yang tersembunyi.  Atau gadis itu sebenarnya tidak seperti yang digambarkan?. Hati nalurinya ingin sekali mengenali peribadi yang terselindung di sebalik perwatakan kasar gadis itu.
            Nur Aina memandang sekeliling. Besar sungguh ruang rumah lelaki itu Bagai istana yang tersergam indah. Perhiasan pun cantik-cantik. Sama seperti mimpi yang pernah dialaminya dulu. Khayalan itu menjelma kembali dalam bentuk realiti. Terpukau Nur Aina seketika. Bertuah Fariz Haiqal dapat rmerasai keindahan seperti ini. Hatinya leka memuji.
            Dia duduk di sofa ruang tamu banglo mewah itu setelah dipelawa. Fariz Haiqal duduk disebelahnya tapi kedudukan mereka tidak begitu rapat. Jarak sedikit.
            “ Inilah dia menantu mama yang memikat hati Riz ya. Wah, Not bad. Cantik orangnya. Manis” Datin Salmah menyerbu mereka. Nur Aina bangun. Dia mencium telapak tangan wanita itu. Wanita itu memeluknya erat.
            Nur Aina ditariknya duduk di sofa yang sama dengannya.
            Terkebil-kebil Nur Aina dengan tindakan spontan wanita itu. Dia pun terkejut dengan keramahan wanita itu. Tiba-tiba terbit rasa bersalah kerana menipu. Wajah wanita itu jelas menunjukkan sinar kegembiraan. Nur Aina resah.
            Wanita itu mencium kedua-dua pipinya pula. Dia tersentak. Dia pandang Fariz Haiqal sekilas. Wajah lelaki itu seperti tertekan. Dia tidak tahu kenapa lelaki itu mahu menipu kedua-dua orang tuanya. Tiba-tiba hatinya panas kerana lelaki itu sanggup mempergunakannya demi kepentinggan diri. Lelaki itu sanggup menghancurkan hati ibu kandungnya sendiri. Pada pandangan Nur Aina, ibu Fariz Haiqal sangat baik. Tidak sombong seperti orang-orang kaya yang lain. Sifat penyayang teserlah di riak wajah wanita itu. Nur Aina menghadiahkan senyuman manis kepada Datin Salmah. Hatinya dipagut rasa bersalah yang amat menebal.
            “ Pandai Riz pilih calon menantu papa” Dato’ Haji Syarman tiba-tiba menghampiri mereka.
            Fariz Haiqal buka mulut. Senyum sedikit. Sebenarnya dia juga kesal kerana terpaksa berbohong.
            Nur Aina toleh ke arah lelaki itu. Fikirannya seperti kacau. Wajah itu. Kat mana dia pernah lihat?. Suara itu macam pernah dia dengar. Matanya masih meneliti raut wajah itu.
            Nur Aina membalas senyuman lelaki itu terhadapnya. “ Apa nama si cantik manis ni?” suara itu ramah menyoal.
            “ Nur Aina Batrisya pakcik” balasnya.
            “ Sedapnya nama. Usah panggil pakcik. Panggil papa aje. Tak lama lagi Aina tetap jadi sebahagian dari rumah ini”
            Nur Aina senyum kelat. “ Maafkan saya. Saya tak biasa pakcik”
            Dato’ Haji Syarman ketawa mesra.
            “ Lambat laun Aina akan terbiasa jugak” Datin Salmah meyampuk.
            “ Lain kali ajak keluarga Aina datang sini. Boleh kita bincang tarikh” teruja suara wanita itu.
            “Awak ni Sal. Malu budak tu.” Dato’ Haji Syarman senyum meleret.
            “Ala benda baik tak elok kita lambatkan. Mama pun dah berkenan dengan Aina. Kita kena cepat-cepat masuk meminang. Nanti dikebas orang pula Riz” usik wanita itu.
            Merah padam muka Fariz Haiqal menahan malu.
            Nur Aina pula resah. Aku dah cakap…habis..
            Fariz Haiqal membalas renungan Nur Aina terhadapnya. Masing-masing kelu.
            Sara datang ke arah mereka. Dia mempelawa semua orang ke ruang makan. Makanan sudah dihidangkannya.
            Nur Aina mengikut langkah mereka dari belakang. Lega juga dia seketika. Terlepas dari soalan maut itu.
            Fariz Haiqal membaca doa bagi pihak semua. Masing-masing mengaminkan.
            Sejuk hati Nur Aina tatkala suara gemersik itu mengalunkan bacaan bahasa arab, bahasa al-quran. Wajah itu dikerling sekilas. Fariz Haiqal duduk di meja bertentangan dengannya. Mudah untuk dia curi-curi pandang. Airmuka lelaki itu kelihatan tenang. Nur Aina tersenyum di dalam hati.
            Apa yang mengagumkan Nur Aina. Keluarga itu makan dengan menggunakan tangan. Sama macam keluarganya yang berasal dari golongan sederhana. Keluarga itu langsung tidak menunjukkan cirri-ciri kemodenan. Masih mengamalkan adat tradisi orang melayu. Terbit rasa hormatnya.
            Usai makan, Fariz Haiqal duduk di ruang tamu bersama dato’ Haji Syarman. Sambil bersembang kosong mereka ada juga menyelitkan urusan perniagaan.
            Datin Salmah mengajak Nur Aina mengikutnya naik ke atas. Nur Aina terpaksa menurut. Wanita itu membawanya ke kamarnya. Sekali lagi mata Nur Aina terpukau. Bilik itu sangat luas. Boleh dikatakan tiga kali ganda besar dari bilik di rumahnya. Di suatu sudut ada disediakan sofa dan televisyen. Besar sungguh televisyen itu. Boleh menampung seluruh badannya di skrin itu. Hampir sama dengan skrin panggung wayang. Tetapi ia kecil sedikit.
            “Jangan malu-malu Aina. Duduk lah” tingkah Datin Salmah setelah dilihatnya gadis itu masih tercegat di sudut pintu.
            Nur Aina duduk di sofa yang berwarna coklat keemasan itu. Bagai berada di istana kayangan. Fikirannya mula berangan. Nur Aina suka mengunjungi tempat yang tidak terlintas ada di benaknya. Namun tiada langsung perasaan untuk memiliki semua ini. Dia bukan materialistik. Sekadar mengagumi.
            Datin Salmah sedang mencari sesuatu di sudut laci peribadinya. Dia membuka kotak yang berwarna biru pekat. Kemudian dia duduk di sebelah Nur Aina.
            Nur Aina tersentak. Dadanya berdegup deras.
            “Makcik” Nur Aina kerut kening. Mukanya pucat. Dia menjamah wajah yang tidak lekang dengan senyuman itu.
            Datin Salmah mahu menyarungkan gelang emas keturunannya di tangan gadis itu.
            Nur Aina menolak lembut. Tangannya dijatuhkan.
            “ Saya minta maaf. Saya tak boleh terima makcik” Nur Aina cemas.
            “Gelang ini turun-temurun sejak dari moyang mama. Arwah ibu mama juga memilikinya. Mama memang berhajat nak hadiahkan pada sesiapa sahaja yang akan jadi isteri Fariz. Kalau Aina sudah ditakdirkan jodah Fariz. Ia memang milik Aina. Mari mama pakaikan” Datin Salmah meyambut tangan kanan Nur Aina. Sebenarnya dia berhajat untuk beri kepada Mimi kalau Fariz Haiqal memperisterikannya. Itu janjinya. Namun dia hormat dengan keputusan lelaki itu. Malah dia juga sukakan Nur Aina sejak kali pertama bersua muka. Kasihnya tumpah terhadap anak gadis itu.
Nur Aina bangun. Dia mengelengkan kepalanya. Kedua-dua tangannya bersilang. Suaranya semakin kaget. “ Err.tak. ermm. Maafkan saya. Saya memang tak boleh terima hadiah semahal ni. Maafkan saya makcik” Nur Aina menahan sebak. Dia hampir menitiskan airmata. Rasa bersalah semakin menguasai diri. Begitu tulus hati wanita itu. Kalaulah dia tahu apa yang berlaku hanya satu sandiwara. Nur Aina dapat membayangkan betapa hancurnya hati ibu itu. Kenapa dia harus hadapi semua ini. Terjerut dalam permainannya sendiri. Tiba-tiba datang suara kesalan kerana berjanji untuk menolong Fariz Haiqal. Sesungguhnya inilah kesilapan terbesar dalam hidupnya. Sekarang dia sendiri harus tanggung akibat dari perbuatannya itu.
Datin Salmah tak sangka Nur Aina menolak hadiah yang ingin diberinya. Betul tekaannya terhadap anak gadis itu. Fariz Haiqal tidak salah dalam memilih. Nur Aina bukan gadis yang mementingkan kemewahan. Dia jatuh cinta dengan sikap sederhana gadis itu. Perwatakan Nur Aina tidak sama dengan Mimi. Anak perempuannya itu langsung tidak menunjukkan cirri-ciri ketimuran. Tengelam dalam arus kemodenan. Malah budi pekerti Nur Aina lebih baik kalau nak dibandingkan dengan Mimi. Datin salmah bangun. Lantas memeluk Nur Aina. Alangkah bahagianya jika Mimi berpewatakan sama seperti Nur Aina. Dia terharu.
Nur Aina terpaku. Selepas mereka melepaskan pelukan. Datin Salmah menariknya duduk kembali.
“Mama bersyukur, Fariz jumpa gadis sebaik Aina.” Senyuman itu manis.
Nur Aina menahan getar di hati. Sebak dengan kata-kata itu. Maafkan Aina makcik…
            Hatinya tekad. Muktamad. Permainan ini harus dihentikan serta-merta. Dia tidak mahu ada hati yang terluka. Dia benci dengan penipuan Fariz Haiqal. Dia mahu lelaki itu berterus-terang kepada kedua-dua orang tuanya. Dia tidak sanggup melukakan hati ibu lelaki itu. Wanita itu terlalu baik. Sungguh murni hatinya. Jeritan batin gadis itu bergema kerana memberontak.
            Sambungnya. “Fariz memang layak dapat semua ini. Mama tidak mahu dia bersedih lagi” suara itu tiba-tiba bertukar sayu.
            Nur Aina keliru.
            “Sudah tiba masa dia capai bahagia setelah hilang masa lalunya”
            Nur Aina tidak mengerti maksud wanita itu. “ Kenapa dengan masa lalu Iz?” hatinya terpanggil untuk mengetahui tentang lelaki itu.
            Datin Salmah menceritakan semua yang berlaku terhadap Fariz Haiqal. Kisah hidup Fariz Haiqal disingkapnya. Bermula asal-usul lelaki itu. Perwatakan lelaki itu yang dingin. Semua penderitaan yang dilalui anak angkatnya itu. Hingga rancangan mereka untuk menyatukan lelaki itu dengan anak kandung mereka. Salah satu sebabnya ialah mereka tidak mahu Fariz Haiqal meninggalkan mereka. Datin Salmah takut Fariz Haiqal tidak mahu menggangap mereka sebahagian dari keluarganya. Nada suara itu tidak bermaya. Lemah. Wanita itu simpati dengan Fariz Haiqal. Kasih-sayangnya semakin kuat untuk anak angkat yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.
            Nur Aina tergamam. Cecair jernih tiba-tiba mengalir di pipi. Lekas-lekas dia kesat. Tidak mahu wanita itu perasaan keadaannya. Nampak gayanya dia berada di persimpangan. Dilema yang amat berat. Baru dia tahu kenapa lelaki itu berpewatakan kasar. Rupa-rupanya dia meyimpan seribu duka di kotak kenangannya. Kasihnya kian bertaut terhadap lelaki itu setelah mengetahui siapa lelaki itu yang sebenar. Dia mahu buat lelaki itu gembira biarpun namanya tiada dalam senarai ranting hati Fariz Haiqal.
            “Ingat pesan mama. Jangan lupa datang sini. Nanti mama rindu” Datin Salmah memandang sayu wajah Nur Aina. Baru sekejap pertemuan itu. Namun kemesraan mereka terserlah.
            Nur Aina memeluk erat tubuh Datin Salmah.
            “Insya’Allah makcik. Kalau ada masa terluang, Aina datang lawat makcik tau”
            Mereka berpelukan seketika.
            Fariz Haiqal senang dengan keramahan Nur Aina. Mungkinkah dia sudah jatuh hati?. Tidak. Dia tidak mahu buka hatinya. Dia tidak mahu alami apa yang pernah terjadi dulu. Dia tidak mahu sejarah mengulangi dukanya lagi. Biarlah perasaan itu terbang jauh.
            “Kirim salam pada keluarga, Aina” Sampuk Dato’ Haji Syarman.
            Nur Aina mengiakan permintaan itu. Empat pasang mata itu terpaku seketika. Kenapa tiap kali wajah lelaki itu ditenung, ketika itu juga hatinya tidak keruan. Bagai ada sesuatu yang berselindung di raut wajah lelaki itu. Bagai mereka pernah kenal bertahun-tahun lamanya. Nur Aina menyembunyikan resah di hati.
            Dato’ Haji Syarman menghantar pemergian Nur Aina di muka pintu. Dia memeluk pinggang Datin Salmah. Dia begitu teruja dengan anak gadis itu. Hatinya seperti dekat dengan Nur Aina. Kenapa agaknya.
            Masing-masing diam seribu bahasa. Hilang bicara. Mereka melayani perasaan sendiri. Nur Aina pula masih terlekat dalam dilema. Antara perasaan bersalah dan kasih?. Dua-dua penting. Wajah Datin Salmah terpampang di ekor mata lamunannya. Hati pula sedang berdetik dengan kehadiran lelaki itu. Dunianya kini serta-merta berubah hanya kerana Fariz Haiqal.

Bab 12
            “ Apa khabar dato”
            Dato’ Haji Syarman terpaku. Sebentar tadi setiausahanya memaklumkan ada seseorang ingin menemuinya. Matanya tepat merenung lelaki itu dari atas hingga bawah. Amarahnya memuncak.
            “Kau!!” Dato’ Haji Syarman berlari ke arah lelaki itu. Tangannya mencengkak baju lelaki itu. Mereka berdua terdorong ke belakang.
            “Tak guna. Berani kau tunjuk muka kau lagi.” Merah mata lelaki itu. Dato’ Haji Syarman menumbuk muka lelaki itu.
            Lelaki itu mengesat darah yang tercalit di tepi bibir. Dia menolak Dato’ Haji Syarman dengan tangan kasarnya. Lawannya itu gagal mengimbangi badan. Dato’ Haji Syarman jatuh di atas lantai.
            “Kenapa dato’. Marah nampak. Saya kan kawan baik dato’. Cepatnya kacang lupakan kulit” sindir suara itu. Nada suaranya bersahaja.
            Dato’ Haji Syarman panas hati. “Aku tak nak tengok muka kau lagi. Berambus!!” temgking lelaki itu. Badannya masih lemah akibat tolakan kasar lelaki itu.
            Hahahaha..
            Suara itu bergema di ruang biliknya.
            “Kau ingat aku saja-saja buang masa aku. Syarifuddin Bin Anuar tak suka pada perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kecuali..”
            “Kau nak apa dari aku. Tak cukup apa yang kau dah buat kat aku dulu hah” tinggi suara Dato’ Haji Syarman mematah bicara lawan.
            “Sabar dato’. Aku datang bawa hajat. Hajat besar” bibir itu rersenyum sinis.
            “Aku benci pandang muka kau Bidin. Baik kau berambus. Jangan kacau hidup aku!!” tengkingnya lagi. Lelaki itu sudah berdiri menghadap lawan. Dia kembali ke arah mejanya. Dia memeluk tubuh disisi kerusi. Menjauhi tubuh lawan dihadapannya.
            “Kau tak nak tahu kebenaran” tempelaknya.
            Dato’ Haji Syarman renung tajam mata itu. “ Huh, kebenaran yang meyakitkan. Kau tikam aku dari belakang. Sanggup buat onar dengan isteri kawan baik sendiri. Tak perlu lagi kau ungkit kisah lama”
            “Opss..bukan isteri. Bekas isteri. Pembetulan” Suara itu masih mahu menyimbah minyak panas ke muka Dao’ Haji Syarman.
            Kedua-dua tangan Dato’ Haji Syarman digengam erat. Kemudian lelaki itu menghentak meja. Bergegar meja itu seketika.
            “Berambus!” suaranya lantang.
            Bidin menghampiri meja itu. Dia ketawa berdekah-dekah.
            “Aku kesian tengok kau. Tak sangka dapat juga kau gelaran dato’ kan. kau berjaya sekarang. Tapi sayang. Sebenarnya kau tak pernah menang. Kau tahu kenapa. Sebab kau bodoh. Hahahaha..”
            “Baik kau berambus sekarang sebelum aku call polis. Jangan ganggu hidup aku.” tangan lelaki itu sedang mendail nombor telefon. Sengaja mahu mengertak.
            Telefon itu terhempas dari pegangan. Jari-jemarinya tidak jadi mendail. Sepucuk pistol diacukan tepat ke arahnya.
            “Bi..bidinn..appa..kau nak hah. Kau nakk bunuh aku” tergetar-getar suara itu.
            “Hahaha..”
            Wajah Dato’ Haji Syarman pucat.
            “Kalau aku bunuh kau sekarang. Sia-sia je matlamat aku. Kau lombong emas aku. Belum tiba masanya kau mati. Bertahun-tahun aku tunggu saat ni. Aku nak tengok hidup kau hancur. Aku ingat dulu kau memang dah hancur. Aku harap kau sengsara lepas kau rampas kebahagiaan aku. Kau rampas apa yang sepatutnya jadi hak milik aku. Sebab kau juga aku hidup dalam buruan polis. Sekarang aku datang pada masa sesuai. Aku nak hancurkan apa yang kau miliki sekarang. Aku benci tengok kau bahagia sedangkan aku menderita. Aku nak ambil hak aku. Aisyah milik aku”
            Dato’ Haji Syarman terkedu. Terkejut dengan kawan yang dianggap seperti saudara sendiri tidak senang dengan hidupnya. Apa salah dirinya sampai Bidin berubah kerana hasad dengki. “Perempuan sial tu memang dah jadi hak kau. Kau ada hubungan dengan dia sejak kami berumahtangga. Apa lagi yang kau nak dari aku?” tengkingnya.
            Bidin senyum sinis. “Aku masih belum dapat miliki dia. Bertahun-tahun juga aku hidup dengan pelarian. Ini semua salah kau. Kalau dulu kau tak kawen dengan Aisyah. Dia dah lama jadi hak aku. Aku pun tak kan buat kerja bodoh tu.” renungan itu tajam. Tangannya masih memegang pistol.
            “Apa maksud kau “
            “Kau nak tahu sebab apa aku cakap kau bodoh. Kau nak tahu kenapa kau kalah. Sebab kau tinggalkan orang yang langsung tak buat salah apa-apa. Hahaha..kau bodoh. Bodoh syam.”
            Dato’ Haji Syarman berdebar-debar. “Apa kau cakap ni Bidin”
            “Aku rogol Aisyah tanpa kerelaan dia” mata itu merenung tepat ke mata Dato’ Haji Syarman.
            Bagai halilintar tepat menyambar gegendang telinga Dato’ Haji Syarman. Berubah airmuka lelaki itu. Dia terduduk di atas kerusi. Dadanya terasa sakit. Tangan kanannya memegang baju tepat dibahagian dada kiri. Dia benar-benar terpana dengan kebenaran itu.
            “Aku rogol Aisyah tanpa kerelaan dia” ayat itu bergema di gegendang telinga berulang-kali. Jantungnya terasa sakit tatkala mendengar berita yang amat mengejutkan itu. Dia menghidap sakit jantung. Mungkin kerana terlalu terkejut dadanya seperti mencengkam pernafasannya.
            Bidin kaget. Lelaki itu seeprti sedang tercunggap-cunggap. Rosak rancangannya. Dia baru bercadang menggugut agar lelaki itu serahkan sebahagiaan harta buatnya. Dia kelam kabut. Kalau dia terus berada di sini polis akan menagkapnya. Keadaan lelaki itu seperti kritikal. Dia berlari sederas mungkin. Sesekali dia terlanggar meja di ruang luar pejabat itu. Beberapa staf terkejut dengan keadaan lelaki itu yang berlari terhuyung-hayang.  Bayangnya terus menghilang dengan pantas.
            Farah, setiausaha syarikat itu mengesyaki sesuatu telah terjadi dengan bosnya. Dia cemas lantas menuju ke bilik itu “ Ya Allah. Tolonggg!!!!!
                                                            ………………………….
            Puan Salmah, Fariz Haiqal dan juga Nur Aina sedang berdiri menghadap cermin yang boleh menembusi dari pandangan dalam. Sekujur tubuh sedang terbaring. Mulutnya ditutupi dengan alat bantuan pernafasan. Terdapat mesin yang memaparkan kadar frekuensi denyutan jantung lelaki itu. Beberapa wayar menghiasi pergelegangan tangan tubuh yang kaku di pembaringannya.
            Nur Aina memeluk tubuh Puan Salmah. Wanita itu sedang menangis teresak-esak. Dia cuba menenangkan wanita itu. Hatinya turut sebak dengan apa yang terjadi.
            Di satu sudut, Farah, setiausaha Dato’ Haji Syarman sedang membuat keterangan tentang apa yang berlaku. Dia saksi kejadian.
            Farah datang bersama seorang anggota polis yang berusia dalam lingkungan 20-an. Hampir sebaya dengan Fariz Haiqal. Mereka menghampiri luar pintu bilik wad kecemasan itu.
            “Pihak kami akan menjalankan sisatan tentang kejadian ini, En. Fariz. Kami akan cuba mencari suspek yang dikatakan itu. Kalau ada unsur-unsur jenayah. Kami akan segera dakwa lelaki itu. Buat masa sekarang kami minta maaf. Mungkin pihak En. terpaksa tunggu buat sementara waktu. Kami harap Dato’ Haji Syarman akan selamat dan sedar. Itu akan memudahkan kita mencari bukti”
            Fariz Haiqal angguk-kepala. Dia sendiri dirundung kesedihan. Baru kini dia mula sedar. Sebenarnya dia sayang dengan lelaki itu. Cuma dia sengaja keraskan hati. Fariz Haiqal berharap agar bapa angkatnya itu segera sedar. Dia ingin minta maaf di atas kedinginan sikapnya selama ini. Dia benar-benar kesal.
                                                            ………………
            Datin Salmah termenung. Dia masih murung. Baru sahaja tadi dia dikejutkan dengan keadaan suaminya yang kritikal. Kali ini kejutan yang baru pula muncul. Fariz Haiqal memegang erat jari-jemari Datin Salmah. Tiba-tiba wanita itu mengalirkan airmata. Menangis tanpa suara, Fariz Haiqal tahu apa yang menggangu fikiran wanita itu. Bapa angkatnya sedar dari koma. Cuma keadaan lelaki itu tetap kritikal. Biarpun masih lemah, lelaki itu berusaha untuk bersuara. Dia  telah mengkhabarkan berita yang amat mengejutkan. Rupa-rupanya dia pernah hilang masa lalunya. Kebenaran itu memberi kesan yang amat mendalam pada Datin Salmah. Dia terkenang perbualannya dengan bapa angkatnya sebentar tadi.
            “Maafkan papa. Memang salah papa. Sal maafkan abang. Abang yang salah”
            Nur Aina memapah Datin Salmah. Mereka keluar dari bilik itu. Datin Salmah tidak betah untuk mendengar butir-bicara suaminya itu selanjutnya. Kebenaran yang disingkap lelaki itu menjadikan jiwanya rapuh. Hancur-luluh hati wanita itu.
            Fariz Haiqal setia di sisi Dato’ Haji Syarman. Lelaki itu menangis melihat langkah longlai isterinya yang telah pun meninggalkan mereka.
            “Riz..tolong papa. Tolong..” Dalam suara yang lemah lelaki itu masih mahu bersuara. Sesekali dia menekan dada yang sakit. Fariz Haiqal cuba juga memujuk agar lelaki itu berehat. Dia takut kalau lelaki itu tertekan, keadaan kesihatannya semakin terganggu. Sikap degil lelaki itu meruntun hatinya. Ahkirnya dia mengalah.
            Suara Fariz mendayu. Dia sebak. “ Papa nak Riz tolong apa, pa. Riz janji akan tunaikan sebaik mungkin”
            Airmata masih setia berlinangan di pipi lelaki itu. “Tolong cari Aisyah binti Bahrin. Cari anak-anak papa. Papa berdosa pada mereka Riz. Papa abaikan mereka. Papa fitnah bekas isteri papa. Tolong papa Riz. Papa nak jumpa mereka. Papa menyesal Riz. Papa yang salah. Papa takut hukuman tuhan” lelaki itu menangis teresak-esak.
Bab 13
Fariz Haiqal buntu. Merata tempat dia mencari orang yang telah diamanahkan oleh papanya. Keadaan papanya pula semakin hari semakin teruk. Dia mahu segera membawa mereka berjumpa dengan Dato’ Haji Syarman. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Takdir tuhan tiada sesiapa yang menduga. Dia risau kalau ajal lelaki itu tiba tetapi tidak sempat memohon maaf dengan bekas isteri dan anak-anaknya. Ke mana lagi dia harus cari. Dia sudah cuba cari jejak mereka berpandukan alamat yang diberitahu bapa angkatnya namun usahanya sia-sia. Keluarga itu telah berpindah ke tempat lain. Jiran-jiran juga tidak mengetahui ke mana keluarga itu membawa diri. Dia duduk di ruang tamu. Matanya menghadap kipas yang sedang berputar ligat. Fikirannya kusut. Dia melelapkan mata
“Fariz dah iklankan kat surat khabar?” soalan Datin Salmah membuat Fariz Haiqal terpana. Matanya terbuka semula. Wanita itu datang secara mengejut. Dia mengambil tempat di sisi Fariz Haiqal.
Kenapa aku tak terfikir sebelum ini. Fariz Haiqal teruja.
            “Kita pun boleh minta tolong pihak media siarkan berita tentang mereka. Peluang nak jumpa tu mungkin sangat tinggi Riz” sambung wanita itu lagi.
            Dia tersenyum lebar. “Bagus cadangan mama tu. Esok Riz pergi jumpa mereka” riang suara itu.
            Datin Salmah membalas senyuman itu. “ Mama gembira Riz dah berubah. Kalau dulu nak borak dengan kami pun susah. Sepatah kami tanya, pendek saja Riz jawab. Sekarang pun dah boleh senyum. Mama terharu sangat Riz” mesra suara itu.
            Fariz Haiqal memegang tangan kanan Datin Salmah. Lantas dikucupnya.
            Datin Salmah mengalirkan airmata.
            “Riz minta ampun ma. Bukan niat Riz nak meyinggung hati papa dan mama. Hati Riz ni keras. Riz hanya berada dalam dunia Riz. Tanpa Riz sedar. Selama ini Riz masih ada dunia lain. Maafkan Riz. Riz sayang mama. Riz sayang papa. Semua tu sudah terlambat. Kesedaran Riz timbul bila maut bakal menjemput papa” Airmata sulungnya tumpas. Kali ini dia benar-benar sedih. Perit jika akan kehilangan orang yang disayangi lagi.
            Datin Salmah makin ligat menangis. “ Jangan cakap begitu Riz. Papa akan selamat.”
            Inilah pertama kali anak-beranak itu berpelukan. Lama mereka berkeadaan seperti itu.
            Fariz Haiqal kembali tenang. Kesedihannya surut. Datin Salmah mengesat sisa-sisa tangisnya.
            “Riz tak akan tinggalkan mama. Mama dan papa tetap ibu dan bapa Riz” sayu suara itu. Dia memegang jari-jemari Datin Salmah.
            “Terima kasih Riz.” Datin Salmah sebak.
            “Mama redha dengan apa yang berlaku ni?” duga Fariz Haiqal.
            Wajah wanita itu berubah murung. Dia tersenyum. Senyuman itu jelas tidak sampai ke telinga. Senyum dalam kepayahan. Dia angguk kepala.
            “Mama tak salahkan mereka Riz. Mama yang rampas papa dari mereka. Mama yang salah”
            Fariz Haiqal geleng kepala. Nada suaranya lembut memujuk. “Bukan salah sesiapa ma. Semua ini ketentuan dari Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui hikmah di sebalik semua yang berlaku.”
            “Mama redha Riz. Kita mesti cari mereka. Mereka juga berhak ke atas harta papa.”
            Fariz Haiqal terdiam seketika. “Apa reaksi Mimi. Dia dapat terima yang dia masih ada adik-beradik lain?”
            Datin Salmah tidak menjawab pertanyaan itu.
            Fariz Haiqal dapat agak jawapan Datin Salmah. Nampaknya masalah akan timbul kalau ada yang membangkang dengan situasi ini.
            “Bila Mimi nak pulang ke sini?”
            “Beberapa hari lagi Riz. Mama harap dia boleh terima” suara itu was-was. Datin Salmah teringat kembali perbualan di telefon. Panggilan yang dibuat  ke luar negara.
            “No ma. Mimi tak boleh terima semua ni. Mimi tak akan biarkan mereka rampas hak Mimi. Langkah mayat Mimi dulu. Ini semua salah papa” tengkingan suara dari arah sana menyentap jantung Datin Salmah.
            “Papa sakit Mimi. Mimi tak risau ke keadaan papa sayang. Kenapa harta pula yang Mimi fikirkan” nada suara itu lemah. Mengalir airmata Datin Salmah dengan sikap tidak bertimbang rasa anak gadisnya itu. Dia teringat pada Nur Aina. Berbeza perwatakan anaknya dengan gadis itu. Hati sang ibu menangis kesal.
            “Ahhh..peduli apa. Papa memang layak terima semua tu. Lantak lah apa nak jadi. Bila Mimi dah balik sana. Mimi nak tuntut hak Mimi!!” talian dimatikan. Jerkahan itu menyiat-yiat hati Datin Salmah. Dia tidak sangka anak gadisnya berhati sebusuk itu. Mungkin memang salah dirinya sendiri, tidak pandai mendidik anak gadisnya itu hingga menjadi insan yang pentingkan dunia. dia gagal menjalankan amanah dari tuhan untuk melahirkan anak yang solehah.
Bab 14
“Abang maafkan Sal. Bukan niat Sal nak hukum abang. Sal tidak jenguk abang tiga hari sebab Sal nak tenangkan diri. Bila Sal mampu berfikir secara waras. Sal mula sedar. Semua yang berlaku sudah tertulis sejak azali lagi bang. Sal redha. Abang tak salah. Sal langsung tak salahkan abang” wanita itu mengusap dahi lelaki itu dengan tangannya.
            Jari-jemarinya bertaut dengan pergelangan tangan lelaki itu. Dia tidak mampu bersuara. Keadaannya lemah. Datin Salmah tahu suaminya mampu mendengar. Biarpun bibir itu tidak bergerak. Dia tahu suaminya itu gembira dengan luahannya. Dia menangis. Sedih dengan keadaan lelaki itu. Doktor mengesahkan serangan jantung yang dialami suaminya telah melumpuhkan sistem badannya untuk berfungsi seperti biasa. Keadaan suaminya juga dalam situasi yang membimbangkan. Amanah lelaki itu juga telah disempurnakan. Sebelum lelaki itu disahkan lumpuh, dia masih mampu berkata-kata. Dia mahu wasiat hartanya akan diserahkan juga kepada warisnya yang ditinggalkan dahulu. Datin Salmah pegang amanah itu. Urusan bersama peguam yang berkhidmat menguruskan wasiat itu juga telah dilaksanakan. Hanya satu yang tinggal. Impian lelaki itu yang ingin berjumpa dengan bekas isteri dan anak-anaknya masih belum ditunaikan. Hati Datin Salmah masih tidak tenang selagi hajat suaminya tidak tercapai.
                                                            …………………..
            “Maafkan aku kalau ganggu kau. Aku tak tahu kenapa aku cari kau. Aku sendiri bingung. Buntu. Aku tak tahu macam mana lagi nak tunaikan hajat papa” luah Fariz Haiqal.
            Nur Aina terdiam. Dia mengikut langkah lelaki itu. Mereka duduk di kerusi panjang yang hampir dengan kolam reakreasi. Ramai juga pengunjung tetap di taman itu. Ada yang datang bersama keluarga. Ada pula yang datang secara berkumpulan. Paling ramai pegunjung taman awam itu ialah si teruna dan dara yang sedang asyik berpacaran. Apa pula gelaran mereka?. Nak kata kawan masih samar-samar. Kalau musuh?. Itu memang sejak dari dulu. Sekarang?. Apa status hubungan mereka pula?. Benaknya ditujah persoalan demi persoalan.  Nur Aina tidak selesa berdua-duaan di kawasan yang penuh dengan kehijauan alam ini. Insan disebelahnya pula adalah lelaki yang telah berjaya meragut ketenangan hati.
            “Tak apa. Lagipun aku tak berapa suka nak biarkan kawan gaduh aku dalam kesedihan. Nanti sunyi hidup aku.” Suara itu sebenarnya sedang menahan getar.
            Fariz Haiqal ketawa.
            Nur Aina merenung sisi lelaki itu. Dia suka kalau lelaki itu ceria.
            “Walaupun kau terpaksa tutup kedai?” soal lelaki itu. Serius wajah itu merenung anak matanya.
            Nur Aina kelu. Cuba cari alasan yang munasabah. Matanya kalah dengan renungan itu. Dia berkalih memandang kolam dihadapannya.
            “Aku buat semua ni pun sebab aku simpati dengan makcik.” Dalihnya.
            Entah kenapa Fariz Haiqal tidak suka mendengar alasan itu. Ermmm…
            “Bukan sebab aku?”soal lelaki itu secara tiba-tiba. Hati kecilnya berdebar-debar. Macam mana dia boleh keluarkan ayat seperti itu. Merah padam mukanya menahan malu. Empat pasang mata saling merenung.
            Bibir Nur Aina ingin bergerak. Namun dia tidak dapat meluahkannya. Malu tapi mahu. Dia yakin dia telah jatuh cinta. Perasaannya itu benar. Dia ikhlas. Dia tidak tahu sejak bila hatinya mencintai lelaki itu, sedangkan mereka tidak pernah mesra sebelum ini. Nur Aina resah ditenung begitu.
            Err..apa perkembangan terbaru bekas isteri dan anak-anak pakcik.  Dah jumpa diorang?” Nur Aina resah.  
            Fariz Haiqal tersentak. Dia tidak sedar matanya asyik merenung keindahan di hadapan mata. Kewujudan gadis itu telah merubah pendiriannya. Dia kini mampu ketawa. Mudah mengukir senyuman. Hubungannya dengan keluarga angkat juga kian mesra. Mungkin kehadiran gadis itu berjaya mengikis batu yang menghuni hatinya. Cuma dia sendiri keliru. Apa perasaannya terhadap gadis itu. Benci?. Suka. Sayang?. Atau Cinta?.   
“Belum lagi.” Suara itu hampa.
Nur Aina terdiam. Wajah muram di sisinya ditenung. Ke mana perginya suara kasar lelaki itu?. Kalau dia buat wajah itu lagi, tidak mustahil hati wanitanya akan tewas. Wajah itu nampak comel sangat.  Aish..boleh gila bayang aku macam ni.. bisik hatinya.
            “Kita damai”
            Hampir tersedak Nur Aina. Air liur yang ditelan, laju menghenyak tekak. Terkebil-kebil matanya.
            Fariz Haiqal mengukir senyuman.
            Aduh cair. Pertama kali Nur Aina dapat tatap senyuman paling manis yang pernah diukirkan lelaki itu. Ada ketika hatinya was-was juga. Benarkah lelaki itu telah berubah?. Teragak-agak Nur Aina membalas senyuman itu.
            “Malam tadi kau mimpi apa. Tiba-tiba baik sangat ni. Otak kau dah kembali ke tempat asal erk” dia berseloroh. Gelak kecil. Jantungnya berdetap laju. Makin lemah dengan suara lembut lelaki itu. Hilang segala kekasarannya ketika lelaki itu ketawa.
            Nur Aina senyum. “Tau tak, kau sebenarnya tak adalah jahat mana. Bila aku kenal kau, baru aku tahu kau ni baik. Cuma perangai elok kau terselindung” suara gadis itu berubah ceria.
            “Aku tau. Keadaan yang jadikan aku macam ni” nada suara itu mendatar.
            Nur Aina teringat perbualannya dengan Datin Salmah tempoh hari. Dadanya sebak. Lelaki itu punyai sejarah hitam yang amat menyedihkan. Tumpah simpatinya. “Kau bertuah tau. Kau masih ada keluarga. Pakcik dan makcik sayang sangat kat kau. Macam aku ni. Ermm..aku tak sempat nak rasa kasih ayah” suara itu berubah sayu.
            Fariz Haiqal kerut kening. “Maafkan aku kalau buat kau sedih. Ayah kau dah meninggal?” soalnya.
            “Ish apa la kau ni. Hidup lagi orang tua tu. Mak dan ayah aku bercerai hidup. Masa tu aku kecik lagi. Tak faham apa-apa pun” suara itu seperti meyimpan sendu.
            Fariz Haiqal tersentuh. Penderitaan gadis itu hampir sama dengannya. “Kau ada jumpa dia?” suara itu rendah.
            Nur Aina menggeleng kepala perlahan-lahan. Dia menarik nafas dalam-dalam. Kemudian, menghembuskannya semula. “Nak jumpa macam mana. Aku sendiri tak tahu mana dia menghilang. Mak aku pula kalau kiteorang tanya tentang ayah, dia malas nak cakap. Bayangkan, gambar ayah aku tak ada langsung dalam simpanan kiteorang. Aku rasa aku hanya dapat tengok nama dia je. itu pun dalam surat beranak. Hanya itu bukti yang aku ada. Menunjukkan aku bukan anak luar nikah. Aku masih ada bapak. Sebab tu aku benci kat lelaki. Bagi aku lelaki ni semuanya tak bertanggungjawab. Tahu kawen je. Jaga anak tak tahu.” Suara itu mengeras.
            Bibir Fariz Haiqal terbuka sedikit. Dia mengeluarkan bunyi hembusan nafas. Kasar sedikit. “Kau tahu tak kat sebelah kau ni pun lelaki” sindirnya.
            Nur Aina gelak. Selepas itu dia bersuara. “O.k. lah. Aku mengaku. Ada sesetengah jer yang masih boleh dipercayai. Nisbah 1 dalam 10. Itu pun susah nak jumpa”
            “Sekarang kau percaya ada kan. Contoh terdekat aku. Lelaki malaya terakhir. Untunglah siapa yang dapat aku” Fariz Haiqal puji diri-sendiri.     
            “Eleh, kau cakap senanglah. Cuba kau kawen. Bila dah ada dalam situasi tu, baru kau tahu macam mana besarnya tanggungjawab kau sebagai ketua keluarga tau” Nur Aina mencebik. Saja membantah.
            Fariz Haiqal geram. “ Oh kau cabar aku ye. O.k. Kalau kau nak tengok betapa baiknya aku sebagai seorang ayah, kau kawen dengan aku dulu. Lepas tu, baru kau tau yang orang macam aku ni satu dalam seribu. Ayah yang terbaik” Dia tidak sedar apa yang sedang dia utarakan.
            Nur Aina rasa tercabar. Dia tidak sedar perbualan mereka itu satu komunikasi yang serius. Dia hanya mahu membangkang lawan di sebelahnya. “ Kau ingat aku takut. Aku pun boleh buktikan kat kau. Wanita lagi bagus dari lelaki dalam bab rumahtangga ni.” Lantang suaranya. Badannya menyerong sedikit untuk menghadap mata lawan.
            Fariz Haiqal tak mahu mengalah. “Kau bagus tang mana?” tempelaknya.
            “Aku pandai jaga anak. Pertalian ibu dengan anak lebih rapat berbanding ayah. Ibu lebih peka dengan perasaan anak. Sebab hati ibu ni lebih sensitif. Cepat tersentuh. Aku rasa kau kalah dalam bab tu. Anak akan lebih memihak kat aku” suara itu selamba sahaja mengutar hujah.
            Fariz Haiqal gelak kecil. “Aku pun pandai jaga anak. Luaran aku aje nampak kasar. Hati aku ni tak ada keras mana. Aku boleh faham kehendak diorang. Lagipun kau sebagai ibu lemah. Mana mampu nak protect diorang. Aku ni yang boleh diharapkan. Kau mesti cari aku jugak” tingkah Fariz Haiqal.
            Perbualan mereka semakin tegang. “ Aku tahu masak”
            “Kalau bab memasak tu boleh jer orang lelaki belajar. Buku memasak kan banyak. Kat internet macam –macam resipi ada. Silap haribulan aku masak lagi sedap dari kau. Anak kita pun nak aku yang masak. Maklumlah bapak diorang masak lagi power” suara itu bersungguh-sungguh.
            “Huh. Aku tak suka anak kita ikut perangai kau. Nanti kepala diorang pun tak betul.”
            “Aku lagi tak nak. Kalau yang perempuan ikut perangai kasar kau. Aku rasa tak kawen diorang sampai ke tua.” Bantahnya.
            “Habis kepala kau betul sangat. Perangai kau tu lagi kasar”
            “Sekurang-kurangnya kepala diorang tak macam kepala minah senget merangkap mak diorang ni”
            Nur Aina ketap bibir. “ Kepala kau lah yang senget, beruk sarkas” Nur Aina membantah.
            “Kalau aku beruk sarkas. Kau isteri beruk sarkas!” Nyaring suara itu.
            Nur Aina terdiam. Begitu juga Fariz Haiqal. Suasana bisu seketika. Apa yang mereka merepek dari tadi?. Fariz Haiqal rasa lain. Dada Nur Aina berdebar-debar.
Akhirnya terburai ketawa mereka, sedangkan kedua-dua hati itu sedang bergetaran hebat.


Bab 15
Puan Aisyah tidak keruan. Berita di tv3 yang tersiar sejak pukul 8.00 malam tadi, benar-benar mengejutkannya. Tak mungkin. Mukanya pucat. Ikram, Iman leka menonton cerita drama yang baru sahaja bermula selepas siaran berita itu.
Nur Aina tidak dapat fokus. Berita yang tersiar tentang keadaan Dato’ Haji Syarman mengganggu emosinya. Dia terbayang wajah Datin Salmah. Kasihan wanita itu. Keadaan kesihatan suaminya semakin kritikal. Dia berdoa moga mereka menjumpai kesemua anak kandung dan bekas isteri lelaki itu.
Mata Puan Aisyah tegak menghadap skrin. Wajah lelaki yang terbaring dengan memakai bantuan alat pernafasan seperti sedang muncul di kaca tv itu. Dia resah. Apakah dia harus menceritakan perkara yang sebenar. Lelaki itu sedang nazak. Sampaikah hatinya melihat keadaan insan yang amat disayangi itu menderita?. Hatinya memberontak. Tiba-tiba perasaan marah dan cemburu menguasai hati. Dia geram. Sampai hati lelaki itu berkahwin lain. Batinnya menjerit.
“Kesian keadaan ayah Fariz mak. Ermm…dah makin teruk. Doktor kata peluang nak sembuh tipis. Entah sempat ke tak dia jumpa mereka” suara Nur Aina mencucuk gegendang telinga Puan Aisyah.
Puan Aisyah diserang rasa bersalah. Dia tidak boleh pentingkan diri. Mereka semua juga anak lelaki itu. Darah dagingnya. Bagaimana kalau lelaki itu akan pergi dalam masa terdekat tanpa sempat jumpa dengan zuriatnya?. Puan Aisyah sebak. Tak. Biarpun hatinya terluka tetapi dia tidak mahu berlaku zalim. Hak tetap hak. Tak akan berubah.
Puan Aisyah menangis. Airmatanya kian deras membasahi pipi.
Nur Aina tergamam. “Ish, mak. Tak mau lah emo sangat. Beria-ria mak nangis ni.” Nur Aina pelik dengan kelakuan ibunya.
Ikram dan Iman terkejut. Masing-masing merapati ibu mereka.
“Kenapa ni mak. Nape mak nangis?” wajah Ikram cemas.
Iman dan Nur Aina juga kalut.
Tangisan wanita itu kian deras.
“Mak” Nur Aina menyapa bahu ibunya. Puan Aisyah memeluk anak gadisnya erat.
Nur Aina tertanya-tanya. Dia tidak sedap hati.

Bab 16
“Ayah” Ikram dan Iman memeluk erat tubuh yang sedang terbaring itu. Suasana pilu menyelubungi bilik itu. Adik-beradik kembar itu tidak dapat menahan airmata dari keluar. Mereka peluk dato’ Haji Syarman seerat yang mungkin. Airmata membasahi pipi lelaki yang hanya mampu melihat itu.
            Datin Salmah menyeka airmata.
            Fariz Haiqal dari tadi merenung wajah di hadapannya. Nur Aina berdiri di sebelah kanan katil bersama ibunya. Hatinya tiba-tiba sakit melihat tangisan gadis itu. Seolah-olah dirinya juga merasai penderitaannya. Ingin sekali dia memujuk. Kalau boleh peluk. Mahu saja dia lakukannya. Dia benci tatkala airmata gadis itu tidak berhenti. Mencurah-curah seperti tadi. Wajah itu tidak bermaya. Baru dia sedar. Dia suka kalau senyuman sentiasa menghiasi bibir itu. Dia suka kalau wajah itu sentiasa ceria.
            Ikram dan Iman memberi ruang kepada Nur Aina. Mereka berganjak ke belakang. Memaut tangan Puan Aisyah. Kiri dan juga di sebelah kanan.
            Nur Aina pegang tangan lelaki itu. Sejuk. Hatinya rasa dingin sekali. Begini rupanya bila dapat pegang tangan lelaki yang bergelar ayah. Hatinya semakin sebak. Dia masih tidak berhenti mengeluarkan cecair dari matanya. Puan Aisyah telah menceritakan perkara yang sebenar. Baru dia tahu kenapa kedua-dua orang tuanya itu bercerai. Bencinya hilang serta-merta. Ayah kandungnya ini tidak bersalah. Dia juga terperangkap dalam keadaan sama seperti ibu Nur Aina. Patutlah selama ini bila dia pandang wajah Dato’ Haji Syarman dia rasa ada yang tak kena. Perasaan itu datang kerana pertalian darah yang mnegalir dalam tubuh mereka. Sungguh kecil dunia ini. Kenapa dia tidak menyedarinya sejak dulu lagi. Kebenaran datang dalam suasana  yang penuh menyayat hati. Takdir tidak menyebelahi mereka.
            “Aina tak sangka pakcik, ayah Aina. Kalau dari dulu Aina tau. Aina nak rapat dengan ayah. Nak peluk ayah. Aina nak borak panjang dengan ayah. ..” bicara itu terhenti. Dada Nur Aina turun naik. Dia mencium telapak tangan itu. Basah tangan lelaki itu dengan airmatanya. Dia memeluk lelaki itu pula. Airmata lelaki itu semakin laju keluar. Aina bangun semula. Dia mengusap dahi ayahnya. Kemudian cium.
            Semua yang ada sedih dengan kata-kata itu. Fariz Haiqal ketap bibir. Tangannya memeluk bahu Datin Salmah yang semakin kuat menangis.
            “Tapi… tak mungkin kita ada peluang itu.” Aina tidak mampu meneruskan kata-katanya. Dia melepaskan pegangannya. Dia berlari keluar meninggalkan perkarangan bilik wad kecemasan itu. Tangannya mengesat airmata yang mengalir laju.
            Masing-masing terkejut. Hanya mampu manghantar langkah gadis itu dengan linangan airmata. Dada kedua-dua kembar itu terhinjut-hinjut kerana menangis.

            Fariz Haiqal mengejar Nur Aina. Dia tidak sanggup melihat gadis yang berjaya mencuri hatinya itu bersedih.
            Nur Aina terjelopok di atas kerusi jauh dari bilik wad kecemasan yang menempatkan Dato’ Haji Syarman. Kepalanya disandarkan ke dinding. Matanya terpejam. Tubuhnya bergegar diiringi tangis yang deras. Ya Allah..kau ketemukan semula ayah dengan kami tapi… Hatinya sebak.
            Fariz Haiqal duduk di sebelah gadis itu. Dia juga turut bersandar di dinding. Kedua-dua tangannya kaku. Mahu saja dia peluk gadis itu namun dia sedar. Ada benteng yang menjadi penghalang untuk dia lakukan perkara itu. Nur Aina bukan muhrimnya.
            Nur Aina sedar dirinya sedang diperhatikan. Dia lekas-lekas mengesat airmata. Mengelak dari ditenung lelaki itu. “Kenapa kau datang sini” suara itu masih bergetaran. Nur Aina cuba sembunyikan kesedihannya.
            Mulut Fariz Haiqal terkatup rapat.
            Nur Aina gelak kecil diiringi tangisnya. “Kau dah tak ada kerja lain ke. Suka tengok aku nangis yer. Tak kelakar pun lah. Kau tak pernah tengok orang nangis ker?” wajah itu kuyu. Suara itu disulami tangisan.
            Fariz Haiqal terdiam. Lemah dengan tangisan itu.
            “Aku boleh pinjamkan bahu aku.” Spontan dia bersuara. Nada suaranya lembut.
            Nur Aina renung anak mata lelaki itu. Hatinya bertambah sayu. Tanpa suara dia merebahkan kepalanya di bahu kiri lelaki itu. Fariz Haiqal duduk tegak. Kedua-dua tangannya jadi kaku. Rasa macam nak peluk tubuh itu. Kalau boleh dia juga mahu belai wajah Nur Aina. Huh..Bahaya. Dia berperang dengan perasan sendiri. Senyuman terukir di bibirnya. Hatinya semakin sebak dengan tangisan gadis itu yang makin berpanjangan.

            “ Abang..Sya datang. Sya rindu sangat kat abang. Walaupun abang buang Sya. Tapi..kasih Sya pada abang tak pernah pudar. Sudah lama Sya maafkan abang. Sya tahu itu bukan salah abang. Anak-anak kita tak pernah benci abang. Percayalah mereka semua ni anak abang.”
            Dalam esak tangisan wanita itu meluahkan rasa. Selepas itu dia menceritakan perkara yang sebenar. Sebulan mereka berkahwin, Bidin selalu mengacaunya melalui telefon. Kalau tidak dapat telefon bimbit. Telefon rumah akan didail oleh lelaki itu. Kejadian itu berlarutan. Dia tidak sampai hati menceritakan perlakuan tidak sopan Bidin kepada lelaki itu. Satu hari, ketika suaminya  tiada di rumah, Bidin datang. Puan Aisyah cuba menutup pintu rumah semula namun tangan sasa lelaki itu lebih kuat. Akhirnya lelaki itu berjaya masuk ke dalam rumah. Dia dirogol tanpa belas kasihan. Mula-mula dia takut kalau dia mengandung. Tuhan mendengar penderitaannya. Kejadian itu tidak membuatkannya bunting anak Bidin. Namun cukup beri kesan yang amat mendalam di hati wanita itu. Sehingga dia terdorong untuk melaporkan perbuatan Bidin kepada pihak yang berkuasa namun lelaki itu sembunyikan diri dan sempat mereka-reka cerita kepada Dato’ Haji Syarman agar dia membenci Puan Aisyah.
            Selesai Puan Aisyah bercerita, semua yang ada semakin galak menangis. Sedih dengan nasib Puan Aisyah.
            Ya Allah..apa aku dah buat ni. Aku berdosa. Aku tuduh wanita yang paling mulia. Aku fitnah isteri aku yang tak berdosa. Ampunkan aku ya tuhan… bisik hati kecil Dato’ Haji Syarman. Matanya buntang. Airmata kian galak menitis. Dadanya sesak. Turun naik. Terkejut bukan kepalang mendengar berita itu.
            Semua yang ada kaget.
            Mesin di sisi itu mengeluarkan bunyi yang tidak tentu.
            “Abang!!” Datin Salmah menjerit lantas menghampiri suaminya. “Mengucap bang. Abang..”
            Puan Aisyah cemas.
            Ikram dan Iman menghampiri sisi tubuh itu. Mereka memanggil-manggil ayah mereka.
            Puan Aisyah lantas menekan loceng yang melekat di tepi dinding.
            Sejurus kemudian beberapa doktor berlari menuju bilik itu.
            Fariz Haiqal dan Nur Aina tergesa-gesa masuk semula ke bilik setelah melihat beberapa manusia yang memakai pakaian seragam sedang berlari pantas menuju bilik kecemasan itu.
            Daktor menutup mata lelaki yang terbaring kujur itu. Kedengaran bunyi mesin berdesing pada frekuansi yang sama.
            Suasana jadi pilu.
            Ayah.. Aina tak sempat nak borak dengan ayah. Aina nak ceritakan kisah hidup Aina kat ayah. Aina belum puas lagi nak berada disamping ayah. Sampai hati ayah tinggalkan kami lagi… Nur Aina terpana. Ucapan itu melekat di hati. dadanya makin sebak. Fikirannya kosong. Dia hanya mampu menatap sekujur tubuh yang kaku itu tanpa sepatah kata.
            Susuk tubuh seseorang sedang memandang sekilas cermin kaca yang boleh menembusi pandangan dari dalam. Dia mengenggam penumpuk. Tak guna….  Lelaki itu berlalu pergi.
Bab 17
            Orang ramai yang menghujani kubur yang masih merah itu tadi, beransur-ansur beredar. Mimi menarik tangan Datin Salmah supaya segera beredar. Makin sakit hatinya kalau lama-lama di situ. Dia tidak betah berada di samping manusia yang baru sahaja muncul dalam keluarga mereka. Dia benci. Perasaan menyampah meluap-luap.
Abang ..Aisyah tetap cintakan abang. Sudah suratan takdir cinta kita diuji sehehat ini. Damailah abang di sana. Hati kecil Puan Aisyah menangis. Ikram dan Iman memimpin kedua-dua bahu Puan Aisyah. Wanita itu lemah kerana terlalu bersedih. Mereka mengikuti jejak Mimi dan ibunya.
            Fariz Haiqal menahan getar di hati. Sekali lagi kehilangan orang yang disayangi. Dia mahu menangis. Cuma tangisan itu hanya mampu dihemburkan di dalam hati. Dia kesal. Sepatutnya dia tunjukkan kasih-sayang sebagai anak buat lelaki itu. Nasi sudah jadi bubur. Bapa angkatnya itu tidak akan kembali. Pandangannya kusam.
            Nur Aina masih setia menghadap tanah di hadapannya. Kedua-dua tangannya menggenggam batu-batu kecil yang mendiami sekitar tanah itu. Dadanya sebal. Teramat pedih. Dia menyesal kerana menumbuhkan benih kebencian di danau hatinya. Sebenarnya jauh di sudut hati dia sayang pada lelaki itu. Pernah juga terdetik di hati ingin berjumpa dengan ayah kandungnya. Tidak sangka keinginan itu ditunaikan oleh yang maha pencipta. Pertemuan itu sekadar sementara. Siapa dapat menduga peraturan yang telah ditetapkan buat perjalanan khalifah di muka bumi ini. Dia redha. Airmatanya membasahi pipi.
            Fariz Haiqal dapat rasakan kepedihan hati gadis itu. Dia tahu betapa sakitnya jika kehilangan orang yang disayangi. Wajah-wajah kesemua arwah keluarganya kembali berlegar. Matanya kuyu. Hatinya bagai disiat-siat. Dia mengajak Nur Aina ke suatu tempat. Nur Aina menurut dengan hati yang berat untuk meninggalkan kubur itu.
“Selamat tinggal ayah. Nanti Aina datang lawat ayah ya.” Nur Aina mengesat airmata terakhirnya. Suaranya disuakan pada kubur itu. Seolah-olah arwah ayahnya dapat mendengar bicaranya.
                                                            ……………………….
            Nur Aina mengikuti langkah lelaki itu dari arah belakang. Matanya melilau memerhati keadaan sekeliling. Kenapa lelaki itu membawanya ke sini?. Apakah tanah perkuburan ini bersemadinya keluarga lelaki itu?. Nur Aina terpana.
            Lelaki itu sedang membaca doa di tanah yang agak luas. Dia duduk mencangkung. Nur Aina bersila. Dia menghormati kunjungan di tempat bersemadi roh-roh disekitarnya. Gadis itu juga menadah tangan. Turut menghadiahkan beberapa bacaan dari ayat suci Al-quran.
            “Mak, ayah, kak, abang.. Ariz datang. Ermm..apa khabar semua hari ni?” suara itu mendayu.
            Nur Aina merenung sisi lelaki itu. Tersentak dengan bicaranya.
            Bibirnya sedikit-demi sedikit mengukir senyuman. Matanya sayu melihat wajah yang serius itu. Pandangan di mata itu kosong.
            “Ariz bawa kawan. Ermm..Hari ni Ariz hilang orang yang Ariz sayang. Perasaan tu sama bila Ariz hilang kalian. Ariz rindu…” tenang suara itu.
            Airmata Nur Aina pula yang tumpah tatkala mendengar luahan yang menyayat hati itu.
            Lama mereka berkeadaan seperti itu. Akhirnya Fariz Haiqal mengucapkan selamat tinggal buat tanah yang didiami kesemua ahli keluarganya. Mereka ditempatkan dalam satu liang lahad.
……………………………
Arghhhhhhhhhh……………
            Laungan lelaki itu mengejutkan Nur Aina yang berdiri di sebelah Fariz Haiqal. Mereka sedang berada di kawasan bukit yang jauh dari kesibukan kota. Dari atas bukit itu dia dapat lihat persekitaran bawahnya. Langit pula seperti jelas terbentang luas.
            Dia menelan airliur dengan kepayahan. Kalau dia rasa dirinya malang sebenarnya dia bertuah. Dia masih ada keluarga tetapi Fariz Haiqal pula…..
            Nur Aina tersenyum kelat sambil merenung wajah yang sedang melepaskan tekanannya.
            Fariz Haiqal gelak.
            Dahi Nur Aina berkerut seribu. “ Kenapa?”
            Lelaki itu menoleh ke arahnya. Jari telunjuknya mengarah ke dada langit.
            Nur Aina pandang ke arah itu.
            “Kalau orang dapat tembus langit. Keluar dari muka bumi ni sekalipun. Tapi..tetap akan balik ke bumi. Sejauh mana pun mereka terbang. Mereka tetap akan jatuh semula ke bumi. Sebab bumi kampung kita. Tak ada seorang pun yang lahir luar dari kawasan bumi ni.”
            Nur Aina tercuit. Dia gelak kecil.
            “Mati pun kat bumi” sayu ton nada itu.
            Nur Aina tahan sebak.
            Fariz Haiqal gelak semula. Kemudian menyambung suaranya.
            “Aku rasa damai kalau tengok langit. Seolah-olah ia mendengar segala rasa yang kita alami. Aku juga dapat rasa kehadiran yang maha pencipta sangat dekat dengan aku. Bila aku pandang langit. Bila aku menjerit. Aku puas. Rasa beban yang aku simpan dah keluar dari badan aku”
            Nur Aina khusyuk mendengar. Dia lebih suka mendiamkan diri.
            “Kau tahu kenapa langit selalu ada macam-macam musim. Kadang ia cerah, kadang ia ditujahi hujan. Malam pula ia akan malap. Masa aku kecik-kecik aku selalu bayangkan..”
            Nur Aina renung sepasang mata yang sedang membalas renungannya.
            Fariz Haiqal menoleh ke arah dada langit semula. “Aku selalu bayangkan langit ni banyak simpan rahsia”
            Nur Aina kerut kening. “Rahsia?”
            “Badan langit sangat luas menampung segala apa yang dialami manusia. Dia menjalankan kewajiban ALLAH yang telah diamanahkan padanya untuk terus berkhidmat. Kadang-kadang bila manusia menangis, langit pun sedih. Sebab tu kita akan rasa hujan akan keluar dari badan langit. Bila kita eppy pulak, langit akan cerah. Dia juga gembira tengok kita. Kalau malam, badannya gelap. Sebab dia sunyi. Manusia kebanyakannya mati sementara. Dibuai mimpi. Tinggallah langit keseorangan. Sekali-sekala badannya akan didatangi bintang-bintang dan cahaya bulan. Waktu itu dia gembira. Dia tahu ada segelintir manusia sedang berkasih-sayang. Dia juga dapat rasakan kasih-sayang, badannya pula akan cantik dengan hiasan bintang-bintang dan bulan itu tadi. Kalau badannya didatangi petir. Itu kerana tuhan sedang menguji manusia. Dia pun turut terkena hukumannya. Sakit-sakit badan langit. Sebab itu langit pun menangis dan turunkan hujan diiringi petir. Tapi itu hanya bayangan aku. Sebenarnya Allah maha mengetahui setiap kejadianNYA. Setiap apa milikNYA pasti ada keunikan yang sendiri bagi sesiapa yang mahu berfikir tentang kebesaranNYA..”balas Fariz Haiqal
            Nur Aina gelak kecil. “Wah, hebat teori kau tentang langit”. Dia tidak sangka lelaki yang dulunya selalu bersikap kasar, punyai mata hati yang sangat terang. Lelaki itu tulus dalam pemerhatiannya. Nur Aina terhibur dengan pandangan lelaki itu. Lelaki itu juga masih ada pegangan agama.
            “Aku lebih suka pandang dunia ni melalui mata hati. Aku  suka jadi pemerhati. Menilai segala yang berlaku di muka bumi. Setiap kejadianNYA sungguh menakjubkan. Selagi iman masih ada di hati, selagi itu keredhaan kita dengan apa yang berlaku tetap kuat. Aku rasa tenang bila makin dekat dengan islam. Kaki aku pun tidak gentar melangkah duri dan ranjau yang akan mendatang.” Fariz Haiqal bersuara lagi
            Nur aina tersenyum lebar. “Aku kagum dengan diri kau. Kau tabah”
            Fariz Haiqal merenung anak mata Nur Aina.
            Nur Aina masih tetap dengan senyumannya. “Kalau aku ditempat kau, belum tentu aku dapat harunginya. Hilang orang yang tersayang, tidak sama bila kita kehilangan barang. Kau begitu tabah bila terpaksa tempuh kehilangan kesemua ahli keluarga kau dahulu. Ermmm” suara itu rendah. Dia simpati.
            “Macam mana kau tahu apa yang aku alami?” soal lelaki itu.
            Nur Aina merenung anak mata lelaki itu dalam-dalam. Dia memeluk tubuh. “ Makcik yang cerita kat aku..”
            Fariz Haiqal senyum kelat. Dia angguk kepala. “Banyak perubahan yang berlaku dalam hidup aku. Mula-mula kau datang. Kau perempuan pertama yang pernah bersembang dengan aku”
            Nur Aina menahan getar.
            “Hati aku dah mula berdarah setelah sekian lama membeku. Dingin seperti ais. Keras seperti batu. Aku mula sedar. Aku tidak pandai hargai kasih-sayang di hadapan mata. Bila aku nak balas kembali semuanya dah terlambat. Orang yang aku sayang pergi dulu tinggalkan aku. Apa yang aku mampu buat sekarang. Aku tak nak kejadian berulang lagi. Aku tak nak menyesal bila benda yang kita sayang pergi jauh dari hidup kita. Cukup sekali ni, pengajaran buat aku. Aku tak nak lepaskan lagi kalau aku sayang sesuatu tu. Aku nak tunjukkan sayang aku” nada suara itu kedengaran tidak bermaya.
            Nur Aina kian berdebar-debar. “Baguslah kalau kau dah sedar. Kau mesti hargai kasih-sayang makcik pada kau” dia sedang menahan degup jantung yang deras berlari. Dia tidak selesa tatkala lelaki itu berbicara tentang hati dan perasaan. Sebab dia terasa. Rasa itu kerana dia akui dia jatuh cinta pada Fariz Haiqal. Bukan kerana luaran. Jatuh cinta pada sekeping hati milik lelaki itu. Sesungguhnya keluhuran hati lelaki itu benar-benar meruntun kasihnya. Aku cintakan kau. Hatinya berbisik.
            Anak mata Fariz Haiqal merenung wajah disebelahnya. “Boyfriend kau tak marah kalau kita berlakon jadi kekasih?” suara itu serius. Dia turut merasai debaran hati yang tidak keruan.
            Nur Aina tergamam tika renungan itu tajam menjamah tubuhnya. Dia cuba mengawal perasaan. “Haha..kau kan tahu aku ni macam mana. Kasar. Mana ada lelaki nak dekat. Kau jer yang tak takut dengan aku” wajah Nur Aina ceria. Berpura-pura tenang dengan soalan itu.
            “Kalau macam tu boleh lah kita berlakon kawen pulak”
            Nur Aina hampir mahu rebah. “Apa yang kau merepek ni” berdesing telinganya.
            Suasana bisu seketika. Empat pasang mata itu saling merenung diantara satu sama lain. Nur Aina resah. Dia mengerling ke arah lain.
            Kedua-dua tangan Fariz Haiqal mengusap rambutnya. Kemudian dia melepaskannya semula. Aku tak tahu nak luah. Susah sangat. Aku yakin. Aku dah jatuh cinta kat kau Aina.. hatinya menjerit tertekan. Gagal meluahkan isi hati.
            “Kita kawen” wajah itu serius.
            Bagai terhenti jantung Nur Aina.
            Masing-masing terdiam.
Fariz Haiqal ketawa. Dia ingin menutup malu. Takut kalau gadis itu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya. Dari tadi Nur Aina diam membisu.
            Hati Nur Aina kecewa. Dia tidak maksudkan apa yang dia cakap..ermm..
            Gadis itu juga berpura-pura ketawa di atas kelukaan hatinya.  Sampai hati kau bermain dengan hati dan perasaan.. hatinya dihiris sembilu.














Bab 18
“No!!’
Jeritan Mimi membingitkan halwa telinga semua yang ada di ruang tamu banglo mewah itu. Peguam arwah Dato’ Haji Syarman terkedu.
“Sayang, mereka juga ada hak. Diorang adik-beradik Mimi juga kan” Datin Salmah memeluk bahu anak gadisnya. Cuba menenangkan Mimi.
“Siapa kata diorang adik-beradik Mimi. Mimi tak pernah anggap pun, ma. Never.  Diorang semua ni muncul sebab nak rampas harta papa. Buka mata mama tu. Diorang tak ada hak sesen pun. Itu hak Mimi. Kalau Mimi nak berkongsi pun biar dengan abang Riz. Mimi sanggup. Mimi tak kan berkongsi dengan diorang.” Mimi menolak tangan ibunya. Dia bangun sambil memeluk tubuh. Matanya menjeling pada empat orang anak-beranak yang sedang duduk dihadapannya.
 Peguam itu sedang mengesat peluh. Cemas dengan ketegangan yang berlaku. Amanah yang telah ditugaskan sepatutnya berjalan dengan lancar.
Nur Aina panas hati. Pantang keturunannya kalau orang pijak kepala. “ Wei perempuan. Kau ingat kiteorang hadap sangat nak makan harta ayah. Kami datang ke sini sebagai tanda hormat dengan arwah. Bukan macam kau. Menjerit tak tentu hala. Tak respect langsung.” Nur Aina mencebik.
Ikram dan Iman tidak berani bersuara. Namun di hati, kagum juga dengan keberanian kakaknya itu.
Datin Salmah dan Puan Aisyah diam membisu.
Fariz Haiqal sekadar menjadi pemerhati. Dia sendiri buntu memikirkan kekerasan hati Mimi. Dia pun tak berharap dengan harta itu. Dia bukan darah daging dato’ Haji Syarman. Dia tidak sangka lelaki itu bermurah hati memberi sedikit hartanya buat dirinya.
Mimi tenung tajam anak mata Nur Aina.
“Kenapa?. Marah. “ suara gadis itu masih meninggi.
“Mak kau tu perampas. Rampas bapak aku.”
Berpinar-pinar mata Nur Aina.
Pipi gebu Mimi merah, akibat tamparan kuat dari Datin Salmah.
“Mama tak ajar Mimi bersikap kurang ajar. Tak hormat orang sekeliling” merah mata wanita itu.
Masing-masing terdiam.
Tangan Mimi menekap pipi. Sakit yang dialami tidak sama dengan rasa pedih di hati. dia menjeling pada Nur Aina. Kebenciannya meluap-luap dengan gadis itu.
“Selama ni mama tak pernah tampar Mimi. Disebabkan perempuan tu dan keluarganya, mama sanggup sakitkan tubuh anak sendiri. Mimi benci mama” jeritan Mimi mengundang kesedihan Datin Salmah. Dia terjelopok ke sofa semula. Airmatanya menitis.
Mimi berlari meninggalkan rumah itu. Bunyi kereta yang menderu jelas kedengaran kerana pintu rumah itu terbuka luas.
Nur Aina rasa bersalah. Dia menghampiri wanita yang sedang menangis teresak-esak. Dia duduk di sebelah Datin Salmah. Bahu wanita itu diusap-usap lembut. “Maafkan kami makcik. Sebab kami Mimi dan makcik bergaduh. Kami tak nak harta tu. Makcik ambil dan serahkan bahagian kami pada Mimi. Kami tak berharap. Cukuplah apa yang kami ada selama ini makcik” lembut kata itu.
Datin Salmah memeluk tubuh Nur Aina. Dia menangis.
Nur Aina pandang semua mata yang memerhatikan mereka. Ibunya senyum hambar. Wajah Ikran dan Iman juga kesedihan. Peguam dato’ Haji Syarman hanya mampu tersenyum hiba. Dia menoleh pula ke arah Fariz Haiqal. Bibir lelaki itu memuntahkan senyuman. Nur Aina membalasnya. Dia tenang dengan senyuman itu.
Datin Salmah melepaskan pelukan. “Maafkan saya Aisyah” wanita itu memandang ibu Nur Aina.
Puan Aisyah senyum. “Tak mengapa Datin. Saya faham”









Bab 19
Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Fariz Haiqal mundar-mandir. Dia pandang wajah Datin Salmah sekilas. Wanita itu dihambat kerisauan. Sesekali matanya melilau memandang pintu. Ke mana Mimi pergi?. Hampir larut malam namun bayang adik angkatnya itu tidak kelihatan. Sebagai abang dia juga rasa cemas. Mimi telah dianggapnya sebagai adik kandung sendiri. Dia juga risau. Macam-macam boleh jadi pada adiknya itu. Dia perempuan. Kalau lelaki Fariz Haiqal tidak secemas begini.
“Kenapa Mimi tak balik lagi Riz. Mama risau sangat. Dia tu perempuan.” Suara itu cemas.
Fariz Haiqal menghembuskan nafasnya dengan kasar. “Mama jangan risau. Riz pergi cari Mimi ya ma” renungan matanya tumpah pada wanita yang sedang duduk menghadapnya.
Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Terdengar suara seorang lelaki sedang memberi salam dari hujung talian. Dia menyambut salam itu.
“ Astagfirullahhalazim. Kat mana Kim?” Hakim memberitahunya yang Mimi ada bersamanya. Mimi suruh menemaninya di sebuah kelab. Mimi mabuk.
“Ok.Aku datang sekarang” talian dimatikan.
Fariz Haiqal bergegas menuju gerbang pintu.
“Nak kemana Riz. Mimi selamat ke?”  wanita itu berdiri serta-merta.
Fariz Haiqal terlupa pada wanita itu kerana nak cepat. “Hakim ada dengan Mimi ma. Mimi mabuk. Riz pergi dulu ma”
Berderau darah Datin Salmah. Ya Allah, apa dah jadi dengan anak aku. Sanggup dia minum air kencing syaitan itu. Dia mengucap dalam hati.
                                                            …………………….
Seorang gadis sedang memegang gelas kaca yang berisi air minuman beralkohol. Jalannya terhuyung-hayang. Dia menarik tangan Hakim untuk mengikutinya. Badannya dilenggok-lenggokkan mengikut rentak irama di dalam kelab itu. Hakim terpaksa melayan kerenah Mimi. Nasib baik gadis itu menghubunginya tadi. Kalau tidak dengan keadaan gadis itu yang separuh sedar, sudah tentu memberi peluang pada lelaki hidung belang menidurinya. Dia sukakan Mimi. Sejak dulu lagi. Mimi juga tahu perasaanya itu. Gadis itu menolaknya mentah-mentah. Cuma gadis itu akan sentiasa meminta pertolongannya. Dia sedar dirinya dipergunakan tapi dia tidak ambil peduli. Cintanya terhadap gadis itu membatasi segala-galanya. dia rasa bertanggungjawab untuk membimbing Mimi ke jalan benar. Dia sentiasa berdoa agar suatu masa nanti gadis itu menerima cintanya. Dia juga berdoa moga gadis itu kembali kepangkal jalan. Dia menahan diri tatkala susuk tubuh yang berpakaian mengiurkan itu menari-nari. Beberapa kali dia mengucap di dalam hati. dia berperang dengan nafsunya sendiri. Tubuh gadis tu montok. Pakaian sendat membaluti tubuhnya. Skirt yang dipakai gadis itu hanya paras peha. Mana tak goyang keimanannya. Nasib baik dia masih mampu berfikir waras.
“Mimi, jom balik” Faqriz Haiqal datang menghampiri mereka.
Mimi ketawa. Dia pegang tangan lelaki itu. “Abang datang ya. Mimi sedih bang..” bicara gadis itu terhenti. Beberapa kali dia sendawa kekenyangan akibat terlalu banyak mengisi minuman haram itu ke anak tekak.
Gadis itu tidak henti-henti ketawa.
“Mimi sudahlah. Jom balik. Mama tengah tunggu kita. Tempat ni tak sesuai dengan Mimi dik” lembut suaranya memujuk. Usia Mimi beza lima tahun dengannya. Fariz Haiqal berumur 26 tahun. Usia gadis itu sebaya dengan Nur Aina.
Gadis itu baling gelas kaca ke lantai. Bingit seketika dengan bunyi kaca yang berderai. Beberapa orang yang hampir dengan mereka, menjauhi kumpulan itu.
“Mimi tak nak balik. Mama tak sayang Mimi. Semua tak sayang Mimi” Dia menangis pula.
“Abang sayang Mimi. Mimi kan adik abang. Mama pun sayang Mimi”
Hakim hiba dengan keadaan Mimi. Tangannya masih memapah bahu Mimi.
Tangan Mimi mengusap pipi Fariz Haiqal. Lelaki itu terdiam.
“Abang sayang Mimi?” suara itu manja.
Tangannya beralih ke dada lelaki itu pula. Beberapa kali dia menggoncangkan tubuh lelaki itu.
Fariz Haiqal pandang Hakim. Dia tahu sahabatnya itu terluka. Mimi menyimpan perasaan terhadapnya.
“Abang jangan tinggalkan Mimi tau. Kawin dengan Mimi. Mimi cintakan abang”
Hakim dan Fariz Haiqal terdiam.
Tangan gadis itu semakin kuat menggoncangkan bahu lelaki itu.
“Abang cintakan Mimi tak?” suara itu merengek-rengek. Sekali-sekala dia ketawa.
“Kim kita bawa dia keluar.” Fariz Haiqal tidak mahu memanjangkan perbualan itu.  Hakim menurut sambil memapah Mimi keluar dari tempat itu. Mulut Mimi bising menggungkapkan kata cinta terhadap Fariz Haiqal. Hakim ketap bibir.
                                    ………………
Fariz Haiqal tidak dapat melelapkan matanya. Dia risau. Dia takut kalau Mimi tidak dapat terima kenyataan. Dia tidak pernah mencintai gadis yang telah dianggapnya sebagai adik sendiri itu. Hatinya telah terisi. Dia cintakan Nur Aina. Tidak mungkin cintanya boleh ditukar ganti. Gadis itu cinta pertamanya. Akan menjadi cinta yang terakhir juga. Wajah manis bertudung litup itu berlegar-legar di kantung khayalan.
Dia mendail nombor telefon. Beberapa minit kemudian satu suara kedengaran di hujung talian. Suara itu kedengaran malas. Agaknya gadis itu sedang tidur tetapi terjaga dengan bunyi telefonnya.
“Hai..” Fariz Haiqal membuka bicara.
“Dah pukul 2.00 pagi lah. Tak tidur lagi ke?” suara itu masih malas. Nur Aina segar sedikit.
“Aku tak dapat tidur. Rindu nak dengar suara kau yang kasar tu” Fariz Haiqal mencari helah.
Kedengaran tawa di hujung talian.
“Kau ni pelik lah. Sebab itu aje kau sanggup tepon pagi-pagi buta ni. Skru kat otak kau dah tercabut balik ea” mata Nur Aina makin segar. Dia juga rindu dengan suara itu.
Fariz Haiqal ketawa. Hilang masalah yang menghujani benaknya.
“Yelah agaknya. Skru tu tercabut sebab mulut bisa kau tu”
Masing-masing ketawa.
“Kita ni asyik bertekak aje ek. Apa salahnya kau mengalah wahai beruk sarkas. Kau ni tak letih ea cari gaduh dengan aku?.” Suara itu ceria.
“Kenapa aku pula yang kena mengalah?”
“Sebab aku perempuan. Orang perempuan ni kaum yang lemah. Kena selalu diberi layanan sebaiknya. Lelaki perlu hormat kami tau” suara itu rendah.
             “ Baiklah minah senget. Aku Fariz Haiqal bin Damhuri ingin memohon maaf diatas kekasaran aku terhadap minah senget bin Dato’ Haji Syarman.” Lelaki itu ketawa.
            “Hei..” suara itu marah tetapi dalam bergurau “Nama aku Nur Aina Batrisya. Huh..”
            Lelaki itu makin galak ketawa. “Oh. Salah erk. Mana aku tahu. Dulu aku tak tahu nama kau. Aku pun panggillah kau minah senget. Sampai dah terlekat kat bibir aku” usik suara itu.
            “Yelah tu” suara itu mendatar.
            “Kalau aku tahu nama penuh kau. Dah lama aku dapat cari kau dan keluarga kau kan. Ermm” suara itu berubah serius.
            Nur Aina turut sebak. “Apa nak buat. Aku pun silap gak. Kalau dulu aku tanya nama pakcik dan makcik, dapat aku habiskan masa dengan arwah sebelum dia pergi”
Suara itu terdiam. “Maafkan aku terlambat cari kau”
“Ish..bukan salah kau lah.”
Suasana sunyi. Masing-masing hilang bicara seketika.
“Boleh tak kita teruskan lakonan ni?” suara Fariz Haiqal memecah kebisuan diantara mereka.
Nur Aina senyum meleret. “Aku kan dah janji nak tolong”
Suara lelaki itu serius. “Sampai bila-bila?”
“Hah?”  Kenapa dia ni. Saja nak buat aku perasan. Huh.. dada Nur Aina berdebar-debar.
“Hahaha..Nanti kalau aku dah ada pakwe, kita tak boleh teruskan lakonan ni.” Suara di hujung talian agak kekok. Nur Aina ketawa. Gelak yang dibuat-buat.
Fariz Haiqal terdiam. Dia tidak mampu menyimpan perasaan itu lagi. “Kalau kita ubah lakonan ni jadi realiti?”
Nur Aina menahan sebak. Apa maksud Fariz Haiqal. Tahukah apa yang sedang diucapkannya. “Girlfriend kau tak marah ke kalau tahu kau layan aku?” bergetar nada itu.
Tut..tutt..tut..
Perbualan mereka terputus. Fariz Haiqal geram. Kredit telefon bimbitnya tinggal kosong sen.  Dia kecewa. Baru sahaja dia cuba kumpul keberanian meluahkan isihatinya. Namun ,keadaan tidak mengizinkan. Dia berharap Nur Aina telefon dia kembali. Nur Aina resah. Dia malu nak hubungi lelaki itu selepas talian terputus. Dia takut akan terluka. Lelaki itu menunggu dengan rasa hampa. Akhirnya tertidur. Nur Aina harap, bangun tidur nanti, dia dapat lupakan segala apa yang lelaki itu katakan. Dadanya sebak. Takut jika dirinya dipermainkan. Apa sebenarnya yang ada di dalam hati lelaki itu?.
Bab 20
“Abang Riz, jom. Teman Mimi lunch. Lama tau kita tak jumpa sejak Mimi belajar kat oversea dulu. Sekarang ni, kita dah berada dalam satu pejabat. Still tak ada masa bersama juga kan” suara itu manja memujuk.
Fariz Haiqal rimas. “Sori Mimi, kejap lagi abang nak jumpa clien. Maybe lunch sekali dengan diorang.” Dia berdalih.
Mimi hampa. “Mimi ikut sekali lah. Boleh Mimi kenal dengan clien kita tu” dia keras kepala. Tidak putus asa.
Fariz Haiqal resah. “Tak boleh Mimi. Urusan ni private sikit. Kami dah janji tak nak libatkan orang lain.” Fariz Haiqal mengelak. Sebenarnya dia rancang mahu bertemu Nur Aina.
Mimi geram. “Mimi nak ikut. Mimi pun ada kena-mengena dalam syarikat ni. Ingat tu” ugutnya dengan nada yang manja.
Fariz Haiqal cuba bersabar. Mimi anak yang manja. Apa sahaja yang dia mahu selalu dipenuhi sejak kanak-kanak lagi. Mungkin sikap manjanya terbawa-bawa hingga kini. Dia tetap mahukan sesuatu itu mengikut kehendaknya.
“Sori” Fariz Haiqal merenung anak mata Mimi. Lelaki itu menahan sabar.
Mimi geram. Hajatnya tidak tercapai. Dia mendengus. “Huh” gadis itu melangkah keluar.
Fariz Haiqal menarik nafas lega.
                                                ………………………..
Nur Aina sedang meneliti beberapa barang yang baru sampai dari pembekal. Dia leka menyusun atur barang-barang itu. Seseorang sedang melangkah masuk ke kedainya.
“Apa khabar Aina?” suara itu menegur. Nur Aina berhenti dari pekerjaannya. Badannya dipusing ke belakang.
“Pakcik” Nur Aina seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Salim berdiri di belakangnya.
“Duduk pakcik.  Boleh kita sembang-sembang. Sori, Aina tak perasan tadi. Pakcik ni macam biskut chipsmore tau. Kejap ada, kejap tak ada.” Gurau Aina sambil mempersilakan lelaki itu duduk di kerusi yang sedia ada di kedainya.
Lelaki itu gelak kecil.
“Pakcik nak ucapkan takziah”
Nur Aina pelik.
Lelaki itu senyum. “Pakcik ada tengok berita. Pertemuan semula keluarga yang lama terpisah. Dato’ Haji Syarman itu orang yang terkenal. Sebab itu lah pakcik boleh tahu kisah hidupnya. Tak sangka Aina anak dia”
Nur Aina masih terkejut. Apakah berita itu sudah tersebar luas. Sehingga orang luar juga mengikuti kisah mereka.
“Ermm..tapi kami jumpa sekejap pakcik. Allah lebih sayang pada arwah.”
“Dato’ tu pernah kahwin lain?” soal lelaki itu.
“Arwah kahwin lain selepas bercerai dengan mak.”
Lelaki itu angguk-kepala. “Kalau Aina dah kaya nanti jangan lupa kat pakcik yer.” gurau suara itu.
Nur Aina kerut kening. “Eh, tak ada makna kaya pakcik. Kalau Aina dah kaya-raya. Tak ada Aina nak susah payah berniaga macam sekarang ni. Buat penat badan jer” suara itu ramah.
“Tentu Aina ada warisi harta peninggalannya. Dia tu kan ayah kandung Aina” duga lelaki itu.
Aina senyum. “Ada. Entahlah. Semua tu dalam proses. Aina malas nak ambil tahu pakcik. Aina sebenarnya tak minat nak jaga harta yang banyak ni. Menyusahkan. Aina lebih suka hidup sederhana macam sekarang” luah gadis itu jujur. Nur Aina meletakkan sos cili yang perbagai jenama di rak yang dikhaskan untuk barang itu.
Salim senyum sinis. Tak guna. Kau bagi harta kau pada mereka yer. Sepatutnya aku yang dapat.  Huh, kau ingat aku akan duduk diam. Tak ada apa yang boleh halang aku Syam. Aku akan hancurkan keturunan kau. Aku akan rampas segala apa yang kau ada.
“Rezeki jangan ditolak Aina. Maut jangan dicari”
Nur Aina senyum meleret. “Iya pakcik”
Susuk tubuh seseorang mencuri tumpuan Nur Aina. Dia jadi tidak tentu hala.
“Assalamualaikum”
Kedua-dua mereka menjawab salam yang dihulur.
Salim menoleh, lelaki itu menyalaminya.
“Siapa ni Aina?. Teman lelaki ke?” usik lelaki itu.
Merah padam muka Nur Aina.
“Saya tunang Aina pakcik. Pakcik ni saudara Aina ke?” soal Fariz Haiqal. Suara itu kurang mesra. Sepasang mata galak mencuri pandangnya.
Nur Aina terkejut dengan pengakuan lelaki itu. Bila masa aku jadi tunang dia ni?. Debaran hati bergoncangan.
Lelaki itu ketawa. “Bukan. Pakcik dah anggap Aina ni macam anak pakcik. Dapat juga pakcik makan nasi minyak.. Bila kamu berdua nak kawen?” dia mengajukan soalan itu pada Fariz Haiqal.
Merah padam muka Nur Aina menahan malu.
“Saya tunggu pengantin perempuan pakcik. Kalau dia dah ready,  hari ni juga saya kawen” serius nada itu.
lelaki itu ketawa.
Nur Aina ketap bibir. Huh..Dasar hati batu. Selamba jer cakap cam tu. Dia geram.
“Nak dating ke ni?” usik lelaki itu.
“Saya nak bawa tunang saya keluar lunch” wajah itu tiada langsung senyuman
Nur Aina buntang mata.
“Kalau begitu pakcik balik dulu ya Aina. Nanti pakcik singgah sini kalau ada masa”
“Eh, pakcik” Nur Aina cuba panggil lelaki itu. Dia terkilan kerana hanya dapat berbual seketika dengan pakcik Salim. Lelaki itu melambaikan tangannya. Lelaki itu pantas berjalan meninggalkan mereka.
Nur Aina menjeling pada Fariz Haiqal. Geram kerana lelaki itu sesuka hati menipu. Dia juga terbabit sama.
“Hai..”
“Hoi..” Nur Aina mencebik. Sakit hatinya masih tebal. Dia tidak mempedulikan lelaki itu. Tangannya ligat menyusun barang. Sesekali terdengar bunyi bising. Dia sedang meletakkan barang secara kasar. Nak lepaskan geram.
Fariz Haiqal serba-salah. Dia tahu Nur Aina marah dengan pembohongannya tadi. Sebenarnya dia cemburu melihat kemesraan mereka berdua. Pelik sungguh perasaannya itu. Dia tidak dapat kawal cemburu butanya. Rasa macam nak tumbuk lelaki yang mengganggu kekasihnya itu. Kekasih?. Hahaha.. Hatinya tersenyum bahagia. Kalau tak kena reject, Nur Aina bakal jadi kekasihnya. Dia melayani  perasaan sendiri.
“Sori. Aku tahu kau tak suka aku tipu.”
Nur Aina masih membatukan diri. Dia leka dengan tugasnya.
Fariz Haiqal bantu gadis itu menyusun barang.
“Aku kan dah minta maaf”
Nur Aina menghempas barang di rak itu sekuat hatinya. Tanpa dia sedari, tin sardin yang dihempas kuat tadi, terkena tangan Fariz Haiqal. Nur Aina cemas.
Fariz Haiqal mengangkat tangannya. Dia mengerang kesakitan. Tangan kirinya memapah tangan kanan yang terkena hempasan itu.
Secara spontan Nur Aina pegang tangan kanan lelaki itu.
Fariz Haiqal melepaskan tangan kirinya ke bawah. Sengaja membiarkan tangan gadis itu memegang jari-jemarinya. Jari telunjuk dan ibu jari lelaki itu bengkak. Riak cemas jelas di wajah gadis itu. Fariz Haiqal tersenyum gembira.
“Maaf.err.aku tak sengaja. Sakit ker?” suara itu cemas. Tangannya menggosok-gosok jari –jari yang bengkak berwarna merah itu.
Fariz Haiqal diam. Jarak mereka hampir.
Nur Aina yang dari tadi pandang ke bawah, mendongak. Memandang wajah itu. Empat pasang mata saling merenung.
Nur Aina tergamam. Dia melepaskan pegangannya dengan pantas. Dia berjalan ke tempat meja kaunternya. Pucat lesi wajah itu. Dia malu menatap wajah dihadapannya. Kedua, tangannya pula tiba-tiba gatal pegang jari-jemari itu. Seumur hidup itu kali pertama dia bersentuhan dengan lelaki bukan muhrimnya.
Fariz Haiqal menghampiri Nur Aina. Tubuh mereka bertentangan.
“Kau tak jawab lagi soalan aku malam tadi” suara itu serius. Mata lelaki itu tajam merenung.
Nur Aina tidak keruan. Dia mengawal debaran. Cuba membalas renungan itu. “Soalan?”
“Aku nak hentikan lakonan ini. Aku nak jadikan ia satu realiti”
Nur Aina tergamam. Kenapa renungan itu nampak serius. Fariz Haiqal yang sedang berdiri dihadapannya ini tidak sama dengan wajah yang selalu dilihatnya. Wajah itu kelihatan matang.
“He.nn.tikan”suara itu bergetaran.
“Aku cintakan kau” Fariz Haiqal berterus-terang. Dia tidak mahu lagi berdolak-dalih. Dia sanggup terima risiko. Kalau dia bertepuk sebelah tangan, dia pasrah.
Nur Aina terkedu. Dia malu. Sesungguhnya dia seperti berada di istana khayalan. Terbang di udara. Sukar untuk membalas kata-kata itu.
Fariz Haiqal hampa. Apakah gadis itu tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya.
Ehem..ehem..
Fariz Haiqal dan Nur Aina tersentak. Rupa-rupanya kak Leha sedang berdiri tidak jauh dari mereka. Sejak bila wanita itu curi-curi dengar perbualan mereka?. Nur Aina makin malu dengan kak Leha.
“Orang kata, kalau perempuan tu diam, tandanya ada chance dik” kelopak mata Kak Leha mengerlip pada Fariz Haiqal.
“O.k. lah. Sori kacau. Saja nak buat iklan comersial break kejap. Lambat bebenor drama nak habis” gurauan itu, mengundang tawa kak Leha sendiri. Wanita itu melangkah menuju kedai makan yang berhampiran. Sudah tiba masanya mengisi perut yang kosong.
Nur Aina ketap bibir, tahan malu. Senyuman manis terlakar di bibir.
Fariz Haiqal menoleh ke arah gadis itu semula. Senyuman itu mencuri tumpuannya. Gadis itu tertunduk malu. Kemudian merenung lelaki itu kembali. Dia turut tersenyum. Bahagia sedang bertamu di hati kedua-dua pasangan itu. Dia mengucap syukur di hati.
“Jom kawen” suara itu melonjak kegirangan. Jari-jemari Nur Aina dipegang kemas.
Riak wajah itu terkejut. Nur Aina cuba menarik kembali tangannya menjauhi tangan lelaki itu. Namun pegangan lelaki itu sangat kuat.
Nur Aina tidak mampu berkata-kata. Hilang sikap selambanya. Malu pula yang menguasai diri.
“Sayang malu ya” usikan Fariz Haiqal menambahkan lagi getaran hati Nur Aina.
Nur Aina jeling Fariz Haiqal. “ Ish tak baik lah kita pegang tangan. Kita kan tak ada ikatan lagi” suara itu perlahan. Nur Aina masih malu-malu.
Fariz Haiqal gelak kecil. “Kalau macam tu kejap lagi kita kawen ek. Lama-lama bercinta pun tak elok. Buat tambah dosa jer. Kan sayang” suara itu lembut. Saja mengusik. Fariz Haiqal suka kalau wajah itu diserang “virus malu”. Jari-jemari itu masih dalam genggaman. Dia tahu apa yang mereka lakukan itu satu dosa. Namun, dia kalah melawan asmara yang sedang melanda. Hatinya juga risau dengan godaan syaitan yang datang.
Panggilan “sayang” itu makin buat Nur Aina tidak keruan. “ Kejap lagi?. Kau ni tak menyempat” Nur Aina masih kekok untuk memanggil Fariz Haiqal dengan panggilan yang sopan.
Berubah airmuka Fariz Haiqal. “Apa ni sayang. Panggil kau pulak. Panggillah Iz Tak pun abang” Fariz Haiqal kenyit mata.
Nur Aina jeling manja. “Aku malu” suara itu rendah disulami senyuman malu. Kepala Nur Aina tertunduk malu.
Fariz Haiqal ketawa mesra. Suara itu berubah tegas tetapi mesra. “ Bakal isteri kena ikut cakap bakal suami. Mulai saat ni sayang kena panggil Iz. Iz akan panggil Ina. O.k.sayang”
Nur Aina angguk kepala sambil tersenyum mesra. Wajah itu ditatapnya.
Seorang lelaki masuk ke dalam kedai itu. Fariz Haiqal melepaskan pegangannya serta-merta. Pelanggan itu ingin bertanya sesuatu tetapi Fariz Haiqal melarang Nur Aina pergi ke arah lelaki itu. Dia melayani kerenah pelanggan itu sambil bertanya Nur Aina tentang pertanyaan lelaki itu.
Nur Aina tersenyum. Boleh tahan juga cemburu dia. Hatinya berbunga bahagia. Dia mengucap syukur di hati.
Sepasang tubuh seorang gadis tidak keruan. Dia sedang berdiri di sebalik keretanya. Mengintip drama yang menambah luka hatinya. Dia mengekori Fariz Haiqal hingga ke sini. Tidak sangka lelaki itu berbohong. Lelaki itu ingin bertemu dengan musuh yang amat dibencinya. Tiba-tiba satu tangan kasar merentap pergelangan tangan gadis itu. Gadis itu terpaksa mengikut kemahuan lelaki itu. Lelaki itu mengajaknya masuk ke dalam kereta.






Bab 21
“Apa kau nak hah?”
lelaki itu sedang mengacukan pistol ke leher Mimi. “Jalan. Cepat”
Kedua-dua tangan Mimi terketar-ketar. Dia lekas membawa keretanya. Mereka meninggalkan tempat itu. Mimi ikut segala petunjuk yang diberi lelaki itu. Kereta itu semakin jauh terperosok di kawasan yang agak jauh dari bunyi kenderaan. Namun kawasan itu hampir sahaja dari kedai Nur Aina. Mereka memasuki susur jalan yang kiri dan kanannya hanya ditemani semak-samun dan belukar. Akhirnya mereka sampai di sebuah rumah papan. Sekitar perkarangan rumah itu dikelilingi pokok-pokok besar. Rumput dan lalang juga tumbuh meliar, mengelilingi kawasan luar rumah usang itu. Mereka berdua keluar dari kereta. Lelaki itu masih mengacukan pistol pada gadis itu. Gadis itu disuruhnya berjalan dihadapannya. Mereka masuk ke dalam rumah itu. Mimi ditolak jatuh ke ruang tengah. Mimi memeluk tubuh. Dia takut kalau lelaki itu mengapa-apakannya.
Pandangan mata Mimi melilau. Dia geli. Keadaan rumah itu semak. Surat khabar bersepah di atas lantai. Rumah itu hanya ada meja makan dan beberapa kerusi. Pandangan mata Mimi tertancap pada dinding sekeliling rumah. Terlalu banyak kepingan gambar. Ada juga beberapa keratan suratkhabar yang ditampal di sekitar dinding. Dia tidak nampak jelas. Dia tergerak untuk melihat kesemua perhiasan yang menghiasi dinding rumah papan itu.
Lelaki itu sengaja membiarkan Mimi memerhatikan hasil karyanya. Dia mahu Mimi tahu siapa dia yang sebenarnya. Musuh arwah ayahnya.
Mata Mimi tertumpu pada beberapa keping gambar seorang wanita yang agak berusia. Macam pernah tengok. Dia pandang lagi. Gambar itu ada yang besar ada juga kecil. Gambar dua orang wanita yang berlatarbelakang sebuah kedai, menarik minatnya. Gambar itu. Hatinya jadi panas. Dia kenal. Gambar Nur Aina dan ibunya sedang berbual dengan seseorang di luar kedai.
Matanya beralih pula pada keratan akhbar. Dia tergamam. Gambar arwah ayahnya ketika ditabalkan gelaran dato’. Coretan kejayaan ayahnya itu dibaca sekilas. Mimi jadi bingung. Siapa lelaki yang menangkapnya itu?. Kenapa gambar arwah papanya ada di rumah ini?. Badannya berkalih ke arah lelaki itu. Matanya tajam.
            “Siapa kau?” tengkingnya.
            Lelaki itu sekadar memuntahkan tawanya.
            Mimi ketap bibir. “Kenapa kau tangkap gambar mereka. Tentang arwah papa aku pun ada dalam simpanan kau. Apa yang kau mahu sebenarnya?” dia menyambung kembali bicaranya setelah lelaki itu masih tidak menjawab pertanyaan itu.
            `Keadilan. Kemusnahan. Paling penting hak aku!!” pekik lelaki itu sambil mengacukan pistol kepada Mimi.
Mimi agak panik. Suaranya rendah semula. Dia takut saat lelaki itu mengacukan pistol. “Jangan. Jangan apa-apa kan aku. Akk.u janji. Aku akan berikan apa saja kau mahu” suara itu terketar-ketar. Wajahnya pucat.
            Lelaki itu ketawa. Kemudian wajahnya kembali tegang. Dia menyuruh Mimi duduk di kerusi. Gadis itu tidak membantah.
            “Kau tahu kenapa aku cari kau” lantang suara itu. Pistol masih dalam genggaman.
            Mimi tidak berani melawan kata-kata itu. Dia sekadar membisu.
            “Sebab ayah kau yang dah mampos tu.” tengkingnya.
            Buntang mata Mimi. “Taapii.keenappa..” tergagap-gagap dia dengan tengkingan itu. Seluruh badannya lemah. Dia sangat takut kalau dia dibunuh.
            “Kau kenal dengan gadis yang bernama Aina?” soal lelaki itu.
            Mimi ketap bibir. Hatinya panas. Kenal sangat. Musuh yang rampas harta dan insan yang dicintainya. Amarahnya makin membuak-buak.
            Lelaki itu senyum sinis. Dia menarik kerusi. Kemudian duduk bertentangan dengan Mimi. Jari-jemarinya mengusap pistol ditangan.
            Mimi menatap wajah itu dengan perasaan yang berbelah-bagi. Geram dan cemas.
            “Aku boleh jadikan kau untuk capai impian aku” dia membelek-belek pistol dihadapannya.
            “Kau nak aku buat apa?”
            “Aku nampak kau intip diorang tadi. Kau sakit hati dengan budak-budak tu?”. soalnya. Matanya merenung Mimi kembali. Suara itu masih tegang
            Mimi mengeluh kasar. “Bukan urusan kau”
            “Aku rasa kau dipihak aku. Matlamat kita pada orang yang sama. Cuma, aku ada hajat lain jugak”
            Mimi kerut dahi. “ Aku tak faham. Cakap saja lah apa maksud kau” kasar suara itu.
            “Kau nak tengok Aina musnah kan?”
            Mimi kecikkan mata. Bibirnya tersenyum manis.
            “Nama aku Bidin. Dulu aku kaya. Syarikat aku muflis. Tapi..ayah kau yang beli balik syarikat aku. Aku jadi kuli batak dia. Kerja dengannya. Aku minta share dalam syarikat tu tapi ayah kau cakap perniagaan dia masih belum stabil sepenuhnya. Dia suruh aku tunggu. Last-last orang lain yang beli saham tu. Kalau dia anggap aku ni kawan dia. Kenapa dia nak berkira pasal saham tu. Huh. Kami sukakan wanita yang sama. Aku kenal dengan mak Aina dulu. kami berkawan sejak sekolah lagi. Aku tak sangka mak Aina dan ayah kau bercinta tanpa pengetahuan aku. Rupa-rupanya percintaan diorang memang dah lama. Sekian lama aku bersabar dengan diorang. Aku rogol perempuan tu. Aku dah ugut jangan bagitahu sesiapa. Tak sangka dia report polis. Sekarang kau tengok lah. Aku terperangkap kat sini. Aku datang jumpa ayah kau dulu. aku ingat boleh lah aku minta hak aku. Duit dia dah berjuta-juta. Tak sangka belum sempat aku minta apa-apa, dia dah mampos dulu” panjang lebar lelaki itu menyingkap sejarah dulu.
            Mimi tergamam. Dia renung mata lelaki itu dengan pandangan tajam. “Kau penyebab papa kena serangan jantung” suara itu menahan marah.
            Lelaki itu ketawa. “Semuanya dah terlambat”
            Mimi jeling tajam. Dia teringat sesuatu. Dia tersenyum penuh makna. “Aku rasa kau boleh tolong aku jugak kan” gadis itu senyum sinis.
            Bidin membalas senyuman itu.
            “Aku tak akan usik bahagian kau tapi dengan syarat kau kena tolong aku.”
            “Kalau benda ni libatkan musuh aku. Aku tak akan tolak. Aku sudi tolong kau” suara itu teruja.
            Bidin ketawa terbahak-bahak.
            “Aku nak bahagian Aina dan apa sahaja yang ayah kau dah bagi kat keluarga dia.”
            Mimi senyum.
            “Lagi satu”
            Mimi angkat kening. Senyuman masih tidak lekang dibibir.
            “Kita mesti culik mak budak tu” suara garau itu serius.
            Mimi ketawa berdekah-dekah. Tak sangka kerja dia bertambah senang. Dia baru sahaja rancang nak hancurkan Nur Aina. Dia mahu perempuan itu jauh dari Fariz Haiqal. Dia mahu perempuan itu jauh dari hidupnya. Gadis itu dan keluarganya sudah mengacau-bilaukan hidupnya. Mamanya juga sukakan Nur Aina sekeluarga. Hatinya puas. Dendam akan terbela jua. Senyuman sinis makin lebar dibibir gadis itu.


Bab 22
Majlis pertunangan yang diiringi majlis doa selamat untuk Nur Aina dan Fariz Haiqal, dihadiri sanak-saudara yang terdekat. Majlis itu diadakan di rumah Datin Salmah. Itu permintaannya. Dia yang mencadangkan agar mereka mengadakan pertunangan itu secepat mungkin. Wanita itu tidak sabar nak tengok Fariz Haiqal dan Nur Aina disatukan. Tempoh ikatan pertunangan itu juga singkat. Enam bulan sahaja. Dia orang yang paling gembira di majlis itu. Segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh wanita itu. Suasana itu sangat meriah dengan kegembiraan para tetamu yang turut memeriahkan lagi suasana majlis Fariz Haiqal dan Nur Aina. Pertunangan itu juga diserikan dengan jamuan makan sepanjang majlis berlangsung.
Hanya seorang sahaja yang tidak senang dengan kegembiraan itu. Mimi menyimpan dendam di hati. Luaran pula pura-pura gembira. Dia harus berlakon. Dia perlu bersabar. Biarlah musuhnya bahagia untuk sementara waktu. Hari kehancuran gadis itu akan tiba juga. Dia tidak sabar untuk membalas segala perbuatan musuh yang telah merobek-robek jantungnya. Hatinya semakin panas melihat kemesraan gadis itu dan Fariz Haiqal.
“Hai Mimi. Kenapa duduk kat dapur aje. Tak nak join kat luar” sapaan Hakim mengembalikan kewarasan Mimi.
Mimi meneguk air sirap sejuk. Air dingin itu membasahi tekaknya. Sejuk sedikit anggota dalamannya dengan kedinginan air itu. Namun, kepanasan hatinya masih belum reda.
Dia senyap.
Hakim mengambil tempat duduk berhampiran gadis itu. Ramai tetamu sudah pulang. Upacara juga selamat disempurnakan. Hanya segelintir saudara-mara kedua-dua keluarga yang masih setia berada di situ. Menunggu masa untuk pulang. Ada yang mengambil peluang itu berbual-bual dengan saudara yang jarang bersua muka. Pendek kata suasana itu sangat meriah dengan suara riuh dan gelak tawa para tetamu. Puan Aisyah dan adik-adik kembar Nur Aina juga masih tidak pulang.
Mimi menjeling. “Jangan ganggu aku” marahnya. Telinganya masih fokus mendengar perbualan beberapa orang yang duduk berhampiran dengan kawasan dapur. Mereka sedang membantu mengemas barang. Ada juga yang sibuk menolong menyediakan juadah bagi tetamu yang masih belum menjamah makanan. Perbualan mereka ada juga berkisarkan tentang kedua-dua bakal pengantin. Tambah menggelegak hati  gadis itu.
Hakim senyum kelat. “Maafkan abang kalau ganggu Mimi. Tapi abang risau keadaan Mimi” suara itu lembut.
Mimi gelak sinis. “Aku o.k. Aku rasa kau tu yang k.o. Tak habis-habis kacau hidup aku. aku dah cakap kat kau sejak dulu lagi kan. Cinta aku hanya pada abang Riz” bentak suara itu tetapi suaranya perlahan. Bimbang pula kalau ada yang dengar. Nanti rosak rancangannya. Dia mahu berlakon baik dihadapan mereka. Baru senang nak jalankan segala yang telah dirancangnya dengan Bidin.
Hakim hembus nafas kecil. Matanya merenung anak mata gadis yang punyai kecantikan semulajadi itu. Hati gadis itu masih perlu diperbaiki. Dia yakin hidayah Allah masih ada untuk hamba-hambaNYA. Dia tetap tidak putus asa membentuk hati gadis itu supaya lebih suci. Dia serah segala-gala padaNYA. Andai jodohnya dengan Mimi dia bersyukur tetapi kalau jodoh Mimi dengan orang lain. Dia juga redha. Apa yang dia mahu ialah Mimi berubah. Dia mahu orang yang dia cintai itu hampiri islam. Dekat dengan yang maha pencipta.
“Mimi redhalah dengan ketentuan tuhan. Jodoh Riz dengan Aina. Tuhan telah aturkan segala-galanya. kita tak boleh menolak takdir” suara itu memujuk lembut.
Mimi mencebik. “Tak payah nak ceramah aku. Aku tahu apa yang terbaik untuk aku” gadis itu bangun. Kerusinya ditolak kasar. Bising ruang dapur seketika dengan kekasaran Mimi. Gadis itu meninggalkan Hakim. Dia menaiki anak tangga dan terus memerap di bilik.
Hakim mengeluh kecil. Sekali lagi hatinya hampa.
Dia pergi ke arah Nur Aina dan Fariz Haiqal yang duduk di luar rumah dengan Puan Aisyah dan Datin Salmah. Ikram dan Iman pula sedang berbual dengan sepupu mereka yang hadir. Dia minta izin untuk pulang. Mengikut rancangan asal, Fariz Haiqal mengajaknya tidur di rumah ini. Esok baru dia pulang. Hati yang retak membuatkannya berdegil. Dia sedih dengan perlakuan Mimi terhadapnya. Hakim menyalami beberapa tetamu yang berdekatan sebelum meninggalkan perkarangan rumah banglo dua tingkat itu.
“Degil budak Riz ni Aisyah. Saya dah kata majlis pertunangan tak elok ada bakal pengantin lelaki. Nak juga ikut serta.” Datin Salmah pandang Puan Aisyah.
Puan Aisyah ketawa. “Orang muda Datin. Susah nak ikut adat. Bukan macam orang kita dulu-dulu. Beria-ria” balasnya.
Nur Aina jeling Fariz Haiqal.
“Semua tu kan adat je ma. Perkara wajib tu yang penting” gurauan Fariz Haikal.
Kedua-dua wanita itu tersenyum.
“Eleh. Cakap aje lah orang tu rindu kat Aina kan makcik.” sakat Aina sambil mencebik Fariz Haiqal.
Fariz Haiqal geram. “Amboi cakap kita pulak yang rindu konon. Padahal dia yang ajak Riz teman sekali dalam majlis ni. Tak nak ngaku lah tu” dia mengerling Nur Aina sekilas kemudian pandang pada Puan Aisyah dan Datin Salmah.
Kedua-dua wanita itu senyum mesra.
Nur Aina mencebik. Muncung lidahnya.
“Korang berdua ni tak boleh nak jumpa selalu tau. Orang yang bertunang ni darah mereka manis. Kena jaga-jaga. Tak lama lagi nak berumahtangga pula” Datin Salmah menyampuk.
“Betul tu. Kurangkan berjumpa. Time macam ni. Syaitan lagi kuat menggoda. Kamu berdua tu semakin rapat. Enam bulan saja. Lepas tu tak payah nak berjauhan lagi. Nanti kamu berdua pun jemu nak pandang muka masing-masing” sampuk Puan Aisyah dengan nada ceria.
“Ha dengar tu” usik Nur Aina mesra. Jari telunjuknya disuakan ke muka Fariz Haiqal yang duduk di sebelahnya. Jarak mereka agak jauh sedikit.
            Muka Fariz Haiqal agak muram tetapi cuba sembunyikan kesedihannya.
            “Aku balik dulu yer Sal. Dah lambat ni” suara seseorang menghentikan perbualan mereka. Puan Salmah leka berbual dengan orang itu. Sesekali Puan Aisyah menyampuk perbualan mereka. Gelak tawa mereka bergema.
            Psssss..pssss… suara garau lelaki itu mengejutkan Nur Aina.
            Nur Aina pandang Fariz Haiqal.
            Tangan kanan Fariz Haiqal bergerak. Dia beri isyarat supaya mengikutnya. Mereka beredar dari tempat itu secara senyap.
            Mereka duduk di kawasan kolam bahagian tepi perkarangan rumah. Agak jauh dari kawasan khemah di hadapan banglo itu. Terdapat bangku dan meja yang tersedia di tepi kolam. Kawasan itu berhadapan dengan bilik Mimi. Mereka tidak sedar ada seseorang sedang memerhati mereka dari pandangan atas.
            “Kenapa ni Iz. Masam aje muka tu” Nur Aina merenung anak mata itu. Dia tidak kekok lagi berada berdua-duaan dengan tunangnya itu. Mereka semakin rapat.
            Fariz Haiqal merenung kolam yang dipenuhi ikan-ikan kecil. Dia membalas renungan Nur Aina. “Macam mana Iz tak sedih kalau lepas ni jarang jumpa isteri sendiri” suara itu rendah.
            Nur Aina tekup mulut. Dia gelak kecil.
            Renungan tajam Fariz Haiqal mematikan tawanya.
            Suara gadis itu lembut memujuk. “Ish, tak mau lah cam ni Iz. Kita boleh lepaskan rindu dalam telefon kan?”
            Riak wajah itu berubah tidak bermaya. “Tak sama sayang. Dapat dengar suara aje. Buat apa. Nak juga tengok orangnya”
            Nur Aina senyum. “Sejak bila pula bakal suami Ina ni kuat merajuk?” usik Nur Aina.
            Lelaki itu menjeling. “Ina ni macam tak rindu pulak kan. Tak kisah ke kita berjauhan.” Suara itu tinggi sedikit.
            “La nape ni. Siapa kata Ina tak rindu. Tiap masa Ina rindu Iz tau. Time nak tidur ingat Iz. Time makan nampak muka Iz gak. Time jaga kedai pun ingat Iz. Kalau jumpa pelanggan lelaki, lagi lah Ina ingat kat Iz tau” Nur Aina sengaja menaikkan cemburu lelaki itu.
            Berubah wajah itu. “Lain kali jangan terima pelanggan lelaki. Layan perempuan jer” suara itu tegas.
            Nur Aina tersenyum simpul. “La tak kan Ina nak suh diorang balik pulak. Diorang kan pelanggan Ina jugak”. Suara itu lembut. Nur Aina gembira sikap Fariz Haiqal terhadapnya berubah sama sekali. Jarang nak nampak lelaki itu marah. Semakin ambil berat dengan dirinya. Malah cemburu lelaki itu juga menjadi-jadi. Sepanjang mereka bercinta, lelaki itu selalu menelefonnya. Bertanya keadaannya di kedai. Apa yang melucukan pasti lelaki itu akan bertanya jika ada sesiapa yang mengacaunya. Nur Aina rasa bahagia dengan Fariz Haiqal. Setiap masa kalau boleh dirinya akan diperhatikan. Mungkin lelaki itu tidak mahu kehilangannya seperti mana dia pernah kehilangan orang-orang yang dia sayang dahulu. Lelaki itu juga berubah penyayang, lembut dan sentiasa mengalah dengannya. Cintanya terhadap lelaki itu makin menebal.
Fariz Haiqal terdiam seketika. “Apa kata kita cari orang jaga kedai tu nak?”
            Nur Aina geleng kepala. “Bukan tak boleh tapi Ina risau kalau orang lain jaga kedai tu. Susah nak cari orang yang boleh dipercayai. Kedai tu dah banyak berjasa dengan keluarga kiteorang. Ina sayang kedai tu” suara itu sayu.
            “Keselamatan sayang lagi penting tau. Lagipun Iz tak nak Ina susah-payah cari duit. Iz nak jaga Ina. Semua tu memang tanggugjawab Iz sebagai suami. Kalau boleh Iz nak Ina duduk rumah. Tak payah buat kerja apa-apa. Nanti kita cari orang tau sayang. Jangan lah degil cakap Iz” suara itu lemah memujuk. Hatinya benar-benar risau keadaan  tunangnya itu. Sudahlah mereka berjauhan. Dia pun tidak dapat berada 24 jam untuk perhatikan bakal isterinya itu.
            Nur Aina senyum hambar. “Insya’Allah k. Dah tak mau risau. Doakan Ina selamat aje tau”           
            Mimi meramas-ramas jari-jemarinya. Hatinya sakit dengan kemesraan mereka.
Bab 23
“Datin. Mimi pun ada. Masuklah”  Puan Aisyah agak terkejut dengan kehadiran tetamu yang tidak disangka itu. Paling mengejutkan sikap Mimi yang hormat kepadanya. Gadis itu menyalami tangannya.
“Tak usah berdatin-datin. Berapa kali saya nak bagitau Aisyah. Panggil aje sal. Kita ni kan besan” suara itu ramah. Datin Salmah dan Mimi telah pun duduk di kerusu rotan ruang tamu rumah itu.
Puan Aisyah senyum. Dia minta izin untuk ke dapur sediakan minuman. Namun dihalang Datin Salmah.
“Tak payah susahkan diri Aisyah. Saya datang ni nak berbual dengan awak. Duduklah” ramah wanita itu.
Puan Aisyah menurut. “Macam mana tahu rumah kami ni datin..err Sal” dia kekok.
Datin Salmah senyum. “ Riz yang bagitahu jalan ke rumah awak. Saya sebenarnya nak bagitahu tentang urusan pembahagian harta-pusaka dah selesai. Alhamdullillah Aisyah. Moga arwah tenang di sana. Tujuan paling utama saya ke mari sebab si Mimi ni yang beria-ria nak jumpa awak. Dia nak minta maaf” lembut suara itu. Dia mengerling anaknya. Hati ibu itu bersyukur dengan perubahan sikap Mimi.
Puan Aisyah terpana. “Eh kenapa nak minta maaf pulak ni. Mimi tak buat salah apa-apa pun kat makcik” dia merenung Mimi.
Mimi senyum manis. “Mimi memang banyak buat salah pada keluarga ni. Kat makcik. Aina. Mimi dah sedar. Semua yang berlaku bukan salah sesiapa. Maafkan Mimi ya makcik” suara itu sangat sopan.
Puan Aisyah gembira. “Makcik tak pernah marah Mimi. Kita lupakan apa yang berlaku. Mulai saat ni kita buka lembaran yang baru.”
Senyuman Datin Salmah makin melebar.
Ikram dan Iman tiada di rumah.  Petang itu mereka ada latihan bola sepak sekolah. Tinggal Aisyah  seorang sahaja di rumah separa batu itu. Bahagian dapur berdindingkan papan. Bahagian luar pula batu. Nur Aina pula memang sibuk di kedai. Pukul 6.00 petang baru nampak batang hidung gadis itu. Dia lebih selesa menunggang motosikal kalau ke kedai. Kereta kancil pula hanya tidur di garaj. Jarang sekali berkhidmat pada tuannya. Kalau mereka hendak bercuti atau makan angin, barulah bunyi enjin kenderaan itu kedengaran.
Eeeee yurkkk…tempat apa ni. Rumah ke, kandang lembu?. Sempit. Huh.. Mimi merungut di dalam hati. Dia terpaksa pura-pura memaniskan wajah. Sedangkan hatinya memberontak hendak pulang  segera.
                                                            …………………
“Hello sayang ku Ina. Pengarang jantungku” suara Fariz Haiqal lembut di hujung talian.
Nur Aina gelak kecil. “Hello Iz buah hati, intan, berlian, manja” Nur Aina membalas usikan manja itu.
Suara itu berubah sayu “Iz rindu lah kat sayang. Bila kita nak dating ni”
Bibir Nur Aina melakar senyuman bahagia. “Lusa Ina datang rumah Iz. Makcik ajak tidur. Ina ingat nak tolak tapi makcik beria-ria sangat pujuk Ina. Serba- salah Ina dibuatnya”
Fariz Haiqal menjerit kesukaan.
Berdesing telinga Nur Aina dengan gurauan itu.
“Macam budak-budak” Nur Aina mengejek.
Fariz Haiqal ketawa riang. “Mestilah. Iz tak sabar nak jumpa jantung hati Iz ni tau. Berapa lama nak tidur tu?” suara itu begitu teruja.
“Sehari aje lah Iz”
Nada suara itu berubah muram. “Ala, kenapa tak setahun jer atau tuk selamanya”
Nur Aina terhibur. “Sabarlah sayang. Tak lama lagi kan kita nak kahwin. Barang hantaran, kad jemputan, semua persiapan kita dah buat. Tunggu masa saja lagi. Hai, tak kan tak boleh tunggu” usik gadis itu.
“Mana boleh sabar sayang. Sehari bagaikan setahun, sebulan pula macam beribu-ribu tahun tau. Lima bulan tu macam lima tahun lamanya. Iz risau. Sepanjang masa tu apa-apa pun boleh jadi” suara itu serius. Fariz Haiqal teringat sikap Mimi kepadanya. Gadis itu seperti ingin mengoda. Semenjak dia bertunang dengan Nur Aina, perangai Mimi makin melampau. Gadis itu suka berpakaian seksi. Baju tidur pula jarang. Boleh terbeliak mata orang yang pandang. Mimi pandai berlakon. Depan Datin Salmah gadis itu pura-pura menjarakkan diri. Kalau ada kesempatan berdua, sikap Mimi berubah. Melayaninya dengan penuh kemanjaan. Fariz Haiqal takut kalau Mimi masih mengharap cintanya. Sebab itu kalau boleh dia mahu segera kahwin. Selagi belum bersatu dengan Nur Aina, selagi itu hatinya bimbang.
Nur Aina pelik. “Lain macam aje bunyinya. Ada apa-apa yang Iz sorokkan dari pengetahuan Ina?” soalnya. Jauh di sudut hati dia juga risau. Selalu juga dia perhati tingkah-laku Mimi. Layanan gadis itu terhadap Fariz Haiqal lain macam. Lebih dari layanan adik kepada abangnya. Hati wanitanya sering mengesyaki ada yang tak kena pada Mimi, namun dia cuba berperasangka baik.
Fariz Haiqal tidak menjawab pertanyaan itu.
“Ha apa kata Iz ajak Hakim sekali” Fariz Haiqal teringat Hakim. Dia harap Mimi akan jatuh cinta pada Hakim. Kalau itu yang terjadi, baru lega hatinya. Mimi tidak lagi akan mengganggu hidup Fariz Haiqal dengan Nur Aina. Beberapa bulan sahaja lagi mereka akan diijabkabulkan. Dia berharap sangat agar tiada apa yang cuba menghalang hari bahagia mereka. Dia benar-benar bimbang kalau Mimi cuba berbuat sesuatu. Dia tahu hati Mimi sangat keras.Kalau boleh apa sahaja yang dia mahu akan dicapainya sedaya mungkin. Sebab itu Fariz Haiqal tambah risau.
“Ina ikut jer Iz. O.k.lah sayang. Ada customer. Jaga diri tau”.
“Customer tu lelaki ker?” suara itu serius.
Nur Aina tidak jadi matikan talian. Dia merenggangkan sedikit telefon bimbitnya jauh dari telinga.
“Kejap yer pakcik”
Seorang lelaki tua yang memakai serban sedang berdiri di meja kaunter. Barang-barang yang ingin dibelinya diletakkan di atas meja. Lelaki itu angguk kepala. Dia mencari sesuatu di balik rak sebelah kiri pula.
“Hello. Sayang” nada suara nun dihujung sana masih setia menanti.
Suara Nur Aina sedikit kendur. “Iya Iz. Sori tadi Ina cakap ngan customer tu. Apa Iz cakap tadi?”
“Lelaki ker perempuan?”
Nur Aina ketawa mesra. “Lelaki. Umur dalam lingkungan 60-an. Puas hati” usiknya.
Suara itu berubah mesra. “Yela Iz ngaku kuat cemburu. Siapa tak sayang bini. Lagi satu, Iz sentiasa risaukan keselamatan sayang tau. Awak tu perempuan. Jaga lak kedai sorang-sorang. Iz ni jauh dari Ina. Mana Iz tak cuak”
Nur Aina tercuit. “Apa lah yang nak dirisaukan. Kak Leha kan ada  dengan Ina. Iz ni suka sangat fikir bukan-bukan. O.k. lah ek. Ti kita borak lagi tau”
“Tengah hari nanti Iz jemput Ina. Kita lunch sama-sama, ya sayang”
Nur Aina menurut. Biarpun mereka jarang keluar bersiar-siar namun rutin makan tengahhari bersama-sama, tetap ada buat pasangan merpati itu. Rutin itu wajib buat mereka.
Bab 24
Malam ini rumah banglo dua tingkat itu riuh-rendah dengan kumpulan manusia. Fariz Haiqal mengajak sekali keluarga Nur Aina untuk bermalam di rumah itu. Datin Salmah juga tidak keberatan. Makin ramai, makin meriah rumah besar yang tidak ramai penghuni itu. Hakim juga datang. Mereka mengadakan “barbequ” di luar rumah. Suasana sangat meriah biarpun kelompok manusia itu tidak seramai mana.
Nun di hujung sana Puan Aisyah dan Datin Salmah berbual bersama Sara, pembantu rumah. Wanita itu berkhidmat di rumah ini hampir 10 tahun. Jangka masa yang agak lama. Tidak hairan kalau dia sangat rapat dengan orang di rumah banglo itu. Wanita itu kemudian bangun untuk mengambil makanan buat santapan. Dia menuju ke arah Iman yang sedang menyediakan makanan buat kedua-dua wanita itu. Puan Aisyah dan Datin Salmah pula sibuk berkongsi cerita sejarah hidup diantara satu sama lain. Sekali-sekala mereka  menyelit nama arwah suami mereka. Kenangan bersama arwah mengusik kerinduan mereka. Kalau arwah masih hidup, pasti dia bahagia. Pasti gembira dengan pernikahan anak-anak mereka. Arwah juga tentu senang melihat kemesraan kedua-dua  bakal besan itu.
“Panas tu Mimi. Baik-baik tau” Hakim menegur gadis itu secara lembut. Dia memolong Mimi mengawal makanan yang sedang dibakar itu.
Mimi membalas renungan itu dengan senyuman mesra.
Hakim terkedu. Layanan Mimi padanya sangat mesra. Apakah doanya telah dimakbulkan.
“Terima kasih ya bang. Mimi tak pandai nak masak. Kalau bab makan Mimi orang yang pertama” Mimi bercanda. Dia pura-pura bermesra dengan Hakim, sedangkan matanya sesekali menjeling ke arah pasangan di sebelahnya. Darahnya turun naik.
Hakim gembira bukan kepalang dengan sikap ramah gadis itu.
“Abang, ingat tak pesan Iq” Ikram beramah mesra dengan Fariz Haiqal.
Lelaki itu kerut kening. Nur Aina sedang menolongnya menjaga ayam yang sedang dipanggang.
“Ala, rahsia kaklong” suara itu separuh berbisik.
Fariz Haiqal termenung seketika. Lepas itu meledak tawanya. “Owh..ingat Iq. Hahaha..”
“Jangan lupa bang. Jaga-jaga time nak tidur tau” Ikram memuntahkan tawanya. Iman melintasi mereka. Dia sedang membawa pinggan yang berisi makanan kepada Puan Aisyah dan Datin Salmah.
Nur Aina berhenti membalik-balikkan ayam-ayam itu. Dahinya berkerut. “Oi, apa yang korang gelak-gelak ni hah. Ngumpat sape?” perli gadis itu.
Fariz Haiqal buat-buat tidak peduli dengan soalan itu. Dia mengerling ke arah Ikram.” Shuttt, rahsia kita. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut” bisik lelaki itu.
Satu cubitan hinggap di bahagian lengan Fariz Haiqal. Lelaki itu mengadu kesakitan. Ikram tersengih-sengih memandang kakaknya.
“Tengoklah kaklong Iq ni. Belum kahwin dah garang. Lepas kawen tak tahu lah apa akan jadi kat abang, Iq” sakat lelaki itu.
Ikram ketawa. “Tau takpe”
Nur Aina buntang memandang mereka.
“Iz ingat, Ina tak dengar apa yang korang dok berbisik dari tadi. Ngumpat tak pandang kiri kanan. Rahsia apa. Kau kutuk kaklong ea Iq?” suara itu serius. Dia mengerling Fariz Haiqal. Jari telunjuknya menunding pula ke arah Ikram.
Ikram senyum kambing. “Mana ada ar. Kiteorang cakap pasal bola tadi. Kaklong ni tah pape. Perasan. Tul tak abang Riz”
Fariz Haiqal ingin bersetuju dengan Ikram tetapi renungan tajam Nur Aina membantutkan tindakannya itu. Dia tersengih-sengih memandang Nur Aina.
Nur Aina menjeling. Gadis itu meneruskan kembali tugasannya.
“Macam singa” Fariz Haiqal bisik ke telinga Ikram di sebelah kanan bahunya. Kali ini suara itu perlahan.
Ikram angguk kepala, sambil menahan tawa.
Mimi sakit hati dengan aksi romantik pasangan itu. Mahu sahaja dia tampar pipi Nur Aina. Meluat dengan sikap mengada-ngada mereka berdua.
                                                            ……………….
            Nur Aina menuruni anak tangga. Bilik tidur Ikram bertentangan dengan bilik tetamu yang dihuninya. Rumah banglo itu besar. Bilik di rumah itu sahaja agak banyak. Ikram dan Iman tidur dalam satu bilik. Puan Aisyah pula tidur di bilik bawah.. Hakim juga tidur di bilik tetamu di tingkat bawah. Dia terjaga. Jam di dinding sudah pukul 3.00 pagi. Dia dahaga. Dia menuju ke ruang dapur.
            Kelibat manusia yang datang dari arah dapur mengejutkannya. Rupa-rupanya Sara, pembantu rumah  sedang keluar dari bilik air. Nur Aina mengusap-usap dadanya. Dia masih tidak biasa dengan kawasan rumah banglo mewah itu. Inilah kali pertama dia bermalam di sini. Ruang besar rumah itu menambahkan lagi seramnya. Kelibat wanita itu hilang setelah dia memasuki kamarnya yang berdekatan dengan dapur.
            Terang-benderang lampu di tingkat bawah dibuka gadis itu. Baru hilang takutnya dengan bantuan cahaya dari simbahan lampu. Sedang dia leka meneguk air, tiba-tiba semua lampu terpadam. Gelap gelita kawasan dapur itu. Nur Aina kaku. Dia duduk sambil meraup kedua-dua lututnya. gelas yang dipegangnya tadi, diletak ke tepi. Dia cemas. Dia memang penakut kalau berada dalam keadaan gelap. Telinganya menagkap bunyi tapak kaki seseorang di bahagian ruang tamu. Nur Aina terkejut. Siapa yang dengki tutup suis utama rumah itu?. Hatinya terdetik nama Mimi. Tak mungkin. Dia mengusir tuduhan itu jauh dari hatinya. Sekali lagi Nur Aina tergamam. Bunyi pintu dibuka, jelas di gegendang telinganya. Nur Aina ketakutan. Dia memeluk tubuh dengan erat.
            Terdengar suara jeritan dari bilik yang berhampiran dapur. Dia tahu makcik Sara juga sepertinya ketakutan. Dia berharap agar wanita itu keluar dari bilik dan menemuinya. Namun dia hampa. Mungkin wanita itu takut untuk bergerak kerana sekeliling rumah gelap. Mungkin juga wanita itu terus melelapkan diri. Nur Aina membatukan diri. Matanya dipejamkan.
Telinganya terdengar bunyi beberapa tapak kaki sedang memijak lantai di bahagian ruang tamu. Nur Aina semakin cemas. Siapa itu?. Perompak?. Jantungnya berdegup dengan sangat laju. Kalaulah dia dapat hubungi Fariz Haiqal. Telefon bimbitnya pula berada di bilik atas. Dia tidak dapat berbuat apa-apa. Nur Aina buntu. Bunyi pintu ditutup kuat kedengaran dari arah ruang tamu itu. Jantung Nur Aina bagai direntap. Tidak beberapa lama kemudian, lampu terang-benderang semula. Nur Aina bergegas berlari mendaki anak tangga ke tingkat atas.
Dia masih memikirkan kejadian tadi. Apakah sebenarnya yang terjadi?. Hatinya berdebar-debar. Dia ingin hubungi Fariz Haiqal tetapi kasihan pula mengganggu lelaki itu. Saat begini sudah pasti seisi rumah itu sedang lena diulit mimpi. Nur Aina resah. Akhirnya dia tertidur.

“Diam” Mimi menoleh ke belakang. Kemudian, dia pandang ke hadapan semula.
Seseorang sedang bergelut untuk melepaskan dirinya. Mulutnya ditutup dengan kain. Wanita itu cuba menggesel-geselkan kedua-dua tangan yang diikat agar ikatan itu terputus. Dia cuba bersuara namun usahanya gagal. Kedua-dua kakinya juga diikat.
“Bagus Mimi. Aku rasa tak ada sesiapa yang akan syak kau.” Suara garau yang duduk di sebelah tempat duduk pemandu memecah kesunyian malam.
Mimi ketawa berekah-dekah.
“Sebab tulah aku berlakon suci depan semua orang. Sesiapa pun tak akan syak rancangan kita. Padan muka kau Aina. Puas hati aku.” Suara itu separuh menjerit.
“Aku dah dapat apa yang aku idamkan selama ini. Akhirnya aku dapat miliki kau Aisyah. Lepas ni tinggal harta aku yang ada pada kau dan anak-anak kau. Semua itu akan jadi hak milik aku. Hak kita berdua. Kita akan bina hidup baru Aisyah. Kau tahu kan aku sayang sangat kat kau. Suami tak guna kau tu bodoh. Kalau dulu dia percaya kat kau, aku tak ada kat sini. Meringkuk dalam penjara. Apa nak buat. Tuhan sayang aku”
Mimi ketawa mendengar bicara lelaki itu. Biarpun matanya tidak bermaya namun rasa mengantuknya itu dapat diatasi kerana kegembiraan yang diraihnya. Dia sangat puas dengan apa yang mereka lakukan.
Wanita yang terbaring di bahagian belakang menangis. Sesekali mulutnya yang tersumbat itu, bising dengan bunyi suaranya yang terbantut disebalik lipatan kain. Tubuh badannya menggeliat minta dilepaskan. Fikirannya teringat kesemua anak-anaknya. Dia semakin galak menangis mengenang nasib yang bakal dia hadapi selepas ini. Dia bersedia jika ajalnya sudah tiba. Namun dia juga berharap sebelum mata terpejam untuk selama-lamanya, ingin sekali dia menatap kesemua wajah insan-insan yang amat disayanginya itu.














Bab 25
Azan subuh berkumandang memecah kesunyian pagi. Menandakan seruan agar setiap hambaNYA menunaikan kewajiban yang telah diperintahkan. Ada segelintir manusia yang masih lena dibuai mimpi. Ada pula yang masih setia berselubung dengan selimut tebal. Sesetengah manusia pula bersiap-sedia menghadapi cabaran yang akan ditempuh pada hari ini. Bermulanya penghidupan buat hambaNYA yang bertebaran di atas muka bumi. Nikmat kehidupan tidak ternilai kerana selagi degup jantung masih berlari, adam dan hawa masih dapat meneruskan perjalanan sebagai insan. Amanah tuhan juga harus ditaati selagi roh masih bercantum dengan jasad. Itulah janji yang telah dimenterai kepada DIA yang berdiri di arasy’NYA yang tinggi. Maha suci Allah.
Nur Aina terjaga dari tidurnya. Bunyi penggera yang menjerit dari telefon bimbitnya dimatikan. Dia mendail nombor telefon tunangnya. Dia ingin mengejutkan lelaki itu solat subuh. Lama juga dia tunggu, akhirnya suara seseorang muncul di gagang telefon. Dia matikan talian. Dia mencapai tuala yang ada di dalam beg pakaian. Kemudian, dia membasahkan tubuhnya dengan kedinginan air. Setiap rongga tubuh-badannya seakan-akan menjerit segar dengan simbahan itu. Biarpun rumah itu dilengkapi mandian air panas, dia tidak biasa. Nur Aina memang terbiasa mandi sebelum solat subuh. Itulah didikan daripada ibunya kepada anak-anak mereka.
Selepas mengaminkan bacaan doa, Dia keluar dari bilik. Pintu bilik yang menempatkan adik-adik kembarnya itu diketuk. Mereka tidak ke sekolah kerana hari ini, hari sabtu. Nur Aina tahu kalau hari cuti bertambah liat mata mereka nak celik. Ikram membuka pintu,dia mengatakan mereka sudah mengerjakan ibadah itu. Mulutnya menguap. Adiknya itu tutup pintu semula. Nur Aina faham. Pasti nak buat tahi mata lagi. Pintu bilik Fariz Haiqal dikerling sekilas, sempat lagi berangan. Dia membayangkan keadaan mereka selepas berumahtangga. Tiba-tiba Nur Aina jadi malu. Pasti dia kekok kalau ada seorang lelaki tidur di sisinya. Dia tersenyum sendirian. Dia menuruni anak tangga. Malas nak kacau Fariz Haiqal. Lampu di bahagian bawah terang-benderang. Dia tahu makcik Sara sudah membuat rutin kerjanya.
“Selamat pagi makcik. Nak buat sarapan apa pagi ni?” suaranya mesra menegur Sara yang sedang mengeluarkan bahan-bahan untuk dimasak dari peti sejuk.
Sara tersenyum dengan keramahan bakal isteri anak majikannya itu. “Makcik cadang nak buat mee sup, Aina. Air pula tak kisah. Ikut selera kamu semua.”
Nur Aina sudah mengambil tempat di kerusi dapur itu. “Wah sedap tu makcik. Tambah seronok kalau kita dapat makan ramai-ramai kan” ceria suara itu.
Mereka leka bercerita sambil membuat kerja. Kelibat Datin Salmah muncul secara tiba-tiba.
“Rajin anak mama ni ke dapur. Sejuk hati mama” suara wanita itu memecah perbualan mereka.
“Orang perempuan makcik. Memang kena sebati kat dapur. Kalau tak kebulur lah perut sendiri” selorohnya.
Sara selesa berada di samping Nur Aina. Kalau dengan Mimi jangan harap. Wajah gadis itu sentiasa kelat. Nak tegur dia pun susah. Dia sedar dirinya hanya pembantu rumah. Hanya Datin salmah, arwah suaminya dan Fariz Haiqal yang mengganggapnya sebahagian dari keluarga itu.
“Tengoklah tu Sara. Susah sangat nak panggil mama”
Sara gelak kecil.
Nur Aina jadi malu. Merah padam mukanya.
“Bila dah kawen nanti datin, hilang lah panggilan makcik tu” sara bergurau.
Datin Salmah ceria. “Nanti kita dapat pulak gelaran nenek. Tak gitu Sara”
Kedua-dua wanita itu ketawa riang.
Nur Aina tertunduk malu. Wajah itu bagai hilang darah. Malu tatkala diri dijadikan bahan usikan.
Mata Datin melilau memandang sekeliling. “ Mana mak Aina. Mama tak nampak pun dia dari tadi.”
Kepala Nur Aina pantas mendongak ke atas. Entah kenapa dia tidak sedap hati. peristiwa malam tadi berlegar semula. Bunyi itu datang dari arah ruang tamu. Bilik ibunya dan Hakim juga ada di situ. Dia segera bangun. Tanpa kata apa-apa dia meluru keluar dari ruang dapur itu.
Sara dan Datin Salmah terpingga-pingga. Mereka turut serta mengejar Nur Aina yang tergesa-gesa keluar.
Gadis itu mengetuk pintu bilik Puan Aisyah berulang-kali. Namun tiada sahutan dari dalam. Nur Aina cemas. Dadanya berdebar-debar. Bonggol pintu dipulasnya. Agak terkejut kerana pintu tidak berkunci. Dia masuk ke dalam bilik. Katil kosong tiada penghuni. Seluruh bilik itu direnungnya. Dia semakin cemas.
“Mak!Mak!” panggilan itu berulang di bibirnya. Sambil itu dia mencari di luar bilik. Dia buka bilik air. Datin Aisyah dan Sara jadi panik. Apa sudah jadi?.
“Mak!” suara itu nyaring.
“Kenapa ni Aina.” Datin Salmah mendapatkan Nur Aina. Kedua-dua tangannya memegang bahu Aina. Nur Aina cuba melepaskan diri. Dia mahu mencari ibunya.
Nur Aina sudah menangis.
Sara cemas. Dia bergegas naik ke tingkat atas. Dia mengetuk pintu bilik Fariz Haiqal. Ketukan yang kuat itu menyedarkan semua penghuni di ruang atas. Ikram, Iman, Fariz Haiqal bergegas turun. Mimi menyusul mereka di belakang. Berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Dia menahan rasa kantuknya yang menebal. Bayangkan pukul 5.00 pagi baru dia dapat tidur.
Fariz Haiqal terkedu melihat tunangnya menangis. Datin Salmah memeluknya. Wanita itu juga kesedihan.
“Mungkin mak dah balik” Ikram cuba menenangkan keadaan.
“Tak mungkin. Buat apa makcik nak balik senyap-senyap. Tak masuk akal.” Tingkah Fariz Haiqal.
Semua yang ada diam membisu. Masing-masing buntu.
Mimi ketawa dalam hati. Dia pura-pura turut bersimpati dengan apa yang terjadi.
Nur Aina pandang Sara. “Makcik perasan ada yang pelik pagi tadi kan?” suara itu bersungguh-sungguh. Nur Aina berhenti dari menangis. Dia kesat airmatanya.
Sara cuba menangkap maksud yang dikatakan Nur Aina. “Pagi tadi” dia berfikir. Bicaranya terhenti.
“Lampu terpadam. Gelap sangat. Aina ada kat dapur masa lampu terpadam. Lepas tu Aina dengar bunyi macam pintu dibuka. Bunyi tapak kaki orang pun Aina ada dengar”
Raut wajah Sara berubah. “Yelah. Makcik pun perasan. Patutlah gelap.”
Semua yang ada tercenggang.
“Tak boleh jadi ni. Kita mesti report polis. Aisyah dalam bahaya.” Suara Datin Salmah cemas.
Fariz Haiqal menyampuk. “Kita tak boleh lapor pada polis sekarang. Kehilangan makcik baru beberapa jam. Kita kena tunggu”
Masing-masing terdiam.
Sebelum keluar dari bilik, Mimi ada telefon Bidin. Dia menyuruh Bidin membuat panggilan masuk ke telefon rumahnya. Bila-bila masa telefon akan berdering.
“Keadaan rumah ni kemas. Tak nampak macam ada orang pecah masuk. Kalau perompak nak curi barang . Kita boleh nampak rumah ni mesti berselerak. Tak terurus. Apa motif mereka culik makcik?” suara itu serius. Fariz Haiqal merenung Nur Aina.
Nur Aina binggung. Apa yang mereka mahukan dari ibunya?. Dia risau dengan keselamatan ibunya itu. “Iz, Ina risau kalau mereka apa-apa kan mak” suara itu mendayu.
“Sabar ye sayang. Nanti kita usahakan. Insya’Allah makcik akan selamat” pujuk lelaki itu. Dia juga turut merasakan kesedihan tunangnya.
Datin Salmah yang berada di sebelah Nur Aina, memeluk erat gadis itu. Ikram dan Iman tidak senang duduk. Memikirkan keadaan ibunya saat ini.
Hakim muncul di tengah ramai. Lelaki itu baru sahaja keluar dari biliknya. Penampilannya kemas. Mungkin dari tadi dia bersiap uruskan dirinya. Terdapat bilik air yang ditempatkan dibiliknya. Tidak hairan lelaki itu tidak menggunakan tandas di luar bilik.
Matanya memandang kelompok yang sedang memenuhi ruang tamu. Wajah masing-masing dalam kecemasan. Dia menghampiri kumpulan itu. “Kenapa semua berkumpul ni?” ujarnya ingin tahu. Dia duduk di ruang sofa yang kosong.
“Puan Aisyah hilang” Sara mewakili semua.
Hakim terkejut. “Hah?”
“Kau ada dengar bunyi pelik sepanjang malam tadi?” Fariz Haiqal bertanya sahabatnya itu memandangkan biliknya hampir sahaja dengan bilik tidur Puan Aisyah.
Hakim tidak bersuara. Dia geleng kepala. Dia juga gelisah dengan berita yang baru sahaja didengainya.
Telefon rumah itu berdering secara tiba-tiba.
Nur Aina bergegas mencapai gagang telefon. Mana tahu ibunya yang membuat panggilan itu. Telefon rumah itu berada di sudut tepi tangga. Fariz Haiqal berada di sebelah tunangnya. Masing-masing juga bergegas ke sana. Mimi juga terpaksa mengikuti sandiwara itu.
“Siapa kau?.Mana Ibu aku?” masing-masing terkedu.
Fariz Haiqal meminta Nur Aina menyerahkan gagang itu ke telinganya. Suara seorang lelaki mengeruhkan lagi keadaan mereka. Selepas talian dimatikan, Fariz Haiqal memberitahu semua yang ada, seseorang telah melarikan Puan Aisyah. Dia mahukan harta peninggalan arwah yang diberikan kepada Puan Aisyah sekeluarga. Itu sebagai tebusan, kalau mahu Puan Aisyah kembali dalam pangkuan mereka.  Nur Aina lemah. Masing-masing tidak bermaya.

Bab 26
“Puan Aisyah ada musuh?” soal salah seorang anggota polis.
Fariz Haiqal memandang Nur Aina. Nur Aina teringat sesuatu. “Saya rasa ada tapi tak tahu samaada dia yang culik mak saya encik”
Anggota polis itu berubah teruja. “Apa nama dia?”
Nur Aina menceritakan siapa Bidin dalam hidup mereka. Lelaki itu mendengar dengan penuh teliti. Sesekali dia menggangguk. Pihak mereka akan menyiasat. Telefon rumah itu juga telah disambungkan taliannya untuk mengetahui lokasi si penculik. Polis terlibat dalam pencarian itu. Biarpun penculik ada melarang mereka dari melibatkan pihak berkuasa, namun mereka melakukannya secara rahsia.
Semua yang ada mendengar rancangan yang telah diatur pihak berkuasa. Mareka terpaksa menyediakan segala apa yang dirancang sebagai tebusan demi menyelamatkan Puan Aisyah.
Mimi masuk ke dalam bilik. “Tak guna. Kita dalam bahaya Bidin” dia membuat panggilan. Suara itu kasar.
Bidin membentak. “Sial. Mereka memang tak hormat aku. Cis!” sumpah lelaki itu.
“Kau jangan risau Bidin. Aku ada plan B” suara Mimi berubah ceria.
Bidin pelik. Suara itu kembali kendur. “Apa plan kau?” soalnya.
“Kita tunggu dan lihat. Mereka akan kenal siapa Mimi yang sebenarnya” senyuman tidak lekang menghiasi bibirnya. Talian dimatikan.
“Sayang, tengoklah. Mereka nak pisahkan kita lagi” suara itu seperti tidak siuman. Lelaki itu mengusap-usap pipi Puan Aisyah. Wanita itu diikat di tiang tengah rumah itu. Puan Aisyah menggerak-gerakkan kepalanya tanda benci perlakuan lelaki itu.
Bidin ketawa berdekah-dekah. “Marahlah sayang. Tidak lama lagi kita akan bersatu. Abang dah dapat apa yang abang inginkan. Abang dapat Aisyah. Tak lama lagi abang pun akan dapat harta abang yang Syam rampas dulu”
Puan Aisyah merenung tajam lelaki dihadapannya. Aku tak pernah jadi milik kau. Sampai mati pun kau tak akan dapat cinta aku Bidin. Suara amarahnya bergema di dalam hati.
                                                ……………
Nur Aina mengikut Mimi masuk kebilik gadis itu. Gadis itu ingin memberitahunya sesuatu. Katanya hal itu sangat peribadi. Dia hanya selesa berbual dengan Nur Aina berdua-duaan.
Nur Aina terkejut. Mimi menolaknya kasar. Dia tidak dapat mengimbangi badan lantas tersembam di katil. Mimi tutup pintu. Lalu menguncinya.
Nur Aina tergamam. Tubuhnya masih terbaring. Dia merenung belakang gadis itu. Saat gadis itu memusingkan badan, mata mereka berlaga.
“Kenapa ni Mimi?” soal Nur Aina kaget.
Mimi senyum sinis. Dia merapati Nur Aina. Kedua-dua lututnya memangku badan. Dia berada di atas badan Nur Aina. Rambut gadis itu direntap secara kasar.
Nur Aina merintih kesakitan.
Wajah itu bertukar bengis. “Kau memang dah banyak susahkan aku. Hei, betina. Kau memang nak tengok mak kau mampos ke hah” suara itu memekik.
Nur Aina terkedu. Matanya merenung anak mata yang tajam itu.
Tangan kanan Mimi menolak kepala gadis itu dengan kasar.
“Kalau kau nak mak kau selamat. Ikut cakap aku. Faham” dia menampar pipi Nur Aina. Kemudian,  menolak badan Nur Aina jatuh semula ke katil.
Nur Aina menahan sakit. Dia bangun dan duduk berteleku. “Apa maksud kau?”
Mimi ketawa berdekah-dekah. Kemudian, dia merenung tajam ke arah gadis itu. Dia berdiri memeluk tubuh. Hampir dengan birai katil.
“Aku yang culik mak kau. Aku dan Bidin. Semua ni sebab kau” jari telunjuknya menunding ke arah Nur Aina.
Nur Aina benar-benar terkejut. Dia tidak sangka rupa-rupanya Mimi sanggup buat semua itu. “Apa yang dah jadi kat kau ni?”soalnya. wajah itu diserang kehairanan. Hatinya berdebar-debar.
Mimi renung tajam. “Apa yang kau perlu tahu, nyawa mak kau dalam tangan aku. Faham!” jerkah suara itu.
Telefon bimbit Nur Aina berbunyi. Nama Fariz Haiqal tertera. Dia pandang Mimi. Wanita itu membuntangkan mata. Nur Aina tak jadi menjawab panggilan itu. Dia tahu keselamatan ibunya dalam bahaya.
Fariz Haiqal pelik. Kenapa Nur Aina matikan talian. Hatinya berbisik mungkin Nur Aina sedang berehat di bilik. Mungkin juga gadis itu ingin berseorangan. Kehilangan Puan Aisyah memberi tekanan kepada tunangnya itu. Dia tidak mengesyaki apa-apa. Biarlah tunangnya itu tenangkan diri sebelum pulang ke rumahnya.
“Bagus. Jangan hebohkan pada sesiapapun. Kalau tak..mak kau akan mati”
Berderau darah Nur Aina. “Mimi tolong jangan apa-apakan mak aku. Kau nak aku buat apa?. Serahkan semua harta yang kami dapat?” suara itu merayu.
Mimi ketawa berdekah-dekah. “Boleh jugak” sinis nada itu. Dia tersenyum.
“Aku akan bagi. Lagipun semua tu tak penting. Tolong lepaskan mak aku Mimi. Aku akan bagi semua tu kat kau” suara itu tidak bermaya. Nur Aina hampir menitiskan airmata.
“Syarat yang terakhir…”bicara itu terhenti.
Nur Aina mendengar dengan perasaan yang tidak keruan.
“Putuskan pertunangan kau dengan abang Riz..”
Buntang mata Nur Aina. Hatinya menahan sebak. Dia tidak sanggup melukakan hati insan yang amat dicintainya tapi…
“Aku nak kau jauhkan diri kau dari dia. Sebab hanya aku yang layak untuk abang Riz . Bukan kau” lantang suara itu.
Nur Aina menitiskan airmata. Hatinya terlalu pedih. Dia terpaksa. Demi menyelamatkan ibunya, dengan rasa berat hati dia bersetuju.
Mimi ketawa.
Nur Aina tidak mampu berkata apa-apa.
                                                            ……………..
Petang itu Fariz Haiqal menghantar tunangnya dan adik-beradik Nur Aina ke rumah mereka. Esok kembar itu akan bersekolah. Sepanjang perjalanan masing-masing diam membisu. Tidak ceria. Fariz Haiqal tidak tahu kesedihan Nur Aina bukan sahaja kerana ibunya yang hilang, malah kesedihan itu bertambah dengan ugutan Mimi. Masing-masing masih memikirkan kehilangan Puan Aisyah.





Bab 27

“Sayang” kemunculan Fariz Haiqal meruntun hati Nur Aina.
Nur Aina tidak mengendahkan suara itu. Dia melayan pelanggannya yang ingin membayar di kaunter.
Fariz Haiqal cuba bersabar. Apa sudah jadi kepada tunangnya itu?. Sudah dua hari dia berkeadaan seperti itu. Segala panggilan tidak dijawab. Fariz Haiqal hantar mesej juga tidak dibalas. Dia hilang sabar. Kalau Nur Aina dingin kerana memikirkan ibunya, dia boleh faham lagi. Apa yang mengejutkan. Gadis itu tiba-tiba menarik balik laporan tentang kehilangan ibunya. Dia mahukan jawapan dari gadis itu.
Fariz Haiqal leka menunggu. Setelah tinggal mereka berdua sahaja, dia merapati Nur Aina. “Sayang. Kenapa ni?”
Nur Aina masih leka mencatit sesuatu di atas buku. Selepas itu dia ke rak di hadapan. Pura-pura susun barang, sengaja sibukkan diri. Namun hatinya menahan tangis. Dia lemah saat berhadapan dengan lelaki itu.
 Fariz Haiqal benar-benar hilang sabar. Dia tidak dapat berfikir dengan waras. Dia merentap pergelangan tangan Nur Aina dengan kasar. Badan gadis itu berkalih ke arahnya. Empat pasang mata itu bertemu.
“Lepaslah. Apa ni.” Nur Aina meronta-ronta.
Fariz Haiqal tidak mahu melepaskannya. “Apa dah jadi dengan Ina ni. Kenapa Ina tarik balik laporan tu. Kenapa Ina macam saja nak larikan diri dari Iz. Kenapa sayang. Apa salah Iz?” soalan demi soalan menujah keluar dari bibirnya.
“Bukan urusan Iz” Nur Aina masih cuba melepaskan pegangan lelaki itu. Tangannya sakit diperlakukan seperti itu. “Lepaskan Ina. Sakit tau tak” tengking gadis itu.
Fariz Haiqal tersedar. Dia melepaskan cengkaman. Tangan itu bengkak. Timbul rasa bersalah di hati kerana mengasari gadis itu. Dia cuba menarik kembali tangan itu untuk melihat kesan bengkak di tangan Nur Aina, namun gadis itu merentap kasar. Dia menjauhi Fariz Haiqal.
Fariz Haiqal terkejut. “Sayang, Iz tak tahu apa salah Iz sampai sayang boleh jadi macam ni. Please, bagitau Iz. Apa salah Iz. Jangan diam macam ni. We need to talk” suara itu sedikit kendur.
Nur Aina kembali ke meja kaunter. “Pergi!”suara itu kasar.
“Sayang, jangan seksa Iz. Kalau sayang tertekan dengan kehilangan makcik, Iz faham. Tapi..jangan lepaskan semua tu kat Iz. Please Ina. Iz pun risau dengan makcik. Kita hadapi sama-sama ya sayang” suara itu memujuk. Dia cuba pegang tangan Nur Aina. Namun gadis itu lekas-lekas merentap tangannya.
Fariz Haiqal mengeluh.
“Aku tak nak tengok muka kau lagi. Mulai saat ni jangan kacau hidup aku. Hubungan kita dah berakhir” jeritan itu mengundang kak Leha untuk menjenguk keadaan mereka.
Fariz Haiqal terpana.
“Aina kenapa ni?”
“Kak, suruh dia pergi. Aina benci tengok muka dia.” Gadis itu menitiskan airmata. Wajahnya dikalih ke tempat lain. Dia tidak sanggup menatap wajah itu. Dia sangat rapuh.
Fariz Haiqal terkedu. Dia sebak. Kenapa Nur Aina berubah dalam sekelip mata. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu. Dia masih dapat melihat sinar kasih di mata itu. Dia beredar meninggalkan tempat itu. Senyumannya hambar saat mata berlaga dengan kak Leha. Fariz Haiqal tidak akan berdiam diri. Pasti ada sesuatu yang disorokkan tanpa pengetahuannya. Dia akan menyingkap semuanya.
“Kenapa ni Aina. Fariz tu kan bakal suami awak.” Kak Leha memegang lembut bahu Nur Aina. Dia cuba memujuk. Semasa pertunangan mereka dia juga turut dijemput. Dia tahu tentang percintaan gadis itu dengan Fariz Haiqal. Cuma, dia tertanya-tanya kenapa Nur Aina ingin memutuskan hubungan.
Nur Aina memeluk kak Leha. Dia menangis sepuas-puasnya. Kak Leha terdiam. Dia tidak berani untuk bertanya lebih lanjut lagi. Biarlah gadis itu tenangkan diri.
Nur Aina teringat janjinya.  Esok,  Mimi akan bawanya ke tempat kurungan Puan Aisyah. Dia juga telah berjumpa dengan peguam yang menguruskan pembahagian harta arwah ayahnya. Peguam itu terpaksa bekerjasama dengannya demi menyelamatkan satu nyawa. Mereka berdua akan mengikut Mimi untuk menguruskan urusan pertukaran hak milik tersebut. Hatinya sebak kerana terpaksa meninggalkan Fariz Haiqal. Hanya tuhan yang tahu bertapa dalamnya cinta Nur Aina terhadap lelaki itu.
                                                ………………………
“Wei pehal kau ni Kim. Kalut semacam jer” Fariz Haiqal membuka mulut setelah dia melihat wajah sahabatnya itu seperti baru dikejar hantu. Pucat lesi. Sesekali matanya melilau memandang ruang kopitiam itu. Hakim ingin menemuinya di tempat itu. Ramai sungguh pengunjung yang datang. Lagipun memang waktu begini masa untuk makan tenggahhari. Hampir semua kerusi penuh berpenghuni. Hatinya masih sebak kerana terluka dengan sikap Nur Aina pagi tadi. Fikirannya masih bercelaru.
“Aina dan Puan Aisyah dalam bahaya Riz” suara itu cemas.
Jantung lelaki itu bagai direntap. “Apa maksud kau Kim?” serius nada itu.
Hakim menghembus nafasnya. Kemudian dia bersuara setelah agak tenang. “Mimi pun terlibat sama dalam kes penculikan Puan Aisyah”
Buntang mata Fariz Haiqal. “Macam mana kau tahu semua ni?” dahi lelaki itu berkerut bagaiikan tidak percaya.
“Malam semalam, Mimi ada call aku. Macam biasa lah, dia ajak aku teman dia minum. Kau pun tahu, aku sukakan dia. Aku risau kalau dia pergi kelab malam. Lepas tu mabuk. So, aku pun datang jumpa dia. Masa dia mabuk tu tiba-tiba dia merapu cakap yang bukan-bukan. Habis dia sebut semuanya. Dia ada sebut tentang kau. Tentang Aina. Sampai rancangan dia pun aku dapat tahu”
“Hah” terperanjat besar lelaki itu.
“Aku mesti bertindak cepat” Fariz Haiqal ingin bangun namun dihalang Hakim. Dia duduk kembali.
“Kita tak boleh lengahkan masa Kim. Diorang berdua dalam bahaya” suara itu tegang.
“Aku tahu Riz. Kalau kau pergi serang Mimi. Kau tak akan dapat apa-apa. gerenti keadaan akan lebih teruk lagi. Kau ingat dia nak duduk diam aje bila kau dapat tau. Aku takut dia suruh orang yang terlibat tu bunuh Puan Aisyah. Risiko tinggi Riz”
Fariz Haiqal tenang semula. “Habis kita nak buat apa”
“Dia ada cakap kat aku. Esok Aina dengan peguam akan serahkan bahagian keluarganya pada Bidin. Aku rasa Bidin tu orang yang call hari tu”
“Memang dia orangnya” Fariz Haiqal menumbuk meja. Amarahnya naik.
“Sabar Riz. Macam ni. Kita akan laporkan pada pihak polis. Esok kau jangan masuk office. Kau kena ikut ke mana dia pergi. Ingat jangan lalai. Kita tak tahu pukul berapa dia nak gerak pergi sana.” Suara itu teliti menerangkan rancangannya.
Fariz Haiqal bersetuju dengan cadangan Hakim. Hatinya panas dengan perbuatan Mimi. Dia tidak sangka gadis itu senekad ini. Baru dia tahu punca sebenar kenapa Nur Aina ingin memutuskan hubungan mereka. Rupa-rupanya Mimi adalah dalang di atas semua yang terjadi.

Bab 28
Mimi buka kereta. Dia membawa keretanya menuju ke jalan raya. Selepas melepasi kawasan luar pagar, keretanya bergerak meninggalkan banglo mewah itu. Fariz Haiqal tergesa-gesa mengikut jejak Mimi. Agak jauh dia ketinggalan. Kereta Mimi jauh terperosok ke hadapan. Namun dia bernasik baik. Dia dapat mengesan kereta gadis itu. Dia mengikut pergerakkan kereta itu dari jarak yang tidak terlalu hampir. Bimbang kalau gadis itu perasaan dengan kehadirannya. Sambil dia ekori kereta dihadapan, dia leka berbual dengan Hakim. Dia menerangkan selok-belok jalan yang dilaluinya supaya mudah untuk pihak berkuasa mengesannya. Beberapa minit kemudian, mereka tiba di tempat yang ditujui. Keretanya diparking agak jauh dari rumah yang kelihatan usang di hadapannya. dia berjalan perlahan-lahan menghampiri rumah itu. Mimi sudah masuk ke dalam. Dia berada di perkarangan rumah itu. Sebuah kereta vios berada di hadapan ruang halaman rumah. Dia tahu Nur Aina dan peguam itu lebih dahulu tiba darinya.
Fariz mengintip dari celahan lubang yang ada di dinding papan rumah itu. Dia dapat melihat dengan jelas kekasih hatinya. Peguam lelaki yang pernah bertandang ke rumahnya dahulu juga ada di sebelahnya.. matanya terpaku, tatkala terpandang seorang wanita yang tanganya diikat di tiang tengah rumah.
“Sampai hati pakcik buat Aina macam ni. Kenapa pakcik tipu Aina?” suara Nur Aina bergema di dalam ruang rumah itu. Fariz Haiqal ketap bibir. Mahu saja dia meyerbu masuk untuk menyelamatkan Nur Aina dan ibunya. Dia hubungi Hakim. Sahabatnya itu ada dengan beberapa anggota polis. Mereka dalam perjalanan. Telinga lelaki itu difokuskan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di dalam sana.
Bidin ketawa berdekah-dekah. Mimi juga turut ketawa.
“Hei betina. Memang patut hidup kau macam ni. Kau tu perampas hak orang. Sama macam mak kau. Puas hati aku. Lepas ni aku nak bunuh kau dengan peguam mak kau tu. aku dan abang Riz akan hidup bersama tanpa gangguan sesiapapun. Hahaha..” gadis itu gembira tidak terkata.
“Ttttapi..kamu janji akan lepaskan kami. Kita akan buat pemindahan harta tu. tolong lepaskan kami” suara peguam itu merayu-rayu.
Bidin menyepak peguam itu. Lelaki itu tersungkur hampir dengan kedudukan Puan Aisyah.
“Diam!!” tengking Bidin. Lelaki itu pergi ke arah Puan Aisyah. Mulut yang menyumbat bibir wanita itu dibuka.
“Sayang, lepas ni kita akan lari. Abang akan bahagiakan Aisyah” lembut suara itu. Dia cuba mencium pipi wanita itu. Puan Aisyah mengelak. Dia meludah Bidin. Bidin berang, lalu ditamparnya perempuan itu.
Nur Aina melulu menolak Bidin. Lelaki itu terjatuh.
“Jangan ganggu mak aku. Lepaskan dia. Kau boleh apa-apa kan aku. Tapi..jangan cuba nak sentuh mak aku!!” suara Nur Aina meninggi. Dia memeluk Puan Aisyah.
Mimi hilang sabar. Dia merentap rambut Nur Aina dengan kasar. Gadis itu menampar pipi Nur Aina berulang-kali.
Fariz Haiqal tidak mampu bertahan lagi. Dia menendang pintu papan yang agak usang itu sekuat hatinya. Pintu itu pecah.
Semua yang ada tergamam. Bidin mengacukan pistol ke arah Fariz Haiqal.
Mimi tergamam. Dia melepaskan pegangannya lantas berlari ke arah lelaki itu.
“Abang Riz. Nasib baik abang sampai. Tengok tu. Lelaki tu nak bunuh kiteorang” gadis itu cuba memeluk Fariz Haiqal namun lelaki itu menolak Mimi. Mimi terdorong ke belakang. Dia terjatuh.
“Abang!!!” dia menjerit.
“Kau siapa hah?. Polis?” Bidin cemas tetapi pistol masih diacukan ke arah Fariz Haiqal.
“Bukan. Bertenang. Aku datang sorang. Tak ada sesiapa yang ekori aku”. Lelaki itu cuba berdiplomasi dengan Bidin.
Fariz Haiqal tenung mata Nur Aina. Gadis itu menitiskan airmata. Dia senyum hambar. Fariz Haiqal turut tersenyum.
“Kau jangan datang dekat. Kau pergi kat sana” Bidin mengarahkan Fariz Haiqal berkumpul dekat dengan Nur Aina, Puan Aisyah dan peguam itu.
Fariz Haiqal menurut.
Mimi melulu ke arah mereka.
“Woi..kau nak buat apa tu?” Bidin menghalang Mimi menerkam Nur Aina. Mimi berhenti melangkah.
“Aku nak bunuh betina ni. Aku benci dia”
“Ah, aku tak mahu tau. Kau pegang pistol ni. Awasi diorang”
Mimi menurut. Dia mengacukan ke arah Nur Aina. Namun Fariz Haiqal menghalang. “Ke tepi bang. Mimi nak bunuh betina ni. Dia dah rosakkan hidup Mimi. Sepatutnya abang jadi hak Mimi. Dia tak layak nak hidup”  Mimi mengacukan pistol tetapi was-was kerana Fariz Haiqal berada di hadapan gadis itu. Cuba manghalang niatnya. Bidin pula membuka ikatan Puan Aisyah. Tangannya memegang dokumen yang berkaitan pemindahan harta miliknya. Dia cuba mengheret Puan Aisyah keluar dari tempat itu.
“Langkah mayat abang dulu Mimi” Fariz Haiqal mengertak.
Terketar-ketar tangan Mimi. “Jangan paksa Mimi bang. Jangan ingat Mimi tak berani nak bunuh. Kalau abang tak nak semua ni jadi. Janji dengan Mimi. Kahwin dengan Mimi!!” sergah Mimi.
“Iz jangan bahayakan diri. Jangan halang Ina. Ina tak nak apa-apa jadi pada Iz. Ke tepi Iz” Nur Aina cuba halang Fariz Haiqal dari melindungi badannya.
“Tak sayang. Iz tak akan benarkan sesiapapun cederakan sayang”
Nur Aina menangis.
“Jangan bergerak. Berhenti. Letakkan senjata” satu serbuan memasuki rumah usang itu. Bidin berhenti melangkah. Bidin cuak. Mimi mencampakkan pistol ke bawah. Bidin cuba melarikan diri mengikut laluan belakang. Namun tidak sempat kerana kakinya ditembak. Dia terjatuh berhampiran dengan tempat pistol itu berada. Fariz Haiqal, Nur Aina, Puan Aisyah dan peguam, mengambil peluang itu berlari ke arah polis. Hakim nampak Bidin cuba capai pistol yang berada hampir dengannya. Dia melulu menyelamatkan Mimi. Mimi ditolak ke tepi. Bidin tembak secara rawak. Akhirnya tembakan itu terkena Kaki Hakim. Bidin ditembak polis. Lelaki itu mati serta-merta.
Mimi tergamam. Hakim meraung kesakitan.
Fariz Haiqal terkejut. “Kim. Ya Allah” suaranya cemas.
Semua yang ada segera mendapatkan Hakim. Hakim diusung ke hospital. Mimi ditangkap. Mimi menitiskan airmata. Dia tersentuh kerana Hakim sanggup membahayakan dirinya. Dia benar-benar terpukul dengan ketulusan hati Hakim.
Hakim dibawa ke bilik pembedahan untuk mengeluarkan peluru yang tertimbus di pehanya. Keadaan lelaki itu tidak berbahaya kerana peluru itu tidak tertimbus sangat dalam. Cuma lelaki itu kehilangan banyak darah.





Bab 29
Bidin disahkan meninggal di tempat kejadian. Hakim pula dipindahkan di wad yang biasa. Keadaannya semakin stabil. Mimi terlepas dari tuduhan kerana Nur Aina dan beberapa saksi yang lain tidak mendakwa gadis itu. Atas alasan dia menjadi mangsa Bidin untuk merencanakan rancangannya dahulu. Mimi telah berubah. Semuanya kerana Hakim. Dia juga menyesal kerana menganiayai Nur Aina dan kelaurganya. Sedangkan gadis itu terlalu baik. Masih mengganggapnya saudara biarpun perbuatannya sangat kejam.
“Hai abang” Mimi membawa bakul yang berisi buah epal merah dan hijau. Dia menghampiri Hakim yang sedang terbaring di katilnya. Langkah gadis itu takut-takut.
Nur Aina dan Fariz Haiqal kelaur serta-merta tatkala melihat kelibat Mimi. Mimi sempat menghadiahkan senyuman kepada Nur Aina. Nur Aina kenyit mata.
Suasana bilik wad itu sunyi. Hakim ditempatkan di bilik di tingkat paling atas. Mimi menyelak langsir sedikit.
“Hei tutup langsir tu. Aku silau. Aku nak tidur” Jerkahan itu memeranjatkan Mimi. Tangannya menutup langsir itu kembali. Ruang bilik itu gelap sedikit.
Mimi duduk di kerusi hujung birai katil itu. Hakim memalingkan mukanya. Dia sebak. “Maafkan Mimi bang. Mimi tak pandai nak nilai cinta yang sebenar. Selama ni Mimi buta. Sengaja butakan hati dari lihat ketulusan hati abang pada Mimi. Mimi tahu abang tak akan maafkan Mimi.” Suara itu terketar-ketar.
Senyuman terukir dibibir Hakim. Dia berharap agar gadis itu ikhlas dengan apa yang dikatakannya. Namun, dia masih dingin. Tidak mahu memandang gadis itu. Dia cuma tidak mahu pisang berbuah dua kali. Terlalu banyak luka yang berparut di hatinya. Selama ini dia cuba sedaya-upaya merubah gadis itu menjadi lebih baik tetapi usahanya sia-sia.
Mimi pegang jari-jemari lelaki itu. Hakim terkejut. Dia masih lagi memalingkan wajah. Gadis itu menangis teresak-esak, sambil mencium tangan itu.
Hakim menoleh sekilas pada Mimi. Airmata lelakinya tumpas jua. Tangan kirinya mengesat cecair itu. Dia tidak mahu buka hatinya lagi untuk terus dilukai. Kepalanya dipaling ke arah lain semula.
“Mimi sedar. Siapa sebenarnya yang Mimi cintai. Rupa-rupanya…Mimi cintakan abang” suara itu masih bergenangan tangis.
Senyuman Hakim makin melebar. Dia merentap tangannya. Ego lelakinya sengaja menolak gadis itu.
Mimi tahu lelaki itu benci kepadanya. Dia meninggalkan wad itu dengan airmata kecewa.
Bab 30
Setahun setengah kemudian….
Mimi mengejutkan suaminya yang masih lena dibuai mimpi. Lelaki itu masih tidak bergerak. Dia bangun dari pembaringan. Dia jatuh ke dada suaminya semula. Rupa-rupanya lelaki itu pura-pura tidur. Hakim memeluk erat isterinya itu kepangkuannya.
“Oo..tipu sayang ya. Eee..geramnya..” Mimi mencubit pipi Hakim. Gelak tawa mereka kedengaran.
Mimi dan Hakim berkahwin serentak dengan Nur Aina dan Hafiz Haiqal. Baru kini dia disahkan mengandung. Hakim berjaya mendidik Mimi berubah menjadi isteri yang baik. Mimi sudah mula mengerjakan ibadah solat. Dia juga tutup aurat. Pakaiannya juga sopan. Seksi hanya untuk suami. Mimi sangat bahagia dengan kehidupannya kini. Barulah dia sedar, apa erti cinta yang sebenar. Cinta yang sejati adalah saat keikhlasan pasangan itu untuk dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati juga bukan kerana luaran tetapi lebih kepada dalaman. Iaitu sekeping hati. Dia sangat bersyukur kerana berkat bantuan Hakim dia kembali ke jalan Allah. Dahinya kembali rebah. Sujud hanya kepada yang maha pencipta. Sesungguhnya bukan permulaan hidup di dunia yang DIA akan pandang tetapi bagaimana sesebuah pengakhiran hambaNYA. Samaada berakhir dengan kebaikan atau sebaliknya.
                                                ……………………….
“Nur Ain Syarmila, buah hati papa. Comelnya dia. Sayang dah mandi yer” Fariz Haiqal merangkul bayi yang masih kecil kepangkuannya. Dia mencium dahi anaknya itu.
Bayi itu sesekali berwajah ceria tatkala si ayah menyakatnya.
“Abang sudahlah. Meh sini. Ina nak ikat tali leher tu. senget semacam jer” Nur Aina menghampiri suaminya.
“Mama ni jelous kat kita kan sayang. Papa nak manja-manja dengan Ain pun tak boleh. Jangan kawan mama tau” tangan lelaki itu mencuit pipi gebu anaknya itu. Suka benar bayinya dengan usikan itu.
Fariz Haiqal ketawa mesra. dia mencium kedua-dua pipi anaknya pula. Kemudian,  dia letak kembali bayi itu dibuaian yang direka khas sebagai tempat tidur cahaya mata yang pertamanya itu.
Fariz Haiqal berdiri tegak. Nur Aina menghadapnya. Waktu mula-mula kahwin dia tidak biasa nak ikat tali leher suaminya itu. Lama-kelamaan dia tidak kekok lagi.
Tangannya leka membetulkan kedudukan tali leher yang melingkari baju suaminya.
Satu hinggapan hinggap di pipi Nur Aina.
Nur Aina jadi malu. Fariz Haiqal gelak.
Nur Aina mencubit pinggang suaminya. Fariz Haiqal mengusap-usap bekas cubitan itu.
Kedua-dua tangannya memeluk pinggang Nur Aina. Gadis itu masih leka membetulkan tali leher.
“Garang isteri abang ni kan, still ada lagi. Kesian abang tau. Hari-hari kena cubit” Usik lelaki itu.
Nur Aina membalas renungan suaminya. “Siapa suruh gatal sangat. Padan muka. Tak malu ker kat Ain.” Suara itu lembut.
Fariz Haiqal ketawa. “Ala abang gatal dengan isteri sendiri jer pon. Kang, abang gatal dengan orang lain ha..baru tau” sakat Fariz Haiqal.
Buntang mata Nur Aina. Serta-merta tangannya kian galak mencubit. Fariz Haiqal berlari ke sana ke mari. Nur Aina kejar suaminya.
Akhirnya lelaki itu mendukung isterinya.
“Apa ni. Tak aci. Abang ni main tipu..” merah padam muka Nur Aina menahan malu.
Fariz Haiqal gelak. Dia mencium dahi Nur Aina.
“Ish, turunkanlah Ina. Malu tau Ain pandang” suara itu lembut.
Fariz Haiqal semakin galak ketawa. “Ain lagi suka sayang. Sebab kalau mama dan papa dia sentiasa romantik, peluang nak dapat adik cerah tau”
Nur Aina memicit hidung suaminya. Geram.
Nur Aina bahagia berada di samping suami dan anaknya. Sesungguhnya tiap kejadian ada hikmahnya. Dahulu dia kehilangan kasih-sayang seorang ayah. Namun, Allah ganti pula dengan yang lebih baik. Dia dikurniakan seorang suami yang menyayangi dirinya. Dia sentiasa berdoa moga hari –hari yang mendatang tetap akan mereka tempuh dengan sabar dan tabah. Susah dan senang sentiasa harungi sama-sama. Itulah ikrar janji mereka. Fariz Haiqal sentiasa membuatkannya seperti berada di istana cinta. sebuah angan-angan menjadi kenyataan selagi adanya cinta Nur Aina Batrisya Dan Fariz Haiqal. Sekian.